"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Tuesday, 19 July 2016

Nama - nama khinzir yang kita perlu tahu agar tidak keliru.



Adalah menjadi kewajipan pada era moden ini untuk mengetahui perihal yang berkaitan babi. Dengan perdagangan yang melangkaui sempadan tidak mustahil mereka yang kurang allert akan termakan makanan yang berunsurkan babi terutamanya dalam makanan yang diimport.

Tidak juga sesuatu yang mustahil anda temakan makanan berunsurkan babi ketika melancong atau mengunjungi negara lain atas urusan business atau belajar.


Oleh itu apa kata kita kenali nama TIMANGAN babi dalam banyak keadaan agar terhindar dari semua itu.

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang 50kg.

4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.

5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.

6. Boar : Babi liar

7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.

8. Sow Milk : Susu Babi

9. Lard : Minyak yg berasakan lemak babi.

10. Ham : Daging Bahagian peha Babi

11. Bacon : Daging babi yg diperap dengan garam

12. Khinzir : Bahasa hormat utk babi hehehe

13. Baboi dalam bahasa Melanau

14. Kerbau Pendek : Nama perumpamaan

Sumber: nahodablog

No comments:

Post a Comment