Monday 18 March 2013

KE ARAH ISLAMISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING



KE ARAH ISLAMISASI BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Ahmad M.Raba

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia



Abdul Halim Othman

Universiti Malaysia Sabah



          Tiada sesiapa yang boleh menyangkal bahawa umat Islam kini sedang menghadapi pelbagai cabaran, samada secara luaran mahupun dalaman.  Kedua-dua  cabaran tersebut berkait  rapat antara satu sama lain pada sebab dan akibatnya.

          Tujuan penulisan ini tidaklah untuk memberi perhatian kepada cabaran yang datang dari luar tetapi ia adalah untuk membicarakan aspek-aspek yang berkaitan dalam konteks cabaran dalaman itu sendiri, yang mengikut pandangan kami adalah merupakan elemen yang lebih penting berbanding cabaran yang datang dari luar.

           Dalam konteks ini, persoalan utama kepada para cendekiawan, pendidik, kaunselor dan penyelidik Islam yang perlu dijawab ialah bagaimana untuk mengislamkan sesuatu disiplin ilmu terutamanya dalam ilmu sains sosial.

            Setiap orang perlu mengakui bahawa dalam sistem pendidikan, seperti juga ulama’ Islam kontemporari, para intelektual, pendidik, kaunselor dan penyelidik dari kalangan orang Islam adalah berbeza latar belakangnya.  Sesetengahnya daripada mereka mempunyai pengetahuan Islam yang agak lemah dan ada diantara mereka yang langsung mengabaikan sama sekali aspek-aspek yang terdapat dalam Islam.  Selain daripada dikalangan mereka mempunyai pengetahuan agama yang dalam, namun kurang pula penguasaan dan pengetahuan mereka mengenai cabaran-cabaran di zaman moden.

            Perkembangan dan kemajuan umat Islam hanya akan membuahkan hasil jika kita di pelbagai peringkat memainkan peranan masing-masing.  Ia juga akan bergantung kepada proses islamisasi falsafah-falsafah yang berkaitan, matlamat yang ingin dicapai, teknik-teknik yang digunakan dan aplikasinya termasuk dalam segenap aspek dalaman diri seseorang.



 KONSEP ISLAMISASI



               Maksud yang mudah bagi  istilah “Islamisasi” ialah penyesuaian kepada Islam khususnya penyesuaian terhadap ilmu pengetahuan moden, sains sosial dan teknologi mengikut pendekatan Islam.  Ia adalah untuk memperkenalkan segala bentuk pengetahuan tersebut dengan cara atau melalui pendekatan yang dibawa oleh agama Islam.

“Sebelum masyarakat Islam menjadi mundur dan ketinggalan, mereka telah Berjaya membina disiplin, membentuk dan menjelaskan kerelavanan Islam, nilai-nilai dan pandangan mengenai dunia kepada setiap orang daripada mereka dan mereka mengintergrasikan kesemuanya dengan jayanya aspek-aspek utama ke dalam ilmu pengetahuan Islam.  Mereka telah membuat sumbangan yang bermakna kepada semua bidang dan menggunakan secara berkesan dan berjaya pula mengembangkannya.”

                                                                       (Islamization of knowledge, 1982 IIIT,p.14)



             Islamisasi ilmu pengetahuan  adalah satu usaha yang dilakukan untuk membentuk disiplin sains sosial selaras dengan visi Islam supaya ketamadunan Islam dapat dihidupkan semula.  Antaranya ialah dengan menulis semula ilmu pengetahuan dan menyesuaikan semula penemuan kajian yang berkaitan mengikut kaca mata Islam.  Dalam erti kata lain, ini adalah satu cara untuk menjadikan ilmu dalam sains sosial sebagai sebahagian cabang ilmu Islam yang tersebar dari tangan ketangan dan ia akan diperkenalkan dalam semua aspek ilmu pengetahuan yang ada.

              Dalam Islam, sebenarnya tiada wujud percanggahan antara intelektual dan ilmu wahyu.  Malahan penemuan-penemuan saintifik adalah selalu parallel dengan apa yang dinyatakan didalam al-Ouran dan Hadis.  Ini adalah kerana ilmu wahyu berperanan dalam memandu, membimbing dan mendorong manusia untuk berfikir dan memahami setiap perkara dan kejadian berdasarkan akal dan perasaan, belajar dari pengalaman dan pemerhatian dan melaluinya manusia boleh membangunkan kecemerlangan diri dalam kehidupan.







  ISLAM DALAM TEKNOLOGI

             Islam dalam teknologi pula merujuk kepada penggunaan mekanikal dan sains gunaan sebagai cara untuk memperbaiki cara melaksanakan pengajaran Islam, menggunakan teknologi moden dan memperkenalkan teknologi baru pada masa akan datang yang dipelopori oleh orang Islam dan akhirnya untuk mengukuhkan iman seseorang.

             Adalah penting kepada umat Islam agar dapat merangka kerja bagi memudahkan pemindahan teknologi kerana ia dianggap sebagai satu langkah untuk menuju ke arah pembangunan teknologi dalam Islam dalam semua lapangan ilmu.  Penguasaan teknologi perlu dianggap sebagai sangat penting sebagaimana pentingnya mengkaji Al-Quran itu sendiri dan teknologi itu adalah penting untuk menjamin kelangsungan dan juga ketamadunan ummah.

“Dan sediakan  untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) dengan segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan…..”(8:60)

              Kita semua sedar akan kepentingan peranan teknologi masa kini dalam peperangan dan memelihara keamanan sejagat.  Islamisasi ilmu pengetahuan tidaklah sepatutnya  ditumpukan hanya kepada penyesuaian ilmu sains sosial itu sahaja tetapi juga perlu dilakukan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan yang selari dengan Islam kerana ilmu sains itu sendiri adalah berdasarkan kepada pemerhatian, eksperimen, induksi dan juga ke atas teknologi sebagai instrument yang dicipta oleh manusia yang digunakan untuk manusia mengikut pengajaran Islam.

             Menurut Mustafa al-Nefar (1990), terdapat beberapa halangan dalam mencapai matlamat islamisasi ilmu pengetahuan ini.  Salah satu halangan adalah kerana ilmu pengetahuan itu sendiri yang tidak dimanfaatkan oleh manusia khasnya dalam mengukuhkan dimensi kemanusiaan sebaliknya ia disalahgunakan untuk mencabar Allah Taala dengan melakukan kemungkaran dan kerosakan di muka bumi.  Tambahan, kebijaksanaan manusia hendaklah diikuti dengan mengakui dan menerima hakikat dan keagungan Pencipta iaitu Allah Taala dan bukan untuk melakukan penyekutuan tuhan di atas muka bumi ini.  Justeru itu, islamisasi ilmu pengetahuan, sains dan teknologi bermaksud;  “manusia itu hendaklah berada dalam kesederhanaan dan tidak bersikap ekstrim dan juga mengakui akan keesaan Tuhan dan tidak mengagungkan teknologi sebagai kuasa yang boleh menentukan kehidupannya di muka bumi ini.

            Seseorang itu mestilah mempunyai kefahaman yang jelas dalam membezakan antara ayat-ayat suci yang merupakan wahyu dengan penemuan saintifik.  Dalam hal ini, orang Islam mesti menyakini akan kebenaran bahawa wahyu itu datangnya dari Allah SWT dan pengetahuan dalam eksperimen adalah sebagai asas terhadap pemerhatian dan pengalaman yang dilakukan oleh manusia.









 BIMBINGAN DAN KAUNSELING : ANTARA PERSPEKTIF ISLAM DAN PANDANGAN BARAT

             Matlamat dalam proses Islamisasi harus dimulai dalam sektor pendidikan terlebih dahulu khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi kerana peranannya yang akan melahirkan pemimpin-pemimpin masa hadapan.  Bimbingan dan kaunseling juga perlu dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang memainkan peranan yang penting dan perlu dilakukan islamisasi keatasnya agar peranan dan faedahnya dapat dimanfaatkan khususnya pada orang Islam dan umumnya kepada orang lain.



 KONSEP LINGUISTIK

            ‘Bimbingan’ mengikut bahasa Arab adalah ‘menunjukkan jalan’.  Perkataan ‘Rashid’ pula adalah merujuk kepada orang yang terbimbing ke arah jalan yang benar (orang yang mendapat petunjuk).  Ia juga member makna: ‘bimbingan kerohanian’.  Perkataan ‘Rashad’ bermakna ‘untuk menjadi orang yang berada di jalan yang benar’, (iaitu orang yang benar-benar terbimbing dan bukanlah kea rah orang yang ‘dilaknati’)

Istilah ‘Rashid’ pula bermaksud orang yang benar-benar terbimbing, mengikut cara yang betul dan mempunyai keyakinan dan keimanan yang benar (Cowan 1967).  Dari sumber yang sama, ia membawa kepada ‘khulafa-rashidun’ (khalifah yang terbimbing sepenuhnya).

              Bimbingan atau panduan dalam Al-Quran bermaksud petunjuk ke jalan yang benar.  Bimbingan dalam bahasa Inggeris pula bermakna “perbuatan, proses atau hasil daripada bimbingan” – sesuatu yang dipandu.  Dalam dunia pendidikan, bimbingan dilihat sebagai satu proses menasihati pelajar-pelajar dan keluarga mereka.

