Saturday 2 March 2013

KAUNSELING DALAM KONTEKS SILANG BUDAYA DARI PERSPEKTIF NEGARA SINGAPURA.





              Bab ini akan cuba menyelusuri perkembangan aktiviti kaunseling di Singapura seawal tahun 1960an sehinggalah  ia mencapai status professional dalam tahun 1980an.  Selain dari berkongsi hasil-hasil kajian yang telah  membantu dalam menyediakan maklumat serta  memperbaiki amalan, bab ini juga akan memberi perhatian yang khusus kepada usaha-usaha pengamal dan pendidik  para kaunselor masa kini  dalam mengadaptasikan dan memantapkan amalan kaunseling Barat di Asia, dalam kontek silang budaya.
            Republik Singapura merupakan sebuah Negara pulau dengan jumlah keluasan tanah seluas 267 batu/persegi dan jumlah penduduknya mencapai 4.8 juta orang, menjadkan ia sebagai  salah sebuah negara yang berpenduduk padat di dunia. Masyarakat di  Singapura terdiri dari pelagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai ugama  Penduduknya terdiri dari 75% kaum Cina, 14% kaum Melayu, 9% , kaum India, dan 2% terdiri dari kaum-kaum lain.  Dari segi ugama, pula penduduk berugama Buddha adalah sebanyak 43% dari pada jumlah penduduk, Muslim 15%, Taoists 9%,  Hindu 4% dan Kristian 15%.   Singapura juga merupakan sebuah kota kosmopolitan.  Menurut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan mendedahkan yang lebih daripada 25% penduduknya adalah  orang asing yang datang dari latarbelakang etnik yang berbeza.  Orang Cina dari China, Hong Kong dan Malaysia ; Orang India dari India;  Orang Korea; Orang Jepun; Orang Indonesia; Orang Filipina dan juga orang perseorangan dari Utara Amerika dan Negara-negara Eropah (Jabatan Statistik Singapura, 2009).
              Dengan  wujudnya kepelbagaian  etnik dan  kepelbagaian dalam beragama di Singapura, ia secara tidak langsung telah memberikan cabaran yang hebat kepada kaunselor-kaunselor profesional yang bekerja dengan klien yang berasal dari  latarbelakang yang berbeza dengan mereka..  Jadi, untuk memulakannya,  kaunselor-kaunselor  perlu lebih sensitif kepada perbezaan budaya antara mereka dan  klien mereka.
               Sebagai contoh, Soong (1997) mengkaji pelajar remaja dengan memberi  keutamaan melalui pendekatan kaunseling mendapati,  pelajar –pelajar Hindu  yang mengunakan bahasa India  untuk perbualan dirumah menunjukkan kelebihan kepada pendekatan Pemusantan Insan (Clien centred approaches), Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang menggunakan bahasa Inggeris untuk perbualan dirumah lebih mengemari pendekatan kognitif, sementara pelajar-pelajar Muslim yang menggunakan Bahasa melayu lebih mengemari pendekatan tingkah laku.
               Keutamaan perlu diberikan kepada pendekatan kaunseling, tetapi  perbezaan antara budaya sebagai satu contoh.  Klien dari etnik yang berbeza latarbelakang juga memahami perbezaan tradisi dan amalan-amalan budaya.  Misalnya, ketika Muslim berpuasa dalam bulan Ramadan, Orang Cina yang berugama Buddha juga berpuasa  iaitu tidak memakan daging pada 1 dan  15 haribulan dalam bulan lunar.  Dalam institusi perkahwinan, penjodohan pasangan yang ditentukan oleh keluarga diamalkan secara meluas oleh kaum India.  Amalan itu tetap diterima walaupun kepada golongan terpelajar dan profesional.  Walaubagaimanapun dalam masyarakat Cina terutamanya golongan lelaki yang bekerja cenderong mencari jodoh melalui agensi yang menawarkan wanita-wanita dari negara Veitnam, Cambodia dan China apabila mereka sukar mendapatkan jodoh dengan wanita tempatan.  Dengan kata lain, perkahwinan pelbagai etnik terus meningkat   diantara golongan profesional dari semua kaum.  Malangnya kadar penceraian juga  meningkat dengan tinggi diantara pelbagai etnik.  (Jabatan Statistik Singapura 2007).  Kesemua perbezaan kebudayaan telah memberi implikasi kepada kaunseling di Singpura terutamanya dalam kaunseling keluarga dan perkahwinan.
              Di sebalik memahami kebudayaan dan norma-norma kumpulan etnik yang berbeza,  kepekaan atau sensitiviti  kepada perbezan budaya sangatlah penting.  Seorang Kaunselor yang berhadapan dengan dua orang klien dari kumpulan etnik yang sama tidak boleh mengandaikan yang mereka mempunyai atau berkongsi kepercayaan dan tradisi yang sama.  Pandangan dari sudut keagamaan yang merupakan latarbelakang etnik juga perlukan pertimbangan.  Orang Tamil yang beragama Kristiaan dan Orang Cina yang beragama Kristian mungkin mempunyai persamaan berbeza dari Orang  Tamil yang beragama Kristian dengan Orang Tamil yang beragama Hindu.  Pendidikan juga memainkan peranan yang penting.  Satu kajian tempatan telah menunjukkan Orang Cina di Singapura dari kumpulan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendidikan lebih gemar berjumpa bomoh daripada mendapatkan kaunseling yang lebih  profesional. (Lee & Bishop, 2001;Ow,1998)
             Terdapat  dikotomi antara kepercayaan tradisional Asian dan nilai-nilai yang dianggap sebagai kebaratan dan asing.  Walaupun kaunseling profesional telah mendapat penerimaan dan pengiktirafan di Singpura, namun masih ramai masyarakat Cina yang dipengaruhi oleh  etika Confisious.  Pada mereka, nilai-nilai dalam kaunseling seperti penentuan sendiri, berdikari dan ekpresi diri adalah bercanggah dengan tradisi orang Cina yang sangat patut pada ibubapa, menghormati orang yang lebih tua, menahan emosi dan mengawal tingkah laku.   Malah nilai kebangsaan yang dipromosikan oleh kerajaan lebih  mencerminkan nilai kebersamaan daripada sikap individualistik sejak tahun 1989 lagi.(Chew 1990).
              Dalam kandungan pertama tahun 1988,  lima nilai kebangsaan yang dikongsi bersama mengabungkan elemen-elemen kebudayaan, warisan, sikap dan kepercayaan di Singapura yang membantu meneruskan ‘survival’ bangsa  Singapura.  Perkara pokoknya ialah nilai ‘ kepentingan negara mengatasi kepentingan masyarakat dan kepentingan masyarakat mengatasi kepentingan sendiri. (nation before community and society above self).  Kemudian diikuti dengan penekanan yang diberikan kepada keluarga sebagai unit asas masyarakat (the family as the basic unit of the society) kesejahteraan barisan ketiga individu seperti yang ditunjukkan dalam nilai yang dikongsi 'sokongan masyarakat dan menghormati individu.  Nilai yang kedua akhir menekankan kepada kepentingan konsensus, keharmonian dalam kehidupan masyarakat, dan pembinaan negara-konsensus, bukan konflik dan keharmonian kaum dan agama. (ExpatSingapura, 2008)
