Sunday 8 September 2013

CONTOH PROPOSAL (KAJIAN PENYELIDIKAN)


CADANGAN KAJIAN:
SEJAUH MANA  FAKTOR  DEMOGRAFI MENJADI  PENYEBAB  KONFLIK  YANG  MEMBAWA  KEPADA  PENCERAIAN DALAM  KALANGAN  PASANGAN  ISLAM  DI DAERAH  ALOR SETAR,  KEDAH.
Oleh:  Dr Mohd Suhadi Mohamed Sidik

 
BAB 1

PENDAHULUAN
1.1.       Pengenalan.
Kadar penceraian dalam kalangan pasangan Islam dari semasa ke semasa dijangka semakin memperlihatkan peningkatan. Secara umumnya, peningkatan jumlah penceraian adalah selari dengan peningkatan jumlah perkahwinan manakala peningkatan dalam jumlah perkahwinan pula selalunya dikaitkan dengan peningkatan jumlah penduduk
Muhammad Ali Quthb (1993) bersumberkan firman-firman Allah Taala dan sabda-sabda Nabi Muhammad SAW telah menggariskan beberapa tanggungjawab yang wajib dipenuhi sama ada oleh suami atau isteri (rujuk kepada lampiran 2).  Keingkaran oleh  mana-mana pihak dalam memenuhi hak-hak isteri atau suami akan menyebabkan perselisihan antara mereka. Perselisihan ini jika tidak ditangani dengan betul dan tidak dilakukan pembetulan akan menyebabkan berlaku  konflik yang akhirnya  menyebabkan penceraian dalam kalangan pasangan berkenaan.
Lorna L. Hecker, Joseph L. Wetchler (2003)  dalam bukunya yang bertajuk `An Introduction to Marriage  and Family Therapy’  telah menghimpunkan model-model terapi keluarga dan pasangan, antaranya adalah model Sistem Terapi Bowen yang diperkenalkan oleh Murray Bowen pada 1970-an.  Murray Bowen dalam modelnya telah memberi penekanan kepada corak  perhubungan antara ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak-anak dan datuk atau nenek. Model ini juga telah memberi penekanan kepada nilai, emosi dan kaedah mengatasi konflik yang diwarisi daripada keluarga yang terdahulu sebagai kunci  kepada  penyelesaian konflik manakala Salvador Minuchin melihat kepada penstrukturan peranan, hirarki dan persempadanan interaksi antara pasangan sebagai asas dalam terapi untuk penyelesaian masalah. Berdasarkan model-model yang diperkenalkan oleh  ahli-ahli terapi perkahwinan dan keluarga di atas didapati bahawa antara punca sesuatu permasalahan terutamanya di negara barat  adalah disebabkan oleh masalah perbezaan nilai, emosi, kaedah komunikasi dan juga permasalahan struktur dalam sesebuah keluarga itu.

1.2.       Latar belakang  Masalah.

Senario yang mempengaruhi pelbagai faktor ke atas penceraian dijangka berbeza mengikut agama, bangsa dan lokasi. Di Kedah, majoriti penduduknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, didapati mempunyai pola hubungan antara pernikahan dan penceraian yang tersendiri. Contohnya, kadar penceraian dalam kalangan pasangan Islam di daerah Alor Setar dari tahun  2003 hingga 2012 menunjukkan peningkatan dari setahun ke setahun (Rujuk jadual 1.1 : Taburan Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar).
Kiraan purata kadar penceraian antara tahun 2003 hingga 2012 mendapati berlaku peningkatan kadar penceraian sebanyak  88.5% berbanding kadar perkahwinan yang berlaku penurunan sebanyak 4% dalam tempoh yang sama. Dari segi purata tahunan bagi tempoh antara  2003 hingga 2012 pula didapati bahawa kadar penceraian adalah pada kadar 8.8%  setiap tahun berbanding perkahwinan yang menunjukkan kadar penurunan purata sebanyak -3.7 % setiap tahun bagi tempoh yang sama.

Jadual 1.1 : Taburan Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam   Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012  Di Daerah Kota Setar.




Jumlah Perkahwinan

Peratus
Peningkatan
%

Jumlah Penceraian

Peratusan peningkatan
%
2003
3351
N/A
270
N/A
2004
3495
4.3
414
53.3
2005
3813
9
405
-2.17
2006
4003
5
480
18. 5
2007
4291
7.2
390
-18.75
2008
3016
-29
434
11.3
2009
2814
-6.7
514
18.4
2010
2877
2.2
525
2.2
2011
2133
-25.8
505
-3.8
2012
3217
50.8
509
0.8
Purata peningkatan setahun

-3.75 %

8.8  %
Kadar Peningkatan 2003 hingga 2012
- 4.0 %
88.5  %
Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013

Merujuk kepada sumber yang lain iaitu sepertimana kenyataan oleh  Datuk Siti Aishah Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah bahawa purata perceraian bagi tahun 2010 adalah 317 sebulan. Jumlah permohonan cerai yang diterima bagi keseluruhan mahkamah rendah syariah bagi tiga bulan pertama tahun 2010 adalah sebanyak 412 permohonan. Di mahkamah syariah seluruh negeri Kedah sehingga bulan Disember 2009, kes yang melibatkan konflik suami isteri yang masih tertangguh adalah seperti berikut:-
i.                    Jumlah kes permohonan cerai yang tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 203 kes.
ii.                  Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah anak yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 71 kes.
iii.                Jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah isteri yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 18 kes.

 (Sumber :  Warta Darul Aman -Keluaran April/Mei 2010. m.s 6)


 Di peringkat nasional pula, perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan kes penceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008 berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah setiap tahun graf penceraian menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006); 21,051(2007); dan 22,289 dalam tahun 2008. Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila mencatatkan 27,116 penceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan. Perkembangan ini sememangnya membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga Islam di negara ini yang agak rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia terbesar pasangan yang bercerai dari sehari ke sehari adalah terdiri daripada golongan muda.
(Sumber Utusan Malaysia ; 1 Disember 2011)

Jadual 1.2 juga menggambarkan peratusan penceraian dalam kalangan penganut agama Islam berbanding bukan Islam. Data menunjukkan peratusan penceraian yang lebih tinggi dalam kalangan pasangan  Islam iaitu antara 14.47 hingga 15.53%  dari tahun 2000 hingga 2005 berbanding pasangan Bukan Islam yang peratusan penceraian jauh lebih kecil iaitu antara 2.63%  hingga 7.19% bagi tempoh yang sama.
Jadual 1.2.  : Taburan Kadar Penceraian di Malaysia tahun 2000-2005

Golongan
2000
2001
2002
2003
2004
2005
Islam
14.72%
14.47%
14.53%
15.26%
14.75%
15.51%
Bukan Islam
2.63%
5.89%
6.40%
5.59%
6.57%
7.19%

Sumber : Samuel Chan Hsin Chlen,  Mohamed Sarif Mustaffa , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2008


1.3.  Pernyataan Masalah

Berdasar  pada perangkaan dalam Jadual 1.3 mengenai taburan penceraian bagi pasangan Islam dalam tempoh 10 tahun  berakhir 2012  bagi daerah Kota Setar dan di daerah-daerah lain di negeri Kedah, menunjukkan bahawa kadar penceraian di daerah Kota Setar mencatatkan jumlah bilangan tertinggi jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Berada di kedudukan  kedua adalah daerah Kuala Muda manakala daerah Kubang Pasu mencatatkan kadar penceraian yang ketiga tertinggi berbanding  daerah-daerah lain .

Jadual 1.3:  Taburan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10   Tahun  Berakhir 2012  Di Daerah Kota Setar Dan Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah.