              Sebagai kesimpulan, konsep bimbingan dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris adalah menunjukkan ke jalan yang benar (pengertian khusus) dan sesuatu yang dipandu atau yang dibimbing (pengertian umum).



KONSEP KAUNSELING

              Dalam bahasa Arab, perkataan ‘nasih’ (kaunselor) bermaksud kaunselor yang baik dan penasihat yang ikhlas.  Perkataan ini berasal dari perkataan ‘nasaha’ yang bermaksud untuk memberi dengan ikhlas.  Dalam bahasa Inggeris, perkataan kaunseling bermaksud memberi nasihat kepada klien, memberi nasihat untuk kebaikan klien.  Kaunselor adalah orang yang memberi kaunseling, dan juga orang yang digelar sebagai penasihat.

              Dalam bahasa Arab juga, kaunseling bermakna “nasihat dengan ikhlas”, sementara dalam bahasa Inggeris bermaksud untuk “memberi nasihat kepada orang”.  Pengertian yang pertama adalah lebih spesifik manakala yang kedua pula agak umum.

“Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku(dengan patuh pada perintah-perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”. (2:186).

“Jika kamu Nampak dari keadaan mereka telah matang dan berkebolehan…”(4:5).

“Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan ku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” (18:66).

“Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami  petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)”.(18:10)

“Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjul kepada yang lebih dekat kebenarannya dari pada ini”. (18:24).

“Maka sesungguhnya, ia telah berpegang pada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus (2:256)

“Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku.  Mereka jika melihat tiap-tiap ayat(Ku), mereka tidak beriman kepadanya.  Dan jika mereka melihat jalan yang membawa kepada petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya.  Yang demikian itu adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka selalu lalai daripadanya”. (7:146).

“Dan sesungguhnya telah Kami anugerahkan kepada Ibrahim hidayah kebenaran sebelum (Musa dan Harun)”.(21:51).

“(yang) memberi petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya”. (72:2)

“..tetapi Allah menjadikan kamu ‘cinta’ kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.  Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, sebagai kurnia dan nikmat dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

(49:7-8).

              Dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran, kaunselor akan dapat mengetahui jenis bimbingan yang perlu diberikan kepada klien: bimbingan yang betul ke arah tingkahlaku yang betul.

                      Perkataan ‘nasha’ dan perkataan terbitan,  ia disebut sebanyak tigabelas kali di dalam enam surah.

“Hai kaumku sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat Tuhanku, dan aku telah member nasihat kepadamu, tetapi kamu tidak menyukai orang-orang yang member nasihat”. (7:79)

“Hai kaumku, sesungguhnya aku telah menyampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku telah memberi nasihat kepadamu.  Maka bagaimana aku akan bersedih hati terhadap orang-orang yang kafir?” (7:93)

“Aku sampaikan kepadamu amanat-amanat Tuhanku dan aku member nasihat kepada mu dan aku mengetahui dari Allah apa yang tidak kamu ketahui” (7:62).



“Dan tidaklah bermanfaat kepadamu nasihatku jika aku hendak member nasihat kepada kamu, sekiranya Allah hendak menyesatkan kamu, Dia adalah Tuhanmu, dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan”. (11:34)

Mereka berkata: “Wahai ayah kami, apa sebabnya kamu tidak mempercayai kami terhadap Yusuf, padahal sesungguhnya kami adalah orang-orang yang mengingini kebaikan baginya”. (12:11)

“…keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang member nasihat kepadamu”. (28:20)

“…………bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuha (taubat yang semurni-murninya).(66:8)

                Daripada ayat-ayat yang telah dinyatakan di atas, kaunselor Islam perlu memberi bimbingan yang betul dan ikhlas.  Ini adalah untuk memastikan klien membuat pilihan yang betul dan dia boleh hidup bahagia di atas pilihan yang dilakukannya itu.

             Konsep yang terdapat di dalam Al- Quran berhubung dengan bimbingan dan kaunseling adalah sangat jelas dan semua menunjukkan bahawa ia perlu dipandang mengikut kaca mata Islam dalam usaha untuk memberi perkhidmatan secara benar dan ikhlas.

               Kaunselor Islam dalam pada melaksanakan tugas berdasarkan kaedah Islam perlu menjawab beberapa persoalan yang berikut.  Antaranya;

Apakah ciri-ciri realiti?

Adakah terdapat perancangan besar terhadap alam semesta ini atau adakah ia berlaku secara berkebetulan atau secara semulajadi?

Apakah kedudukan manusia dalam alam semesta?

Adakah manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab/.  Apakah pula batasan-batasan manusia?.   Apakah hubungannya dengan orang lain?.  Untuk diri sendiri?.

Apakah ciri-ciri keperluan yang diperlukan oleh manusia?.

Apakah bukti jika benar kita mengetahuinya?.

Adakah ia melibatkan pengetahuan dan tugas?.

Setakat mana kebebasan manusia?.  Adakah kebebasan itu ontologi atau ilusi?.  Adakah semua yang berlaku itu adalah fenomena yang mempunyai tujuan atau fenomena yang dirancang?.

Adakah matlamat yang perlu bagi masyarakat?.  Bagi individu?.  Adakah tanggungjawab itu sebagai istilah yang bermakna?.                                                                                                                                        

(Beck,1963,p.96)

             Dengan menjawab persoalan di atas, seorang kaunselor Islam akan mempunyai konsep kehidupan dan pandangan tersendiri dalam memahami Islam menurut Al-Quran dan Hadith.





KONSEP KAUNSELING DI DALAM AL QURAN

            Perkataan “Rashada”, “Rushd” dan perkaan “rashid” telah disebut dalam Al Quran sebanyak 19 kali dalam 11 bab (surah-surah).  Perkataan yang bermaksud bimbingan dan menunjukkan cara yang telah disebut di dalam surah adalah seperti berikut:

“ Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (2:186)

Musa berkata kepada Khidhr: “Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu?” (18:66)

“(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi Mu dan sempurnakanlah bagi kamu petunjuk yang lurus dalam urusa kami (ini)”(18:10)

..Kecuali (dengan menyebut): “Insua Allah”.  Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah: “Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini.” (18:24)

(yang) member petunjuk kepada jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.

Dan kami sekali-kali tidak akan mempersekutukan seseorangpun dengan Tuhan kami (72:2)

         Dengan membaca ayat-ayat suci Al Quran kaunselor akan dapat mengetahui jenis bimbingan yang diberikan kepada klien : bimbingan yang betul ke arah tingkahlaku yang betul.

               Kami tidak mengunakan ayat-ayat Al Quran untuk mendakwa bahawa  Al Quran ada mengandungi ilmu tentang.  Ia tidak pernah terlintas dalam fikiran kami ketika kami memilih ayat-ayat ini.  Maksud kami memilih ayat-ayat ini adalah menyatakan kepada mereka yang mengambil berat tentang kaunseling Islam ialah sebagai kaunselor, kita mesti megikuti panduan yang terkandung dalam Al Quran ketika kami melaksanakan kerja-kerja profesional kami.  Didalam Al-Quran secara tidak langsung telah menyarankan bahawa seorang kaunselor Islam perlu mengikut nilai-nilai moral dan mengikuti kod etika sebagai sebagai seorang kaunselor yang profesional. Apa yang kita belajar daripada ayat-ayat sebelumnya dan dari Al-Quran dan Hadis adalah keikhlasan ketika melaksanakan sesi kaunseling kepada klien kita dan apa yang kita boleh lakukan untuk membantu  klien untuk berjaya dalam mencapai matlamat mereka tanpa mengabaikan asas agama dan nilai-nilai moral Islam. Kita perlu  menekankan bahawa seorang kaunselor Islam itu dijangka berupaya menjadi model dalam melaksanakan kaunseling untuk semua aspek kerjaya. Semua kaunselor, samada orang Islam atau bukan Islam, dia perlu mempunyai pengetahuan lengkap mengenai sifat manusia. Itu adalah sebahagian daripada penyediaan saintifik yang diperlukan untuk mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan kepada manusia.





SIFAT MANUSIA

             Islam mengajar umat Islam tentang asal usul manusia serta tentang objektif penciptaan. Pandangan Islam adalah menyeluruh dan mencakupi semua aspek dalam mengajar manusia tentang penciptaan alam semesta, kehidupan di bumi, manusia, alam semulajadi hidup dalam kehidupan ini dan tentang kehidupan akan datang dan sebagainya.

           Apa yang penting kepada kaunselor Islam adalah untuk mengetahui sifat manusia agar  dengannya dapat membantu klien yang memerlukan bantuan dalam sebahagian daripada kehidupan mereka. Islam menyebut mengenai permulaan kehidupan manusia dan mengingatkan manusia tentang akhir tempoh  sesebuah kehidupan  yang  singkat  dan bukan bertujuan untuk hidup selama-lamanya di bumi ini.  Sesungguhnya anak-anak Adam telah dicipta secara berperingkat bermula daripada  saripati  air mani yang  diperlukan untuk persenyawaan.