              Seseorang individu itu sudah boleh menduga dari tahap nilai, kebajikan masyarakat perlu diutamakan sebelum  keluarga, dan keluarga dianggap lebih penting dari individu.  Sesetengah nilai itu ada bercanggah dengan nilai asas  teori kaunseling Barat.  Seperti yang ditunjukkan oleh Sue dan Sue (1990), andaian terhadap teori kaunseling moden adalah berdasarkan cerminan cita-cita demokratik dalam kontek  kebudayaan Amerika yang berkisar disekitar keunikkan dan  maruah seseorang individu,  kebebasan untuk meneroka potensi seseorang terhadap penentuan matlamat dan hak  persendirian yang menjanjikan kehidupan yang lebih baik.  Percanggahan terhadap nilai-nilai ini mungkin menjadi penyebab kenapa rakyat Singapura terutamanya bangsa Cina yang berpelajaran tidak berkeinginan untuk mencari kaunseling profesional.  Bekerja dengan pesakit mental bangsa Cina, Ow (1998) mendapati yang tingkah laku untuk mendapatkan bantuan termasuk  berdikari, mendapatkan bantuan dari keluarga, kawan-kawan, atau perubatan tradisi, dan akhirnya, dari profesional kesihatan mental.  Berdikari bererti tinggal di rumah, mengambil minuman tonik, menyingkirkan ubat-ubatan dan mengamalkan makanan seimbang.
Amalan perubatan tradisional yang mereka cari termasuklah akupuntur, aromaterapi, urut kaki, tenung nasib, geomancy, ubat herba, hipnosis, terapi urut, pawang dan  nasihat pengamal perubatan tradisional seperti bomoh dan sami di kuil
Ada sesetengan klien yang masih teragak-agak samada untuk mendapatkan rawatan secara tradisional atau terapi moden, ada pula yang mendapatkan rawatan tradisional ketika sedang menjalankan terapi moden.  (Tan, Chee, & Long, 1980).  Walaupun Singapura berada dalam era moden, ia bukanlah sesuatu yang luarbiasa sekiranya seorang klien berbangsa Cina pergi ke kuil untuk berdoa dan menderma selepas menjalani sesi dengan ahli terapi bertujuan untuk mengembalikan keharmonian dan tuah dalam keluarga.  Klien berbangsa  India pula akan meminta nasihat dari ahli astrologi dan kaunselor dalam masa yang sama.  Manakala dalam masyarakat melayu pula, sepertimana yang di lihat oleh kaunselor-kaunselor di sekolah,  ibubapa mereka akan memaksa anak-anak mereka berjumpa dengan bomoh apabila anak-anak mereka mengalami masalah gangguan emosi bukannya merujuk anak-anak mereka untuk menjalani  ujian psikologi. 
             Samion, (1999), telah menemuduga kedua-dua pihak yang terlibat dalam menjalankan perkhidmatan rawatan secara tridisional dan kaunselor profesional.  Penemuan telah menunjukkan yang elemen spiritual merupakan aspek penting pada klien dan hubungan dengan rawatan traditional, tetapi elemen ini berkurangan dalam konteks  kaunseling yang rasmi.
              Aspek spiritual merupakan salah satu sebab yang amat dihargai oleh klien kerana ia dapat menolong klien meningkatkan keupayaan klien untuk menyelesaikan masalah.  Kajian itu juga menunjukkan yang hubungan teraputik juga berkait rapat dan mempunyai persamaan terhadap pandangan dunia.  Oleh itu, dalam bekerja dengan pelbagai kaum, budaya dan agama, para kaunselor profesional  di Singapura mesti menyedari terhadap pandangan klien-klien mereka, latarbelakang budaya, amalan agama demi untuk membina hubungan dan menunjukkan rasa empati.  Kaunselor mesti  lebih memahami bahawa pendekatan kaunseling yang diamalkan hari ini berakar umbikan dari falsafah tradisi Amerika- Eropah , dan mereka perlu mengadaptasikan pendekatan ini ke dalam konteks budaya tempatan.
PEMBANGUNAN KAUNSELING PROFESIONAL
Permulaannya
             Di Singapura,  sejarah perkembangan kaunseling profesional telah bermula sejak lima dekad yang lalu.  Sebelum tahun 1960an, tidak ada satu pun agensi kaunseling wujud di negara ini.   Sementara itu setiap masalah sosial dan peribadi individu hanya dikendalikan oleh pekerja-pekerja sosial,  keperluan rawatan kesihatan mental dikendalikan oleh beberapa orang ahli psikatri berbangsa asing di sebuah hospital mental awam di negara ini.  Bagi pesakit yang mengalami masalah emosi dan psikologi yang ringan mereka masih tiada tempat yang sesuai untuk dituju.  Kadang-kadang ahli keluarga mereka pergi mendapatkan rawatan secara tradisional dengan berdoa di kuil atau berjumpa dengan bomoh. (Sim,1999;Tan,1996).
             Kaunseling profesional telah mula muncul pada tahun 1961 bila beberapa orang individu seperti paderi, mubaligh dan doktor perubatan bergabung untuk menubuhkan kaunseling di gereja.  Khidmat mereka ialah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat tempatan.  Pada mulanya ia dikendalikan oleh ekpatriat yang dilatih di luar negara.,  Pusat itu diberi nama  Pusat Kaunseling dan Penjagaan (Counselling and Care Centre)  dalam tahun 1975.
            Selepas itu, kesemua staf ekspatriat tersebut telah digantikan dengan kaunselor-kaunselor tempatan. (Yeo,1993b).  Pada masa yang sama kaunseling penagihan baru dimulakan dan ditubuhkan pada tahun 1972 dengan Persatuan Anti Narkotik Singapura (SANA).   Beberapa tahun kemudian, Pasukan Bersenjata Singapura telah menubuhkan pusat kaunseling mereka sendiri pada tahun 1977 bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan  kaunseling untuk anggota-anggota dan ahli keluarga mereka.(Sim,1999).
              Sejak itu, kaunseling telah berkembang dengan baik sekali, ia dimulakan oleh badan-badan agama, Organisasi kebajikan sukarela dan juga pihak kerajaan.  Apa yang menarik perhatian ialah pusat khidmat keluarga (Family Service Centres) tumbuh bagai cendawan di segenap pelusuk negara pulau ini.  Pergerakkan ini bermula dalam tahun 1980an dan mengumpul momentum dalam tahun 1990an.   Pusat Khidmat Keluarga  merupakan  agensi khidmat sosial sehenti dan dikendalikan oleh kaunselor profesional yang terlatih, ahli psikologi dan pekerja-pekerja sosial.  Mereka biasanya ditempatkan di kawasan-kawasan perumahan awam bagi memudahkan mereka menjalankan khidmat secara menyeluruh seperti  pengurusan kes individu dan keluarga, kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga dan perkahwinan untuk masyarakat setempat.(Tan,2002).  Institut Pendidikan Kebangsaan merupakan institut latihan perguruan tunggal di negara itu yang  menubuhan sekolah kaunseling.  Ia menubuhkan klinik di kampus dalam tahun 1974 untuk memperkenalkan kaunseling kepada sekolah-sekolah dan menyediakan pendidikan kaunselor kepada guru-guru.(Tan,1990a,1994b,2004).  Hasilnya, program latihan yang intensif dan meluas dijalankan di institut  tersebut, dan kerajaan berkeupayaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang kaunselor sekolah yang terlatih untuk setiap 400 buah sekolah di Republik itu sehingga tahun 2007 bagi menyediakan bimbingan pendidikan, kaunseling peribadi dan kaunseling kerjaya untuk pelajar. (Kementerian Pendidikan, 2007).  Akhirnya bermulalah kaunseling sebagai profesion untuk membantu.

