Monday 29 October 2012

PERBANDINGAN TERAPI POST MODERN DAN TERAPI GESTALT


1.0 : PENGENALAN.

   SINOPSIS “ POST MODERN  THERAPY” DAN “ GESTALT THERAPY”

1.1   Terapi Pasca Moden

a) Terapi Ringkas Penyelesaian Masalah Berfokus (Solution Focus Brief Therapy)
b) Terapi Naratif (Narrative Therapy)

1.2   Terapi Ringkas Penyelesaian Masalah Berfokus (SFBT)

         SFBT  telah dikembangkan lebih dari 50 tahun dahulu,  bermula di Amerika Syarikat.  Dan kemudian berkembang diserata pelosok dunia termasuk Eropah.  Orang yang memberi nama terapi ini dan terlibat dalam langkah-langkah spesifik dalam terapi ini ialah sepasang suami isteri, Steve de Shaver dan Insoo Kim Berg beserta kumpulan mereka di Pusat Brief Family Therapy di Milwaukee, Amerika Syarikat.  Konsep terapi SFBT ini telah banyak digunakan dalam bidang-bidang seperti penyalahgunaan dadah, terapi keluarga dan terapi seks,    Matlamat utama terapi ialah untuk membantu klien mengenalpasti dan melayan kemahiran, keupayaan  dan sumber luaran.  Proses ini bukan sahaja membantu menstruktur cerita klien sebagai individu yang cekap tetapi dapat membantu mengenalpasti sumber-sumber untuk menangani masalah yang mana sumber dikenalpasti oleh klien.  Klien digalakan untuk membincangkan tentang perubahan daripada membincangkan tentang masalah yang sedang di hadapi.  Mereka mengandaikan sekiranya seseorang selalu bercakap mengenai masalah ia akan menghasilkan tambahan masalah, sekiranya kta bercakap mengenai perubahan ia akan menghasilkan perubahan. Terapi ini melihat keunikan individu sebagai kekuatan untuk menentukan masa hadapan.  Masalah dan masa silam tidak perlu difikirkan dalam menangani sesuatu  masalah kerana SFBT memberi fokus pada masalah  yang ada, bukan yang tiada dan klien dilihat sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.



Berg dan Miller (1992) menjelaskan  terdapat tiga perkara penting dalam terapi SFBT
  1. Jangan cari masalah
  2. Apabila anda tahu sesuatu perkara itu berkesan, anda perlu lebih banyak  lakukan perkara tersebut
Jika tidak berkesan jangan teruskan, usahakan yang


1.3     Terapi Gestalt

             Terapi Gestalt dikembangkan oleh Friedrich Salomon Perls berpandukan psikologi Gestalt yang diasaskan oleh Max Werthemeir dan Wolfgang Kohler.  Semua tokoh ini berpendapat bahawa manusia seharusnya dilihat secara keseluruhan (holistic) dan tidak berasingan.  Perkataan Gestalt itu sendiri bermaksud keseluruhan dalam bahasa Jerman.  Perls melihat secara keseluruhannya bahawa manusia mempunyai bahagian-bahagian tertentu seperti  pengalaman, perasaan, kegembiraan, ketakutan, kesedihan dan sebagainya.  Semua fenomena ini menjadikan manusia itu unik. Manusia pada mulanya adalah satu tetapi kemudiannya telah berkembang dan mengalami pelbagai peristiwa dan menyebabkan manusia telah kehilangan bahagian-bahagian tersebut. Contohnya apabila seseorang bersedih ia akan kehilangan bahagian gembiranya, apabila ia takut ia akan hilang bahagian beraninya.  Dalam terapi Gestalt ia akan menyatukan kembali bahagian-bahagian yang terpisah tersebut ke satu unit yang menyeluruh.  Secara umumnya terapi Gestalt mempersepsikan manusia adalah bertanggungjawab terhadap tindakan-tindakan yang dibuatnya.  Terapi ini member focus kepada “disini dan sekarang” (here and now).  Menurut Perls sekiranya seseorang terlalu memikirkan masa hadapan maka ia akan mengalami kebimbangan.  Oleh itu Perls menekankan kewujudan (existential) pada masa sekarang dan fokus pada diri sendiri serta bersedia merasai kewujudan pada masa sekarang.
                  Pada dasarnya teori Gestalt mengandaikan manusia boleh menghadapi persoalan hidupnya terutama jika mereka mengetahui apa yang berlaku di persekitaran mereka.  Oleh itu terapi ini telah menyediakan persekitaran yang sepatutnya dan cabaran-cabaran untuk menolong individu kearah kewujudan yang sebenar yang lebih penting dan lebih mencabar.

