Saturday 31 January 2015

PSIKOLOGI WARNA


 

Jika kita merasa senang dan santai disaat kita berada di sebuah ruang atau bilik, itu tandanya ruang tersebut mampu menciptakan suasana harmoni atau sesuai dengan' mood' semasa kita.

Tapi, pernahkah kita mengalami ' badmood' semasa kita berada di dalam sebuah bilik atau di ruangan yang tertentu ?
 Keterampilan dalam mendekorasi warna bilik atau ruang adalah  satu hal yang sangat penting untuk membangkitkan suasana harmoni. Jika kita pandai bermain dengan warna, menyesuaikannya dengan cahaya serta susunan rekaan interior yang lainnya.

Secara tidak langsung kita dapat menciptakan suatu ruang yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan emosi  emosi kita. 
( Nuryawan,Prima.2008 )

 Pilihan dekorasi dalaman yang berhubung dengan warna - warna biasanya boleh menciptakan ruang yang berkesan hangat, elegan,tenang, anggun, dan feminim.


 BIRU
 
 Biru membawa maksud paling "dingin ". Biru juga bermaksud berhubungkait  dengan alam.   Tenang, damai, segar, bersih , kooperatif dan dapat boleh dipercayai.








Biru sesuai digunakan untuk ruang - ruang istirehat dan bersantai. Transpirasi dari biru langit yang cerah dan luas, biru laut yang tenang dan dalam.  ( Nuryawan,Prima.2008 )

HIJAU
Hijau : Mewakili alami segar, sihat dan hidup. Menambahkan energi dan menimbulkan rasa optimis. Tenang serta harmonis, membantu menyeimbangkan emosi dan menghilangkan stres. Hijau sesuai untuk ruangan - ruangan relaksasi dan meditasi. Transpirasi dari aneka tanam-tanaman , buah - buahan segar seperti epal dan berbagai sayur-sayuran. ( Nuryawan,Prima.2008 ) 











UNGU

Ungu : Sering dihubungkaitkan dengan warna kerajaan dan mewah. Di masa kerajaan - kerajaan Eropa dulu, warna ungu kerap dipakai sebagai sandang serta keperluan interior ( tirai , kanopi tempat tidur, penutup tempat tidur ) dan bendera atau kain simbol  kerajaan.
 Ungu juga berkesan protektif, mencambahkan inspirasi dan membantu proses penyembuhan.
Bila lebih banyak campuran warna merah, maka kesannya menjadi hangat. Ungu merupakan warna sekunder, campuran dari merah dan biru. Ungu kemerahan sesuai untuk ruang makan, bilik tidur dan dapur.Bila lebih banyak campuran warna biru , maka kesanya lebih tenang. Ungu kebiruan sesuai untuk kamar tidur, ruang keluarga dan ruang kerja. 



MERAH
Merah : Hangat bersemangat, penuh ghairah, hidup, kuat , berani dan tersendiri. Transpirasi dari warna bunga mawar, cabai,  dan buah - buahan epal dan stawberri.







KUNING 
Kuning : Cerah , gembira, aktif, cerdas, ekspresif dan menarik perhatian. Mengajak orang untuk bergerak dan berinteraksi. Sering digunakan pada tempat permainan kanak-kanak, dan sekolah seperti di tadika.












OREN
OrEN : Percaya diri, tidak mudah putus asa, dan pemberani. Ceria dan kreatif, kerana oren merupakan warna campuran dari merah yang penuh ghairah dan kuning yang cerah. Oren adalah warna yang terhangat dalam lingkaran warna. Amat sesuai diterapkan pada ruang tamu dan ruang makan. Transpirasi dari sinar matahari pagi dan senja..











                       Para ahli terapi warna mengatakan bahwa pancaran warna dapat memberikan efek positif bagi kesihatan tubuh. Setiap warna apabila diteliti ia sebenarnya menyimpan suatu getaran atau energi yang berupaya atau bersifat  menyembuhkan. 


 Bagaimana kaitan warna dengan tubuh manusia ?   
                     Pada dasarnya setiap manusia lahir dengan membawa warna kehidupannya. Energi cahaya yang melingkupi sekujur tubuh memancarkan aura yang terdiri dari tujuh warna pelangi, iaitu merah, kuning, hijau, biru, nila, ungu atau sering disebut indigo.
 

Tubuh yang kekurangan satu atau beberapa warna tertentu biasanya menimbulkan gangguan - gangguan fisik, misalnya kelebihan warna biru atau kekurangan warna merah. Ketidakseimbangan aura tubuh inilah yang mebuat seseorang merasa kurang sihat.