MENCAPAI STATUS PROFESIONAL
            Pada pendapat pengarang, empat petunjuk disiplin menandakan status profesional :- penubuhan persatuan profesional, perlesenan atau pendaftaran pengamal-pengamal dalam bidang tersebut, latihan yang bertauliah untuk profesion serta penyelidikan dan penerbitan yang khusus untuk profesion.  Tiga petunjuk yang pertama yang dinyatakan diatas ditujukan kepada seksyen ini, dan penyelidikan dan penerbitan ditujukan pada seksyen yang seterusnya.
              Dalam tahun 1982, Persatuan Kaunseling Singpura (SAC) telah ditubuhkan bagi menyediakan asas bagi kemajuan kaunseling profesional di Singapura.   Perkara ini menunjukkan bahawa  negara Singapura  sedang berusaha  untuk mengenal pasti kaunseling sebagai satu profesion.  SAC juga menerbitkakan kod etika untuk pengamal-pengamal profesional bagi memastikan kaunselor-kaunselor di Singapura mengekalkan amalan profesional yang sesuai.
             Untuk memajukan status profesional kepada kaunselor-kaunselor terlatih, SAC memulakan dengan mendaftarkan kaunselor-kaunselor terlatih tersebut  dan juga memberikan pentauliahan kepada mereka dalam  tahun 2004 bagi memastikan standard dan kualiti program latihan di negara itu.  Ini merupakan satu lagi langkah yang amat ketara terhadap profesionalisma  kaunseling, (SAC,2007).
           Sebagai agensi perintis dalam menyediakan kaunseling profesional di Singapura,  Pusat Kaunseling dan Penjagaan merupakan  organisasi yang menerajui latihan kaunseling dengan memulakan kursus sijil jangka pendek dalam kemahiran asas kaunseling pada 1980-an.
              Diantara empat buah universiti tempatan, Institut Pendidikan Kebangsaan merupakan institusi yang pertama memperkenalkan pendidikan kepada  kaunselor secara rasmi.   Dalam tambahan kepada kursus diploma lepasan ijazah dalam kaunseling sekolah untuk guru,  institut juga melancarkan program MA dalam bidang  psikologi gunaan pada tahun 1997 untuk melengkapkan psikologi pendidikan bagi sekolah-sekolah dan ahli psikologi kaunseling ,(Tan,2004).  Dalam bulan Januari tahun 2007, Universiti SIM, (UniSIM) melancarkan program Sarjana Muda Kaunseling yang membawa kepada diploma pasca graduan dalam kaunseling, yang ditauliahkan sepenuhnya oleh SAC.  Bertindakbalas kepada peningkatan permintaan  untuk pendidikan kaunseling,  Institut Pendidikan Kebangsaan memperkenalkan program kaunseling MA dalam bulan Julai 2008.  Dalam masa yang sama, UniSIM bercadang untuk melancarkan program peringkat Sarjana dalam kaunseling  dalam bulan Julai 2010.
PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN
            Dalam pelbagai disiplin, satu petunjuk utama dalam profesionalisma bergantung kepada kerja-kerja peyelidikan dan pembangunan yang dijalankan dalam bidang itu.  Sejak pendidikan kaunseling diperkenalkan secara rasmi dalam tahun 1990an, budaya penyelidikan telah dipupuk di kalangan kaunselor pendidik, pelajar kaunseling, dan pengamal dalam bidang tersebut,  yang mana ia menghasilkan penerbitan buku-buku dan artikel-artikel penyelidikan.   Penulis adalah bebas untuk mengkategorikan penyelidikan mereka ke dalam tiga kumpulan, termasuk penerokaan, pengesahan, dan kajian penilaian.
Kumpulan pertama ialah kajian penerokaan bagi memahami tingkahlaku untuk mendapatkan bantuan dan karektoristik kumpulan-kumpulan  klien.  Dalam kajian Ang dan Yeo (2004) mendapati yang tingkahlaku mendapatkan bantuan  di kalangan pelajar remaja mendapati walaupun 84.3% dari  488 orang pelajar menyedari tentang adanya perkhidmatan kaunseling di sekolah mereka, namun hanya 6.7% sahaja telah mendapatkan bantuan kaunselor.  Majoriti  pelajar mendapatkan bantuan daripada rakan-rakan (57.4%) atau ibubapa (40.2%) bila mereka mengalami masalah.  Kebanyakkan pelajar perempuan lebih selesa mendapatkan kaumselor yang sama jantina dengan mereka, manakala pelajar lelaki lebih suka kaunselor yang berlainan jantina dengan mereka.
              Lim dan Ang (2006) mengkaji hubungan antara kepercayaan kawalan dan  sikap mencari bantuan pelajar-pelajar universiti dan mendapati bahawa mahasiswa yang percaya dalam mengubah diri untuk menyesuaikan diri dengan realiti menunjukkan sikap yang lebih positif ke arah mendapatkan bantuan profesional daripada mereka yang mempunyai kepercayaan dalam mempengaruhi realiti yang sedia ada sebagai satu cara untuk menangani.  Perbezaan jantina terhadap sikap untuk mendapatkan bantuan seperti yang dilaporkan oleh Ang,Lim, Tan, and Yau (2004) mendapati yang  perempuan peringkat awal dewasa  mempunyai sikap yamg lebih positif terhadap mendapatkan bantuan profesional daripada kaum lelaki.