2.0     PERBANDINGAN KONSEP-KONSEP

2.1  Terapi  SFBT

Konsep SFBT ialah:
  • Keunikan pengalaman manusia menjelaskan bahawa setiap individu adalah unik.  Kaunseling perlu dilakukan dengan melihat keunikan setiap keperluan individu bukannya melihat secara keseluruhan (Berg dan Miller,1992)
  • Klien adalah pakar dalam kehidupan mereka sendiri dan mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah hasil daripada kemahiran yang dibawa dalam sesi secara sedar atau tidak.
  • Pengalaman negative yang berulan-ulang mempunyai kesan yang akan menghalang individu daripada mengetahui kekuatan dan kebolehan mereka.
  • Melahirkan perhubungan yang terapeutik dan hubungan kerjasama antara klien dan kaunselor dimana mereka sama-sama mencipta reality dan setiap pihak akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.
  • Terapi ini member focus kepada perkara yang ada daripada perkara yang tiada.
  • Setiap masalah akan memfokuskan kepada apa yang boleh dilakukan lebih daripada apa yang tidak boleh dilakukan.
  • Perubahan dicapai dengan menghargai apa yang berlaku dalam kontek kehidupannya

2.2  Terapi Gestalt

Teori Gestalt telah memberikan penekanan kepada isu-isu yang berkaintan dengan manusia secara holistic.  Manusia dilihat mempunyai satu komposisi yang terdiri dari bahagian-bahagian yang berhubung kait diantara satu sama lain seperti perasaan, fikiran dan tingkahlaku yang saling berinteraksi dan bergerak balas secara aktif, bukan berasingan.  Antara pandangan Gestalt ialah :
·         Manusia adalah satu organism yang bersepadu yang saling berhubung kait antara satu sama lain yang terdiri dari fizikal, mental, kerohanian dan emosi.
·         Manusia di lihat mempunyai tanggungjawab, berkebolehan, bakat dan keupayaan untuk mengurus diri, merasai dan berupaya menyatukan segala perasaan dan pengalaman dalam keadaan diri yang bersepadu.
·         Manusia dilihat sebagai sebahagian dari persekitaran yang saling berinteraksi antara satu sama lain.
·         Manusia dipercayai mempunyai naluri seks dan naluri lapar bagi meneruskan zuriatnya.
·         Setiap individu mempunyai reality mereka sendiri yang dipetik dan dipilih daripada reality objektif yang wujud di dlam dunia nyata.
·         Manusia mempunyai kecenderungan bagi mencapai perimbangan atau homeostasis.
·         Teori ini juga berpendapat bahawa manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepada mereka.
·         Manusia juga boleh mengendalikan diri sendiri dengan berkesan sekiranya mereka menyedari apa yang berlaku di sekitarnya.

 3.0          PERBANDINGAN PROSES TERAPEUTIK.

          3.1       SFBT

  1. Ahli terapi tidak melihat pada masa lalu dan member perhatian kepada masalah. Sebaliknya ahli terapi membantu dalam melihat masa hadapan tanpa mengaitkan dengan masalah masa kini.
  2. Sepanjang terapi, ahli terapi membantu klien dalam mencari penyelesaian.  Sesi kaunseling akan mengambil masa antara 3 ke 6 sesi.
  3. Ahli terapi mengalakkan klien untuk mengenalpasti dan berusaha lebih lagi terhadap apa yang sedang dilakukan.
  4. Ahli terapi membimbing klien untuk mengenalpasti apa yang tidak berkesan dan memastikan tidak menghabiskan banyak masa untuk perkara untuk perkara yang tidak berkesan itu.
  5. Penekanan diberikan kepada masa hadapan dan bukan pada masa lalu.
  6. Terapi ini percaya bahawa klien ialah pakar dan yang paling baik untuk menetukan perubahan dalam kehidupannya.
  7. Peranan terapi membantu klien untuk mengenalpasti masalah yang akan menjadikan sebagai penghalang untuk mencapai apa yang tidak dicapai dalam kehidupan.
  8. Ahli terapi member focus membantu klien mengenalpasti elemen kepada penyelesaian yang diinginkan yang selalunya sudah wujud dalam kehidupan klien.  Klien belajar untuk membina elemen ini yang membentuk asas kepada perubahan yang sedang berlaku.  Terapi ini tidak melihat kepada punca-punca masalah tetapi memberi focus kepada memberi definisi perubahan dan menjadikan ia satu reality.
  9. Terapi ini tidak meletakkan jangka masa mengadakan sesi.  Ahli terapi tidak member focus dan menghadkan masa atau sesi tetapi lebih kepada membantu mencapai matlamat dan membentuk strategi untuk mencapai matlamat ini.  Memberi focus kepada mencari langkah-langkah konkrit untuk mencapai apa yang dirancang selalu mengambil masa yang agak pendek.

