"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Monday, 22 June 2015

TAQWA


Menjadi seorang muslim atau seorang yang Islam belum lagi dapat jaminan dari Allah. Allah belum jadi pembela. Menjadi orang Islam semata-mata belum ada jaminan dari Allah akan diampunkan dosanya. Menjadi orang Islam sahaja belum ada jaminan dari Allah yang amal ibadahnya akan diterima. Menjadi orang Islam sahaja belum ada jaminan yang Allah akan memberi bantuan. Menjadi seorang muslim atau seorang Islam itu mudah. Apabila sudah mengucap dua kalimah syahadah maka tetaplah seseorang itu Islam. Dia tidak boleh dianggap kafir. Lebih-lebih lagi kalau seseorang itu sudah sembahyang, berpuasa dan naik haji, kita tidak boleh menuduh orang itu kafir. Dia termasuk dalam golongan orang Islam tetapi belum tentu dia seorang yang beriman atau bertaqwa.

Setelah menjadi orang bertaqwa baru ada jaminan dan pembelaan dari Allah di dunia dan juga di Akhirat. Bila jadi orang bertaqwa barulah dosa diampunkan. Bila jadi orang bertaqwa barulah amal ibadah diterima. Bila jadi orang yang bertaqwa barulah dapat pimpinan dari Allah. Secara langsung Allah jadi pemimpinnya. Bila menjadi orang yang bertaqwa, rezeki datang tidak tahu dari mana sumbernya. Bila menjadi orang yang bertaqwa Allah permudahkan urusan dan kerja-kerjanya. Buat kerja sedikit, hasilnya banyak. Kalau buat banyak, lebih banyaklah hasil yang akan diperolehi.
Ini telah pun dijelaskan oleh Allah melalui beberapa firman-Nya seperti berikut: Maksudnya: “Barangsiapa yang bertaqwa pada Allah, Allah akan lepaskan dia dari masalah hidup dan akan memberi rezeki sekira-kira tidak diketahui dari mana sumbernya.” (At Thalaq: 2-3) Di sini Allah berkata ‘barangsiapa yang bertaqwa’ bukannya ‘barangsiapa yang Islam’.
Maksudnya:“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.” (AtAThalaq: 4) Sekali lagi Allah berkata ‘barangsiapa yang bertaqwa’ bukannya ‘barangsiapa yang Islam’. Kalau buat kerja sedikit, akan dapat hasil yang banyak.
Maksudnya: “Allah menjadi pembela bagi orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
Jelas sekali orang bertaqwa Allah akan bela dan bantu secara langsung. Dalam ayat ini juga Allah tidak menyebut menjadi pembela dan pembantu bagi orang Islam sebaliknya menjadi pembela dan pembantu bagi orang yang bertaqwa.
Maksudnya:“Sesungguhnya amal ibadah yang diterima Allah ialah dari orang yang bertaqwa.” (Al Maidah: 27)
Maksudnya:“Jika penduduk satu kampung beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi.” (Al A’raf: 96)
Jelas Allah berkata ‘beriman dan bertaqwa’ bukannya setakat ‘Islam’. Kalau beriman dan bertaqwa, Allah akan buka berkat dari langit dan bumi. Maka sudah tentunya kehidupan orang yang bertaqwa akan aman damai, berkasih sayang, mesra, selamat sejahtera, tidak ada gangguan, penuh harmoni dan indah. Di dunia lagi sudah dapat Syurga yang didahulukan dan pastilah di Akhirat akan menanti Syurga hakiki yang kekal abadi.

Banyak lagi ayat-ayat yang memberitahu kita bahawa se-telah seseorang atau sesuatu bangsa itu menjadi orang atau bangsa yang bertaqwa, barulah akan dapat pembelaan dari Allah. Kalau hanya setakat Islam, tidak ada jaminan akan dapat pembelaan dari Allah di dunia mahupun di Akhirat. Inilah yang berlaku kepada seluruh umat Islam di dunia hari ini. Rata-rata umat Islam adalah orang muslim atau orang Islam dan bukan orang yang bertaqwa. Sebab itu tidak ada pembelaan dari Allah.