             Sementara itu, Ng dan Lim (2006) mengkaji tingkah laku klien mendapatkan bantuan profesional.  Dari FSC (N=86) (Family Service Centre) dan mendapati halangan utama untuk mendapatkan bantuan dari kumpulan  keluarga berpendapatan rendah adalah harga diri yang rendah, perasaan pengasingan daripada masyarakat, kesedaran  keluarga  sebagai bantuan yang mencukupi, dan kebimbangan bahawa kerahsiaan tidak akan disimpan.
             Kumpulan kedua dari kajian penyelidikan bertujuan untuk memeriksa kesahan teori pembangunan kerjaya Barat dan langkah-langkah dalam konteks tempatan.  Super(1983),Super, Savickas, & Super,1996) mengandaikan kematangan kerjaya remaja meningkat dengan usia di samping pembangunan perkembangan kognitif.
Untuk mengesahkan teori Super, Tan (1989) meninjau pelajar-pelajar remaja (N=1,380) umur 12 hingga 18 tahun mengunakan Inventori Pembangunan Kerjaya Super(CDI) versi Australia.  Keputusannya menunjukkan peningkatan yang teguh pada skor min dari semua aspek pembangunan kerjaya yang mana, penerokaan kerjaya, perancangan kerjaya, pengetahuan kerjaya, dan  membuat keputusan kerjaya, dan terdapat juga perbezaan umur yang ketara.  Penemuan ini menyokong teori Super bahawa kematangan kerjaya meningkat bersama peningkatan umur.
            Tan (1990b) mengkaji kesahan Teori Holland dalam minat kerjaya pada pelajar-pelajar sekolah rendah di Singpura (N=1,500).  Holland (1985, 1997) mengandaikan bahawa kebanyakkannya seseorang itu  boleh dikategorikan kepada salah satu daripada enam jenis personaliti vokasional, iaitu realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional (K).  Untuk menguji kesahan Teori Holland dalam kontek Singapura, Self Directed Search (SDS) digunakan pada sampel berjumlah 1,500 pelajar sekolah rendah seluruh  pulau itu.  Korelasi item subskala dari SDS  menunjukkan kebanyakkan item menyumbang kepada subskala masing-masing..  Dan juga faktor analisis  item menunjukkan enam faktor yang tersendiri yang sepadan dengan enam jenis personaliti.  Penemuan ini menyediakan bukti yang mencukupi untuk menyokong Teori Holland.
               Penyelidikan sering membawa kepada pembangunan penerbitan inventori kaunseling yang tulen.  Dalam hal ini, usaha yang berterusan di kalangan para profesional dan ahli akademik telah membawa kepada  pembangunan inventori minat dan senarai semak diagnostik.  Satu contoh ialah OSCAR (Orientation System for Careers), satu sistem bantuan komputer yang komprehensif dalam  membangunkan program bimbingan kerjaya di Institut Pendidikan Kebangsaan (Tan, 1994a, 1995),  yang mana digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di Singapura.  Terdapat juga usaha-usaha di kalangan profesional untuk menerbitkan buku-buku dan sumber bahan-bahan  dalam kaunseling yang mana sesetengahnya telah menjadi bahan asas rujukan dan buku teks untuk program pendidikan kaunselor tempatan dalam bidang kaunseling individu.(Tan, 1984; Yeo 1981,1993a), sekolah kaunseling (Lui & Wong, 2006; Tan, 2004), dan kaunseling gerontologi (Metha & Co,2003; Ko, Metha, &Ko, 2007).
               Kumpulan ketiga yang menjalankan  kajian menyiasat amalan kaunseling semasa dari segi pilihan klien dan kaunselor.  Soong (1997)  menyiasat  keutamaan bagi pendekatan kaunseling di kalangan pelajar sekolah menengah  (N= 970)  dari perbezaan asal-usul etnik dan latarbelakang agama. Pendekatan kognitif telah didapati menjadi pendekatan yang paling digemari (49.7%), diikuti  oleh pendekatan Pemusatan insan (34.5%), dan pendekatan tingkah laku (15.8%).  Dalam kajian yang sama,  Soong meninjau kaunselor Cina (82), Melayu (8), dan India (10) asal usul etnik (N-= 100)  dan mengadakan temuduga yang lebih mendalam dengan 30 orang peserta.   Penemuan telah mendedahkan ,  tanpa mengira  kaum  kaunselor-kaunselor tersebut lebih gemar menggunakan pendekatan pemusatan insan untuk klien dewasa dan pendekatan kognitif untuk pelajar-pelajar.  Bagi  kaunselor yang bekerja FSC (Pusat Khidmat Keluarga) mereka lebih cenderong mengunakan pendekatan sistem keluarga.  Banyak guru-guru kaunselor  dari sampel mendapati realiti terapi adalah lebih efektif bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang  mempunyai masalah tingkah laku.
           Masa adalah intipati dalam satu pencapaian yang berorientasikan, sistem  sekolah yang sangat kompetitif, berstruktur, penyelesaian fokus dan pendekatan kognitif juga digemarI.