3.2  Terapi Gestalt

  1. Memberi kesedaran kepada individu bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri.  Teori ini cuba membentuk individu agar lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih baik daripada apa yang disangka mereka sendiri.
  2. Membantu individu lebih mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.
  3. Setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi disebabkan pelbagai halangan, maka individu tersebut tidak dapat menjalani kehidupan yang sempurna.  Oleh itu teori ini akan cuba membantu individu agar dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna.
  4. Membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan pengalaman masing-masing.  Hanya dengan merasai dan menyedari perasaan dan pengalamannya maka seseorang akan berusaha untuk mengubah personality sendiri. 

4.0     PERBANDINGAN TEKNIK DAN PROSEDUR

4.1    SFBT

4.1.1       Teknik-teknik yang digunakan oleh kaunselor

a) scaling question –  Soalan Berskala
Teknik ini mengunakan soalan yang sangat praktikal untuk membantu dalam menjelaskan tentang perkembangan klie.  Soalan tujuan ini adalah mengenai langkah terhadap membina matlamat dan juga pembaikan yang kecil ddalam membentuk keyakinan dan kecekapan.
Contoh : Dalam skala 1 hingga 10 dimana 10 dikateorikan sebagai teruk.
Soalan : Bagaimana anda rasa teruk keadaannya?. Adakah ia sentiasa 8.
Soalan : Apa yang boleh anda lakukan untuk menurunkannya kepada 6?.

b) Exeption seeking question Soalan Mencari Pengecualian

Dalam SFBT menjelaskan bahawa klien menghadapi masalah yang berbeza-beza daripada masalah masalah yang paling serius kepada masalah yang kurang serius.  Kaunselor pada peringkat ini akan mengalakkan klien untuk menjelaskan masalah yang pernah dialami dan apa yang klien lakukan untuk mengatasi masalah ini.  Matlamat soalan ini ialah untuk klien mengulang apa yang telah Berjaya dilakukan pada masa lalu dan membuatkan mereka untuk mendapatkan keyakinan pada masa hadapan.
              Teknik ini bukan bersifat tidak realistic. Dalam usaha memastikan klien terlibat sepenuhnya dalam sesi kaunseling, kaunselor perlu benar-benar mendengar apa yang diperkatakan oleh klien dan membuat refleksi.  Ini membuat klien akan merasa ia di dengari jika tidak klien mungkin menghadapi masalah mencari harapan untuk berubah.


c) Coping Question – Soalan Berdaya Tindak

Teknik soalan berdaya tindak dibentuk untuk mendapatkan maklumat mengenai sumber kekuatan klien yang sering tidak diketahui atau dipedulikan oleh klien.  Cerita-cerita dari pengalaman yang paling teruk juga mempunyai daya tindak atau sumber kekuatan
Contoh :  Saya lihat anda menghadapi kehidupan yang sukar tanpa suami anda, tapi anda masih mampu menguruskan anak-anak dengan baik.

d) Future Focused Question – Soalan Masa Hadapan Yang Berfokus

Soalan ini bertujuan melihat bagaimana sesuatu perkara boleh berbeza.  Soalan ini bertujuan memberitahu bahawa perkara boleh berbeza dan boleh membantu menghubungi membina matlamat.
Cohtoh:
Soalan : Dalam pertemuan sekali lagi saya nak saudara ceritakan apa yang telah  berlaku pada keluarga saudara melalui pemerhatian saudara dan apakah yang saudara inginkan ia terus berlaku dalam dalam keluarga saudara pada masa hadapan.  Ia bertujuan untuk membina keyakinan klien tentang masa hadapan yang klien inginkan.




e)  The Miracle Question – Soalan Ajaib

Soalan ajaib ialah kaedah soal jawab ahli terapi yang digunakan untuk untuk membantu klien melihat bagaimana masa hadapan akan berbeza apabila masalah tidak lagi wujud.  Ia juga boleh membantu dalam membentuk matlamat klien.
Contoh  soalan :
Sekiranya  saudara bangun pada esok pagi dan keajaiban berlaku dimana semua masalah saudara telah diselesaikan, bagaimana saudara mahu pastikan bahawa perkara ajaib itu telah berlaku.

