"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Saturday, 2 January 2016

SELAMAT TAHUN BARU 2016

 




Assalamualaikum....syukur saya ke hadrat ilahi kerana masih diberi peluang untuk  menghirup udara 2016.   Masih banyak harapan, cita-cita, usaha, hablumminannas, hablumminallah, dan matlamat hidup yang masih belum di capai, rupanya semakin lama semakin  ia  mencabar.  Faktor usia sama kut....heee. Alhamdulillah masih sihat  walaupun usia dah hampir dengan separuh abad.  Bahagia bersama anak-anak, isteri, keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan.

Sabda Nabi Muhammad SAW "Bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok.  Petikan inilah yang masih menjadi pemicu untuk kita terus berusaha mencapai matlamat.  Sebagai seorang Islam kita mestilah mengidamkan kejayaan di dunia dan juga kejayaan di akhirat.  Satu lagi kejayaan di alam Barzakh merupakan petanda samada kita akan berjaya di alam akhirat atau pun tidak.  Kalau bahagia di alam barzakh maka bahagialah juga akhirat...bergantung juga pada Rahmat Allah SWT.

Tahun 2016 akan menjadi tahun yang mencabar untuk kita.  Kenaikan harga barang, kemajuan teknologi, anak-anak yang semakin membesar yang memerlukan pendidikan yang lebih tinggi, isteri yang semakin risau bab-bab  penampilan diri...maklumlah dah makin mereput...haaaaa..(dia dok suruh beli Qu puteh) .rumah dan kereta yang semakin uzur  perlu di tukar dan perlukan  penyelenggaraan....mmmmhhh....banyakkan. Masa untuk diri sendiri pun kadang-kadang tak ada...apatalah lagi nak bersenam dan mengamalkan cara hidup sihat.  Keluhan demi keluhan kita dapat dengar dari kawan-kawan sekeliling kita.

Kehidupan pun menjadi semakin pantas dek perkembangan teknologi komunikasi....sehingga terbawa-bawa kedalam waktu solat.  Semua nak pantas.....sehingga kita dah jarang nak bezikir dan berdoa selepas solat...Astagfirullahaladzim.  Apatah lagi masa untuk membaca Al Quran..  Kita ada banyak masa pula untuk berwhatsap..dengan bepuluh-puluh grup dalam handphone kita. Masa mengadap handphone tu jadi lebih lama dari masa kita mengadap anak, isteri , ibubapa dan Allah SWT.  Berapa kali sehari kita boleh tunggu waktu masuk solat di surau/masjid.....adui...

Kita juga sering disibukkan dengan pekerjaan kita yang tak pernah ada masa tamat.  Kita layan sebab itulah punca rezeki kita, sebab itu kemahiran kita sebab itu minat kita, sebab itu cita-cita dan matlamat kita.  sehingga kita lupa pada yang Maha pemberi rezeki.

Tujuan hidup untuk beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran seorang hamba telah tersasar akibat terlalu mementingkan hal duniawi.  Di siniah kesalahan yang kita sering lakukan mungkin tanpa kita sedari. Mungkin sebab itulah kehidupan kita kurang keberkatannya dan doa-doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT.
Biar kita kehilangan sesuatu kerana Allah, jangan kerana sesuatu kita kehilangan Allah.

Kita perlu seimbangkan tuntutan duniawi dan tuntutan akhirat. Dunia juga merupakan jambatan ke akhirat dan kita tak boleh tinggalkannya dan fokus kepada urusan akhirat sahaja.

Sempana tahun baru ni jom la kita pacakkan tekad baru...kita seimbangan tuntutan duniawi dan ukhrawi
Kita luangkan masa dengan anak, isteri, ibubapa dan Allah SWT yang amat sayangkan kita...siapalah kita tanpa mereka. Rezeki ,jodoh , ajal maut semua milik Allah kita tak tahu apa perancangan Allah SWT terhadap kita.  Jom..kita berubah....walaupun ianya sukar...walaupun ianya sedikit... Seribu langkah bermula dengan langkah pertama...jom..

Semuga kita terus berada dalam rahmat dan redha Allah SWT.  Semoga kita dikurniakan hidayah dan petunjuk dari Allah SWT.   Aamin.

ps: Dah lama tak bersenam....tak main badminton dan cycling, badan dah semakin berat dan cepat mengantuk....haaa......aku nak berubah...aku nak sihat...aku nak berhenti merokok....aku nak berjaya....aku idamkan syurga Allah
"Self talk"  untuk memotivasikan diri sendiri...cubalah...gheeee

No comments:

Post a Comment