ADAPTASI DAN KETULENAN  TEORI DAN AMALAN KAUNSELING
               Satu kebimbangan utama para kaunselor profesional di Singapura ialah bagaimana untuk membangunkan  kecekapan silang budaya dalam kaunseling.  Kecekapan silang budaya biasanya ditakrifkan  sebagai kaunselor yang mempunyai tahap kesedaran diri yang sesuai,  pengetahuan, dan  kemahiran dalam bekerja dengan individu dari pelbagai latarbelakang budaya (Constantine, Hage, Kindaichi, & Bryan, 2007).  Kesedaran kepada kecekapan termasuk sensitiviti seseorang terhadap warisan budayanya, menghormati perbezaan,  menghargai  bagaimana nilai seseorang itu boleh memberi kesan kepada klien, dan berasa selesa dengan keadaan  perbezaan dan sensitiviti .  Kecekapan dalam ilmu pengetahuan melibatkan  kefahaman terhadap sistem sosio politik,  maklumat yang lebih spesifik tentang sesuatu kumpulan yang bekerja dengan kaunselor, dan kesedaran terhadap halangan institusi.  Dalam bidang  kemahiran dan kecekapan,  kaunselor mesti berkebolehan untuk menghantar dan menerima respon secara lisan dan bukan lisan dengan tepat dalam setiap konteks budaya dan aplikasi strategi intervensi yang sesuai dengan konteks budaya kaunselor.(Sue, Arrendondo, & Mc Davis, 1992). Axelson (1993)  merumuskan kecekapan budaya dalam kaunseling  sebagai kesedaran kaunselor  dalam empat  bidang: (1) kesedaran budaya yang menyeluruh, (pembangunan dilakukan dalam masyarakat, dan konteks budaya yang lebih spesifik), (2) kesedaran diri (kekuatan, nilai, andaian, bias, sterotaip), (3)  kesedaran klien (pandangan dunia,nilai, bias, andaian, dan (4) kesedaran terhadap prosedur kaunseling (amalan membantu yang sesuai, strategi intervensi).
               Laungani (2004)  mengatakan walaupun model terapi dari barat terus digunakan di kalangan  klien barat di negara-negara Metropolitan Asia yang besar.  Ahli-ahli terapi berbudaya timur pula telah mencipta semula amalan tradisi kuno mereka  bagi mengembangkan pendekatan yang lebih asli yang mana ia  didasarkan daripada  sistem nilai yang berbeza dengan pemikiran barat.  Seksyen ini akan menunjukkan adaptasi dan integrasi budaya yang  dijalankan di Singapura.
            Terpengaruh dengan kerja Jay Haley (1987), Yeo (1993a), seorang veteran dan pelopor dalam bidang kaunseling profesional, mencadangkan pendekatan  empat langkah penyelesaian masalah kepada kaunseling yang di panggil PADI.   Padi adalah perkataan melayu untuk  bendang/sawah, satu terma yang mudah di fahami  di Asia Tenggara di mana bendang/sawah  biasa dilihat didesa-desa. PADI adalah bermaksud (1)  Problem Defination (Definasi masalah) ,(2)  Attempted solution (Cadangan penyelesaian), (3) Desired changes (perubahan yang di inginkan), (4)  Intervention plan (pelan intervensi).
                Menurut Yeo (1993a),  PADI menggunakan pendekatan pemusatan insan dalam kaunseling.   Fokus terapi adalah untuk membantu pelanggan membina  wawasan ke dalam masalah dan kebimbangan mereka dengan membimbing mereka untuk meneroka hubungan mereka dengan orang lain dengan lebih jelas (contoh ahli keluarga dan rakan-rakan), peristiwa dalam hidup (contoh, perkahwinan, kelahiran anak dan kenaikan pangkat), dan persekitaran (contoh, di rumah dan tempat kerja).  Yeo menekankan untuk lebih efektif kaunselor perlu  mengabungkan  pendekatan pemusatan insan dengan orieantasi keluarga.  Pada awalnya, konsep mempunyai orientasi keluarga dalam kaunseling peribadi nampaknya bercanggah. Ia hanya satu pandangan, walau bagaimanapun ia telah di terima di Singapura dimana ali keluarga mempunyai pengaruh yang kuat dalam membuat keputusan pada kehidupan seseorang individu.  Oleh itu, apabila klien datang dengan masalah, seorang kaunselor perlu meneroka hubungan klien dengan keluarganya dan sejauh mana keluarganya terlibat dalam masalahnya.
                Dengan bertambahnya penulisan-penulisan tentang kaunseling dan kepelbagaian pendekatan kaunseling, terdapat keperluan terhadap gabungan teori kerana tiada satu teori pun yang lengkap dalam menyelesaikan isu-isu manusia.   Lazarus (1989, 1992) berpendapat bahawa, apabila seseorang kaunselor berpegang kepada satu orientasi teori,  mereka cenderung untuk mengamalkan gaya interpersonal yang sama untuk semua pelanggan.  Mempercayai bahawa pelanggan mempunyai pelbagai keperluan  untuk pelbagai gaya interpersonal daripada kaunselor mereka,  Lazarus mencadangkan pendekatan pelbagai medel pada kaunseling yang mana gaya interpersonal kaunselor berbeza dari satu pelanggan dengan pelanggan yang lain.  Pendekatan yang fleksibel dalam terapi multimodal (MMT) adalah amat relevan kepada persekitaran pelbagai budaya di Singapura, di mana pelanggan dari latarbelakang budaya yang berbeza boleh mebuat jangkaan yang berbeza terhadap tingkah laku kaunselor dan hubungan kaunseling. 
             Lee dan Wong (2004) mengambil kira kepentingan dimensi interpersonal dalam konteks Singapura disesuaikan dengan MMT Lazarus, dan mencadangkan satu pendekatan multimodal ekologi untuk kaunseling.  Mereka berhujah bahawa walaupun MMT mengambil kira aspek interpersonal fungsi personaliti, dimensi ini  tidak diberikan perhatian yang mencukupi berbanding dengan intra dimensi individu seperti tingkah laku, menjejaskan, imej, dan kognisi.  Untuk menjadikan MMT budaya yang lebih relavan di Singapura, di mana ia lebih berstruktur,  menghuraikan hieraki sosial,  luas rangkaian peribadi, Lee dan Wong mencadangkan bagi  melanjutkan dimensi interpersonal dalam kerangka ekologi.
Sehubungan itu, ekologi terapi multimodal (EMT) mengambil pandangan holistik di mana masyarakat dan persekitaran mereka s entiasa berinteraksi dan mempengaruhi antara satu sama lain.

