"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Wednesday, 8 July 2015

Kisah Baju Raya anak Saidina Umar Al Khattab r.a.

 



Suatu hari anak Khalifah Umar Al Khattab r.a. pulang dari kelas pengajian sambil menangis teresak-esak.

Ketika ditanya oleh ayahnya, dia menjawab bahawa teman-temandi tempat pengajiannya menghina bajunya yang penuh dengan tampalan (baju yang bertampal-tampal)

Di antara mereka mengatakan: "Hai kawan-kawan, perhatikan berapa jumpalan tampalan baju budak ini..."
Ia menjadi bahan ketawa rakan-rakannya sehingga membuat hatinya teramat sedih....

Kehidupan seharian keluarga pemerintah Islam Khalifah Umar Al Khattab memang sangat sederhana.

Walaupun berjawatan sebagai Khalifah (pemimpin negara), tampalan di bajunya ada empat belas tampalan
Salah satunya di tampal dengan kulit kayu.

Tibalah suatu hari apabila Saidina Umar Al Khattab r.a. berhajat untuk membelikan pakaian baru untuk anaknya di bulan Syawal (Hari Raya).
Kerana ketiadaan wang pergilah Saidina Umar Al Khattab r.a. ke Baitulmal untuk meminjam beberapa dirham untuk membeli pakaian tersebut.

Kerana tidak bertemu Bendahara Baitulmal, beliau meninggalkan sepucuk surat, isinya seperti berikut:

"Kepada Bendahara Baitulmal yang saya hormati...

Saya memohon pinjaman sebanyak empat dirham, In Sya Allah pada awal bulan depan, setelah pembahagian gaji dari Baitulmal, saya akan bayar balik dengan kadar segera..."

Tuan Bendahara tidak cepat-cepat mengambil wang dari Baitulmal untuk dikirimkan kepada Khalifah.  Sebaliknya dia mengamati isi surat itu lama-lama...

Dia mengetahui bahawa pemimpinnya itu bukan jenis penguasa yang memanfaatkan amanah rakyat untuk kepentingan peribadinya.

Tuan Bendahara Baitulmal menjawab surat Khalifah dalam bentuk sebuah pertanyaan...

"Kepada Amirul Mukminin Umar Bin al Khattab.

Telah saya baca surat tuan tentang permohonan pinjaman dari wang Baitulmal.

Saya sekadar ingin bertanya, apakah tuan berani JAMIN  bahawa diri tuan masih hidup sampai awal bulan depan sehingga saya dapat menuntut hutang Baitulmal dari tuan?.

Seandainya ajal menjemput tuan sebelum awal bulan, apakah tuan mampu mempertanggungjawabkannya di hadapan Allah?.

Wassalam..*

Selesai membaca surat balasan dari Pejabat Baitulmal, Khalifah Umar merasa amat sedih kerana tidak mampu menunaikan hajatnya untuk membeli baju baru untuk anaknya.

Setibanya hari Raya, Umar Al Khattab r.a. melihat anaknya memakai baju bertampal-tampal dan beliau terus menangis.

"Mengapa engkau menangis, wahai ayahku? tanya anaknua.

Umar r.a. menjawab:

"aku bimbang hati mu sedih di Hari Raya apabila kawan-kawanmu menghina baju kamu yang bertampal-tampal itu".

Kemudian anaknya berkata:"Seharusnya yang harus bersedih itu ialah orang yang tidak mendapat keredhaan Allah dan  menderhakai kedua orang tuanya.

Sesungguhnya aku berharap agar Allah Aza wa Jalla memberikan redhaNya kepadaku sebab keredhaanmu kepada ku...*

Semakin deras airmata Khalifah Umar mengalir apabila mendengar kata-kata anaknya dan beliau terus memeluknya dan mendoakannya.

Coretan dari Ustaz Nasir
(Makkah Al Mukarramah)

No comments:

Post a Comment