Daerah

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012

JUM
K SETAR
270
414
405
480
390
434
514
525
505
509
4446
KUBANG PASU
131
76
255
255
280
278
299
310
328
306
2518
KUALA MUDA
159
149
214
274
420
458
544
589
533
656
3996
KULIM
90
205
136
157
215
247
271
237
159
279
1996
BALING
117
91
124
165
254
189
405
210
205
220
1980
PENDANG
35
98
107
125
115
158
127
138
141
146
1190
P.TERAP
37
66
104
106
119
122
97
106
128
134
1019
YAN
51
86
85
68
90
105
99
89
110
110
893
SIK
64
106
82
121
91
115
102
112
168
168
1129
BANDAR BAHARU
32
28
39
33
82
62
47
64
58
51
496
LANGKAWI
99
155
186
222
132
239
244
243
263
277
2060
JUMLAH

1085
1474
1737
2006
2188
2407
2749
2623
2598
2856
21723

Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013.

Bagi aspek perkahwinan pula perangkaan turut memaparkan angka yang selari dengan jumlah penceraian (Rujuk : Jadual 1.3: Taburan Pernikahan Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10   Tahun  Berakhir 2012  Di Daerah Kota Setar Dan Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah).  Kadar perkahwinan atau pernikah daerah lain.

Jadual 1.4 :   Taburan Pernikahan Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10   Tahun  Berakhir 2012  Di Daerah Kota Setar Dan  Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah.


Daerah

2003

2004

2005

2006

2007

2008

2009

2010

2011

2012
JUM
K SETAR
3351
3495
3813
4003
4291
3016
2814
2877
2133
3217
33010
KUBANG PASU
2228
2354
1422
1487
3016
1656
3003
1691
1794
1833
20484
KUALA MUDA
2799
2483
2787
2829
3433
2390
2642
2122
2377
1328
25190
KULIM
1232
1414
1438
1502
1656
1028
1096
1229
1275
1451
13321
BALING
1545
1720
1776
1405
2124
2014
2446
2914
1416
1539
18899
PENDANG
1573
1522
1792
1723
1780
1406
846
988
1214
1037
13881
PADANG TERAP
825
812
887
958
978
684
931
963
1112
687
8837
YAN
1077
937
991
1025
1096
756
883
624
734
717
8840
SIK
914
933
1082
1015
1150
718
731
722
737
782
8784
BANDAR BAHARU
619
474
489
416
580
366
316
313
358
385
4316
LANGKAWI
572
607
670
795
795
616
574
821
646
666
6762

JUMLAH


16735

16751

17147

17158

20889

14750

16282

15294

13796

13692
162494

Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013

Berdasarkan tempoh yang sama juga, kadar perkahwinan kedua tertinggi adalah daerah Kuala Muda manakala kadar perkahwinan ketiga tertinggi adalah daerah Kubang Pasu.
Sementara itu, berdasarkan jadual 1.4 dan jadual 1.5,  jumlah penduduk paling ramai di negeri Kedah pada tahun 2010 adalah daerah Kuala Muda, diikuti oleh daerah Kota Setar dan daerah yang ketiga mempunyai penduduk yang paling ramai adalah daerah Kubang Pasu. Secara amnya, semakin tinggi jumlah penduduk bagi sesebuah tempat, semakin tinggi  jumlah pasangan yang mendirikan rumahtangga. Berdasarkan data tersebut dapat diperkatakan bahawa, dalam konteks negeri Kedah jumlah penduduk  yang tinggi semata-mata tidaklah menjadi penentu kepada jumlah perkahwinan dan kadar penceraian yang tinggi dalam sesuatu jangkamasa.

Jadual 1.5 : Jumlah Penduduk Mengikut Daerah  Negeri Kedah
Tahun 2010

Daerah
2010
K SETAR
366,787
KUBANG PASU
220,740
KUALA MUDA
456,605
KULIM
287,694
BALING
135,646
PENDANG
94,962
PADANG TERAP
62,896
YAN
68,319
SIK
67,378
BANDAR BAHARU
42,341
LANGKAWI
94,777
POKOK SENA
49,506

JUMLAH

1,947,651


Jadual 1.6 : Perbandingan Jumlah Penduduk Berbanding Jumlah Pernikahan Dan Penceraian Di Tiga Daerah Utama Di Negeri Kedah Tahun 2010


Daerah
2010
Penduduk
Nikah
Cerai

KOTA SETAR

366,787
2877
525

KUBANG PASU

220,740
1691
310

KUALA MUDA

456,605
2122
589


Justeru, selain mengetahui mengenai punca-punca yang membawa kepada penceraian, pasti terdapat beberapa perbahasan yang menarik perhatian mengenai pola penceraian itu sendiri. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan kepada pengkaji untuk  mengetahui punca-punca utama kepada kadar penceraian yang agak tinggi di daerah Alor Setar berbanding dengan kadar penceraian di daerah-daerah utama yang lain atau daerah-daerah kecil yang lain. Faktor-faktor demografi akan menjadi ukuran bagi melihat sama ada faktor-faktor ini menjadi pengaruh utama kepada fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam di daerah Kota Setar.

Secara ringkasnya kajian dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:-
(i)                 Adakah zon tempat tinggal pasangan menjadi faktor yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan Islam?
(ii)               Adakah tahap pendidikan pasangan menjadi faktor yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan Islam?
(iii)             Adakah perbezaan sektor pekerjaan suami dan isteri memainkan peranan dalam aspek  penceraian?
(iv)             Adakah terdapat hubungan antara tahap pendapatan pasangan dengan fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam?
(v)               Adakah terdapat hubungan yang rapat antara kategori pekerjaan pasangan dengan penceraian dalam kalangan pasangan Islam?
(vi)             Adakah terdapat hubungan antara cara pemilihan pasangan dengan penceraian?

  
1.4.       Matlamat Kajian.

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui hubungan antara faktor-faktor demografi dengan penceraian yang berlaku di daerah Alor  Setar, Kedah.

1.5.       Obj  Mengenal pasti sama ada faktor  zon  kediaman adalah faktor yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan Islam.
(ii)                   Mengenal pasti sama ada  terdapat hubungan antara cara pemilihan pasangan dengan penceraian.
(iii)                 Mengenal pasti tahap kekuatan  hubungan antara kategori pekerjaan pasangan dengan penceraian.
(iv)                 Mengenal pasti kaitan antara sektor pekerjaan dengan penceraian.
(v)                   Mengenal pasti kaitan antara  tahap pendidikan dengan  penceraian.
(vi)                 Mengenal pasti  hubungan antara tahap pendapatan pasangan dengan fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam.


1.6     Hipotesis Kajian
Hipotesis yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut :-
(i)     HA1   : Terdapat hubungan yang signifikan antara  zon        tempat tinggal dengan penceraian.
(ii)     HA2  :  Terdapat hubungan yang signifikan antara cara        pemilihan pasangan dan penceraian.
(iii)    HA3:   Terdapat hubungan yang signifikan antara               kategori pekerjaan  suami  isteri  dengan                 penceraian
(iv)    HA4:  Terdapat hubungan yang signifikan antara sektor     pekerjaan suami isteri dengan penceraian.
(v)    HA5:   Terdapat hubungan yang signifikan antara taraf pendidikan suami  isteri dengan penceraian.
(vi    HA6 : Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap      pendapatan suami isteri dengan penceraian.

