"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Thursday, 30 June 2011

PERHIMPUNAN 'BERSIH'

Hari ni, ketika dok FBing dengan kawan-kawan, seorang kawan POLIS mengadu penat kehulu ke hilir untuk menangani 'BERSIH'  sampai takdan nak rehat, dan dia pun berpesan .".hang jangan dok ikut depa.". Lalu aku pun kata..".tak mau aiiih".  Buat apa nak susahkan hati ayah dan anak bini aku...aku ada tanggungjawab yang lebih penting, merekalah dunia aku nyawa aku, aku tak mau bagi depa susah hati kerana benda-benda macam ni.

 Buat kawan-kawan aku tak kira hang geng kuning ka, gang merah ka...fikirlah sekali lagi...Yakinlah pada Allah, yakni yakin pada Qada dan Qadar Allah,  Orang baik akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya..buat apa dok menyusahkan diri, keluarga dan negara yang aman tenteram ini kerana politik yang cuma berkehendakan kuasa. Akhirnya kita tetap macam tu juga kena bekerja untuk mencari rezeki.  Janganlah kita terlampau terikut-ikut  atau taksub sangat.  Ini bukan lagi perjuangan kita yang sebenar...mungkin aku kurang faham bab-bab yang hampa lebih faham tapi fikirkan sama hak ibubapa, anak dan isteri yang dok bergantung kat kita.  Kalau lah terjadi sesuatu....

Aku orang gomen, gomen rakyat yang pilih, gomen satu entiti yang tidak kekal, bila-bila rakyat boleh tukar, sebab tu aku bersikap neutral dan aku cuma berkhidmat untuk kerajaan yang rakyat pilih. Aku sayang negeri aku aku nak berkhidmat untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri aku walaupun sumbangan aku ni kecil. Janganlah kita ikut sangat darah muda tu...biarlah orang politik dengan politiknya.  Depa cuma nak kuasa saja kita jadi mangsa.

Akhir sekali...untuk kawan2 ku fikir lah sekali lagi...kita tidak nampak impak dari tindakan kita ini lagi.  Yang pastinya ia tidak membawa sebarang kebaikan.  Jomlah kita ramai-ramai pi berjemaah di Masjid.  kita penuhkan saf-saf pada setiap lima waktu tu.  Baru kita hebat...baru orang hormat dan gerun kat kita..

No comments:

Post a Comment