Wednesday 1 October 2014

KISAH KELDAI DALAM TELAGA




Pada satu hari seekor keldai milik seorang petani telah jatuh ke dalam telaga. Si keldai pun menangis semahu-mahunya selama berjam-jam lamanya sambil diperhatikan oleh si petani tadi dan memikirkan cara untuk menyelamatkan keldainya. Akhirnya, si petani telah membuat keputusan bahawa haiwan keldainya ini telah pun tua, dan pada masa yang sama telaga itu pun memang perlu dikambus tutup. Pada pemikiran petani itu, menyelamatkan keldai tua miliknya amat tidak berbaloi. 

Dan si petani pun memanggil kawan dan jirannya untuk datang membantu beliau menutup telaga itu dengan tanah. Mereka semua pun mencapai cangkul dan memulakan kerja mengambus tanah ke dalam telaga itu. Pada mulanya, si keldai menyedari apa yang sedang terjadi dan menangis lagi dengan semahu-mahunya memikirkan kematiannya dikambus dengan tanah di dalam telaga itu. Kemudian, sesuatu yang pelik telah berlaku. Keldai tadi tiba-tiba terdiam dan semua orang menjadi pelik. 

Selepas beberapa cangkulan tanah ke dalam telaga, si petani tadi melihat ke dalam telaga tadi dan beliau sangat terperanjat dengan apa yang dia lihat. Rupanya, dengan setiap cangkulan tanah ke dalam telaga tadi yang jatuh ke atas belakang badan keldai itu, si keldai telah menggoyang-goyangkan badannya agar tanah itu jatuh ke kakinya dan kemudian memijak tanah itu naik sedikit ke atas. 

Semasa kawan dan jiran si petani sibuk mengcangkul tanah ke dalam telaga itu, si keldai akan menggoyangkan tanah badannya dan naik sedikit lagi ke atas. Lama-kelamaan, semua orang terpesona dengan tindakkan si keldai itu kerana akhirnya si keldai berjaya juga sampai ke permukaan telaga dan dengan bahagianya melompat keluar dari telaga tadi kerana tanah yang dicangkul ke dalam telaga telah digunakan sebagai tempat untuk berpijak lebih tinggi ke atas hingga membolehkan si keldai keluar.

MORAL :

Hidup anda seperti keldai dalam telaga, sentiasa tersepit dan sentiasa nampak macam tidak ada jalan keluar. Dalam pada masa yang sama, orang tidak akan bersimpati dengan ada dan cuba akan mengambus anda dengan tanah. Caranya adalah, anda mencari peluang walaupun anda sedang dalam keadaan tersepit lagi tersekat, jadikan segala kesusahan sebagai peluang untuk anda melepaskan diri. Lebih banyak masalah, lebih banyak kesusahan sebenarnya adalah peluang keemasan jika anda mampu bertenang dan befikir bagaimana menukar kesusahan yang di alami menjadi sebuah peluang. 

Dan ingatlah juga lima cara untuk bahagia :

1. bebaskan hati anda dari kebencian - Sifat pemaaf

2. Bebaskan fikiran anda dari kerisauan - Kebanyakkan kerisauan tidak pun terjadi

3. Hidup dengan sederhana dan bersyukur dengan apa yang anda ada

4. Jangan harapkan orang lain, harapkan diri anda sendiri

5. Memberi lebih baik dari menerima - Jadi selalulah memberi

 Editor 
Kolumnis Online

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...