4.1.2     Teori Gestalt.

a)      Kerusi Kosong atau Permainan Berdailog

Kerusi Kosong dilihat sebagai teknik yang berpengaruh dan popular dalam Terapi Gestalt.  Apabila klien meluahkan konflik dengan individu lain, individu tersebut diminta membayangkan individu yang seorang lagi duduk dalam kerusi kosong dan bercakap dengan individu tersebut.  Selepas beberapa perkataan kaunselor akan mengarahkan individu tersebut bertukar kerusi dan menjawab seolah-olah berada di tempat individu itu.  Melalui latihan ini klien belajar untuk mengalami dan memahami perasaan dengan lebih mendalam.  Klien juga akan belajar bahawa banyak pemikiran yang diprojeksikan kepada individu yang seorang lagi.

b)       Top dog – Under Dog

Terap Gestalt membuat andaian bahawa setiap konflik yang wujud dalam diri seseorang individu  adalah hasil daripada pertikaian diantara Top Dog dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personality
Top Dog merupakan unsure yang menekankan kedudukan authoritarian, moralistic, mendesak dan sebagainya.  Ia mengandungi unsure ibu bapa yang seirng mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’
Under Dog merupakan unsure yang menyoal mangsa dalam satu keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, dia sering bersikap membela diri, selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah.  Dia sering memberi alasan-alasan bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan perananya.  Bagi menyelesaikan pertikaian dan konflik ini Gestalt mencadangkan teknik berdialog dengan menggunakan kerusi kosong.

c)      Sayalah yang bertanggungjawab bagi…..
Matlamat teknik ini ialah untuk membantu
                                i.            Klien menyedari dan merasai perasaan tertentu
                              ii.            Klien menerima perasaan itu tanpa memprojeksikan kepada orang lain.
Apabila klien Berjaya berbuat demikian maka dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab terhadap perasaan, pemikiran dan tingkah lakunya.

d)     Saya Ada Satu Rahsia

Teknik ini memerlukan individu berfantasi bahawa dia mempunyai satu rahsia yang tidak di ketahui oleh orang lain.  Andainya rahsia ini dibuka kepada orang lain maka dia perlu membayangkan bagaiman dia akan terasa dan bagaimana orang lain bertindak balas terhadapnya.  Teknik ini akan dapat membuka peluang kepada individu merasai perasaan bersalah dan malu jika rahsianya diketahui orang.  Teknik ini membolehkan kaunselor meneroka sebab-sebab mengapa seseorang itu menyimpan rahsia serta kebimbangan-kebimbanganya.  Melalui usaha sebigini ia dapat memupuk kepercayaan klien terhadap kaunselor.
e)      Bermain dengan projeksi

Projeksi merupakan salah satu usaha atau tindakan yang dilakukan oleh hampir setiap orang bagi menafikan  sifat-sifat yang tidak disukainya dalam dirinya.  Penafian ini dilakukan dengan memprojeksikan sifat-sifat atau ciri-ciri tersebut kepada orang lain.

f)       Permainan melebih-lebih
Teknik ini dilakukan dimana individu akan merasai sesuatu perasaan dan digalakkan melahirkan perasaan itu dengan hebat lagi samada secara lisan ataupun gerak geri.  Contohnya sekiranya seseorang itu gementar lutut maka dia digalakkan untuk mengementarkan lagi lututnya degan lebih hebat.  Sekiranya secara lisan, klien akan digalakkan lagi untuk melafazkannya dan setiap kali ia dilafazkan klien hendaklah menambahkan kelantangan dan kenyaringannya.  Teknik ini bertujuan supaya klien dapat merasai, menyedari dan mendengar apa yang sedang dirasai dan dialami.

g)      Kekalkan Dengan Satu Perasaan
Apabila seseorang klien melahirkan satu perasaan yang menyakitkan dirinya maka dia kelihatan akan cuba lari dari perasaan itu.  Disinilah kaunselor perlu menggalakkan klien untuk terus meneroka perasaan yang sakit itu, terus marasai dan terus mengalaminya. Teknik ini juga memaksa individu itu untuk berdepan dengan konfrantasi bagi merasai perasaan itu. Ia  memerlukan keberanian dan kesanggupan serta kerelaan diri klien bagi menaggung penderitaan dan mencari jalan baru untuk berkembang.



5.0      PERBANDINGAN DARI SUDUT PESPEKTIF SILANG     BUDAYA

5.1    Terapi SFBT

            Terapi ini berguna kepada pelbagai budaya kerana sifatnya yang terus kepada penyelesaian masalah, mempunyai analisis yang minima dan melaksanakan pendekatan yang positif dalam membantu klien.  Dalam terapi ringkas penyelesaian masalah ini, adalah penting untuk membina secara efektif dan kepercayaan klien di peringkat awal sesi kaunseling.  Tumpuan membantu klien berlaku di awal proses terapeutik.  Terapi ini juga mencari kekuatan diri klien dan perhatian yang tidak terlalu difokuskan kepada definisi masalah.  Proses ini dapat membantu klien membuat penyelesaian masalah yang  cepat dan berkesan.  Di samping itu, ia menawarkan satu kaedah perlaksanaan strategi spesifik yang bertujuan khas untuk menangani masalah jangka pendek dan meningkatkan kompetensi peribadi dan kepuasan diri klien.  Banyak budaya yang gemar akan pendekatan terapi yang ringkas.

