Monday 22 October 2012

WHAT IS ASSESSMENT / TAKSIRAN


Asesment  merujuk kepada satu prosedur yang sistematic untuk mengumpul maklumat bagi membuat keputusan dan kesimpulan tentang karektoristik seseorang individu. Menurut American Psychological Association (APA) Asesment merangkumi kepelbagaian yang luas tentang kaedah pengumpulan data dari pelbagai sumber untuk menghasilkan sumber yang relavan, tepat dan maklumat yang boleh dipercayai tentang seseorang individu.

Di dalam bidang kaunseling dan profesion lain, asesment dianggap sebagai satu 'proses' kerana ia merupakan satu bentuk amalan yang berterusan (continual process)bagi mengumpul maklumat.  
Ada sesetengah yang berpegang pada amalan tradisional berpandangan bahawa asesment mempunyai limitasi pada individu dalam pertemuan pertama.  Hakikatnya asesment merupakan satu proses yang berterusan (on going process) yang boleh bermula sebelum pertemuan bersemuka (face to face) dengan klien/individu lagi dan ia akan berterusan di sepanjang sesi hubungan membantu tersebut.

Banyak disiplin atau organisasi mengunakan aktiviti asesment ini termasuklah Psikologi, Kaunseling, Pendidikan, Kerja Sosial, Kesihatan, Tentera, Perniagaan dan Industri.

Pendidik/guru di sekolah mengunakan asesment untuk mengenalpasti tingkahlaku dan pembelajaran, masalah emosi pelajar dan untuk menentukan intervensi yang sesuai dan perancangan pendidikan.

Psikologis dan Ahli Kesihatan Mental Profesional mengunakan asesment untuk mengdiagnos kecelaruan mental (mental disorder), rancangan perawatan, monitoring dan penilaian proses rawatan.

Kaunselor Kerjaya mengunakan asesment untuk menilai minat vokasional dan kebolehan individu.

Asesment seringkali disamakan dengan ujian dan kedua-dua istilah ini sering dikelirukan atau tersilap digunakan silih berganti.  Sehingga ke hari ini, banyak buku-buku teks yang diterbitkan tidak dapat membezakan antara asesmen dan pengujian.  As Cohen dan Swerdlik (2005), menyatakan " istilah ujian adalah perkataan pilihan dan telah digunakan untuk merujuk segala-galanya daripada pentadbiran ujian  tetapi asesment bukan semata-mata hanya memberi ujian.Ia adalah satu proses yang menyeluruh yang melibatkan integrasi maklumat daripada pelbagai  kaedah pengumpulan data seperti temuduga, ujian dan pemerhatian (observation).  Oleh itu ujian hanyalah merupakan satu kaedah mengumpul maklumat didalan  rangka kerja yang lebih besar iaitu asesment. (AERA et al, 1999)

Kaedah pengumpulan maklumat dalam asesment boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang besar iaitu: 
  • temuduga, 
  • ujian-ujian 
  • dan pemerhatian. 
 Setiap kategori mempunyai pelbagai instrumen dan strategi yang formal dan tidak formal,seperti temuduga tidak berstruktur, skala pengkadaran, ujian-ujian yang standard atau seragam,lukisan projektif, senarai semak, "questionnaires" dan lain-lain lagi.
Asesmen juga adalah mengenai bagaimana untuk mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber, termasuklah klien, pasangan,guru, ahli fizik, ahli kesihatan mental dan lain-lain bidang profesional. Proses asesment itu sendiri berbeza antara satu asesment dengan asesment yang lain, ia bergantung kepada tujuan asesment itu sendiri, iaitu tempat dimana sesuatu asesment itu dijalankan, keperluan klien,kebolehsediaan dan kaedah utiliti dan sumber maklumat.(Weiner,2003).  Mereka menekankan peri pentingnya kepada penggunaan pelbagai kaedah dalam setiap asesment kerana keputusan dari asesment tunggal tidak dapat memberikan keputusan yang tepat tentang klien.