Berdasar  hipotesis-hipotesis di atas, ringkasnya berikut adalah cadangan kerangka konseptual kajian iaitu sebagaimana gambarajah di bawah:-



                     Pemboleh ubah bersandar


Penceraian


               Pemboleh ubah tidak bersandar
                     1.     Tempat tinggal
                     2.     Taraf  pendidikan
                    3.     Kategori pekerjaan
                    4.     Sektor pekerjaan
                    5.     Cara pemilihan pasangan
                    6.     Tahap pendapatan
 

Rajah 1 : Kerangka Secara Konseptual Kajian Yang Akan Dijalankan

1.7              Kepentingan Kajian.
Kajian ini penting khususnya untuk memberi maklumat dan  kesedaran kepada umum mengenai punca-punca penceraian dalam kalangan pasangan Islam supaya langkah yang proaktif dapat diambil.  Antara  langkah proaktif yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan usaha seseorang itu dalam membuat persiapan jangkamasa pendek dan jangka masa panjang untuk mendirikan rumahtangga. Faktor-faktor demografi yang  mempunyai kesan ke atas penceraian adalah antara pemboleh ubah yang boleh dikawal oleh seseorang. Oleh itu, seseorang yang mempunyai kesedaran dalam  hal ini seharusnya mampu untuk merancang kehidupan masa hadapan mereka terutamanya dalam soal perkahwinan agar tidak terperangkap dalam permasalahan yang kritikal yang boleh membawa kepada penceraian.

                 Maklumat yang diperoleh  hasil kajian ini dapat
membantu pihak pejabat agama khususnya  dalam  membuat persiapan yang rapi menyediakan perunding-perunding cara yang bukan hanya mahir menggunakan skil-skil kaunseling tetapi juga memahami faktor-faktor demografi dan multi budaya (multicultural). Perunding-perunding cara yang mempunyai kemahiran ini akan dapat bertindak dengan lebih baik dan lebih berkesan ketika melayani klien-klien yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan penceraian.

                 Adalah penting untuk kaunselor atau perunding cara  dapat memahami punca-punca utama konflik keluarga yang membawa kepada penceraian dan membuat langkah persediaan yang rapi untuk melaksanakan intervensi bagi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh klien yang dilihat sebagai bertambah kompleks.

Selain daripada itu, kajian ini diharap dapat menimbulkan kesedaran bahawa peranan sesi kaunseling adalah  mustahak kepada pasangan-pasangan yang berkonflik dalam usaha membantu pasangan ini meleraikan permasalahan atau sekurang-kurangnya mereka berada di tahap` celik akal’ untuk menghadapi kesan-kesan selepas penceraian agar kesan-kesan negatif  akibat penceraian dapat diminimumkan.

                 Hasil kajian ini juga membolehkan pihak-pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan untuk  mengambil kira dapatan kajian ini ketika merangka dan melaksanakan polisi pembangunan dan sosio-politik di kawasan setempat agar masalah penceraian akibat daripada faktor-faktor demografi dapat diminimumkan.

1.8              Skop Kajian
Kajian tertumpu hanya dalam kalangan pasangan yang membuat aduan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling di Pejabat Agama Kota Setar  atau  pasangan yang sedang dan telah menjalani prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, Alor Setar tetapi telah diarahkan untuk mendapatkan khidmat kaunseling dari jabatan agama.

Sesuai dengan objektif kajian ini , kajian hanya dibuat di daerah Kota Setar dan sampel-sampel yang diambil juga adalah mereka yang tersebut di atas. Pasangan ini semuanya adalah mereka yang tinggal di daerah Kota Setar sama ada mereka yang tinggal di pusat bandar  dan pinggir bandar  mahupun mereka yang tinggal di luar bandar. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang dilengkapkan oleh pengadu  seperti mana yang tercatat dalam borang aduan Pejabat Agama Kota Star.(rujuk lampiran 1).

Kajian juga dibuat dengan mengambil kira pendapat atau penilaian oleh para perunding cara yang telah bertugas di Pejabat Agama Kota Setar yang telah melengkapkan borang soal selidik untuk membuat penilaian tentang sejauh mana hak-hak suami dan  isteri dipenuhi oleh pasangan masing-masing.

1.9              Batasan Kajian.

Berikut adalah batasan-batasan kajian iaitu;-
i.                    Kajian ini hanya melibatkan pasangan yang beragama Islam dan oleh itu, hasil atau dapatan kajian tidak dapat digeneralisasikan kepada pasangan yang bukan beragama Islam.
ii.                  Kajian ini juga terbatas dengan kaedah pengambilan data daripada rekod kes dan pandangan atau penilaian daripada para perunding cara yang menjalankan tugas melayani pasangan yang bermasalah.
iii.                Kajian ini juga mengabaikan pengambilan data secara langsung daripada pasangan terbabit. Walau Bagaimanapun sekiranya tempoh masa yang mencukupi dan  peruntukan  belanjawan yang memadai , usaha mengambil data langsung dari pasangan dijangka dapat dilakukan.
iv.                Kajian ini juga terbatas kepada pasangan yang tinggal di daerah Kota Setar sahaja. Ini kerana wujud perbezaan ciri-ciri atau faktor-faktor demografi antara daerah. 


1.10.      Definisi Konseptual Dan Operational
              Bagi penetapan matlamat kajian ini berada dalam skopnya, beberapa pendefinisian konseptual dan operational akan dijelaskan  terhadap beberapa item seperti berikut:-

               1.10.1.   Penceraian.
     1.10.2.   Demografi
     1.10.3.   Zon Kediaman
               1.10.4    Pola Kecenderungan Atau Cara                                               Pemilihan    Pasangan Suami Atau Isteri.
     1.10.5.   Jenis Pekerjaan.   
     1.10.6    Sektor Pekerjaan





BAB II

KAJIAN LITERATUR
2.1     Pengenalan.
Bab ini akan membincangkan literatur yang merangkumi penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu serta kajian yang telah dibuat oleh sarjana dan pengkaji-pengkaji terdahulu tentang faktor-faktor yang menyebabkan penceraian. Ia meliputi konsep-konsep dalam penceraian serta model  terapi pasangan yang menghadapi permasalahan yang berkaitan penceraian. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara akan dinyatakan dalam bab ini .
2.2     Punca-Punca Penceraian.
      Salts dan Smith Jr. (2003) mengatakan bahawa penceraian adalah jalan penyelesaian akibat  perkahwinan yang bermasalah atau perkahwinan yang tidak memuaskan salah seorang pasangan atau kedua-duanya. Umumnya, penceraian  ini adalah sebagai manifestasi daripada kegagalan pasangan untuk meleraikan atau menguruskan konflik yang timbul antara mereka. Akhirnya mereka telah memutuskan untuk berpisah atau bercerai.
 Textor (1989) mengatakan bahawa keperluan emosi yang tidak dipenuhi, kewangan dan masalah yang berkaitan pekerjaan, penglibatan pihak ketiga, perbezaan nilai dan matlamat, kesukaran dalam komunikasi, tingkahlaku pasangan yang buruk,  pendekatan keibubapaan yang berbeza, penyalahgunaan dadah dan penderaan adalah contoh pelbagai sebab bermulanya ketidakpuasan hati dan kekecewaan pasangan yang boleh membawa kepada penceraian.
Antara lain punca kepada penceraian umum ini disebabkan oleh faktor berikut :-       
       
2.2.1        Faktor Usia Muda Dan Kekurangan                          Pengalaman.

Pada masa ini sebanyak 45% daripada  perkahwinan yang pertama di Amerika Syarikat berakhir dengan penceraian (Lamb, Sternberg, dan Thompson, 1997). Kebanyakan mereka adalah dalam  kalangan pasangan muda yang  berumur 20-an  atau  berkahwin pada usia yang masih muda. (Salts dan Smith Jr. , 2003)
Sementara itu (Wan Abd Halim, 1993), mengatakan bahawa perempuan yang berkahwin muda (walaupun kurang berlaku), namun amalan perkahwinan awal usia menyebabkan kaum perempuan Melayu dikatakan masih memerlukan perlindungan ibu bapanya selepas berkahwin. Ini diburukkan lagi apabila masalah yang dihadapi oleh pasangan ini seringkali mendapat campurtangan daripada keluarga sebelah isteri kerana usia isteri  yang masih muda itu memerlukan perlindungan.
Menurut Djamour (1959 ) dalam Abd.  Halim (1993) , keengganan  isteri Melayu meninggalkan rumah ibu bapanya merupakan punca penceraian antara pasangan suami isteri Melayu:

“Jika suami mendesak supaya isteri menetap di kampungnya sendiri, isteri tidak dapat tidak akan membantah cadangan tersebut dan kerap kali bantahan ini akan berakhir dengan penceraian.”

Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM ) mengatakan bahawa dalam usia muda kebanyakan pasangan tidak sanggup untuk berdepan dengan masalah dan tidak mempunyai kemahiran mengendalikan masalah sehingga sanggup mengambil jalan singkat dengan meminta cerai dan sanggup diceraikan. Hakikatnya perkahwinan tersebut adalah masih terlalu mentah menyebabkan mereka masih belum mengenali pasangan secara khusus, keadaan itu juga menyebabkan mereka mudah untuk membuat keputusan bercerai.
Dalam kajian pada 2007 yang dibuat oleh pihak JAKIM, didapati sebanyak  32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun pertama mengalami penceraian. Bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula sebanyak 27.7 peratus bercerai.  Menurut Datuk Othman Mustapha lagi;
“Keadaan ini membuktikan bahawa bagi tempoh 10 tahun pertama adalah tempoh yang paling kritikal kerana 59.9 peratus pasangan berakhir dengan penceraian” .

Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan sekiranya pasangan tidak bersabar dengan dugaan. Pada tempoh berkenaan, perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga boleh berlaku penceraian. Kajian juga membuktikan sebanyak  44.9 peratus penceraian yang berlaku sebenarnya berpunca daripada perkara yang berikut:-
i.       Pasangan gagal menjalankan tanggungjawab.
ii.     Tiada persefahaman,
iii.   Menghadapi masalah nafkah yang tidak    ditunaikan dan sebagainya.
iv. Kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab  tersebut selain masalah akhlak, kewangan, seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga.
 (Utusan Malaysia : 1 Disember 2011)

2.2.2   Laman `Facebook’Punca Pasangan Cerai

      Mark Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif  Facebook,   telah menyatakan bahawa laman sosial itu kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada   jumlah penceraian di United Kingdom, hasil satu tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan.

 Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen penc pada tahun 2010 oleh 

firma perundangan United Kingdom iaitu Divorce Online,  terdapat lebih 

33 peratus penceraian tahun lalu yang disenaraikan adalah berpunca daripada Facebook. Jumlah itu naik mendadak berbanding 20 peratus pada 2009.

 Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu.
Sementara itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80 peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes penceraian berpunca daripada laman sosial semakin meningkat.

Daripada 15 kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan email dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook.


(Utusan Melayu :  5hb Mac 2011)

2.2.3        Isu Seks Punca Cerai Meningkat.
Menurut kenyataan rasmi Persatuan Peguam Syarie Malaysia (2010), punca utama menyebabkan penceraian dalam kalangan pasangan beragama Islam ialah berkaitan dengan isu seks suami isteri. Timbalan Presidennya, Musa Awang menyatakan bahawa  masalah berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan mahu mengakhiri rumah tangga.
Laporan pada tahun sama telah memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, kaedah adegan seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri itu.  Justeru, kerajaan negeri Terengganu terpaksa merangka satu cara yang kreatif  untuk memperbaiki hubungan kelamin antara suami isteri khususnya dalam  kalangan mereka yang baru berkahwin, termasuk menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan bau-bauan eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan suami isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra. Menurutnya lagi, apabila pasangan gagal mencari jalan penyelesaian ia boleh menjurus kepada perlakuan curang dalam perkahwinan seperti wujudnya fenomana seperti `kekasih gelap’. Selain itu jelas beliau, ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.
Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang hambar. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan perangkaan pecahan punca yang membawa kepada masalah bercerai. ( Persatuan Peguam Syarie Malaysia PGSM:  19hb Februari 2011)
Menurut Harbin dan Gamble (1977) dalam  Joan D.Atwood (2003),  isu seks kadangkala mungkin menjadi punca dasar terhadap konflik perkahwinan.

2.2.4   Tahap Pendapatan Rendah

Individu dengan tahap pendidikan dan pendapatan  yang lebih rendah dianggap lebih berpotensi untuk bercerai berbanding mereka yang mempunyai tahap pendidikan dan pendapatan yang tinggi.( Salts dan Smith Jr. 2003).

                 Perbezaan tahap pendapatan yang ketara antara sepasang suami isteri juga menjadi faktor  kepada isteri memohon penceraian. Ahrons (1994) mengatakan bahawa  tiada korelasi ( tidak bergantung) ekonomi isteri kepada suami adalah antara faktor  terbesar yang membawa peningkatan statistik penceraian.

Menurut seorang ahli antropologi Amerika, Gavin W. Jones (1996) dalam kajiannya yang bertajuk “Marriage and Divorce in Islamic South East Asia”,  kes perceraian di Jawa Barat, Indonesia mencatatkan penurunan yang ketara pada dekad 1960-an, 1970-an, dan 1980-an setelah berlakunya peningkatan pendapatan isi rumah. Kajian juga mendapati bahawa, ketika taraf sosioekonomi mereka rendah, kes perceraian di kawasan terbabit didapati begitu tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pengukuhan ekonomi keluarga menerusi perolehan pendapatan yang mencukupi menjadi kayu pengukur kesejahteraan sesebuah keluarga, sekali gus menurunkan risiko berlakunya perceraian.

Dalam konteks Malaysia, statistik penceraian di negara ini ternyata tidak banyak berubah pada era 1990-an hingga dekad ini. Satu kajian ilmiah pernah dibuat pada dekad 1990-an untuk melihat sejauh mana benarnya faktor kedudukan kewangan keluarga menjadi punca penceraian di Malaysia. Kajian terbabit dibuat oleh lima orang penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan.

Kajian itu lebih memberikan fokus kepada pasangan Melayu. Kajian turut melihat sama ada faktor pendapatan tetap dan pendapatan tidak tetap memberikan kesan kepada punca sesuatu perceraian. Skop kajian berkenaan bertumpu pada penceraian pasangan Melayu di seluruh jajahan di Kelantan bagi tempoh enam tahun, iaitu dari 1993 hingga 1998.

Hasil kajian itu mendapati bahawa faktor pendapatan memang mempunyai hubungan rapat dengan kadar penceraian. Pengkaji menemui fakta bahawa golongan berpendapatan rendah paling banyak terlibat dalam penceraian. Kajian tersebut sengaja memilih Kelantan kerana dua faktor; pertama, Kelantan antara negeri paling tinggi kadar penceraian di negara ini; kedua, Kelantan ialah negeri paling banyak didiami oleh orang Melayu yang beragama Islam.(Dewan Masyarakat Jun 2011)

Kajian yang dilakukan oleh Whisman, Dixon, and Johnson (1997) terhadap 122 pasangan mendapati bahawa, kebanyakan  permasalahan yang dihadapi oleh pasangan adalah seperti berikut:-

Jadual 2.1   10 Senarai Teratas Permasalahan                                     Pasangan Suami Isteri
Masalah                                              Kedudukan 

Komunikasi                                           1  
    Kuasa                                                 2                          

            Pengharap   terhadap pasangan                                   3

                         Seks                                                                4     
          Penyelesaian masalah, membuat keputusan                   5
      `Demonstration affection’                                                 6
       Pengurusan kewangan, kedudukan kewangan                  7
       Kasih sayang                                                                     8
       Anak-anak                                                                         9
       Permasalahaan pasangan yang serius                              10


                          Sumber: Whisman. Dixon, and Johnson, 1997


BAB III

METODOLOGI KAJIAN


3.1.    Pengenalan

Bab ini membincangkan reka bentuk kajian, persampelan, kaedah pengumpulan data dan penganalisaan data.