Bila tidak ada pembelaan dari Allah, lihatlah apa yang sedang berlaku pada umat Islam. Hidup tidak bersatu padu, musuh menekan, hina-dina, miskin, mundur, merempat, menjadi hamba orang, susah dan tersingkir di mana-mana. Bilangan mereka ramai tetapi tidak berguna macam buih di laut. Walaupun buih sebesar gunung, mancis api jatuh pun ia boleh pecah berkecai. Umat Islam dikeronyok di mana-mana oleh musuh kafir macam anjing mengkeronyok bangkai. Umat Islam tidak ada daya upaya untuk melawan dan mempertahankan diri.

Jadi, sekadar menjadi seorang yang Islam sahaja kita tidak boleh berbangga sebab masih belum ada jaminan dan pem-belaan dari Allah. Oleh itu kita mesti jadi orang yang bertaqwa. Barulah jaminan dan pembelaan dari Allah akan diperolehi sama ada di dunia mahupun di Akhirat.
Hendak mendapat bantuan dan rahmat Tuhan, Tuhan sebut di dalam Al Quran, “Wamai yattaqillah”. Ertinya kita kena bertaqwa. Ada tiga peringkat orang yang baik hubungannya dengan Allah.
1. Soleh
2. Taqwa
3. Siddiqin
Tetapi Tuhan ambil yang tengah iaitu orang bertaqwa untuk diberi bantuan. Tuhan tidak janjikan bantuan kepada orang soleh kerana rendah sangat. Tuhan juga tidak janjikan bantuan kepada orang siddiqin kerana mungkin tinggi sangat. Tidak ramai nanti yang akan mendapat bantuan kerana orang siddiqin itu sedikit. Namun orang soleh boleh mendapat bantuan Allah dengan bersandarkan kepada orang yang bertaqwa.

Senjata umat Islam yang utama untuk menjayakan per-juangan mereka ialah iman dan taqwa. Inilah satu-satunya senjata yang tidak ada pada orang kafir. Dengan senjata ini sahajalah kita boleh kalahkan orang-orang kafir atau munafik yang hendak menghancurkan kita dan musuh batin kita iaitu nafsu dan syaitan.
Selain taqwa, dengan kekuatan apa sekalipun, baik ekonomi, ilmu pengetahuan, teknologi, ketenteraan dan senjata, pasti kita tidak akan mampu menentang kegagahan musuh-musuh Allah yang jauh lebih hebat dari kita.

Taqwa adalah faktor paling utama dalam memperolehi bantuan Allah SWT. Bantuan Allah kepada orang yang bertaqwa ini berbagai bentuk yang tidak diketahui oleh manusia. Lazimnya bentuk bantuan yang Allah datangkan itu mengikut keperluan semasa dan mengikut peranan seseorang. Ertinya bantuan Allah bagi orang yang bertaqwa itu berbeza menurut keperluan dan peranan. Bagi pendakwah yang bertaqwa, bantuan yang Allah turunkan berbeza dengan pemimpin yang bertaqwa. Dan bantuan itu berbeza pula dengan seorang ahli perniagaan atau seorang pendidik yang bertaqwa.
Kalau dalam medan perang, Allah bantu dengan menu-runkan para malaikat beribu-ribu banyaknya untuk mengalahkan orang kafir. Bagi seorang peniaga yang bertaqwa, mungkin dapat untung yang berlipat ganda. Atau wangnya terselamat kerana ada berkatnya. Keluarganya sentiasa sihat, keretanya jarang rosak, duitnya tidak membazir dan sering tersalur ke arah amal jariah atau kepada berbagai bentuk kebajikan. Seorang pendakwah yang bertaqwa pula, ilham atau ideanya mencurahcurah, penyampaiannya berhikmah dan menarik, yang mendengar mudah lembut hati, yakin dan terdorong untuk beramal.
Pendakwah yang tidak bertaqwa, dia terpaksa memaksa diri untuk memerah otak mencari dan mengumpulkan bahan dakwah. Dia terasa sukar dan sering merasa jemu. Dakwahnya tidak menginsafkan orang dan tidak membawa perubahan kepada masyarakat. Tetapi kalau di medan perjuangan dan tarbiah, Allah beri bantuan dengan cara lain pula.
Antaranya:
1. Ilmu yang bermanfaat
Allah ilhamkan ilmu-ilmu yang bermanfaat yakni ilmu dalam cara menarik orang, ilmu dalam bertindak, ilmu untuk melaksanakan ekonomi Islam, menegakkan kilang-kilang Islam, sekolah Islam dan lain-lain ilmu praktikal untuk mewujudkan Islam dalam setiap aspek kehidupan. Ilmu begini telah Allah kurniakan pada umat Islam zaman dahulu terutamanya di zaman para Sahabat dan para salafussoleh. Sebab itu, mereka boleh membangun dan menawan tiga perempat dunia. Bangunan yang dibina oleh umat Islam, istana Al Hambra di Sepanyol misalnya, tahan kukuh sehingga kini setelah berumur tujuh ratus tahun sedangkan binaan orang sekarang baru dua puluh tahun sudah roboh. Itulah ilmu ilham yang diberi oleh Allah kepada orang soleh.
Ilmu yang datang langsung dari Allah berdasarkan firman-Nya: Maksudnya: “Bertaqwalah kepada Allah, nescaya Allah akan mengajar kamu.” (Al Baqarah: 282)
Begitu juga sistem perairan dalam bangunan-bangunan yang dibina oleh umat Islam tujuh ratus tahun dahulu. Hingga kini, pakar sains dan teknologi tidak mampu menirunya. Misalnya salah satu paip air dalam istana Al Hambra yang boleh mengeluarkan air dengan sendirinya bila masuk waktu sembahyang telah pernah diselidik oleh orang Barat untuk mengetahui rahsianya. Hasil penyelidikan itu, paip itu rosak terus dan mereka tidak boleh memperbaikinya semula apatah lagi untuk membina paip yang baru. Itulah ketinggian teknologi orang soleh.