Konsep, hubungan yang dinamik boleh digambarkan dalam profil ekologi yang terdiri daripada enam sistem berikut:

1.    Sistem ekologi semula jadi, sebagai contoh, cuaca dan persekitaran fizikal.
2.    Sistem makrososial, sebagai contoh, nilai budaya dan sistem politik.
3.    Sistem mikrososial, sebagai contoh, rakan sebaya, jiran-jiran dan kawan-kawan.
4.    Keluarga lain, sebagai contoh, datuk dan nenek, ibubapa saudara dan sepupu-sepupu.
5.    Keluarga terdekat, sebagai contoh, ibubapa dan adik-beradik.
6.    Sistem diri seseorang, sebagai contoh, kognisi, pengaruh, tingkahlaku, biologi dan imej.
Terdapat dua konsep utama dalam EMT, struktur dan fungsi.  Struktur merujuk kepada sifat-sifat yang membentuk enam sistem, sebagai contoh, persekitaran fizikal di dalam sistem ekologi yang semulajadi merujuk kepada peranan dan tujuan sifat dan interaksi mereka.   Perubahan dan gangguan di dalam salah satu sistem atau di antara  sifat-sifat  didalam sistem akan membawa kepada perubahan yang sepadan dan gangguan di dalam sistem yang lain.  Lee dan Wong (2004) menyatakan yang konsep sistem ekologi semulajadi merupakan pusat pandangan orang Asia yang menganggap seseorang itu adalah sebahagian daripada  sifat.  Profil ekologi boleh digunakan untuk memahami dan menilai hubungan interpersonal dan juga kekuatan dan kelemahan sokongan jaringan sosial.  Soalan berikut adalah dicadangankan oleh EMT untuk menilai profil ekologi klien. (Lee dan Wong, 2004).
1.    Bagaimana masalah / kebimbangan mempengaruhi pemikiran, tingkahlaku dan perasaan pelanggan?. (Sistem diri sendiri)

2.    Kepada siapa (contohnya, keluarga, ahli-ahli, saudara-mara, kawan-kawan, profesional, dan bomoh) akan mendapatkan bantuan ketika dilanda krisis?. (Keluarga terdekat, keluarga lain, dan sistem mikrososial)
3.    Bagaimanakah masalah pelanggan yang disampaikan  dikaitkan  dengan orang lain dan institusi sosial.Contohnya, sekolah, tempat kerja, dan lain-lain.? (Sistem makrososial)
4.    Bagaimanakah penyampaian masalah pelanggan dapat mempengaruhi persekitaran fizikal (contohnya,  keadaan perumahan, perubahan iklim, kedudukan geografi dan lain-lain?. (Sistem ekologi semulajadi).

              Dalam satu lagi cubaan untuk menyesuaikan pendekatan kaunseling Barat kepada konteks tempatan,  Wong (2002a) mencadangkan model  temuduga  klinikal multidimensi (Multidimensional Clinical Interview) (MCI) bagi mengenalpasti keperluan klien dan para penemuduga.  Model MCI boleh digunakan  sebagai panduan dalam temuduga pengambilan dan juga boleh digunakan untuk proses kaunseling peringkat lain, termasuk proses penaksiran dan intervensi.  Model Wong mempunyai lapan dimensi:
1.    Aras : Ia merujuk kepada pemahaman klien yang menyeluruh dari aras biologi, psikologi dan sosiologi.
2.    Modaliti:  Ia mengingretasikan pendekatan yang dicadangkan oleh Lazarus (1999), Wong (2002a) modaliti cadangan penilaian seperti tingkahlaku, deria, dan pengarug pada peringkat intrapersonal dan modaliti seperti ibubapa, adik-beradik, dan rakan sebaya pada peringkat interpersonal.
3.    Domain: Ia melibatkan pentaksiran  kepada kelaziman masalah pelanggan dari pelbagai domain seperti rumah, sekolah, tempat kerja dan kejiranan.
4.    Metod: Ia merujuk kepada pelbagai metod pnetaksiran seperti pemerhatian, ujian psikologi dan lain-lain.
5.    Angkubah: Ia merujuk kepada koleksi maklumat mengenai pembinaan psikologi lain yang penting, yang tidak dilindungi oleh dimensi  lain seperti lokus kawalan, menangani gaya dan sebagainya.
6.    Perkembangan tahap dan masalah klien:  Ia merujuk kepada koleksi maklumat tentang perkembangan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh klien.
7.    Masa:   Ia menunjukkan betapa pentingkan masa pada kaunselor, mengumpul hanya maklumat yag releven  tentang masa lalu dan sekarang klien.
8.    Budaya:   Ia melibatkan koleksi maklumat dari pengaruh pelbagai budaya, (etnik, ugama dan orientasi semangat, pengaruh generasi, status ekonomi dan asal-usul bangsa, dan lain-lain).
9.     
Wong (2002a) juga mencadangkan lapan peringkat proses pentaksiran:
1.     Perancangan (membuat keputusan keatas  aras pentaksiran berdasarkan alasan rujukan)
2.    Pratemuduga (persediaan untuk temuduga).
3.    Permulaan (Membina ‘rapport’).
4.    Bekerja (Mengumpul  maklumat)
5.    Penutupan (Penamatan sesi temuduga).
6.    Memproses data
7.    Mengkonsepkan dan menganalisis
8.    Membina matlamat intervensi
             Wong (2002a) mencadangkan model MCI sebagai pendekatan menyeluruh bagi membantu kaunselor mengendalikan temuduga klinikal dengan lebih sistematik tanpa mengira apakah orientasi teori mereka.
            Sensiviti terhadap pegangan agama seseorang klien merupakan  satu lagi cabaran kepada kaunselor profesional yang bekerja dalam dalam konteks  silang budaya.  Diantara kumpulan utama agama-agama  yang terdapat di Singapura (Katoliks, Protestans, Muslim, Buddha, Taoist, dan Hindu.  Buddha merupakan kumpulan agama yang terbesar dan ia semakin berkembang  dari 27% dalam tahun 1980 kepada 43% dalam tahun 2007.(Jabatan Statistik Singapura, 2007). Untuk menjalankan  amalan kaunseling dengan klien yang berugama Buddha, Wong (2002b) mencadangkan penggunaan terapi perubahan, yang mana ia adalah pendekatan integrasi kepada psikoterapi berasaskan ajaran Buddha dari ajaran “Four Noble Truth”.
Four Noble Truth” menghuraikan tentang kesukaran yang kita hadapi di dalam hidup dan bagaimana kita mengatasi kesukaran ini untuk menjadi  lengkap, bebas dan dibebaskan. Penyataan pertama dalam ajaran “Four Noble Truth”,ialah  penderitaan di dunia ini tidak dapat dielakkan.  Penyataan Kedua dalam “Noble Truth”  menyifatkan punca wujudnya  penderitaan adalah kerana keinginan nafsu, keinginan duniawi, dan pemikiran negatif.  Penyataan yang ketiga dalam “Noble Truthmengekalkan penderitaan yang tidak akan kekal selama-lamanya dan itu adalah  pengakhiran, yang mungkin membawa kepada kesejahteraan.  Penyataan “Noble Truth” yang keempat pula mengajar jalan Lapan Tahap yang mulia yang membawa kepada pemberhentian penderitaan dan pencapaian kesejahteraan.
           Matlmat utama tranformasi terapi ialah untuk membantu klien dalam penderitaan mereka untuk mecapai kepada kesejahteraan.  Ini boleh dilakukan melalui strategi teraputik lapan tahap iaitu:
1.    Mengubah persepri
2.    Mengubah pemikiran
3.    Mengubahsensasi dan emosi
4.    Mengubah bahasa dan ucapan
5.    Mengubah tingkahlaku
6.    Mengubah kerja
7.    Mengubah minda dan jasad
8.    Mengubah diri sendiri.