             “Dan   sesungguhnya Kami  telah  menciptakan  manusia dari  suatu  saripati  (berasal)  dari  tanah. Kemudian  Kami  jadikan  saripati  itu  air  mani (yang disimpan)  dalam  tempat   yang kokoh (rahim).  Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain.  Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik”. (23:12-14)

           Dengan mengetahui sifat-sifat  manusia akan memberi kesan yang besar dalam pemikiran manusia mengenai kewujudannya  didunia dan siapakah yang membuat manusia untuk terus hidup dengan dilengkapi dengan semua pancaindera dan kemahiran yang membolehkan manusia  berjaya dalam lapangan kehidupan dan kerjayanya.  Tanpa wahyu bagaimana manusia boleh tahu tentang asal-usul dan kemana destinasi yang perlu dituju?.    Dengan segala nikmat yang Allah (SWT) kurniakan, manusia masih jahil  tentang dirinya  dan bagaimana untuk mempunyai kehidupan yang sihat dan bersyukur  tentang apa yang Allah kurniakan dia melaksanakan tugasnya dalam kehidupan ini!.

               Manusia di dalam Al-Quran digambarkan sebagai makhluk yang dihormati dan makhluk yang dimuliakan oleh Allah yang Maha Perkasa. Manusia seperti yang disebut di dalam Al-Quran , mempunyai beberapa dimensi utama, iaitu : dimensi kerohanian,  fizikal,  emosi,  intelek dan sosial.  Dimensi-dimensi personaliti manusia ini tidak dapat  dipisahkan dari suatu sama lain.  Semua elemen adalah berkaitan dan tidak mempunyai sempadan untuk memisahkan setiap satu dari yang lain. Dimensi  kerohanian walaupun tidak  terlihat, tetapi ia merupakan sesuatu yang ada dalam  tubuh manusia.  Dimensi fizikal yang nampak jelas dan boleh mempunyai kesan pada orang lain juga akan menerima kesan.  Dimensi emosi  adalah amat penting terutamanya pada peringkat awal kehidupan .Dimensi intelek ialah elemen yang mengurus manusia  membawa ke arah kejayaan atau kegagalan. Jika individu tersebut  menjaga dimensi ini, dia mempunyai seorang pengurus yang baik untuk memimpin dia ke arah pencapaian yang terbaik dalam kehidupannya. Tetapi jika dimensi ini  diabaikan,  tanpa adanyapendidikan, maka ia akan sia-sia dan tidak memberi kesan  yang positif ke atas kehidupan manusia.  Akhir sekali, dimensi sosial iaitu dimensi  yang mengurus keperluan sosial seorang individu  dan hubungan dengan individu yang lain dalam persekitarannya.  Apabila dimensi ini berada dalam keadaan normal dan dapat berfungsi dengan betul, individu ini akan menunjukkan keperibadian yang sihat dan dinamik dan dapat bertindak secara seimbang dengan dimensi yang ianya akan dapat berkembang secara normal pada setiap peringkat kehidupan seseorang individu itu.  Individu yang mengabaikan mana-mana satu dimensi personaliti manusia ini, boleh membawa kepada personaliti yang tidak seimbang.  Sebagai contoh, seseorang  yang kebanyakan masanya mempunyai badan yang kuat tetapi tanpa disertai dengan dimensi rohani dan emosi, maka ia tidak boleh menjadi sihat melainkan semua dimensi itu diambil perhatian oleh individu ini.

               Manusia sepertimana yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah makhluk yang dihormati dan merupakan ciptaan yang lebih mulia.    Manusia adalah khalifah Allah di atas muka bumi.   Kedudukan ini menerangkan status manusia sebagai salah satu yang dimuliakan Allah,  mempunyai hubungan yang rapat dengan Allah dan mempunyai tanggungjawab kepada Maha Pencipta.  Manusia sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran mempunyai beberapa dimensi utama: kerohanian, fizikal, intelektual, emosional dan dimensi sosial.  Personaliti manusia atau diri manusia itu adalah sesuatu yang asalnya dari semua dimensi tersebut.

           Kaunselor Islam perku mengambilkira semua dimensi ini bila berdepan dengan klien mereka.  Bila seseorang individu menjadi tidak sihat atau yang berkaitan dengannya, sistem psikologi individu akan menjadi tidak seimbang, dan individu itu pula cenderung untuk mengalami gejala-gejala tertentu dan individu itu akan dikenal pasti mempunyai masalah tertentu berdasarkan kepada gejala-gejala dihadapinya.

Manusia bertanggungjawab.

            Satu aspek yang penting dalam kehidupan manusia ialah manusia itu bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan.  Allah berfirman dalam Al Quran yang bermaksud:

“ bagi siapa di antara kamu yang berkehendak akan maju dan mundur”. (74:37)

“Tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya”. (52:21)

          Tanggungjawab, kewajipan, tugas, kawalan, kuasa, tugas, dan nilai moral adalah istilah yang berkaitan dan ia bermaksud bahawa manusia adalah makhluk yang sangat penting di kalangan makhluk ciptaan Allah (SWT).   Manusia mempunyai kebebasan membuat keputusan untuk dirinya sendiri dan bebas dalam memilih tindakan yang diambil.  Kebebasan yang dimiliki hendaklah diiringi dengan tanggungjawab dan kebajikan-kebajikan.  Pertama, manusia mempunyai tanggungjawab terhadap Penciptanya, dirinya, keluarga dan masyarakat amnya.  Tanpa tanggungjawab ini manusia sudah tentu tidak mempunyai peranan di dalam kehidupan.  Maka, hidupnya menjadi kosong dan tidak mempunyai makna.



Manusia adalah makhluk yang dimuliakan Allah (SWT)

              Manusia adalah makhluk yang dimuliakan. Tanggungjawab itu adalah satu penghormatan kepada manusia itu sendiri.  Kita tidak akan memberikan apa-apa tanggungjawab kepada orang yang kita tidak hormat kepadanya.  Tetapi penghormatan manusia di dalam Al Quran bermaksud bahawa manusia ini telah diberi penghormatan oleh Allah (SWT) yang diangkat mertabatnya berbanding makhluk-makhluk yang lain.  Ini adalah penghormatan ke atas manusia dan manusia hendaklah terus bersyukur dan menghargai nikmat yang diterima dalam kehidupan tanpa henti dari Allah(SWT).

“Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, Kami telah beri pelbagai kenderaan di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang selebih-lebihnya atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan”. (17:70)

Manusia secara fitrahnya juga percaya kepada Tuhan

“Dan(ingatlah wahai Muhammad), ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-menurun) dati tulang belakang (sulbi) mereka dan Allah mengambil lesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?”.  Mereka menjawab:”Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi”.  (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan:  “Sesungguhnya kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)” (7:172)

Setiap manusia asalnya beriman dan percaya kepada Allah.

Maka hadapkanlah dirimu (kamu dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama Allah dan jauh dari kesesatan; (tetaplah atas) ‘agama Allah’, Allah yang telah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) menurut fitrah itu untuk menerimanya.  Tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu.  (Itulah) agama yang betul lurus:  tetapi kebanyakkan manusia tidak mengetahuinya”. (30:30).

              Dimensi kerohanian manusia tidak boleh dibentuk  dan berkembang jika manusia itu mengabaikan keimanan dan keyakinan kepada tuhan dan agama dimana aspek ini adalah aspek dalaman yang utama untuk seseorang individu itu.

              Di negara Barat sekalipun, orang-orang telah pun mula bercakap mengenai kepentingan agama dalam kehidupan seseorang.

“dengan mengabaikan kerohanian sebagai legitimasi sesebuah kehidupan, ahli-ahli psikologi yang mengabaikan kepercayaan yang dipegang oleh 90% populasi di  US,….’agama’ menurut temubual dengan ketua APA (American Psychology Association), “Adalah sangat penting masyarakat dalam sejarah manusia”.  Dengan ramainya orang terlibat dalam aktiviti keagamaan, kemungkinan klien yang mempunyai pegangan nilai-nilai agama mempengaruhi tingkahlaku mereka.  Sekiranya ahli terapi tidak cuba menginterasikan nilai agama dalam penyelesaian sesuatu permasalahan, keberkesanan penyelesaian adalah dijangka bersifat sementara”.

           Kaunselor Islam tidak sewajarnya mengikut secara membuta pandangan ali-ahli psikologi Barat mengenai manusia kerana ahli-ahli psikologi Barat tidak melihat manusia itu sebagai unik dan diciptakan oleh Allah yang dimuliakan.  Dengan mengikut secara membuta idea-idea dari ahli-ahli psikologi Barat menjadikan kita lebih terkeliru dan akan menghadapi masalah.  Sedang Al Quran itu telah menjelaskan dengan secara komprehensif mengenai manusia.





ISI-ISU ETIKA

             Bagi kaunselor Islam, persoalan moral bukanlah sesuatu isu yang asing dan baru.  Menjadi tanggungjawab moral sebagai seorang Islam supaya menjadi contoh seorang kaunselor yang ikhlas dengan Allah,  pada dirinya dan juga dengan lain-lain makhluk ciptaan Allah.

“Isu-isu etika bagi kaunselor Islam, bukan sahaja untuk melindungi kepentingan kaunselor di mata umum, ia lebih daripada itu, ia meliputi aspek keyakinan dan keimanan kepada Allah, agama, kerohanian, tingkahlaku sosial, membuat keputusan, usaha-usaha intelektual, tabiat penggunaan, adab percakapan dan semua aspek kehidupan manusia.  Sebab moral adalah sebahagian daripada asas dalam Islam sebagaimana yang dijelaskan dalam Al Quran malah ia sangat ditekankan hampir keseluruhan dalam kitab suci itu”.