3.2.    Reka Bentuk Kajian.

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui punca-punca yang membawa penceraian khususnya dalam aspek demografi. Sebanyak enam faktor demografi utama telah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah dan akan dinilai sejauh manakah kekuatan hubungan pemboleh-pemboleh ubah itu terhadap penceraian. Justeru, kaedah kuantitatif akan digunakan untuk mengetahui kekuatan hubungan ini.  Maklumat  yang dikumpul adalah daripada 140 pasangan  yang  telah membuat aduan masalah rumahtangga.

Selain itu, maklumat juga akan diambil daripada 5 orang perunding cara untuk mengetahui sejauh mana hak-hak suami dan isteri dipenuhi oleh pasangan masing-masing. Dapatan hasil daripada maklumat yang diterima untuk melihat tahap penyempurnaan hak-hak suami dan isteri. Para perunding cara akan dikehendaki mengisi maklumat dalam borang soal selidik yang disediakan berdasarkan pengalaman dan pengamatan mereka ketika melayani klien-klien yang terdiri daripada pasangan-pasangan yang menghadapi permasalahan dalam hubungan mereka.

Colby & Kohlberg (1987) mengatakan bahawa kaedah kualitatif juga membantu responden menjelaskan sesuatu perkara mengikut perspektif mereka manakala Patton (1987) mengatakan bahawa ;

“qualitative research interview technique should provide a framework in which respondents can express their understanding and knowledge of their own manner.’

3.3.     Populasi dan Persampelan.
Keseluruhan populasi kes  aduan dan yang menjalani sesi kaunseling adalah sebanyak 145 kes. Sebanyak 140 kes pasangan antara  Jun 2012 hingga Disember 2012 yang menjalani sesi kaunseling  diambil sebagai sampel kajian  tanpa mengira peringkat usia perkahwinan mereka.
Responden yang membuat permohonan untuk sesi runding cara terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu :-

1.      Kumpulan responden yang memohon sesi kaunseling untuk langkah penceraian dan  responden yang dirujuk oleh mahkamah bagi menjalankan sesi kaunseling.
2.      Kumpulan  responden yang memohon nasihat dan pandangan sama ada untuk dirinya atau untuk pasangannya.
3.      Kumpulan responden  yang tidak mempunyai kepastian matlamat  memohon sesi runding cara.


3.4.      Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data adalah berdasarkan jenis maklumat yang diperoleh iaitu bersumberkan data primer dan sekunder.

3.4.1.      Data Primer
Data primer ialah data yang dikumpulkan sendiri oleh pengkaji (Izham, 2000).  Pengumpulan data primer adalah melalui instrumen kajian yang dilakukan dengan  menggunakan borang soal selidik.

   3.4.2    Data Sekunder.

Data Sekunder ialah data yang dikumpul dan direkod oleh pihak lain sebelum wujudnya keperluan semasa pengkaji sumber ini menyediakan maklumat, pengetahuan dan pendedahan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian ( Aishah, 2001). Data seperti ini mempunyai kelebihan berbanding dengan data primer  iaitu aktiviti pengumpulannya melibatkan kos yang lebih rendah serta menjimatkan masa dan tenaga (Izham,2000).


 
Rajah 2 : Langkah-Langkah Kajian Untuk Mendapatkan Hasil Kajian

3.5.    Penganalisaan Data

Data yang diperoleh  daripada soal selidik akan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer `Statistical Package for Social Sciences’ (SPSS). Kaedah deskriptif dan inferensi akan digunakan  untuk menggambarkan hasil kajian.

3.5.1.        Statistik deskriptif
Dalam kaedah ini, data akan dianalisa untuk menggambarkan hasil kajian dengan mendapatkan kekerapan, peratusan, min, median, dan sisihan piawaian. Maklumat demografi responden dianalisis dan dihuraikan dengan kekerapan dan peratusan bagi tujuan perbandingan. Data juga akan dianalisis secara penentuan kekerapan, peratusan, min, median dan sisihan piawaian dan ia akan digambarkan dalam bentuk jadual.

3.5.2.  Statistik inferensi
Bagi pengujian hipotesis,  statistik inferensi seperti ujian korelasi dan regresi  akan digunapakai untuk menilai pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat. Statistik inferensi yang digunakan ialah analisis Spearman Rank Correlation rho (rs) dan ujian Regresi Berganda dalam mengenalpasti sumbangan pemboleh ubah kajian bagi tujuan pengujian hipotesis.

Analisis korelasi digunakan untuk menggambarkan kekuatan hubungan linear antara pemboleh-pemboleh ubah. Nilai pekali korelasi yang akan terhasil dalam bentuk yang positif atau negatif akan digunakan untuk menjelaskan bentuk hubungan  antara pemboleh ubah bebas dan bersandar seperti yang terdapat dalam Jadual 3.5. Spearman Rank Correlation rho (rs) . ia adalah sesuai digunakan dalam kajian yang mempunyai data berciri nominal. Seterusnya, pengkaji akan mengggunakan  ujian Regresi Berganda   ( Multiple Regression)  terhadap pemboleh ubah bersandar.  

Jadual  3.6: Tafsiran Kekuatan Hubungan


Nilai korelasi, rs

Arah Dan kekuatan Hubungan
rs   ˂ 0.00
Korelasi negatif
rs  =  0.00
Tiada Korelasi
0.01    rs˂ 0.30
Korelasi positif yang lemah
0.30    rs   ˂ 0.50
Korelasi positif yang rendah

0.50    rs   ˂ 0.70
Korelasi positif yang sederhana

0.70    rs   ˂ 0.90
Korelasi positif yang tinggi

0.90    rs   ˂ 1.00
Korelasi positif yang sangat tinggi

                                   Sumber : Gay & Diehl (1992)


BAB IV


ANALISIS  DATA

4.1       Pengenalan

Bab ini akan mengemukakan dapatan yang diperoleh daripada kajian yang dilakukan untuk melihat hubungan antara faktor-faktor demografi dengan konflik yang boleh membawa penceraian. Penganalisaan ini terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu;

 (1).    Hubungan antara faktor-faktor demografi terhadap konflik yang membawa
           penceraian.
 (2).   Pengujian hipotesis untuk  menguji kesignifikanan  hubungan antara faktor-faktor demografi dengan  konflik yang membawa kepada penceraian.
(3).    Penilaian terhadap pandangan pegawai perunding cara mengenai  hak-hak suami dan isteri dipenuhi oleh pasangan berdasarkan garis panduan yang digarapkan dalam buku `Tuhfatul-‘Aris Wa ‘Arus’. Penganalisaan data terbahagi kepada 3 aspek iaitu:-
          3.1. Maklumat demografi perunding cara
          3.2. Penilaian terhadap hak isteri yang dipenuhi oleh  suami
          3.3. Penilaian terhadap hak suami yang dipenuhi oleh isteri




BAB V



RUMUSAN,  PERBINCANGAN DAN CADANGAN



1.1                  Pengenalan

Bab ini akan membincangkan terlebih dahulu dapatan daripada penganalisaan yang telah dinyatakan dalam Bab VI  dan membuat rumusan kajian. Pengkaji juga akan membuat cadangan bagi mengembangkan lagi hasil kajian ini  agar dapat dimanfaatkan dan seterusnya dibuat penambahbaikan terhadap kelemahan. Seterusnya langkah ini akan dapat meningkatkan lagi mutu penyelidikan kerana permasalah rumahtangga adalah sesuatu yang dinamik selari dengan perkembangan  sosio-ekonomi masyarakat dan negara