TUJUAN ASESMEN/ THE PURPOSE OF ASSESSMENT

Tujuan kaunselor menjalankan ujian ialah untuk mengumpul maklumat tentang klien.  Walau bagaimanapun,maklumat tentang klien yang perlu dikumpul oleh kaunselor bergantung kepada tujuan dan sebab asesment itu sendiri. Para penyelidik telah mengenal pasti sekurang-kurangnya terdapat empat tujuan umum dalam asesment.
  • Screening / saringan
  • Identification and diagnosis /pengenalan dan diagnos
  • Intervation planning/ Perancangan intervensi
  • Progress and outcome evaluation/kemajuan dan penilaian hasil   
      SCREENING / SARINGAN 

"Screening" merupakan satu proses yang cepat, selalunya ia melibatkan satu prosedur atau instrumen tunggal, digunakan untuk menentukan samada seseorang individu itu mempunyai masalah yang berisiko tinggi dan memerlukan asesmen yang lebih mendalam pada masa itu. Proses 'screening' bukanlah sesuatu yang menyeluruh, dan instrumen yang digunakan selalunya diletakkan dibawah standard psikometrik.

IDENTIFICATION AND DIAGNOSIS

Di dalam kaunseling, asesmen seringkali dijalankan sebagai satu cara untuk mengenal pasti atau mendiagnos masalah, simptom atau kecelaruan(disorders). Diagnosis boleh didefinisikan sebagai analisis terperinci individu("detailed analysis of an individual's") terhadap kekuatan dan kelemahan mereka dengan matlamat umum ialah untuk mendapat keputusan klasifikasi.(Erford, 2006).Proses asesmen biasanya merangkumi kegunaan instrumen dan strategi untuk mengenal pasti lingkungan masalah klien yang memerlukan tumpuan untuk intervensi.  Ramai kaunselor diminta untuk untuk mendiagnos individu mengunakan sistem klasifikasi yang di panggil Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorders, Fourth Edition,Text Edition(DSM-IV_TR; American Psychiatric Association, 2000). Kecelaruan Mental (Mental Disorders) adalah tingkahlaku atau pola psikologi yang menjejaskan kognitif, emosi dan fungsi tingkah laku individu.  Di dalam kaunseling kesihatan mental, tekanan dan kebimbangan (depression and anxiety) adalah contoh masalah yang di diagnos mengunakan DSM-IV-TR.  

INTERVENTION PLANNING

Perancangan intervensi atau perancangan perawatan,  melibatkan pembuatan keputusan mengenai satu tindakan yang boleh  memudahkan perubahan kepada klien dan membantu meningkatkan keberkesanan kepada klien. Dalam kebanyakan kes, apabila individu itu dirujuk untuk kaunseling, ia adalah kerana mereka memerlukan intervensi psikologi, pembelajaran dan tingkah laku yang lebih spesifik untuk memperbaiki keadaan diri mereka. Dalam hai ini, tujuan asesmen adalah untuk menghimpunkan maklumat bagi menentukan intervensi mana yang lebih efektif yang sesuai digunakan kepada klien.  Terdapat pelbagai intervensi yang boleh dipilih oleh kaunselor dan intervensi itu diputuskan berdasarkan kepada masalah dan sebab mengapa klien telah dirujuk. 

PROGRESS AND OUTCOME EVALUATION

Apabila satu intervensi telah dilaksanakan, kaunselor bolehlah  mengunakan pelbagai instrumen asesmen dan strategi untuk mengawasi perkembangan klien dan membuat penilaian hasilnya.  Dengan membuat pengawasan secara berkala terhadap perkembangan klien, kaunselor sudah boleh menentukan samada intervensi yang dipilih telah memberi kesan positif kepada klien. Jika kesannya adalah negatif kaunselor perlu membuat penilaian semula dan membuat perancangan intervensi baru.
Bila program intervensi telah selesai, kaunselor boleh menjalankan penilaian terhadap hasil dan matlamat di akhir sesi kaunseling.  Langkah pertama dalam progress and outcome evaluation telah menyediakan ukuran asas terhadap keadaan diri klien. Ia digunakan ketika pertemuan untuk asesmen dengan klien dan boleh melibatkan penggunaan instrumen asesmen yang formal atau tidak formal.

Source: Assessment Procedure. Seventh Edition. Robert Drummond.
Karyn D Jones
   

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...