(Abdalati, p.43)



“Isu etika sepatutnya didasarkan kepada prinsip-prinsip keimanan bahawa Allah adalah yang pentadbir sekelian alam termasuk manusia dan segala aspek dunia kehidupannya.  Bersama-sama dengan seluruh ciptaan Allah, setiap seorang daripada kita adalah bergantung sepenuhnya kepada Allah dan akan kembali kepadaNya untuk perhitungan”.

(Haneef,1979,p.65)

            Sebagai seorang kaunselor Islam, hasil daripada keimanannya kepada Allah akan terhias pada dirinya ciri-ciri keikhlasan, bertanggungjawab, integriti, benar, komitmen, berlaku adil, berdisiplin dan mampu mengawal diri, berperikemanusiaan, sabar, ketabahan, berani, berterima kasih, bermaruah, berkehormatan, rasa hormat diri, kesopanan dan kesucian niat, baik sanggup membantu, bekerjasama, pemurah dan mesra, bertimbang rasa dan kasih sayang yang mempunyai adab yang baik, mempunyai perasaan persaudaraan, kemesraan dalam perhubungan dan kasih sayang terhadap orang lain, rajin dan berilmu dan cinta akan ilmu pengetahuan.

              Dengan andaian mempunyai semua cirri-ciri di atas, kaunselor Islam akan kurang menghadapi masalah bila berdepan dengan klien, mampu melindungi kerahsiaan klien, lebih bertanggungjawab dan lebih menyedari keperluan-keperluan yang diperlukan.  Sekiranya terdapat kaunselor bukan Islam yang mengikuti kod etika ini sebagai usahanya untuk mengelakkan kehilangan kepentingannya seperti kehilangan pekerjaan, namun sebaliknya pula kaunselor Islam perlu mengamalkan kod etika ini berdasarkan prinsip-prinsip Islam yang wajar dipatuhi akan ember kesan yang positif kepada tingkahlakunya.



APLIKASI KAUNSELING

                Prinsip-prinsip Islam dalam bimbingan dan kaunseling boleh diaplikasikan dalam banyak bentuk.  Perbincangan berikut mencadangkan beberapa ‘setting’ yang boleh diterokai oleh kaunselor.



KAUNSELING KANAK-KANAK

            Cara yang terbaik untuk membantu kanak-kanak adalah melalui bimbingan.  Melalui bimbingan, kanak-kanak akan dapat mengenal diri dan potensinya.  Sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelum ini, bimbingan yang membawa makna adalah kaunselor yang mampu menyediakan model yang baik untuk diikuti oleh mereka kerana kanak-kanak adalah insan yang perlu disayangi dan dikasihi.

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;

‘Bila anak-anak mencapai umur 7 tahun, ajar mereka untuk solat…. Dan kita tahu bahawa anak-anak akan mengikuti ibu bapa mereka solat.  Ibu bapa perlu menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak”.

Sebuah hadis dari Aisyah r.a. menyebut; “ Orang Arab dusun datang kepada baginda dan bertanya samada mereka perlu mencium anak-anak mereka”.

Baginda menjawab; “Ya”, mereka berkata: “ tetapi kami tidak pernah mencium mereka”, baginda SAW pula menjawab: “ Apakah daya saya, seandainya Allah telah mencabut rasa kasih sayang dari hati kalian”.

(Bukhari dan Muslim)



               Kaunselor Islam bila berurusan dengan kanak-kanak yang menjadi kliennya, wajar meletakkan diri mereka sebagai ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan curahkan kasih sayang dan menjadi model yang baik berbanding hanya mengaplikasikan teknik-teknik kaunseling terhadap klien tersebut.

KAUNSELING REMAJA

              Berhadapan dengan klien remaja, memerlukan teknik yang berbeza tanpa mengira peringkat perkembangan remaja, kaunselor Islam mesti menyedari bahawa yang dinamakan remaja itu, mereka akan terus mencari identiti diri, mengalami kesukaran di mana remaja perlu menghadapi banyak konflik seperti meragui diri sendiri dan juga masalah penyesuaian.  Kaunselor juga perlu menyedari akan wujudnya kecenderungan untuk perhubungan intim, cinta remaja, sikap dan tingkahlaku, gejala penagihan alkohol dan penyalahgunaan dadah.

             Kaunseling yang mementingkan langkah-langkah yang tertentu (bukan setakat bimbingan) adalah cara yang lebih sesuai dalam berurusan dengan golongan remaja.  Dengan membentuk hubungan antara kaunselor dan klien, dengan memulakan proses kaunseling, menetapkan tahap kemajuan, dan penstrukturan di tahap awal, seorang kaunselor Islam boleh menggunakan pelbagai ajaran Islam untuk membantu remaja menyelesaikan masalah mereka.

              Ia boleh jadi sangat berguna kepada kaunselor untuk memberikan kerja rumah kepada klien sebagai usaha untuk menyediakan diri klien menjadi ‘kaunselor’ pada dirinya sendiri.  Sebagai contoh, sekiranya klien remaja mempunyai masalah dengan ibu bapanya, remaja tersebut diberi kerja rumah dengan dikehendaki membaca berhubung dengan hubungan anak-anak dan kedua ibu bapa menurut Islam seperti mana yang dinyatakan dalam Surah Al Isra’.

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.  Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kami mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.  Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. (17:23-24).

            Ayat Al Quran di atas mampu untuk mencipta impak yang kuat di dalam hati remaja bila mereka membaca dengan penuh kesedaran.  Adalah diharapkan dengan melakukan perkara seperti ini, hubungan remaja dan ibubapanya dapat diperbaiki.  Perlu diingat bahawa, remaja boleh menjadi sensitif terutamanya berhubung dengan nilai-nilai agamanya.  Dalam banyak situasi, ayat-ayat suci Al Quran dan juga Hadis boleh diaplikasikan bagi mengubah perasaan dan tingkahlku golongan remaja.

Secara umumnya, banyak masalah yang boleh diuruskan dengan memberi kerja rumah kepada klien-klien remaja yang terbabit dalam gejala ketagihan arak, penyalahgunaan dadah, sikap,  seksual dan masalah dalam kelakuan mereka.

             Beberapa surah dalam Al Quran boleh dicadangkan untuk dibaca oleh klien sebagai tugasan di rumah mereka seperti surah An Nur untuk klien perempuan.  Bahkan, bagi ulama’-ulama’, mereka boleh menggunakan ayat-ayat Al Quran dalam sesi kaunseling untuk membantu meningkatkan diri dan membantu klien dalam menyelesaikan masalah secara komprehensif dan berkesan.





KAUNSELING DEWASA

         Tanpa mengira status sosial atau tahap pendidikan, orang dewasa juga menghadapi banyak permasalahan dan konflik dalam kehidupan.  Sebahagian daripada permasalahan adalah berkaitan dengan masalah keluarga dan status perhubungan perkahwinan.  Kaunselor perlu menggunakan kaedah mendidik dan menggunakan kaedah pengajaran yang lebih islamik isi kandungannya dan memelihara etika untuk membantu klien dewasa untuk memahami permasalahan mereka dan mencadangkan kaedah penyelesaian yang sesuai dengan permasalahan yang dihadapi.  Klien yang masih bujang sebenarnya juga turut mengalami permasalahan iaitu keseorangan dalam hidup.  Kaunselor boleh mencadangkan beberapa bahan bacaan yang boleh dibaca dan juga menetapkan matlamat tertentu yang boleh dicuba semasa sesi kaunseling.  Bagi memastikan klien menyedari bimbingan atau pengajaran agama itu berkait dengan permasalahan yang dihadapi, kaunselor boleh menanyakan soalan yang spesifik supaya klien sedar apa yang dia perlukan.  Untuk itu, memberi tugasan kerja rumah boleh digunakan untuk membimbing klien membantu dirinya sendiri.

             Menjelaskan ayat-ayat Al Quran dan Hadis yang berhubung dengan perkahwinan dan manfaatnya boleh membantu klien yang hidup bersendirian itu memikirkan semula agar dirinya membuat perubahan terhadap gaya hidupnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia.  Sebagai contoh, kaunselor boleh menyatakan ayat-ayat Al Quran dan Hadis seperti berikut;

“Dialah yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan dari padanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya”. (7:189).

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir (30:21).

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;

“ Keseluruhan tempat di dunia ini adalah benda-benda yang berfaedah dan yang paling berfaedah didalam dunia ini ialah isteri kamu”.

(Muslim)

“ Orang Islam yang paling sempurna keimanan adalah mereka yang baik budi pekertinya, dan antara yang baik di kalangan kamu ialah yang berbuat baik dengan isterinya”.

(Termidzi)

“ Jika seseorang wanita meninggal dunia sedang suaminya redha kepadanya, wanita itu akan memasuku syurga”.

(Termidzi)

“ Apa jua yang kamu belanjakan untuk mendapatkan redha Allah, akan dibalas dan akan diganti walaupun jika ianya menyuapkan sesuap makanan kedalam mulut isterimu”.

(Bukhari dan Muslim)

            Untuk klien yang bukan beragama Islam, contoh seperti yang dinyatakan mungkin tidak dapat manfaat dari membaca ayat Al Quran dan Hadis kerana berlainan pegangan walaupun hakikatnya Islam itu adalah agama yang sempurna, jadi mereka boleh dibantu dengan mengemukakan falsafah-falsafah kehidupan mereka dengan syarat tidak menyalahi kod etika khususnya dan moral Islam secara umumnya.