2. Ilmu Firasat
Iaitu rasa hati yang tepat hasil dari sifat taqwa. Ini amat perlu supaya pejuang Islam dapat bertindak tepat pada waktu dan ketikanya dalam menghadapi ragam musuh. Misalnya, musuh sudah siap sedia untuk menabur fitnah tentang kita. Maka Allah akan ilhamkan pada hati suatu tindakan yang boleh membuatkan musuh berhenti dari niat jahatnya, contohnya dengan menghantar surat pada musuh bahawa kalau dia buat fitnah, kita akan dedahkan berita skandal mereka yang ada dalam simpanan kita.
Misalan lain ialah bila musuh bercadang hendak mengambil tindakan untuk mengacau kampung kita maka Allah akan ilhamkan supaya kita keluar segera dari kampung kita itu. Ilmu firasat juga penting untuk mendidik ahli-ahli yang berbeza-beza sifat mazmumahnya. Supaya semuanya dapat dididik untuk menjadi orang soleh dan bertaqwa.
Firasat dinamakan juga ‘kasyaf ilmu’ atau rasa hati. Iaitu ilmu laduni atau ilham yang jatuh terus ke hati. Di situ tidak ada gangguan atau campurtangan nafsu dan akal. Firasat adalah ilmu dari langit. Orang yang ada firasat dikatakan muhaddasin (orang yang dibisikkan).
Firasat sangat tajam. Dengan firasat, seseorang itu boleh membaca hati orang. Dia boleh dapat ilmu yang menyegarkan hati dan jiwa. Firasat adalah untuk orang-orang yang sudah sampai ke tahap Rohul Muqaddasah (roh yang suci), Rohul Toyyibah (roh yang baik) dan Nafsun Zakiyyah (nafsu yang bersih).
Adapun kasyaf mata hati seperti nampak benda di sebalik tabir, nampak alam jin, nampak sifat-sifat haiwan yang ada pada manusia, nampak alam malaikat dan sebagainya, tidak ada nilai apa-apa,hanya nampaksahaja. Tidak dapat apa-apa ilmu. Orang kafir dan orang jahat pun boleh dapat kasyaf yang seperti ini.
Itulah firasat namanya, satu rasa hati yang kuat mendesak agar kita membuat sesuatu yang kadang kala di luar logik fikiran manusia. Ilmu inilah yang telah menguatkan perjuangan umat Islam dahulu. Mereka boleh serang musuh dengan cara yang membingungkan mereka. Mereka bertindak seolah-olah mereka tahu rancangan musuh. Sebab itu musuh tidak boleh buat apaapa pada mereka.
Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan sabdanya: Maksudnya: “Takutilah firasat orang mukmin kerana mereka melihat dari cahaya Allah.” (Riwayat Tarmizi)

SUMBER : Usaha taqwa.com

No comments:

Post a Comment