SENARAI RUJUKAN
Ab. Aziz Mohd Zin (2001) “ Metodologi Dakwah”,  Penerbit Universiti Malaysia, Kuala Lumpur.
Abdul Halim Othman (1993) “Psikologi Melayu”. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur
Aishah Abd Samad (2001) “ Penilaian Keberkesanan Program  Berasaskan Kompetensi”, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor : Projek Sarjana.
Al Hamid Al Husaini(1996) “Rumahtangga Nabi Muhammad S.A.W” , Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Al- Imam Al Bukhary (1997) `Shahih Bukhari’ Terjemahan Zainudin Hamidy, Nasharuddin Thah Dan A.Rahman Zainuddin, Klang Book Centre, Kuala Lumpur.
Basmeih, Sheikh Abdullah Muhammad (1983/97)  Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran, Dar Al-Fikr, Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa Dan Pustaka (2002) Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Feldman, R. S. (2011). Development Across the Life Span Sixth Edition. New Jersey. Pearson Education, Inc., Publishing As Prentice Hall. USA.
Ismail Yakub Sh , Prof (1988) Terjemahan Ihya Ulumiddin, Al Imam Al Ghazali, Victory Agency, Kuala Lumpur
Izham Shafei (200) “ Penghantar Statistik”, Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(2013) “ Statistik Data Perkahwinan, Cerai Dan Rujuk 2002-2012.” Unit NCR, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Alor Setar. Kedah.
Lorna L. Hecker, Joseph L. Wetchler & Editors(2003) “ An Introduction To Marriage And Family Therapy”, The Haworth Clinical Practice Press An Imprint Of  The Haworth Press, Inc. New York. London. Oxford.
Muhammad Ali Quthb (1993) `Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam’ Pustaka Haji Abdul Hamid, Kuala Lumpur.
Salvador Minuchin(  1974  ),” Family Therapy: Concepts And Methods”. Harvard University Press.. United Kingdom.
Warta Darul Aman - Keluaran April/Mei 2010. M.S 6. Terbitan Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
Zahazan Mohamed. (2006) `Tarbiyyah Al Awlad : Panduan  Mendidik Anak Menurut Islam,’ Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.





                    Lampiran 2
 

JENIS-JENIS  PEMBUBARAN  PERKAHWINAN.
 
Terdapat empat kaedah dalam pembubaran atau penceraian menurut Islam:
a.       Talak
b.      Fasakh
c.       Khuluq
d.      Li’an
 
Talak adalah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak
 
atau seumpamanya oleh suami kepada isteri. Lafaz talak itu terbahagi kepada 3 jenis
 
iaitu lafaz talak sarih (nyata), lafaz talak kinayah (sindiran) dan lafaz taklik (bersyarat).
 
Lafaz sarih adalah lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai maka
 
talaknya jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:
-                “Saya ceraikan kamu” atau;
-                “Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau  2 atau  3.”
Lafaz kinayah adalah lafaz yang boleh membawa maksud talak dan lain daripadanya,
 
talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.
 
   Contohnya:
 
   “Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu atau saya bebaskan kamu.”
Lafaz taklik pula adalah lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara:
Contohnya:
-       “Jika kamu keluar dari rumah ini, maka  tertalaklah kamu”
 

-      Andainya kamu balik ke rumah ibu bapa kamu maka jatuhlah talak bagi kamu.”
 

 - “Sekiranya saya berjudi lagi maka jatuhlah talak  kamu.”

 

Fasakh pula adalah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang
 
diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa mahkamah (hakim) sama ada
 
dikemukakan oleh suami atau isteri. Perkara yang  membolehkan fasakh pula adalah seperti berikut;
 
a.       Suami menghilangkan diri selama tempoh    1 tahun atau lebih.
b.      Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS.
c.       Suami cuai memberi nafkah selama tiga  bulan atau lebih 
d.      Suami mati pucuk
e.       Murtad
f.       Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama 1 tahun
g.      Suami dipenjarakan selama 3 tahun
h.      Suami menganiaya / menzalimi isteri
i.        Suami berperangai keji
j.        Memaksa isteri hidup secara lucah
k.      Membuat kehidupan isteri menderita
l.        Melupuskan harta isteri/ menghalang isteri menguruskan hartanya
m.    Tidak melayan isteri dengan adil
n.      Menghalang isteri melakukan perintah  agama

 

  Khuluq pula adalah penrceraian dengan kaedah bayaran        kepada suami yang
 
dipersetujui antara pasangan suami dan isteri contohnya, suami melafazkan cerai ke
 
atas isteri jika  isteri setuju membayar sejumlah wang yang dipersetujui.   
 
            Permohonan cerai melalui kaedah ini juga perlu dibuat kepada         mahkamah dan hakim akan menggendalikan kes penceraian ini.
Li’an pula ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.

 

Pengurusan li’an dilakukan di dalam mahkamah yang dikendalikan oleh hakim li’an.
 
Hakim akan mengkehendaki pihak suami menggunakan lafaz sumpah pengakuan
 
bercakap benar terhadap tuduhan kepada isterinya. Berikut adalah kaedah li’an iaitu;
1.        Tuduhan diulang sebanyak 4 kali dan   lakukan sekali sahaja.
2.        Melaknat diri sendiri jika tuduhan tersebut dusta.
3.        Isteri boleh bersumpah menafikan sebanyak 4 kali
 
4.        Lafaz kali ke-5 isteri menyatakan  kesediaan menghadapi kemurkaan Allah     SWT ke atasnya jika tuduhan suami benar.

 
Dengan kaedah li`an ini, suami gugur had qazaf iaitu tidak dikenakan hukum 80 kali
 
sebatan atas tuduhan tersebut manakala wajib rejam ke atas isteri jika isteri tidak
 
bersumpah. Pasangan bercerai selama-lamanya dan anak tidak boleh dinasabkan
 
kepada suami tetapi anak dinasabkan kepada ibunya.
 


 
Lampiran 3

 
PERANAN PASANGAN SUAMI DAN ISTERI MENGIKUT ISLAM MENJAMIN HUBUNGAN SUAMI  ISTERI  YANG HARMONI- MUHAMMAD ALI QUTHB

 
Muhammad Ali Quthb (1989) dalam `Tuhfatul-`Aris Wal `Arus’ telah menetapkan
 
kewajiban-kewajiban yang perlu dipenuhi oleh pasangan dalam menjaga kerukunan rumahtangga atau perkahwinan mereka.
 
