"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Tuesday, 11 October 2011

PESAN UNTUK ANAK-ANAK AYAH


Anak-anakku,
kita dilahirkan sebagai hamba Allah,
ada tugas dari peranan kita di sini,
hidup di sini tak lama,
hanya beberapa puluh tahun sahaja,
disana jualah tempat kembali kita,
penuh kesenangan dan kasih sayang.

Ombak kesusahan akan datang dan datang tanpa hentinya
sehinggalah kita kembali kepada Allah..
macam-macam cabaran.. yang terkadang tak pernah terlintas di fikiranmu..

Pastikan tugasmu akan kau laksanakan nanti
sebagai Hamba Allah
Apa yang di ajar Tuhan lewat Quran dan Sunnah
kau ikutlah dengan sebaiknya,
walaupun pelbagai rintangan dan bertentangan dengan manusia biasa,

kerana mereka orang biasa,
kita ingin jadi bukan orang biasa,
tapi orang yang ada dalam kuota luarbiasa,
ya... yang luarbiasa...
yang hanya ada satu orang dalam seribu..
ya... satu orang... itulah yang pernah disebutkan oleh Nabi kita
Nabi Muhammad SAW
sebagai ahli syurga...

Jadi...

kerja kita melebihi dari orang biasa
amalan ibadah kita melebihi sedikit dari orang biasa
ilmu kita mesti lebih dari orang biasa
iman kita mesti tak sama dengan orang biasa..
apalagi tingkah laku dan segala tutur kata kita.

Anakku...

Kita jangan sama dengan manusia yang tak bertuhan
jangan sama dengan manusia yang tiada tujuan
kelak mereka akan ditimpa batu dalam siksaan
ketika tiada siapa pun yang sanggup menghadapinya
di dalam neraka yang dijanji tuhan
biarlah mereka nak...

Kiranya semua ini dapat kau laksanakan
kelak Allah akan berikan ganjaran yang terindah buatmu
syurga sebagai balasan, hadiah menifestasi redhaNya
yang tak pernah di lihat manusia
tak pernah terlintas di fikiran makhlukNya

Di dalamnya kita hidup selamanya
tanpa mauqif lagi...
insya Allah kita akan bersama lagi disana..
tiada merasa puas... tiada merasa jemu
bersama Nabi-nabi, siddiqin, syuhada, orang-orang soleh dan solehah di dunia
juga bersama guru-guru kita yang kita sayangi
yang telah membawa kita semua ke jalan kebenaran
jalan berdamping dengan Allah

yang telah menunjuk kita jalan ibadah
yang mudah lagi gampang
doa kita sentiasa didengar..
rintihan kita sentiasa di penuhi

Sebelum kita berdamping dengan mereka di akhirat
berdampinglah dahulu dengan mereka di dunia
dekatkan diri dengan Allah dan Rasul
lewat Bacaan Quran, Solat, Doa, Zikir dan Selawat

Nanti...

Kelak ayah dan ibu mu tiada lagi  di dunia ini
kamu jadilah pembantu kami di dalam tanah
bantu kami supaya jangan tersiksa di sana...
yang tiada siapa lagi yang dapat menolong kecuali kamu semua
dengan ibadah solat dan zikir
kerana pesan Nabi...
lewat firman Tuhanmu

anak-anak yang sentiasa berzikir
orang tuanya tak akan terkena siksaan kubur
ayah dan ibu sangat yakin janji-janji Nabi ini.

Source: Blogger Norish@afraima abd rozak

No comments:

Post a Comment