"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Saturday, 8 October 2011

AKU BERMIMPI BERTEMU BAGINDA RASULULLAH

Ya Allah ...benarkah mimpiku itu...benarkah baginda yang ku jumpa...



Aku berada di suatu tempat yang seakan kering kontang tiada pokok-pokok hijau, di mana di sebelah sana manusia sedang berasak-asak ke satu tempat di sebelah kiri ku, ada yang tak berpakaian dan ada yang berpakaian yang kainnya sangat lusuh berwarna coklat keunguan.

Aku sendiri tak dapat melihat keadaan diriku....tetapi, di sebelah sini aku hanya memerhati manusia disekelilingku seolah-olah berada di pasar malam riuh rendah tapi aku tak dengar apa yang mereka perkatakan, mereka berpakaian serba putih dan mereka tidak bergerak kemana-mana hanya becakap-cakap sesama mereka

Tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki memberitahu aku yang " Rasulullah memakai baju berwarna putih"   katanya dalam kesibukan dan keriuhan manusia di situ...

Kemudian aku pandang dari arah sebelah hadapan kiri ku, datang seorang lelaki berjubah putih, jalannya tunduk sahaja, berbadan agak sederhana tidak tinggi, tidak rendah, berambut pendek , mata yang cantik dan tidak berjanggut....beliau menghampiri aku dan hanya tersenyum kepadaku.  Pada waktu itu hati aku berdetik ketika melihat wajahnya yang kacak seakan-akan campuran Arab dan Pakistan.........aku tidak sempat berkata apa-apa...lalu aku terjaga dari tidurku...

Selepas terjaga dari mimpi itu....aku hanya terfikir yang mimpi itu hanya mainan tidur....tetapi yang peliknya aku tidak dapat melupakan setiap peristiwa yang berlaku dalam mimpi itu  .......tidak seperti mimpi2 yang lain yang aku pernah alami.

Kemudian aku cuba mendapatkan maklumat dan pandangan ustaz2,.. paling mudah melalui internet dan kesimpulannya ...aku yakin yang syaitan tidak dapat menyerupai  Rasulullah...lalu airmata aku jatuh berderai-derai....

Kali kedua aku bermimpi bertemu Baginda Rasulullah...

Aku berada di belakang Baginda dalam jarak 15 ke 20 kaki dan di hadapan Baginda aku dapat lihat dengan jelas Kaabah. Aku hanya dapat melihat susuk Baginda dari belakang.  Baginda mengenakan serban berwarna putih dan berjubah hitam... Ya Allah apakah ini rahmat atau peringatan untuk ku...tunjukkanlah aku jalan yang benar dan yang Kau redai.

Kali ketiga aku bermimpi bertemu Baginda Rasulullah

Aku berada dalam Masjid Nabawi, aku ternampak baginda berdiri di satu sudut, berjubah putih sambil memandang tepat pada ku, wajah baginda agak serius, lalu aku menghampiri baginda dan menyatakan rindunya aku pada baginda, kemudian aku bersalam sambil wajahku kurapatkan ke bahu kanan baginda.

Sambil kami berjalan... baginda berbicara padaku, "Ana cuma risaukan anta yang kurang ilmu"..

Kemudian baginda membuka mulutku dengan tangannya mencengkam kedua-dua pipiku..lalu ku lihat keluar satu cahaya putih dari mulutku,  kemudian baginda berbicara, "lihat ini mulut rahmat'...disekelilingku ketika itu ramai lelaki berjubah putih......Aku antara percaya dan tidak percaya dengan mimpi tersebut....siapalah aku....tapi aku nak ceritakan juga...semuga ia tidak menimbulkan fitnah..

ya Allah.....aku lemah... ya Allah....aku ...jahil..ya Allah...berilah petunjukMU
 pada ku.

No comments:

Post a Comment