4.1.   Hak Isteri Yang Wajib Dipenuhi Oleh Suami.
 
a.   Suami wajib memberi makanan dan pakaian bagi isterinya dengan rezeki Allah
 
yang diperolehi secara halal, tidak kedekut dan tidak membazir. Sekiranya seseorang
 
isteri menghidapi penyakit, seorang suami wajib untuk berusaha penyakit tersebut
 
sembuh walaupun penyakit itu mengambil masa yang lama untuk sembuh. Seorang
 
suami juga wajib memberi isteri nafkah setelah berlakunya akad nikah berdasarkan
 
ukuran yang ma’ruf (ukurun yang menjadi kebiasaan sehari-hari). Contohnya, jika
 
isterinya sejak sebelum berkahwin memakin daging dan buah-buahan 2 kali dalam
 
seminggu, maka nafkah yang perlu diberikan oleh suami perlulah mencukupi kadar
 
tersebut. Walaupun dari ukurannya tidak dapat dipastikan, namun hal ini dapat
 
diterima jika ukuran itu tidak terlalu kurang dan berdasar kepada kemampuan seorang
 
suami. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 236 yang bermaksud;
“ orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang tidak  mampu pun menurut kemampuannya”
Muhammad Ali Quthb juga menyatakan tentang aspek-aspek yang tidak boleh dilakukan oleh isteri  iaitu:
i)               Menuntut nafkah melebihi batas keperluan dan melakukan perkara-perkara yang melibatkan pembaziran atau perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak.
ii)             Mengambil  sebahagian harta suami, walau sedikit tanpa pengetahuan dan kebenaran suami. Jika didapati suaminya kedekut, isteri boleh mengambil untuk memenuhi keperluan diri dan anak-anak mereka walaupun tanpa pengetahuan dan kebenaran suami.
Berhubung dengan perkara, satu hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari mengisahkan mengenai satu hari Hindun datang kepada Rasulullah SAW untuk mengadu. Beliau bertanya,
“ Ya Rasulullah, Abu Sufyan seorang yang amat kedekut, dia tidak memberi nafkah untuk keperluan hidupku bersama-sama anak-anakku sehingga aku terpaksa mengambil sebahagian dari hartanya tanpa pengetahuannya’. Rasulullah SAW menjawab. “ Ambillah dari hartanya untuk mencukupi keperluanmu bersama anak-anakmu dalam batas yang ma’ruf (selayaknya).”

 
b.    Tempat Kediaman Yang Selamat Dan Tenteram.
 
Suami wajib menyediakan kepada isterinya tempat kediaman yang menjamin
 
keselamatan dan ketenteraman kepada isteri, bebas dari gangguan dari orang yang
 
mempunyai perangai yang buruk dan derhaka kepada Allah. Ini adalah untuk
 
memastikan agar kehidupan isteri itu lebih sejahtera. Perkara ini adalah bersesuaian
 
dengan perintah Allah dalam surah al-Thalaq ayat 6 yang bermaksud;
“ Tempatkan mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu, dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan sengaja hendak menyulitkan mereka”.

 
c.   Suami wajib menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada isteri (janji yang tidak
 
bertentangan dengan hukum syarak)  sebelum menyetubuhi isterinya. Suami juga tetap
 
berkewajiban menunaikan maskahwin yang belum diterima oleh isteri. Jika suami itu
 
mempunyai isteri lain, maka  suami wajib menjaga keadilan dalam pemberian nafkah
 
dan lain-lain yang perlu dan yang menjadi kewajiban.

 
d.  Isteri wajib diperlakukan dengan baik dan bergaul dengan sepatutnya. Suami wajib
 
berusaha untuk menyenangkan hati isterinya dan sabar dalam menghadapi keadaan
 
yang tidak menyenangkan hati suami. Sehubungan dengan ini, Allah SWT berfirman
 
dalam suarh an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud;
 
“ Hendaklah kamu bergaul dengan mereka (para isteri) dengan secara baik-baik. Apabila kamu tidak lagi menyukai mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikkan yang banyak untuk kamu”.

 

4.2    Hak-Hak Suami Yang Wajib Dipenuhi Oleh Isteri.

 
a.  Isteri diwajibkan taat kepada suaminya dalam perkara-perkara yang tidak
 
membawa kepada keingkaran atau kemungkaran terhadap Allah dan Rasul-Nya.
 
Keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan suami dan kemurkaan Allah adalah
 
terletak kepada kemurkaan suami.
 
               Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Abu
 
Na’im, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Jika seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat pada suaminya, ia akan masuk Syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya”.

 
b.    Isteri hendaklah menunaikan permintaan suami jika suami berkehendakan untuk
 
persetubuhan tanpa dilambatkan atau menolak permintaan  kecuali jika ada keuzuran
 
syarie seperti nifas, haid, sakit atau sedang berpuasa fardhu.

 
c.     Isteri juga tidak berpuasa sunat kecuali dengan izin dari suami bila suami ada di
 
sisi kerana kemungkinan suami perlukan layanan dari isteri. Ini kerana , jika seseorang
 
suami itu naik syahwatnya bila ia memandang seorang wanita lain, hendaklah dia
 
pulang ke rumah dan  hampirilah isterinya kerana apa yang ada pada perempuan itu
 
sama dengan apa yang ada pada isterinya.

 
d.    Isteri hendaklah menjaga dengan baik harta milik suami, menggunakan secara
 
berhati-hati dan tidak membazir, tidak memberi kepada orang lain sebelum mendapat
 
keizinan dari suami atau  tidak memberi makanan kepada saudara mara atau pada
 
orang yang meminta kecuali isteri merasa yakin suaminya tidak keberatan untuk
 
berbuat perkara yang sama.

 
e.     Isteri perlu menjaga kehormatan diri dan kehormatan anak-anak perempuannya.
 
Tidak membenarkan orang lain masuk tanpa keizinan dari suami dan tidak
 
memperlihakkan bahagian badan  di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Isteri juga
 
hendaklah tidak memakai  pakaian yang nipis, pendek dan mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.


 
f.     Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami. Suami berhak melarang isterinya
 
keluar dari rumahnya kecuali keluar untuk melihat ibu bapanya. Atas tanggungjawab
 
menjaga silaturrahim dengan keluarga, isteri berhak untuk bertemu ibu bapanya
 
walaupun tanpa keizinan suami. Mengikut ulama’ Fiqah,  ukuran yang telah
 
ditetapkan adalah satu kali dalam sebulan. Isteri juga berhak untuk merawat dan
 
melayani ibubapanya yang sedang menderita kesakitan, sekiranya tiada orang lain
 
yang melayani dan merawat kedua ibubapanya.
 
 
               Syarat seorang suami boleh untuk melarang isterinya keluar meninggalkan
 
rumah ialah, suami dapat menyediakan rumah tempat tinggal yang layak mengikut
 
kemampuan suami dan dapat menjamin suasana tenang dan tenteram bagi kehidupan
 
isteri. Rumah sebegini adalah dainggap sebagai rumah yang memenuhi syarat `tempat
 
tinggal syari’e’. Jika suami tidak dapat menyediakan rumah sebagai tempat tinggal
 
syari’e ini, maka ia tidak dapat melarang isterinya keluar meninggalkan rumah.
 
Contohnya, isteri dan suami tinggal di sebuah rumah bersama-sama orang lain
 
sehingga menghalang kebebasan untuk bermesra atau menganggu `privacy’ seorang
 
isteri atau dibimbangi isteri akan kehilangan harta milikannya, atau rumah yang tidak
 
mempunyai kemudahan asas yang selesa seperti bilik air, bilik tidur dan sebagainya,
 
maka berhak kepada isterinya untuk tidak berada di rumah tersebut. Tempat kediaman
 
yang tidak termasuk sebagai tempat tinggal yang syari’e juga ialah apabila keadaan
 
rumah itu telah menyebabkan isteri tidak merasa tenteram atau jiran di sekeliling
 
rumah tersebut berperangai keji, buruk dan mencurigakan dan boleh mendatangkan
 
ancaman keselamatan dan moral kepada isteri.   
 
 
               Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar rumah untuk tujuan
 
menuntut ilmu terutamanya ilmu agama jika suami mampu dan sanggup untuk
 
memberi pendidikan agama  kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak mampu,
 
isterinya berhak keluar rumah untuk menuntut ilmu agama yang diperlukan sahaja.
 
               Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar dari rumah untuk berkerja
 
jika hal itu menyebabkan kessukaran dalam kehidupan walaupun perkerjaan isteri itu
 
tidak melanggar syariat agama. Tetapi jika  perkara membenarkan isteri berkerja
 
menjadi sebahagian syarat sejak mula berkahwin lagi dan pekerjaan yang dilakukan
 
isteri itu tidak menjejaskan moral, maka suami wajib memenuhi syarat yang telah
 
dipersetujui sejak mula perkahwinan.
 