            Wong,(2002b) menyatakan yang teknik teraputik ini semakin meningkat kerana cantuman dan penyatuan dari teknik yang digunakan oleh amalan Buddha dan psikologi moden.
             Beliau berkeyakinan yang terapi asli boleh wujud bersama atau berintegrasi dengan amalan psikologi moden.  Lee (2006)  mencadangkan penggunaan model yang jelas (Ems) dalam proses kaunseling.  Ems merujuk kepada  interpretasi dan pemahaman klien terhadap masalah, kaunselor, pengamal perubatan dan ahli terapi serta lain-lain yang sangat ketara. (contoh ahli keluarga, guru dan rakan sebaya.) di dalam jaringan social tempatan.(Kleinman, 1980).  Bagi kaunselor pula Ems mereka banyak dipengaruhi oleh orientasi teori mereka.  Seorang kaunselor yang psikodinamik boleh mengenalpasti pengalaman klien sebagai kebimbangan dan ia disandarkan kepada beberapa konflik yang tidak dapat diselesaikan intrapsikik dijalankan lebih dari hubungan lalu.  Untuk menguruskan kebimbangan, kaunselor perlu membantu klien supaya peka kepada bahagian tidak sedar melalui analisis mimpi, analisis pemindahan.  Biasanya, kaunselor kognitif tingkah laku akan mengabungkan kebimbangan dengan disfunsi pemikiran dan mengunakan teknik kognitif untuk mengubahsuai pemiliran.  Persoalannya bukanlah model mana yang benar atau model mana yang lebih bermakna kepada klien.  Klien dan kaunselor akan berpegang kepada sama atau berbeza Ems.  Salah padanan pada Ems boleh mengakibatkan hubungan kaunseling dan proses rawatan terhalang.  Pada sudut yang lain, persamaan diantara Ems klien dan pendekatan rawatan yang ditawarkan oleh kaunselor akan menghasilkan terapi yang lebih kukuh  oleh gabungan dan meningkatkan motivasi untuk perubahan diri klien.
               Lee(2006) juga menyokong yang dengan memahami klien Ems, satu asas dapat diwujudkan untuk merundingkan cara yang boleh di terima antara kaunselor dan klien.(p.60).  Lee mempersembahkan dua kes ilustrasi  bagi menunjukkan cara bagaimana ianya dilakukan.  Dalam kes pertama, satu pasangan muda mendapatpatkan kaunseling profesional kerana mereka mempunyai masalah didalam hubungan keluarga.  Kedua-dua belah ibubapa pasangan tersebut menolak rancangan mereka untuk berkahwin disebabkan percaya kepada kepercayaan karut,  dan mereka menjadi serba salah smada hendak menjaga hati ibubapa mereka atau mengikut kat hati mereka  Semasa menjalankan sesi kaunseling praperkahwinan, pasangan tersebut juga mendapatkan tukang tilik Cina untuk menyakinkan ibubapa mereka yang mereka merupakan pasangan yang secocok.  Selepas mereka berjaya menyakinkan ibubapa mereka, perkahwinan mereka diteruskan sepertimana yang telah dirancang.
              Dalam kes yang kedua, seorang lelaki berbangsa Cina yang yang mempunyai perasaan bersalah terhadap ibunya yang telah meninggal dunia dan dia berterusan rasa bersalah kerana mengamalkan amalan lama.  Mengikut tradisi kepercayaan orang Cina , roh simati akan kembali ke bumi untuk mencari ketenangan dan menyelesaikan apa yang belum ia selesaikan sebelum mati dalam bulan tujuh mengikut kalender Lunar, juga dikenali sebagai “pesta Hantu”.  Jadi, untuk menenangkan hantu si mati, Penganut ugama Buddha dan Taoist akan membakar kertas yang berbentuk “ketulan emas”, “duit”  bersama-sama dengan makanan dan buah-buahan.  Dengan membakar surat minta maaf bersama dengan kemenyan pada roh ibunya, klien akan merasa tenang, kerana mempercayai yang beliau akhirnya telah berdamai dengan ibunya. Di dalam kedua-dua kes, tindakan berdasarkan budaya klien sangat di sokong oleh ahli terapi sepenuhnya  yang mana mereka sentiasa terbuka untuk menyatukan terapi moden dengan amalan traditional. (Lee,2002).