 Terapi warna dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan energi dalam tubuh. Caranya dengan mengaplikasikan kekurangan atau kelebihan warna pada tubuh. Ilmu perubatan juga telah membuktikan  bahawa  genetik tubuh manusia dapat bertindakbalas secara otomatik terhadap warna dan cahaya. Itulah  sebabnya pemberian energi  warna dapat menimbulkan kesan positif kepada tubuh manusia.
Ada beberapa kesan terapi umum yang dihasilkan warna - warna dalam kehidupan.


 Warna merah yang memancarkan keberanian, diteliti memberikan efek pada peningkatan denyut jantung dan frekuensi pernafasan.


 Warna oren yang mencipta suasana keceriaan dan kesegaran , diteliti mampu memberi rangsangan  kreativi pada otak dan ransangan pada sistem pencernaan.


Warna kuning pada ruang diteliti mampu mengurangi rasa letih dan perasaan - perasan tertekan.


Warna Hijau yang dikaitkan dengan keharmonian alam semulajadi, jika diteliti ia memberi efek untuk menenangkan dan memperbaiki kerja pernafasan dalam tubuh hingga membantu proses penyembuhan.


Warna biru diteliti memberi efek menenangkan dan memperbaiki kerja pernafasan dalam tubuh.


Warna Ungu diteliti dapat membuat pola tidur menjadi lebih baik .


Prinsipnya , pilihlah warna dinding atau lantai, dengan pilihan warna yang boleh membuat tubuh kita menjadi lebih relaks. Hindarilah  warna - warna masif atau gelap seperti hitam atau biru tua pada ruangan atau bilik, kerana warna - warna ini cenderung untuk memicu rasa tertekan.( Nuryawan,Prima.2008 )

Monday 26 January 2015

Erti Kebahagiaan

Permulaan cerita ini mengisahkan tentang seorang wanita yang cantik dan berpakaian yang agak mahal  datang mengadu kepada pakar psikiatri  bahawa dia merasakan bahawa seluruh hidupnya terlalu kosong dan sudah tidak mempunyai makna lagi.  Pakar psikiatri berkenaan merujuk beliau kepada seorang kaunselor.


Oleh itu, wanita itu pun pergilah berjumpa kaunselor untuk mencari erti kebahagiaan.


Wanita cantik tadi pun menceritakan kisahnya hidupnya kepada kaunselor berkenaan dengan perasaan sedih dan linangan airmata.

Kaunselor tersebut mendengar dengan penuh empati...

Kemudian Kaunselor tersebut memanggil seorang perempuan tua yang sedang menyapu sampah di tingkat pejabat kaunselor berkenaan.  Mak cik tua itu seorang 'cleaner' yang bekerja mencuci dan menyapu di bangunan pejabat tersebut.

Kemudian kaunselor tersebut  berkata kepada wanita kaya itu "Saya akan meminta Mak cik ini menceritakan kepada awak bagaimana caranya dia mendapat kebahagiaan'. Apa yang saya mahu

awak lakukan adalah mendengar cerita dia dengan teliti. "

Maka mak cik itu pun meletakkan penyapunya dan beliau pun duduk di atas kerusi dan memulakan ceritanya:

"Sebenarnya, suami saya sudah meninggal dunia akibat malaria dan tiga bulan kemudian anak tunggal saya pula terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah kereta.


Saya tidak mempunyai siapa- siapa lagi.  Yang tinggal hanya saya seorang diri.  Saya tidak dapat tidur, saya tidak dapat makan, malah saya tidak pernah tersenyum kepada sesiapa, saya pernah terfikir untuk menamatkan hidup saya sendiri."

Kemudian pada satu malam....ada seekor  anak kucing kecil mengikut saya pulang dari kerja. Entah bagaimana saya berasa amat kasihan kepada anak kucing tersebut.   Keadaan di luar terlalu sejuk, jadi saya  membiarkan anak kucing itu masuk kedalam rumah saya.  Saya memberinya sedikit susu, dan anak kucing tadi menjilat pinggan susu tadi hingga bersih. Dia terlalu lapar agaknya.  Kemudian ia menggesekkan badanya ke kaki saya dengan penuh manjanya.... untuk pertama kalinya setelah beberapa bulan..... saya tersenyum".

Kemudian saya terfikir, hanya dengan  membantu seekor anak kucing boleh membuat saya tersenyum, mungkin dengan membuat sesuatu untuk orang lain boleh membuat saya gembira.