KAUNSELING KELUARGA

             Dalam masyarakat orang Islam, keluarga memainkan peranan yang sangat penting.  Adalah sukar untuk memisahkan kanak-kanak mahupun remaja dari keluarga dalam masyarakat yang hubungan ibubapa dan anak-anak adalah sangat rapat.  Jika salah seorang ahli keluarga mempunyai masalah di sekolah atau dengan rakan sedarjah atau sekolej, kaunselor Islam harus melibatkan keluarga mereka dalam penyelesaian masalah tanpa mengabaikan kod dan etika kaunseling terutamanya berhubung dengan kerahsiaan klien tersebut.

           Kanak-kanak Islam perlu patuh dan berbuat baik dengan ibu bapa.  Ibu bapa hendaklah melayan anak-anak mereka mengikut sebagaimana yang disarankan oleh Islam.  Apabila kanak-kanak atau ibu bapa gagal melakukan apa yang seharusnya dilakukan, maka akan wujud permasalahan di rumah, di sekolah atau dalam masyarakat secara umumnya.

            Bagi mereka yang menghadapi masalah rumahtangga, kaunselor perlu membantu kepada mereka yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikan masalah mereka.  Semua ahli keluarga perlu melibatkan diri dalam usaha untuk melihat akar umbi sesuatu permasalahan dan bagaimana hendak mengatasi permasalahan yang timbul.  Oleh itu boleh dikatakan bahawa kaunselor mesti bekerjasama dengan keluarga dan melalui keluarga, ia akan dapat membantu menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh klien.

            Banyak kajian menunjukkan bahawa punca utama yang menyebabkan timbulnya masalah dalam sesebuah keluarga adalah disebabkan oleh pengabaian terhadap peranan yang patut ditunaikan oleh setiap ahli keluarga dan kerana kurangnya ilmu pengetahuan dalam menjalankan tanggungjawab dan memahami hak-hak setiap ahli keluarga.  Dalam situasi ini, kaunselor boleh memberi tugasan rumah untuk membantu ibu bapa memahami tugas mereka terhadap pasangan mahupun anak-anak mereka.  Kaunselor juga boleh mengkehendaki anak-anak melakukan tugasan yang sama bagi membolehkan mereka memahami tugas mereka terhadap ibu bapa.

     Ayat berikut adalah ayat dari Al Quran yang boleh dimanfaatkan.

“Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.  Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang amat sabar.  Maka tatkala anak itu sampai (pada umur bersedia) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insyaAllah kamu akan mendapatku termasuk orang menyembelihmu.  Maka fikirknlah apa pendapatmu!”.  Ia menjawab: “Hai bapaku, -orang yang sabar”. (3:99-102).

Nabi Ibrahim, bapa para anbia dan anaknya adalah dua contoh yang boleh dicontohi oleh seorang ayah dengan anak lelakinya.

“Dijadikan indah pada (pandangan)manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang.  Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga)”. (3:14).

           Ayat di atas pula menerangkan bahawa sifat manusia itu inginkan kehidupan berkeluarga dan mempunyai anak-anak serta rezeki yang baik dari cara yang betul.  Contoh lain yang terdapat didalam Al Quran yang boleh diikuti oleh kedua ibubapa dan juga anak-anak:

“Hai Yahya, terimalah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh.  Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak dan rasa belas kasihan yang mendalam dari sisi Kami dan kesucian (dan dosa).  Dan ia adalah seorang yang bertakwa, seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi derhaka.  Kesejahteraan atas dirinya pada hari ia dilahirkan dan pada hari ia meninggal dan pada hari ia dibangkitkan hidup kembali.  Dan ceritakanlah (kisah) Maryam di dalam Al Quran, iaitu ketika ia menjauhkan diri dari keluarganya ke suatu tempat di sebelah timur, maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka; lalu Kami mengutus roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya (dalam bentuk) manusia sempurna.  Maryam berkata: “Sesungguhnya akau berlindung dari padamu kepada Tuhan Yang Maha pemurah, jika kamu seorang yang bertakwa”..  Ia (Jibril) berkata:”Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang utusan Tuhanmu, untuk memberimu seorang anak laki-laki yang suci”.

(19:12-19)

Berkata Isa A.s.: “Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al Kitab  (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang Nabi, dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka.  Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali”. (19:30-33)

Contoh lain yang menunjukkan Nabi Ibrahim A.S. sebagai anak yang baik melayani ayahnya.

“Ceritakanlah (Hai Muhammad) kisah Ibrahim di dalam Al Kitab (Al Quran) ini.  Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan lagi seorang Nabi.  Ingatlah ketika ia berkata kepada bapanya;  “Wahai bapaku, mengapa kamu menyembah sesuatu yang tidak mendengar, tidak melihat dan tidak dapat menolong kamu sedikitpun?.  Wahai bapaku, sesungguhnya telah datang kepadaku sebahagian ilmu pengetahuan yang tidak datang kepadamu, maka ikutilah aku, nescaya aku akan menunjukkan kepadamu jalan yang lurus.  Wahai bapaku, janganlah kamu menyembah syaitan.  Sesungguhnya syaitan itu derhaka kepada Tuhan Yang Maha Pemurah.  Wahai bapaku, sesungguhnya aku khuatir bahawa kamu akan ditimpa azab dari Tuhan Yang Maha Pemurah, maka kamu menjadi kawan bagi syaitan”.

“Berkata bapanya: “Bencikah kamu kepada tuhan-tuhanku, hai Ibrahim?.  Jika kamu tidak berhenti, maka nescaya kamu akan kurejam, dan tinggalkanlah aku buat waktu yang lama”.  Berkata Ibrahim:  “Semoga keselamatan dilimpahkan kepadamu, aku akan memintakan ampun bagimu kepada Tuhanku.  Sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku.  Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku”. (19:41- 48)

Nabi Musa A.S. dan ibu, abang dan kakaknya,  Luqman dan anaknya, Nabi Yusuf A.S. dengan bapa dan abangnya, Nabi Noh  A.S. dan anak, semua ini adalah contoh yang perlu dikaji dan diikuti oleh orang-orang Islam.

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda apabila Abdullah Bin Mas’ud bertanya;

“yang manakah tindakan yang paling Allah sukai : menunaikan solat pada waktunya dan berbuat baik kepada ibubapanya”.

(Bukhari dan Muslim)

Baginda Nabi SAW bersabda;

“Tiada anak yang boleh membayar semula bapanya (pengorbanan dan kasih sayang) kecuali mendapati beliau ubat penawar dan menetapkan yang bebas”. (Muslim)

Ayat Al Quran dan Hadis di atas akan memberi impak yang positif ke atas diri anak-anak dan juga ibubapa sebagai cara untuk memperbaiki hubungan antara ibubapa dan anak-anak.

          Ahli keluarga, suami dan isteri yang berhadapan dengan isu-isu hubungan intim suami isteri, berikut adalah contoh ayat Al Quran dan Hadis yang berkaitan yang boleh dijadikan sebagai pedoman.

“Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh) dengan isteri-isteri kamu, isteri-isteri kamu itu adala pakaian bagi kamu dan kamu pula adalah pakaian bagi mereka…”. (2:187)

Baginda Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Apabila memanggil suami akan isterinya ketempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi”.

(Bukhari dan Muslim)

            Banyak lagi ayat-ayat Al Quran mahupun Hadis yang boleh digunakan sebagai pengajaran atau pendidikan terutamanya dalam soal hubungan suami dan isteri dan untuk mengelakkan salah faham antara mereka.







KAUNSELING PERKAHWINAN

            Salah satu pendekatan kaunseling keluarga yang patut diberikan perhatian ialah kaunseling perkawinan.  Hal ini merupakan salah satu cara di dalam Islam untuk menghalang terjadinya masalah antara ahli keluarga dengan membuat pilihan yamg tepat sebelum membina keluarga.

Dalam Al Quran ada menyebut:

“Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman.  Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dari wanita musyrik, walaupun dia menarik hati kamu.  Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman.  Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik, walaupun dia menarik hati kamu.  Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke Syurga dan ampunan dengan izinNya.  Dan Allah menerangkan ayat-ayatNya (perintah-perintahNya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran”. (2:221).

“Dan barang siapa diantara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup perbelanjaannya untuk mengahwini wanita merdeka lagi beriman, ia boleh mengahwini wanita beriman, dari hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.  Allah mengetahui keimananmu; sebahagian kamu adalah dari sebahagian yang lain, kerana itu kahwinlah mereka dengan izin walinya, dan berilah mas kahwin mereka menurut yang patut, sedang merekapun wanita-wanita yang memelihara diri, bukan penzina dan bukan (pula) wanita yang mengambil laki-laki lain sebagai teman simpanannya”; (4:25)

              Terdapat beberapa karektor bakal isteri yang perlu diberi keutamaan sebelum mendirikan rumah tangga, taat kepada perintah Allah merupakan kriteria utama pemilihan dalam menjamin hubungan yang sihat dan baik jika bersamanya sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak juga sahabat baik kepada ahli keluarga dan sanak saudara.

