Tuesday 22 July 2014

8 Tips Menjadi Positif


 



Menjalani aktiviti  rutin setiap hari pasti mengambil banyak waktu kita dan memenatkan. Namun, terlalu sibukkah kita sampai langsung tidak mempunyai waktu untuk melakukan perkara-perkara yang positif? Sebenarnya, kita hanya memerlukan 30 saat untuk melakukan pelbagai perkara positif yang boleh membuat kita lebih bersemangat dalam menjalani aktiviti -aktiviti rutin sepanjang hari.
 
 Berikut ada lapan  aktiviti positif yang boleh anda lakukan hanya dalam 30 saat sahaja ..

Tersenyum.
Ia merupakan suatu perkara yang  paling mudah untuk kita lakukan, namun begitu ia memberi kesan yang sangat besar untuk diri sendiri dan orang lain. Dengan senyuman kita boleh merehatkan  ratusan saraf pada wajah kita, dan dalam masa yang sama kita dapat melepaskan stress. Bahkan tersenyum juga boleh menjadikan kita awet muda..
senyuman juga merupakan satu sedekah....
 
Minum.
Lebih kurang 75 peratus otak kita tersusun dari air, namun otak kita merupakan salah satu organ yang paling mudah kehilangan cairan. Jika otak sudah kehilangan cairan, maka kita tidak akan dapat berfikir dengan jelas dan tenang. Oleh itu, alasan lupa minum air seharusnya tidak berlaku, kerana kita hanya memerlukan 30 saat untuk  melakukannya.

Menarik nafas.
Bernafas memang merupakan perkara semulajadi dan menjadi keperluan untuk setiap manusia yang hidup. Namun, oleh kerana terlalu sibuk dengan rutin yang dilakukan setiap hari, kita kadang-kadang tidak dapat menikmati setiap helaan nafas kita dan kita juga tidak sempat pun untuk bernafas dengan cara yang betul. Percaya atau tidak ...setiap kali kita bernafas, sekitar 70 peratus kotoran dari dalam tubuh dikeluarkan melalui paru-paru. Oleh itu, sebelum memulakan setiap aktiviti seharian, cubalah untuk meletakkan tangan anda di pinggang, dan tariklah nafas dalam-dalam secara perlahan. Rasakan setiap hembusan nafas yang dihirup dan yang dikeluarkan. Biasakan diri anda melakukannya setiap awal pagi kerana ketika itu udaranya masih segar.

Bercakap dengan diri sendiri.(selftalk)
Setiap pagi ketika kita menghadap di cermin atau di dalam bilik air atau ketika kita bersendirian samada dalam bilik atau dalam kereta...gunalah peluang ini untuk memotivasikan diri sendiri yang kita akan melakukan semua hal dengan baik pada hari ini, dan kita akan tetap bersyukur dengan Allah terhadap segala hal yang bakalterjadi sepanjang hari ini. Cubalah menasihati diri Anda dengan mengulangi kalimat “Aku sangat hebat dan sempurna", 'aku boleh', aku okey, 'tak apa sikit ja' dan lain-lain yang anda biasa gunakan.  Kalimat ini akan mendorong anda berfikir secara positif dan tenang dalam menghadapi semua permasalahan dengan baik. Ulangi kalimat tersebut selama 30 saat.

Melakukan regangan.(mengeliat)
Satu perkara yang paling mudah dan tidak memerlukan bayaran atau yuran.  Mungkin kita tidak sedar selepas bangun dari tidur kita biasa mengeliat...itulah regangan yang membantu kta berasa segar kembali.  apatah lagi jika kita dapat melakukan regangan yang lebih bersistematik...pasti akan terasa segar bugar pada pagi hari.  Tidak lama, 30 saat pun dah mencukupi..

Memejamkan mata.
Bila sudah merasakan sedikit penat dan stres, cubalah rileksasikan tubuh anda sebentar. Jangan memaksa melakukan sesuatu ketika tubuh sedang lelah dan penat, kerana hasilnya pun pasti tidak akan positif. Berilah kesempatan pada diri anda untuk beristirahat dan mengembalikan keseimbangan tubuh. Pejamkan mata, kepalkan tangan, dan letakkan di telinga, kemudian anda bayangkan anda mendengarkan suara ombak dan angin sepoi-sepoi di pantai yang tenang.

Dengar muzik.
Pasanglah beberapa jenis muzik atau lagu yang anda suka tak kiralah samada di PC, radio, MP3 atau sebagainya Cuba dengarkan melodi lagu tersebut dan cuba gerakkan  tubuh anda mengikuti alunan lagu tersebut selama 30 saat. Setelah itu, anda pasti akan merasa tubuh anda  akan kembali bertenaga.
 
Do Nothing.
Ini adalah perkara yang paling menyenangkan dan menyeronokkan. Tak usah melakukan apapun, hanya bersantai dan rilek. Anda boleh duduk saja sambil melunjurkan kaki dan mengelamun, arahkan pandangan keluar jendela ataupun tataplah pokok-pokok hijau atau langit langit yang cerah.


Haaa...boleh la cuba.....sharing is sexy..

 
Sumber: Your Modern Living
 

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...