Jadi, pada hari berikutnya saya mula membuat  biskut dan saya beri kepada jiran saya yang sedang sakit.

Setiap hari saya cuba untuk melakukan sesuatu yang baik untuk seseorang. Ia membuat saya begitu gembira apabila melihat mereka gembira.

Hari ini, saya tidak tahu sesiapa yang  boleh tidur dan makan dengan lebih baik daripada saya".


Saya telah menemui kebahagiaan saya, hanya dengan memberi kepada orang lain. "

Setelah mendengar cerita mak cik tua itu, wanita kaya  tadi pun menangis teresak-esak. Dia mempunyai segala-galanyanya yang boleh dibeli dengan wang, tetapi dia telah kehilangan apa yang wang tidak boleh beli.


The beauty of life does not depend on how happy you are; but on how happy others can be because of you..."


Happiness Is What You Are, Not What You Have...

 
Happiness is not a destination, it's a journey.
 
Happiness is not tomorrow, it is now.
 
Happiness is not dependency, it is a decision.
 
Happiness is what you are, not what you have..






 
 

Monday 19 January 2015

10 Cara Untuk Meningkatkan Kecerdasan Emosi (Emotional Quations @ Emotional Intelligence) (EQ)Kanak-kanak.





     Adakah anda ingin mempunyai anak-anak yang dapat menangani emosi positif dan negatif dalam cara yang sihat dan membina? Adakah anda ingin juga mempunyai anak-anak yang mempunyai kemahiran sosial yang baik , memahami dan menjadi seorang pendengar yang empati?

Oleh yang demikian anda perlu membesarkan anak-anak anda dengan EQ atau kecerdasan emosi yang tinggi.

Kecerdasan emosi, lebih dikenali sebagai EQ, ia merupakan satu bentuk kesedaran dan keupayaan seseorang untuk menguruskan emosi  dengan cara yang  lebih sihat dan produktif.


  Bagi kebanyakan ibu bapa, mereka sering memikirkan bagaimana cara untuk berurusan bila ia melibatkan dengan perasaan anak-anak, dan ternyata, ianya sangat sukar.  Bagaimana kita hendak menangani anak kecil yang sedang marah, seorang kanak-kanak yang sedang dalam ketakutan atau bayi yang menjerit-jerit

Berapa ramaikah di antara kita tahu apa yang perlu dilakukan ?.

  Lebih menyukarkan lagi, apabila sebahagian daripada kita membesar dalam keluarga dan persekitaran di mana  komunikasi atau dialog yang jujur adalah tidak digalakkan.

  Jadi bagaimana anda boleh mengajar anak-anak anda untuk menjadi celik emosi?


Berikut adalah 10 strategi untuk membantu anda untuk berbuat demikian.

  1. Menghormati perasaan anak anda. Anda perlu sedar bahawa semua perasaan anak anda adalah penting, tidak kira betapa sukarnya mereka untuk menangani.

  2. Label perasaan anak anda. Mencari peluang untuk mengajar anak anda nama-nama yang sesuai bagi setiap perasaan yang sedang mereka  alami.

  3. Kongsi perasaan anda sendiri dengan anak-anak anda. Berhati-hati agar tidak menggunakan anak-anak anda sebagai orang kepercayaan untuk kesukaran emosi yang sedang anda alami, tetapi pada masa yang sama biarkan mereka melihat bahawa anda juga adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan.

"Ibu berasa sangat sedih dengan kematian nenek. Ibu sangat merindui nenek kamu dan itulah sebabnya ibu menangis."

  4. Menjadi 'role'model  tentang cara menangani perasaan sendiri dengan cara yang sesuai. Jika  percakapan atau kata-kata anda terlalu kasar atau melebih-lebih ketika anda sedang marah maka tidak mustahil anak-anak anda akan belajar untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka marah.

  5. Terima perasaan anak anda. Duduk berdekatan dengan anak anda kerana dia ingin berkongsi perasaannya dengan anda dan dia ingin anda  untuk menyentuh atau memeluk mereka jika keadaan memerlukan.

  6. Dengar luahan perasaan anak anda dan reflek kembali kepadanya.

"Ibu dengar macam adik sangat sedih saja. Adik mahu ceritakan   tentang hal itu pada ibu?" atau "Adik nampak seronok saja,  adik seronok sebab ayah beli hadiah untuk adik kan."