Nabi Muhammad SAW bersabda;

“Wanita dikahwini kerana empat perkara: kerana harta bendanya, kerana status sosialnya, kerana keindahan wajahnya, kerana ketaatannya kepada agamanya, Pilihlah wanita yang taat kepada agamanya, maka kamu akan bahagia”.

(Bukhari dan Muslim)

                Banyak hasil pemerhatian seharian menunjukkan peningkatan masalah dalam keluarga adalah disebabkan oleh kurangnya ketaatan kepada Allah.  Kurangnya pendekatan Islamik dalam mendidik ahli keluarga, atau mendidik dengan cara yang salah akan menyebabkan timbulnya banyak masalah fizikal, sosial dan juga masalah psikologi.



TAUBAT DAN KAUNSELING

            Perkataan ‘tabba’ dalam bahasa Arab bermaksud ‘kembali’, berpaling daripada berbuat dosa, kembali kepada Allah dengan bertaubat.  Perkataan ‘bertaubat’ atau seumpamanya diulang sebanyak 83 kali di dalam Al Quran.  Satu surah yang khas memperkatakan tentang bertaubat ialah Surah At Taubah.

              Untuk memahami kepentingan bertaubat, kita harus ingat bahawa perkara pertama yang dipelajari oleh Nabi Adam A.S. sebelum datang ke bumi ialah;

“Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya.  Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”. (2:37)

“Keduanya berkata: “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan membeir rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.

Allah berfirman: “Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain.  Dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang telah ditentukan”.

 (7:23 – 24).

             Kaunselor muslim, sama seperti umat Islam yang lain, seharusnya ingat kepentingan bertaubat sebagai salah satu cara meningkatkan diri ke arah menjadi muslim sejati.  Hal ini sewajarnya menjadi antara cara yang sebati dalam kehidupan seharian manusia.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Wahai anak Adam, selagi kamu menaruh harap dan memohon daripadaKu, Aku akan mengampunkan apa-apa yang telah kamu lakukan, dan tidak mengiranya.  Wahai anak Adam, tatkala dosa-dosamu setinggi awan dan kemudian kamu memohon keampunanKu, Aku akan mengampunkanmu.  Wahai anak Adam, jika kamu datang kepadaKu dengan dosa-dosamu hampir menyamai bumi tatkala kamu datang menemuiKu, mengakui bahawa tiada Tuhan selain Aku, Aku akan memberikan keampunanKu menyamai banyaknya dosa-dosa yang telah kamu lakukan”.

 (Iezzeddin Ibrahim, 1992).

             Akan terdapat peluang untuk kehidupan yang lebih baik.  Orang yang mempunyai kepercayaan penuh kepada ketentuan takdir Allah tidak akan mudah mengalah dalam mencari keredaan Allah.

“Katakanlah: “Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangalah kamu berputus asa dari rahmat Allah.  Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya.  Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (39:53)

            Banyak contoh di dalam Al Quran dan Hadis yang boleh dijadikan  pedoman seperti kisah-kisah Nabi Adam A.S., Isa A.S. dan Nabi Yunus A.S..

           Kaunselor muslim dianggap mengamalkan pendekatan yang sangat membantu dan melakukan kerja yang sangat efektif jika mengunakan pendekatan Al Quran dan Hadis dalam membantu klien dengan menjadikan para rasul dan nabi-nabi sebagai model terbaik yang boleh diteladani oleh klien mereka.









KAUNSELING KERJAYA

             Dalam hal ini, kaunselor muslim boleh membantu bukan sahaja membetulkan salah tanggapan berkaitan bekerja dan kerjaya, tetapi juga boleh membantu klien terutamanya para pelajar yang masih muda untuk membuat pemilihan kerjaya dan bidang kepakaran.

             Kaunseling kerjaya daripada perspektif Islam bukan sahaja merangkumi lebih daripada sekadar kerja, tetapi juga merangkumi gaya hidup dan hiburan, pelakuan dan keinginan, juga struktur personality seseorang dan keperluannya.

            Banyak ayat di dalam Al Quran dan Hadis yang boleh ditunjukkan oleh kaunselor kepada klien untuk memberikan jalan kepada klien tentang potensi kerjaya, pilihan serta “skil”l yang mereka perlu tahu untuk menguasai sepenuhnya pilihan yang bakal dibuat.  Antaranya;

“kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh”. (103:3)

“Siapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan beramal soleh, mereka akan menerima pahala dari Tuhan mereka”. (2:62).

“Sesungguhnya Kami menundukkan gunung-gunung untuk bertasbih bersama dia (Daud) di waktu petang dan pagi, dan (Kami tundukkan pula) burung-burung dalam keadaan terkumpul.  Masing-masing amat taat kepada Allah”. (38:10 – 11).

           Percaya tanpa berusaha tidak memberikan apa-apa makna.  Ayat-ayat Quran berkaitan Nabi Daud A.S. membuktikan perlunya hubungan kuat antara mengingati Allah dengan bekerja.

              Selain itu, mesej yang jelas di sini ialah konsep bekerja sangat komprehensif meliputi daya usaha mencapai tujuan, tenaga yang digunakan dan perhatian yang diberikan.  Nabi Daud bekerja dengan besi bagi membentuk ‘kelengkapan perang…’.  Perkara ini sesuai digunakan untuk menyedarkan seseorang agar berusaha keras untuk mencapat tujuan.

                Al Quran mengajar kita bahawa kita dijadikn sebagai makhluk yang unik, sehinggakan setiap apa yang kita perlakukan akan mendatangkan kebaikan ataupun keburukkan yang merosakkan diri kita sendiri.

“Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: “bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu.  Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan akupun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan”. (10:40).

“Dan Katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaan itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”. (9:105).

              Apa yang kita lakukan, bentuk tindakan yang kita ambil, bagaimana kita bertindak akan membentuk nilai-nilai personality  kita.  Tujuan utama kita sebagai hamba Allah ialah untuk melihat siapa dikalangan hambaNya yang lebih mendekati Allah untuk mencari keredaanNya.

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya”. (67:2).

           Islam ialah agama yang mementingkan kerjaya.  Ini dapat dijelaskan seperti sebagaimana perintah selepas bersolat, seseorang itu perlu melakukan sesuatu untuk kehidupannya.

“Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung”. (62:10).

           Para Rasul adalah orang yang bekerja dan mempunyai pekerjaan.  Sabda Nabi Muhammad SAW:

“Nabi Daud(menyara kehidupannya dan) makan hasi titik peluhnya dan tidak ada yang lain”.                                                             (Bukhari)

Menurut Hadis;

“……Nabi Zakaria merupakan seorang tukang (dia menyara kehidupannya dengan bertukang)”.                                                               (Muslim)

“….Tiada sesiapa yang makan kecuali melalui usaha yang keras melaui tangannya sendiri.  Nabi Daud berusaha menyara kehidupnnya dengan hasil kerjanya”.                                                                          (Bukhari)

Nabi Muhammad SAW bekerja dengan Siti Khatijah sebelum menjadi Rasul.

             Berdasarkan kesemua hadis ini, seseorang akan dapat belajar bagaimana Islam itu sangat menghormati orang yang baik dan juga yang bekerja.  Kaunselor Islam sewajarnya mempertimbangkan semua prinsip ini bila membimbing pelajar untuk membuat pilihan kerja yang tepat dan menghormati kerja yang baik sebagaimana mereka menyayangi dan menghormati Islam itu sendiri.  Tidak ada gunanya mengatakan bahawa Islam telah dengan jelas mengatakan kepada semua umat Islam jenis pekerjaan yang halal dan yang haram.



KAUNSELING ISLAM SEBAGAI BERSIFAT MULTI BUDAYA

            Seseorang mungkin tertanya-tanya mengenai perkara di atas.  Kami yakin dan percaya bahawa seorang kaunselor Islam akan berdepan dengan klien tidak mengira samada dia Islam atau bukan Islam akan berurusan dengan klien-kliennya dengan sifat kemanusiaan.  Daripada Al Quran seseorang akan mengetahui bukan hanya tentang orang-orang Islam itu sendiri tetapi juga tentang orang-orang Yahudi dan lain-lain manusia dalam masyarakat dunia.  Orang Islam juga percaya mengenai utusan-utusan Allah Taala yang  bergelar rasul  dan tahu mengenai kehidupan mereka dan pengikutnya serta apa yang telah berlaku di masa lampau.

             Idea mengenai kaunseling silang budaya kini telah terhasil kesan daripada proses intervensi pelbagai isu dalam kesihatan mental.  Kepelbagaian budaya dalam beberapa masyarakat dilihat sebagai kepelbagaian dalam latarbelakang budaya dan ianya boleh memberi kesan kepada beberapa kumpulan lain.

             Kaunseling silang budaya telah didefinisikan sebagai “Mana-mana perhubungan kaunseling antara dua orang atau lebih ahli yang mempunyai perbezaan dari segi latarbelakang budaya, nilai dan gaya hidup” (Nugent, 1994:226).