5.2    Terapi Gestalt

              Terapi Gestalt mengalakkan individu membuat pilihan sendiri dan ini banyak memberi kesan kepada wanita yang takut membuat keputusan sendiri dalam sesetangah budaya.  Teknik Konfrontasi bagi sesetangah budaya adalah kurang sesuai. Enns(1987) menjelaskan aktiviti Gestalt amat membantu wanita  untuk mempunyai kesedaran sebagai sebagai individu yang mempunyai ‘will power’ terutama apabila perkataan ‘saya’ digunakan.

PENUTUP
a)        Rumusan dan penilaian tentang perbandingan yang dibuat

Terapi SFBT melihat keunikan individu seebagai kekuatan terapi.  Ia juga mendapati bahawa klien mempunyai sumber kekuatan untuk menentukan masa depan.  Masalah dan masa silam tidak perlu difikirkan dalam menangani sesuatu masalah.  SFBT memberi focus kepada masalah yang ada, bukan yang tiada.  Klien juga di lihat sebagai pakar dalam penyelesaian masalah.  Manakala Terapi Gestalt merupakan satu pendekatan yang bertujuan untuk membantu klien bagi membentuk personality baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap diri mereka.  Terapi ini memberi penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial atau fenomenologi yang menekankan manusia perlu bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk mencapai kematangan.  Melalui kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan untuk berubah.
Persamaan kedua –dua teori ini ialah kedua-duanya mementingkan masa sekarang dan bukan masa silam.

b)       Kemukakan pandangan anda tentang setiap pendekatan diatas degan menyatakan antara lain;
h)      Apakah yang anda suka dan tidak suka tentang kedua-dua teori ini

Secara dasarnya terapi SFBT adalah sejenis terapi yang ringkas dan mungkin dapat menjimatkan kos dan masa berbanding terapi Gestalt atau terapi lain.  Matlamat terapi SFBT boleh diindentifikaskan pada peringkat awal lagi.  Ini memudahkan kaunselor dan
klien mengenalpasti samada  terapi itu  masih diperlukan atau tidak.  Namun terapi ini memerlukan klien membuat perubahan yang besar dalam kehidupanya seperti perlu bertukar pekerjaan, memulakan dan mengakhiri sesuatu hubungan, berpindah dan sebagainya.  Proses ini mungkin akan menjadi satu kesukaran untuk klien atau orang atau ahli keluarga yang hamper dengan klien
Manakala Terapi Gestalt pula adalah untuk mendorong klien member perhatian kepada kewujudan,  ia juga membolehkan individu mengalami perasaan yang sebenar.  Ia juga mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan lagi kesedaran kepada individu.  Namun begitu Kottler dan Brown (1996) menyatakan  terapi Gestalt telah dikritik kerana teorinya yang kurang jelas dan asas empirical yang terhad.
Contoh kritikan tersebut:
  • Kecenderungan kaunselor menjadi lebih bersifat manipulasi dan mengawal
  • Ia kelihatan seperti gimik dan berpotensi tinggi untuk berlaku penyelewengan
  • Kadang-kadang ia mendorong klien untuk melakukan tingkah laku yang boleh menimbulkan rasa tidak bertanggungjawab.
ii)  Kedudukannya sebagai satu komponen teori kaunseling dari perspektif Islam.

Pada pandangan saya,  kedua-dua teori ini dari segi matlamat dan pendekatan (teknik-teknik) yang digunakan adalah tidak bercanggah dengan hukum-hukum Islam walaupun
Yang jelas sekali ia tidak mengunakan ayat-ayat Al Ouran atau hadis-hadis dari Rasulullah SAW, namun ia masih menjurus kepada kebaikan dan keharmonian iaitu ia dapat menyelesaikan permasalahan individu sekaligus membawa seseorang individu  itu untuk mencapai keseimbangan pada diri sendiri dan juga dapat melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan peranan terhadap persekitaran.


BIBLIOGRAFI

Sapora Sipon, Ruhaya Hussin.(2012). Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Bandar Baru 
            Bangi: Universiti Sains Islam Malaysia.







No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...