KESIMPULANNYA
            Singapura merupakan sebuah negara yang unik yang mempunyai sejarah yang pendek dalam pembinaan bangsa (selepas 44 tahun merdeka). Namun , kebudayaan lama, amalan agama masih menurut cara yang lama.  Rakyatnya mewarisi lima tradisi utama, termasuk Hindu,  Buddha, Confusious, Kristian, dan Islam yang setiap satunya mempunyai sejarah ribuan tahun.  Singapura juga merupakan tempat pertembungan antara bangsa Barat dan Timur..  Pendidikan bahasa dinegara ini memastikan yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan dapat menerima  budaya Barat tetapi dalam masa yang sama masih berpegang kepada  akar budaya mereka.  Keunikan ini menimbulkan pasca cabaran kepada perkembangan dan amalan kaunseling di negara ini.  Bagi menghadapi masalah ini, kaunselor di Singapura telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan kompetensi silang budaya dan menggunakan kajian dan penyelidikan untuk mempertingkatkan amalan kaunseling.
           Apa yang telah kita pelajari di Singapura, ialah kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan profesional di satu bahagian dunia.  Mula-mula kita telah pelajari bahawa disebalik perkhidmatan  kaunseling profesional,  sesetengahnya rakyatnya masih kurang berminat untuk mendapatkan bantuan, terutamanya golongan keluarga yang berpendapatan rendah dan mereka yang  berpegang dengan budaya tradisi.(Ang & Yeo,2004; Ng & Lim, 2006).  Disebabkan  perubahan minda merupakan satu proses yang panjang, waktu terbaik untuk memulakannya adalah peringkat kanak-kanak.  Dengan memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di semua sekolah, untuk melihat stigma yang dikaitkan dengan kaunseling dapat diubah seawal-awalnya.  Dengan keupayaan beliau sebagai penyelia kaunselor di sekolah, penulis telah melawat banyak sekolah dan mengikuti sesi kaunseling secara langsung.  Kedua-duanya amat maenggalakkan dan  menggembirakan untuk melihat kemudahan dan keterbukaan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang telah tampil ke hadapan untuk kaunseling.  Adalah di harapkan yang rakyat Singapura pada masa hadapan akan mengekalkan sikap terbuka yang sama untuk kaunseling  apabila  mereka sampai  usia dewasa dan memasuki dunia pekrerjaan.  Hanya apabila sikap terbuka wujud di kalangan orang dewasa dalam masyarakat maka barulah  anjakan paradigma boleh dicapai.
                 Keduanya, kita telah pelajari yang teori  dan teknik kaunseling  berasal dari dunia Barat tidak semestinya serasi dengan nilai dan sistem orang Asia dan amalan budaya orang Timur.   Malah, penyelidikan telah menghasilkan bukti empirikal bahawa beberapa teori-teori barat dan instrumen asing yang digunakan sebagai alat dalam kaunseling kedua-duanya adalah sah dan terpakai dalam konteks Asia. (Tan, 1989,1990b1994a,1995). Jadi, daripada kita membuang teori-teori dan amalan yang tidak relevan dan tidak sesuai kita harus menerima pakai, mengubahsuai dan menyesuaikannya.
               Ketiga, .percubaan yang di lakukan  pengamal dan pendidik kaunselor di Singapura telah menunjukkan bahawa amalan kaunseling moden boleh wujud bersama-sama dengan amalan kebudayaan tradisional. (Lee,2002; Samion,1999;Tan et. Al.,1980). Terdapat juga usaha yang berhasil dan  bersesuaian dalam menggunakan teori dan teknik  kaunseling Barat  seperti yang didokumenkan dalam bab ini.(Ko et al.,2007; Lee, 2006; Lee & Wong, 2004;Wong, 2002a,2002b; Yeo, 1993a).
             Keempat, kajian dan amalan telah mengesahkan  yang  kebolehgunaan pendekatan multimodal didalam konteks silang budaya (Lee & Wong, 2004;Soong,1997).  Klien yang datang dari latar belakang yang berbeza mungkin berbeza dari sudut kepercayaan peribadi dan tingkahlaku mencari bantuan.  Mereka mungkin juga berbeza  ekspektasi terhadap kaunselor dan  proses kaunseling.  Untuk menjadi lebih berkesan dalam menjalankan kaunseling dalam konteks  silang budayaseseorang kaunselor itu perlu lebih berpengetahuan dan menggunakan model-model kaunseling yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang lebih fleksibel.
              Akhir sekali, kita telah mempelajari,  dari etnik atau budaya mana seseorang kaunselor atau klien itu datang adalah tidak penting.  Yang paling penting ialah mereka berkongsi pandangan  atau Ems yang sama.  Kesedaran diri kaunselor dan kesedaran diri klien  serta persamaan dalam  halatuju merupakan kunci utama untuk membina ‘rapport’ dan  memudahkan proses kaunseling (Lee,2002;Samion,1999,Soong,1997).
Memperkenalkan dan memajukan bidang kaunseling merupakan satu perjalanan  yang panjang dan penuh cabaran bagi kaunselor dan pendidik.  Banyak yang boleh dipelajari melalui perkongsian bersama dan pertukaran idea di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.  Sementara itu para pengamal dan para pendidik kaunselor di Singapuraperlu meneruskan usaha mengadaptasi amalan kaunseling  Barat dan terapi asli,  adalah menjadi harapan kita bersama iaitu dengan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan profesional dari bahagian dunia lain boleh membawa kesinambungan pembelajaran dan faedah bersama.

Source : International Handbook Of Cross Cultural Counselling




2 comments:

  1. Aslkm. Alhamdulillah. Tq 4 d writing. Saya Abd Razak dari Johor Bahru. Berminat juga untuk menulis Kaunseling Pelbagai Budaya di Malaysia. Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan bahan-bahan berikut : 1. Fail Pdf, Soong(1997) Adaptation of Western counselling approaches to an Asian multicultural context.
    Di dahului dgn Jazakallahu Khairan Kathira

    ReplyDelete
  2. Aslkm. TQ 4 d writing. Saya mohon jika dapat tuan kirimkan fail PDF : Soong(1997)Adaptation of Western counselling approaches to an Asian multicultural context. Saya dahului Jazakallah.
    Emel saya : abdrazakipti@gmail.com

    ReplyDelete

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...