Menurut Lee dan Richardson (1991)

“Apabila budaya dirujuk kepada sama ada bangsa atau etnik, pelbagai cara yang sesuai mungkin perlu dipertimbangkan dalam mengendalikan kaunseling dengan klien dari pelbagai latarbelakang budaya.  Kepercayaan norma sosial, dan lain-lain ciri-ciri budaya perlu diambil kira dalam kaunseling budaya responsif termasuk: tahap identiti etnik dan pembudayaan, pengaruh keluarga, peranan sosialisasi seks, pengaruh agama dan kerohanian dan pengalman imigresen” (p.13)

              Ini berkait dengan isu silang budaya di Amerika Syarikat di mana masyarakatnya adalah terdiri daripada pelbagai budaya dan latarbelakang.  Pada masa yang sama, isu yang sama juga timbul di mana-mana masyarakat yang mempunyai pelbagai latarbelakang budaya.  Kebanyakkan masyarakat di dunia, kalau tidak kesemuanya, adalah masyarakat yang mempunyai pelbagai latar belakang budaya.  Untuk kaunselor Islam yang mengetahui budayanya dengan baik, juga tidak kurang yang menghadapi kesukaran bila berurusan dengan klien yang berbeza latar belakang berbanding dengan budayanya sendiri.

               Kaunselor perlu ingat bahawa “keyakinan perlu dibina dalam perhubungan kaunseling dimana klien dari golongan minoriti dilihat sebagai individu yang unik dan perlunya kaunselor menekankan  kemesraan, keikhlasan dan empati”. (Nugent,1994,228).

Ini adalah elemen yang penting dalam sesuatu kejayaan sesi kaunseling.

             Lee dan Richardson (1991) telah menulis satu bab mengenai kaunseling orang Arab Amerika dalam ‘kaunseling dan isu-isu pelbagai budaya’. Mereka mengatakan mengenai cabaran-cabaran yang dihadapi oleh orang-orang Arab dalam masyarakat Amerika.  Antara cabaran adalah diskriminasi dan tindakbalas yang negatif terhadap mereka.  Mereka telah mencadangkan mengenai satu aspek utama yang perlu dipertimbangkan oleh kaunselor ialah agama dan keluarga.

“Aspek yang signifikan mengenai budaya orang Arab Amerika yang perlu diambil perhatian dalam kaunseling ialah amalan agama dan keluarga mereka.  Kaunselor yang hendak mengadakan intervensi yang berkesan kepada golongan ini mesti mengambil perhatian ke atas pemahaman mengenai kepentingan dua aspek ini dalam kehidupan orang Arab Amerika”.

                                                                    (Lee dan Richardson, 1991,199)

              Adalah jelas bahawa, apabila hendak berurusan dengan orang yang mempunyai latar belakang budaya yang berlainan, kaunselor perlulah menghormati budaya kliennya.  Dalam kes orang-orang Islam, agama adalah satu isu yang utama yang mempunyai kaitan dengan sikap nilai mereka dalam kehidupan.  Beberapa prinsip yang terdapat di kalangan orang Arab Amerika adalah seperti berikut:

1.    Maruah seseorang, kehormatan dan reputasi adalah penting.

2.    Kesetiaan kepada sesebuah keluarga didahulukan mengatasi kepentingan peribadi.

3.    Setiap orang percaya akan keesaan Tuhan dan kuasa yang dimiliki.

4.    Adalah penting untuk bertindak secara berhemah dan beradab.

5.    Manusia tidak boleh mengawal semua kejadian yang berlaku, kerana segala kejadian adalah dari kehendak dan takdir tuhan.

6.    Ketaqwaan adalah satu sifat yang sangat diidamkan oleh semua orang.

                                                        (Lee and Richardson, 1991,199)



                  Memahami budaya klien akan membantu kaunselor mengetahui bagaimana untuk membantu kliennya mencapai  kejayaan yang diingini.  Hasil daripada pendidikan yang Islamik, sistem yang terbentuk dalam sesebuah keluarga adalah memainkan peranan penting dalam masyaralkat orang Islam.  Lelaki adalah di anggap sebagai ketua dalam keluarga;



“Lelaki yang lebih tua dalam sesebuah keluarga yang besar lebih berkehendakkan dia dihormati.  Anak lelaki dianggap lebih mempunyai tanggungjawab semasa ketiadaan bapa mereka dan mereka masih mempunyai tanggungjawab terhadap anak perempuan yang masih legi belum berumahtangga.  Anak-anak yang membesar dalam suasana ini akan menghormati ibubapa mereka, dan semua orang dewasa”.

                                                  

                                                         (Lee and Richardson, 1991,200)



                 Untuk menghasilkan kaunseling yang berjaya dengan orang-orang Arab Amerika, teknik-teknik dan strategi intervensi yang khusus perlu dipertimbangkan.  Membina ‘rapport’ adalah factor yang signifikan dalam membentuk perhubungan teraputik antara kaunselor dan klien.  Dalam kes orang Arab Amerika, mempunyai pengetahuan tentang budaya kehidupan beragama mereka dan seterusnya memahami adalah satu perkara yang penting.  Kaunselor dalam usaha untuk meningkatkan ‘rapport’ dan membina jambatan untuk menghilangkan halangan dalam perhubungan, telah dicadangkan agar kaunselor menyatakan beberapa ucapan seperti “Assalamu Alaikum”, “Marhaba” (Selamat Datang), “Kaifa haluk” (Apa khabar),”Insya Allah (dengan izin Allah), “Ma Shaa Allah” (Itulah yang Allah inginkan).



Apabila seorang kaunselor menggunakan bahasa klien dalam cara yang menyelesakan klien, klien akan merasa yakin terhadap kaunselor tersebut.  Kaunselor Islam ataupun mana-mana kaunselor seharusnya secara berhati-hati bila mereka berurusan dengan klien silang budaya.  Hormat dan ikhlas terhadap klien seharusnya selalu diambil berat dalam setiap sesi yang dijalankan.



IMPIAN KAUNSELING ISLAM

              Impian didalam bahasa Arab disebut “hulum”, “manam” dan “ruya”, visi.

Perkataan “hulum”(visi) selalunya merujuk kepada mimpi yang buruk.  Dan perkataan “manam” (mimpi) pula merujuk kepada mimpi-mimpi yang biasa, sedangkan perkataan “ruya” pula digunakan untuk menggambarkan mengenai visi yang berat. (Hughes, 1985, 92).

                Perkataan “ruya” pula boleh didapati dalam Al Quran pada Surah Yusuf, Surah Al Isra’(perjalanan malam), Surah As Sad dan Surah Al Fath (kemenangan).

“Ayahnya berkata:”Hai anakku, janganlah kamu ceritakan mimpimu itu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan satu rancangan jahat terhadapmu.  Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia”.  Dan demikianlah Tuhanmu, memilih kamu (untuk menjadi Nabi) dan diajarkanNya kepadamu dan kepada keluarga Ya’akub,  sebagaimana Dia telah menyempurnakan nikmatNya kepada dua orang bapamu sebelum itu, (iaitu) Ibrahim dan Ishak.  Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”. (12: 5 – 6).

            Pada masa ini, dua orang yang bersama dengan Nabi Yusuf A.S. telah bermimpi dan menceritakan mimpi mereka kepada Nabi Yusuf A.S.;

“Dan bersama dengan dia masuk pula ke dalam penjara dua orang pemuda.  Berkata salah seorang diantara keduanya : “Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku memerah anggur”. Dan lainnya berkata: “Sesungguhnya aku bermimpi, bahwa aku membawa roti di atas kepalaku, sebahgiannya dimakan burung”.  Berikanlah kepada kami takwilnya; sesungguhnya kami memandang kamu termasuk orang-orang yang pandai (mentakwilkan mimpi)”.

“Dan aku pengikut agama bapak-bapakku iaiatu Ibtahaim, Ishak dan Uaakub.  Tiadalah patut bagi kami (para Nabi) mempersekutukan sesuatu apapun dengan Allah.  Yang demikian itu adalah dari kurnia Allah kepada kami dan kepada manusia (seluruhnya); tetapi kebanyakkan manusia tidak mensyukuri (Nya).

“Hai kedua penghuni penjara, manakah yang baik, tuhan-tuhan yang bermacam-macam itu ataukah Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa?”.

“Kamu tidak menyembah yang selain Allah kecuali hanya (menyembah)nama-nama yang kamu dan nenek moyangmu mebuat-buatnya.  Allah tidak menurunkan sesuatu keterangan pun tentang nama-nama itu.  Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah.  Dia telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia.  Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”.

“Hai kedua penghuni penjara: “ adapun salah seorang diantara kamu berdua, akan member minuman tuannya dengan khamar;  adapun yang seorang lagi maka ia akan disalib, lalu burung memakan sebahagian kepalanya.  Telah diputuskan perkara yang kamu berdua menayakannya (kepadaku)”.

“Dan Yusuf berkata kepada orang yang diketahuinya akan selamt diantara mereka berdua;”Terangkanlah keadaanku kepada tuanmu”.  Maka Syaitan menjadikan dia lupa menerangkan (keadaan Yusuf) kepada tuannya.  Kerana itu tetaplah dia (Yusuf) dalam penjara beberapa tahun lamanya”. (12:36 – 42).



Berikut adalah versi yang sama yang membawa kepada penafsiran terhadap mimpi Nabi Yusuf A.S..

“maka tatkala mereka masuk ke (tempat) Yusuf; Yusuf merangkul ibu bapanya dan dia berkata: “Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah dalam keadaan aman”.

