Wednesday 16 September 2015

Air Nabeez Dari Kurma atau Kismis

    Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma atau kismis (raisins). Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginya.

air-nabeez-dari-kurma-atau-kismis
Sumber gambar dari google
Dari segi kesihatan tubuh badan, kurma telah dibuktikan sebagai :
1. Pemberi & pemulih tenaga (ini antara sebab kita disunatkkan memakan kurma sebaik berbuka puasa)
 
2. Kandungan Fiber yang tinggi untuk mengelakkan kolestrol degil dari terkumpul di dalam badan. Sangat bagus dalam mengelakkan sembelit (atau meredakan & memulihkan diri dari sembelit)
3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.
4. Kaya pottassium : Penting dalam penjagaan jantung & menstabilkan tekanan darah.

Khasiat kismis pula
Antara Khasiatnya ialah
1. Menguatkan daya ingatan
2. Mengubati penyakit lupa
3. Mencerdaskan minda
4. Memutuskan balgham
5. Membersihkan hati
6. Mencerahkan mata

Sebenarnya banyak khasiat lagi kurma dan kismis tapi cukuplah diringkas je. Yang lain boleh cari sendiri ye. Fiza share mana yang umum je. Jom ketahui khasiat Air Nabeez pulak.

Khasiat Air Nabeez
1. Air nabeez adalah minuman berakali  yang mampu membantu membuang asid dari dalam perut dan sistem pencernaan badan. Ia juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan² toksin yang terdapat dalam badan yang dinamakan detox.
 
2. Disebabkan Air Nabeez ni mengandungi kadar fiber yang tinggi, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik dan meningkatkan serta menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.
 
3. Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.
 
4. Juga bagus untuk pesakit Arthritis dan pesakit Gout kerana air nabeez membantu menuetralkan kandungan urik asid di kalangan pesakit Gout.

Cara membuat Air Nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok²nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air atau gelas. Sebaiknya dibuat waktu petang atau malam, dan pastikan jug air atau gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum dan buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.
Air nabeez boleh diminum begitu sahaja atau boleh dikisar sebelum diminum. Kalau nak buat Air Nabeez menggunakan kismis, pun boleh. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak.
Tips
Kalau nak minum Air Nabeez pagi, siapkan petang atau malam. Kalau nak minum Air Nabeez di waktu malam, rendam kurma atau kismis di waktu pagi.
Pantang larang dalam membuat Air Nabeez
1. Hanya gunakan salah satu daripada buah²an pada satu masa. 
2. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat Air Nabeez. Kalau nak rasa dua dua kena buat dalam bekas yang beransingan. 
 
3. Air Nabeez cuma boleh bertahan 1-2 hari dan dilarang minum setelah memasuki 2-3 hari. Ini kerana air rendaman kurma atau kismis melebihi 3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula dan air rendaman sedang dalam proses menjadi arak dan haram diminum.
Oleh sebab itu, lebih baik buat Air Nabeez ni hanya ketika untuk diminum. Bukan untuk disimpan lama. Untuk lagi sedap boleh tambah susu ketika hendak minum. Sesuai sangat untuk dibuat minuman berbuka atau sahur kan? Selamat mencuba!

Source : Blog si hati merahjambu

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...