Hal yang sama juga mengenai penjagaan kedua ibu bapa isteri dan perkara-perkara
 
yang berkaitan seperti persetujuan untuk tinggal dengan ibu bapa telah dipersetujui
 
sejak mula perkahwinan, maka wajib bagi suami memenuhi pensyaratan itu.

 
g.    Isteri wajib mengatur urusan rumah dan mengasuh serta memelihara anak-anak
 
kerana kewajipan itu menjadi tugas semulajadi sebagaimana suami berkewajipan
 
menjamin nafkah kehidupannya. Sebagai ibu dan isteri kepada suami yang menjadi
 
ayah kepada anak-anak, dia perlu menanamkan akhlak mulia dalam jiwa anak-anak,
 
membiasakan anak-anak menunaikan kewajiban agama.
 
h.    Isteri wajib berdandan dan berhias diri bagi suaminya dengan cara-cara yang
 
dibenarkan syarak seperti bercelak, berinai, berbedak, memakai minyak wangi,
 
memakai pakaian yang baik dan lain-lain alat hiasan lain. Isteri perlu menitikberatkan
 
kebersihan diri, anak-anak dan rumah serta tempat tidur. Ketika  suami berada di
 
perantauan pula, isteri tidak perlu berdandan dan berhias kerana dikhuatiri
 
mendatangkan minat orang lain kepadanya.

 
i.     Isteri berkewajiban membantu suami dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Ini
 
termasuk dalam membantu agar suami tetap patuh mengerjakan tanggungjawab
 
terhadap ibu dan bapanya. Ini dapat dilakukan dengan isteri harus berbuat baik
 
terhadap ibu dan bapa mertua dan dapat menahan diri dari ucapan-ucapan yang tidak
 
berkenan dihati mereka.

 
j.     Isteri wajib berlembut dengan suaminya sama ada dari segi percakapan atau
 
perlakuan dan sebaliknya tidak berbicara dengan lelaki bukan muhrim dengan suara
 
yang lembut dan menarik sehingga membangkitkan nafsu syahwat di dalam hati lelaki
 
yang berhati serong.
 
               Allah Taala berfirman dalam surah al-ahzab ayat 32 bermaksud;
“....... jika kamu bertaqwa (para wanita mukminat), janganlah kamu berkata-kata lembut manja dengan orang lain sehingga orang yang di dalam hatinya ada penyakit timbul keinginan(menaruh tujuan buruk kepada kamu).Dan ucapkanlah perkataan secara baik.”
 
4.3    Konsep Kepimpinan Suami Atas Wanita.
 
                        Allah berfirman dalam surah an-Nisa: ayat 34 yang bermaksud;
“Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri),kerana Allah mengurniakan kelebihan kepada sebahagian mereka(iaitu kaum lelaki) atas sebahagian yang lain(iaitu wanita) dan kerana meraka menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
 
Muhamad Ali Quthb menekankan  mengenai kepimpinan suami ke atas isterinya
 
kerana dengan memahami konsep ini dengan baik akan dapat mengatasi kesulitan-
 
kesulitan yang terjadi dalam kehidupan suami isteri. Ada sesetengah suami
 
berfahaman bahawa kepimpinan itu sebagai kekuasaan, penindasan, perbudakan lalu
 
atas kefahaman yang salah ini, mereka memperlakukan isteri-isteri mereka dengan
 
cara yang salah, keliru dan buruk. Sebaliknya pula ada pula isteri yang meremehkan
 
soal kepimpinan tersebut sehingga mereka tidak menghargai suami sebagaimana
 
semestinya. Ini kerana, jika suami isteri itu menyedari batas-batas hak kewajipan
 
masing-masing, mereka tentu akan hidup dalam suasana bahagia, tenteram dan damai.
 
Kepimpinan seseorang suami ke atas isterinya hendaklah berdasarkan kepada prinsip
 
musyawarah iaitu konsep berbincang dan permuafakatan.

 
Berhubung dengan campurtangan pihak ketiga, Muhamad Ali Quthb menyatakan
 
bahawa suami yang mengeluh hal kesukaran rumahtangganya kepada selain Allah
 
menandakan bahawa ia seorang lelaki yang bertekad lemah dan tidak mampu
 
memperbaiki hubungan dengan isterinya. Justeru itu, mengeluh kepada orang lain
 
sesunggunya menyakiti isterinya, kerana hal kesukaran rumahtangganya diketahui
 
oleh teman-temannya, kenalan, atau kaum kerabatnya sendiri dan sanak saudara
 
isterinya. Sewajarnya, walau apa pun keadaannya segala sesuatu yang bersifat peribadi
 
rumahtangga harus dijaga sebaik-baiknya , jangan sampai terbongkar ke luar rumah
 
membicarakan masalah peribadi rumahtangga dengan orang luar tentu akan
 
membangkitkan kemarahan seorang isteri, dan pada akhirnya ia berani menganggu
 
dan tidak segan-segan berlaku buruk kepada suaminya bila terdapat kemungkinan
 
untuk berbuat demikian. Rasulullah SAW bersabda;
“ Sesiapa yang sabar menghadapi perlakauan buruk isterinya, Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayyub atas kesabaran menghadapi cubaan dan sikap isteri yang sabar mengahdapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Aisyah, isteri Firaun”
 
Betapa ramai suami, walaupun menerima perlakuan buruk dan  pembangkangan
 
daripada isetrinya, namun mereka tetap mengajaknya berdamai, bersikap ramah dan
 
tetap mahu bergurau. Mereka tetap memperlihatkan kecintaan untuk mengamankan
 
diri daripada gangguan yang lebih berat lagi daripada isterinya. Mereka besikap sabar
 
menghadapi tingkah laku isterinya yang kurang baik dan menyerahkan kehidupannya kepada Allah S.W.T.

Assalamualaikum....Dr.Ustaz Suhadi merupakan seorang Pengarah Di Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (UniSharms) Berkelulusan Phd. dari UPSI .  Beliau meneruskan pengajian dalam bidang kaunseling (Islam) dengan membuat kajian berkenaan penggunaan Usul Fiqh dalam perkhidmatan kaunseling.
Sebagai rakan... saya telah banyak mengikuti dan melihat hasil kerja beliau dan komen-komen Prof terhadap kerja beliau.....beliau seorang yang sangat teliti dan....memberi komitmen yg tinggi terhadap kerjanya... 
Contoh proposal ini boleh lah dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang sedang tercari-cari format untuk membuat proposal....dan sebagai rujukan untuk mengetahui ' flow'...sesebuah proposal
dan akhirnya  boleh membuat penambahbaikan dan menghasilkan proposal terbaik anda sendiri.
Sekian , Selamat maju jaya...Sharing is sexy..








13 comments:

  1. Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.

    Harap maklum.

    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA

    ReplyDelete
  2. Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.

    Harap maklum.

    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA

    ReplyDelete
  3. Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.

    Harap maklum.

    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA

    ReplyDelete
  4. Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.

    Harap maklum.

    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA

    ReplyDelete
  5. Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.

    Yang benar,
    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.

    ReplyDelete
  6. Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.

    Yang benar,
    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.

    ReplyDelete
  7. Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.

    Yang benar,
    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.

    ReplyDelete
  8. Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.

    Yang benar,
    Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.

    ReplyDelete
  9. Salam Sejahtera. Contoh proposal yang baik. Semoga ia dapat membantu saya dalam memulakan penulisan proposal malaysia saya.
    Terima kasih

    ReplyDelete

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...