Dan ia menaikkan kedua-dua ibu bapanya ke atas singgahsana.  Dan mereka (semuanya) merebahkan diri seraya sujud kepada Yusuf.  Dan berkata Yusuf; “Wahai ayahku inilah takwil mimpiku yang dahulu itu; sesungguhnya Tuhanku telah menjadikannya suatu kenyataan.  Dan sesungguhnya Tuhanku telah berbuat baik kepada ku, ketika Dia membebaskan aku dari rumah penjara dan ketika membawa kamu dari dusun padang pasir, setelah syaitan meruskkan (hubungan) antaraku dan saudara-saudaraku.  Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap apa yang Dia kehenaki.  Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(12: 99 – 100).

Mimpi-mimpi yang dinyatakan di atas adalah contoh yang perlu dikaji dalam memahami maksud mimpi dan matlamat mereka.



Mimpi Raja dalam Surah Yusuf;

“Raja berkata (kepada orang-orang terkemuka dari kaumnya):  “Sesungguhnya aku bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum) yang hijau dan tujuh bulir lainnya yang kering”.  Hai orang-orang yang terkemuka :  “Terangkanlah kepadaku tentang mimpiku itu jika kamu dapat mentakwilkan mimpi”.



Mereka menjawab : “ (Itu) adalah mimpi-mimpi yang kosong dan kami sekali-kali tidak tahu mentakwilkan mimpi itu”.



“Dan berkatalah orang yang selamat diantara merka berdua dan teringat (kepada Yusuf) sesudah beberapa waktu lamanya:  “Aku akan memberitakan kepadamu tentang (orang yang pandai) mena’bir mimpi itu, maka utuslah aku (kepadanya)”.

(Setelah pelayan itu berjumpa dengan Yusuf dia berseru : “Yusuf, hai orang yang amat dipercaya, terangkanlah kepada kami tentang tujuh ekor sapi betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh bulir (gandum yang hijau dan (tujuh) lainnya yang kering agar aku kembali kepada orang-orang itu, agar mereka mengetahuinya”.

Yusuf berkata:  “Supaya kamu bertanam tujuh tahun (lamanya) sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai hendaklah kamu biarkan dibulirnya kecuali sedikit untuk kamu makan.

Kemudian sesudah itu akan datang tahun yang padanya manusia diberi hujan (dengan cukup) dan dimasa itu mereka memeras anggur”.



Sebagaimana yang telah Nabi Yusuf A.S. katakana, mimpi tersebut menjadi kenyataan.  Dalam Surah AsSaffat, mimpi yang dialami oleh Nabi Ibrahim A.S.;

Allah berfirman;

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,  Ibrahim berkata:  “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu.

Maka fikirkanlah apa pendapatmu!?”  Ia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu;

Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya).

“Dan kami panggillah dia:  “Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami member balasan kepada orang-orang yang berbuat baik.

Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.

Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.

Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kaangan orang-orang yang datang kemudian, (yaitu), “Kesejahteraan dilimpah atas Ibrahim”. (37: 101 – 109).



Nabi Muhammad SAW mempunyai mimpi yang membuktikan kebenaran baginda walaupun sebelum baginda dilantik sebagai rasul lagi.



Allah berfirman;

“Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada Rasulnya, tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahawa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil haram, In sya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan menguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut.  Maka Allah mengetahui apa yang tida kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat (48:27)



           Kesemua ini adalah mimpi yang benar yang telah berlaku dan dirakamkan dalam Kitab suci Al Quran.  Nabi Muhammad SAW dan beberapa hadis yang berkaitan dengan mimpi;

Baginda SAW ada bersabda;

“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang beriman itu hamper-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya.  Dan mimpi orang Muslim (yang sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian.  Mimpi itu ada tiga:  Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah,  mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yang terjadi pada dirinya).  Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain”.

(Sahih Muslim,VIVp.1224)



              Seseorang mungkin akan hairan untuk menanyakan soalan.  “Bagaimana anda mengaitkan mimpi-mimpi dengan kaunseling Islam?.  Ramai orang faham mimpi hanyalah sebagai satu tindakbalas daripada kemahuan yang tidak tercapai.  Menurut Jung, mimpi adalah satu keadaan yang mencerminkan kecenderungan fundamental personaliti seseorang.  Pada tahun 1900, Frued telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk ‘The Interpretation of Dreams’. Beliau mengatakan bahawa mimpi adalah sejenis atau sebagai satu cara memenuhi keinginan seseorang terhadap sesuatu perkara.  Kaunselor Islam tidak dapat menerima idea ini tanpa membuat penilaian dan pengadilan yang berhati-hati.

              Mimpi dalam Islam bagi kaunselor Islam terutamanya adalah dianggap sebahagian daripada nubuwah.  Sebahagian daripada psikologis menganggap bahawa mimpi adalah sebahagian khabar berita dari Allah dan juga sebahagian daripada gangguan daripada Syaitan yang akan menimbulkan kebimbangan seseorang individu itu.

             Golongan yng menganggap manusia sebagai haiwan  adalah orang yang gagal untuk melihat manusia dari dimensi kerohanian manusia itu sendiri, oleh itu, mereka cuba untuk mentafsir segal-galanya mengikut konsep manusia sebagai haiwan.



KESIMPULAN

                Kaunseling itu sendiri adalah satu proses yang telah lama wujud dan juga secara relatifnya dilihat sebagai satu konsep yang baru.  Ahli-ahli keluarga, rakan-rakan, dan orang yang telah berpengalaman telah membantu orang lain dengan member nasihat dan cadangan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.  Dalam kesusasteraan Arab, terdapat banyak bentuk nasihat yang diberikan oleh ibubapa, datuk  dan nenek kepada anak dan juga kaum keluarga yang lain.

                Semasa zaman kegemilangan Islam, nasihat diberikan oleh ulamak kepada pemimpin, gabenor dan menteri dalam usaha memandu mereka supaya lebih adil dan benar dan menjadi insan yang soleh.

                Di aspek yang lain, kaunseling adalah sebagai satu bidang pengkhususan, atau kemunculan pakar yang terlatih secara profesional yang membantu orang untuk menyelesaikan permasalahan kehidupan mereka, iaitu satu fenomena yang terkini yang mulai muncul dalam abad ke 19.

              Terdapat dari kalangan pengkaji Islam telah mendakwa bahawa sistem ‘al hisbah’ merupakan sebahagian daripada kaunseling Islam, namun terdapat juga yang mengatakan bahawa ia bukanlah sebahagian daripada kaunseling Islam.  Isu ini timbul adalah kerana sehingga sekarang, kaunseling Islam yang dilihat sebagai satu disiplin tidak lagi wujud atau diperkenalkan.  Kebanyakan daripada amalan kaunseling yang dijalankan adalah berdasarkan kepada teori dan teknik-teknik daripada Barat (ia bukan hanya dalam kaunseling tetapi juga dalam bidang professional dan perkhidmatan lain).

                Keterbatasan atau kekurangan pengetahuan Islam dikalangan kaunselor Islam disamping pengaruh dari budaya masyarakat Barat adalah antara beberapa halangan dalam usaha untuk membangunkan kaunseling Islam berdasarkan prinsip-prinsip ajaran agama Islam.

               Sebagai langkah menuju ke arah pengislaman kaunseling dan bimbingan, kaunselor Islam mesti ‘mengislamkan’ diri mereka dalam usaha memahami mengenai akar dan asas kepada konsep bantuan dalam Islam itu sendiri.  Pada masa yang sama, mereka juga perlu lebih mendalami pengetahuan mengenai falsafah dan prinsip kaunseling yang bukan berorientasikan Islam.

              Sebarang kajian mengenai teori kaunseling dari Barat mesti berdasarkan Al Quran dan Hadis.  Justeru itu pelajar-pelajar kaunseling perlu sedar mengenai apakah relevannya bidang ini mengikut Al Quran dan Hadis.

             Seorang kaunselor Islam tidak akan menjadi kaunselor yang baik dengan hanya bergantung kepada pendekatan yang diperkenalkan oleh Barat.  Dia sewajarnya mempunyai pengetahuan yang mendalam dan komprehensif mengenai manusia, kehidupan dan psikologi dalam usaha memperkenalkan cara kaunseling berdasarkan prinsip Islam dalam memenuhi keperluan seseorang Islam itu.

            Al Quran adalah model yang agung untuk diikuti oleh manusia.  Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat telah berjaya memainkan peranan kaunseling yang berkesan dan berguna dalam membantu mereka yang memerlukan pertolongan tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

              Kaunselor Islam mempunyai sumber yang hebat sekiranya dia mengetahui bagaimana untuk menggunakannya dalam mengajar pelajar-pelajarnya dan juga para klien.

             Islam adalah sumber kepada keamanan, kehidupan yang lebih sihat, kestabilan dan keseimbangan dalam semua aspek untuk perkembangan manusia.  Seterusnya, kaunselor Islam dalam berurusan dengan klien Islam perlu menilai latarbelakang klien dan juga perlu melihat sejauh mana pengamalan ajaran dalam kehidupan klien.

             Kaunselor Islam sepatutnya menjadi model yang baik dan berhati-hati ketika berurusan dengan klien masa kini dimana pengaruh media, budaya sekular dan cara bukan Islam adalah lebih kuat.

            Asas dimensi personaliti manusia mengikut perspektif Al Quran mesti diambil kira bila berhadapan dengan klien yang beragama Islam.



Ustaz Mohd Suhadi Mohammad Sidek

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...