  7. Berikan masa untuk anak anda untuk melayani perasaannya. Elakkan diri anda agar tidak terburu-buru untuk menyelesaikan setiap perasaan sedih yang sedang anak anda alami. Ini secara tidak langsung akan membantu mereka untuk membina daya tahan emosi dan akhirnya anak anda akan menyedari bahawa  setiap emosi negatif akan pudar dan berlalu pergi dan dia ia akan membuat mereka berasa lebih baik.

  8. Sentiasa mengutamakan keselamatan dan menetapkan had jika perlu. Kanak-kanak perlu diletakkan di tempat yang selamat walaupun ketika berada di dalam krisis emosi. Anda mungkin perlu bertegas untuk menghalang anak-anak anda yang berkemungkinan sedang mengamuk dengan membuang atau membaling benda-benda tertentu.




  9. Setiap perasaan yang di alami adalah normal, tetapi tidak semua tingkah laku adalah normal. Kanak-kanak selalunya akan meluahkan emosi negatif yang kuat melalui tingkah laku yang tidak sesuai, sebagai contoh membuat perkara yang terlarang apabila mereka marah. Ini adalah waktu yang sesuai untuk anda mula campur tangan. Menghentikan setiap tingkah laku yang tidak sesuai dan mencadangkan jalan keluar atau pilihan lain yang lebih sesuai.


"Jika adik  benar-benar marah dan mahu membuang sesuatu, adik boleh membaling stokin ini ke dinding."

  10. Dapatkan bantuan dan sokongan yang  sesuai  sekiranya anda memerlukan untuk menangani perasaan anda sendiri . Untuk membolehkan anda  menjadi 'role'model yang baik untuk anak-anak anda, anda perlu berupaya untuk meluahkan perasaan anda sendiri dengan cara yang sesuai. Ya... mungkin melalui penulisan dalam jurnal, melalui berbual-bual dengan rakan atau kaunselor profesional .... apa saja yang sesuai untuk anda.

  Kecerdasan emosi adalah satu bahagian penting dalam perkembangan anak-anak anda dan segala usaha dan masa yang anda luangkan untuk membantu anak anda dalam meningkatkan tahap EQ mereka akan berhasil dan berbaloi.


Anak-anak anda akan merasa lebih bahagia dan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran kehidupan yang bakal mendatang.

Edutaining kids .com

Monday 5 January 2015

How to Motivate Your Team

How to Motivate Your Team - One Question You Must Ask

David Dye
 
When you think about having energized, motivated teams, if you're like most leaders, you will focus on your people, or maybe their surroundings.
But if you want to lead energized, motivated teams, the first place you want to put your focus is on yourself…and specifically, on your motivations.
You can do this with one question:
Ask yourself, “Why do I want to lead?”
 
 
FIVE P’S
There are typically five reasons people choose to lead a team. I call them the “Five Ps”.
They are:
  • Power
  • Prestige/Pride
  • Pennies / Purse
  • People
  • Purpose

3 PROBLEMATIC P’S
Let’s take a look at the first three of these reasons people choose to lead a team:
  • Power - you want the ability to tell people what to do
  • Prestige or Pride - you gain a sense of well-being or pleasure from the title
  • Purse - you want the increased pay that often comes along with the role
Many leaders who turn into bad bosses take on their leadership roles for one or more of these three reasons. Maybe they like having power and want the money that comes with it. Or perhaps their sense of well-being is wrapped up in having what they see as an important title.

The problem with trying to lead from these motivations is that they are not aligned with what it takes to succeed as a leader.


2 POWERFUL P’S
Leaders accomplish results with a team. Relationships AND results: those are the critical motivators for successful leadership.
Those are the motivations in the final two Ps, People and Purpose:
  • People - you want to serve the team or organization
  • Purpose - you want to achieve a specific mission


THE CRITICAL QUESTION
If you want an energized, motivated team, begin by examining your own motivations. Be honest with yourself: Do you choose to lead in order to serve your team and accomplish meaningful results?

If you find that power, prestige, and the pull of the purse are your motivators, you will have trouble. People instinctively know when you don’t care about them or don’t care about the mission.
The good news is that no matter why you started leading, it’s never too late to choose people and purpose.

You can begin by filtering your decisions through two questions: How will this serve the team? How will this help us achieve results?
If the answer to either question is ever “it won’t”…then DON’T DO IT.

One final note: we’re all human. I live in the real world and I don’t expect you, me or anyone else to not care at all about money, roles, and power. It’s part of who we are. You just want to make sure that you’re honest with yourself and put people and purpose at the top of your leadership motivations.

Remember: The more you prioritize people and purpose, the more automatic they will become, and…the more energy and motivation you will see in your team.

David Dye

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...