Sunday 23 June 2013

MENCARI MALAM LAILATUL QADAR - PETUA IMAM GHAZALI


Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah,
malam lailatul qadar berlaku pada satu malam daripada 10
 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.
 Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari 
mencari malam Lailatul Qadar;
 

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:
I) Ahad atau rabu malam lailatul qadar dijangka berlaku 
pada malam 29 ramadhan
II) Isnin – malam lailatul qadar dijangka berlaku pada 
malam 21 ramadhan;
III) Selasa atau jumaat – malam lailatul qadar dijangka 
berlaku pada malam 27 ramadhan;
IV) Khamis- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada 
malam 25 ramadhan;
V) Sabtu- malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 
23 ramadhan;
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa bermula dari dia mencapai 
akil  baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan malam lailatul 
qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. 
Walau bagaimanapun, janganlah  hanya beribadat pada 
malam ini sahaja, carilah malam lailatul qadar pada 
malam-malam ganjil yang lain juga.
Tanda malam lailatul qadar ialah :
 Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;

Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang 
beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba 
rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak 
secara tiba-tiba.
Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 
malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah 
swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan 
kita akan mendapat kurniaan Allah yang kelebihannya 
pahalanya melebihi – 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


Source..Blog Penawar Kalbu

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...