Wednesday 3 December 2014

Kisah Imam Ahmad Hambali Dan Penjual Roti

 
Dikisahkan suatu hari seorang Imam besar berjalan jauh untuk sebuah urusan. Apabila beliau tiba di satu perkampungan beliau berniat untuk bermalam di sebuah masjid kerana hari sudah malam. Lalu beliau masuk ke dalam masjid tersebut dengan rasa gembira kerana menemukan tempat untuk bersolat dan beristirahat.
 
Selepas melaksanakan solat Isyak, beliau dikejutkan dengan kedatangan seseorang yang mengaku penjaga masjid tersebut.  Tanpa mengenali siapa beliau penjaga masjid tadi mengusir Imam Hambali keluar kerana penjaga masjid itu ingin menutup dan mengunci masjid tersebut.


Dengan perasaan yang tidak menentu dan akur Imam Hambali kembali meneruskan perjalanan di tengah malam yang hampir larut. Di dalam perjalanan  Imam Hambali bertemu dengan seorang lelaki yang mengaku sebagai penjual roti. Setelah berkenalan si penjual roti merasa kasihan melihat keadaan Imam Hambali dan kemudian mengajaknya singgah ke rumahnya.  Imam Hambali pun bersetuju dan beliau amat bersyukur sekali kerana dapat bertemu dengan penjual roti yang baik hati.
 
Apabila sampai dirumah Si Penjual Roti tadi pun melayan Imam Hambali dengan baik sekali dengan menyediakan makanan dan tempat untuk beliau  beristirahat, kemudian Si Penjual Roti meminta izin untuk membuat kerjanya  iaitu menguli tepung untuk membuat roti yang akan dijual esok paginya.
 
Semasa Si Penjual Roti tadi sedang menguli tepung, Imam Hambali  memperhatikan gerak-gerik si penjual roti semasa beliau sedang menguli tepung tersebut. Setiap kali Penjual Roti tersebut menekan tepung yang diuli beliau akan membaca istighfar. Begitulah yang dilakukannya sepanjang pengulian roti itu  sampai selesai tepung yang diuli  menjadi 'dough'.
 
Kerana terlalu hairan Imam Hambali pun datang kepada Si Penjual Roti tadi  dan menanyakan kepadanya kenapa beliau selalu membaca istighfar ketika menguli tepung tadi dan apakah faedah yang beliau dapat dari banyak beristighfar tersebut.
 
Lalu Si Penjual Roti pun  menceritakan bahawa kebiasaan itu sudah lama dilakukannya. Tidak hanya saat menguli tepung untuk roti saja tetapi hampir dalam setiap kesempatan dan dalam semua pekerjaan yang dilakukanya.
 
 Kemudian Si penjual roti menjelaskan bahawa sejak dia melakukan kebiasaan beristighfar tersebut hampir seluruh doa-doanya dikabulkan oleh Allah swt. Tidak ada satupun permintaan yang dia pohon  kepada Allah, yang tidak dikabulkan oleh Allah swt. Kecuali hanya satu doa, kata si Penjual Roti, iaitu keinginan untuk bertemu secara langsung  dengan Imam Ahmad bin Hambal.(Imam Hambali)
 
 Imam Hambali terperanjat seketika dan tidak mampu menyembunyikan rasa terharunya mendengar penjelasan Si Penjual Roti tadi dan akhirnya Imam Hambali  mengaku dan berterus terang bahawa dialah Imam Ahmad bin Hambal. Maka keduanya kemudian meluapkan rasa kegembiraan dan saling  berpelukan.
 
Lalu terlintas dalam pemikiran  Imam Hambali bahawa ketika beliau diusir dari Masjid tadi dan kemudian dipertemukan dengan Si Penjual Roti adalah salah satu cara Allah swt untuk mengabulkan doa si penjual roti.
Allaahu Akbar.....menitik airmataku...
 
Sumber: Blog & Radio IKIM ...saya ubah suai sikit bahasa
 
Yang penting   Moral cerita:
 
Perbanyakanlah beristighfar, kerana ringan diucapannya tapi berat ditimbangannya.
Selalu berprasangka baik terhadap Allah, bahawa Allah akan selalu mengabulkan doa-doa kita.
Reda terhadap takdir Allah meskipun terasa pahit diawalnya, tapi Allah Maha Tahu yang terbaik buat kita di akhirnya.
Terkabulnya doa belum tentu sama dengan apa yang kita minta, tetapi diberikan/diganti Allah dgn apa yang kita perlukan (dalam bentuk lain).
Bersikap sabar dalam berdoa, yakni  tidak berputus asa. Sabar dalam setiap musibah/ujian yang menimpa dan bersikap syukur atas setiap nikmat yang kita terima.
 

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...