"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Tuesday, 4 October 2016

ADA LELAKI TAK BERANI BAWA KERETA.......

Assalamualaikum....saja nak sembang-sembang , topic ni agak lucu sikit  haaa... orang Kedah kata lawak la.  Rupa-rupanya ada ramai lelaki yang tak berani bawa kereta.  Kenapa ya...adakah kerana kurang keyakinan diri atau mereka ada symptom 'anxiety or panic disorder'..... pada saya agak  lucu juga.....kalau orang perempuan takut tu biasa la...

Semalam , masa lunch break sementara nak tunggu anak keluar sekolah saya pergi la makan kat satu gerai yang biasa saya makan.  Selepas ambil makanan saya pun duduk lah dekat satu meja.  Sebelah meja saya ada satu keluarga suami isteri (umur dalam 30an) dan dua orang anak (perempuan 5 -6 tahun dan lelaki 3 tahun) sedang makan....yang si ayah ni sedang berleter kat anak perempuan  yang berumur 5 - 6 tahun ni.  'Kenapa tak makan nasi tu ..makan la cepat...kerja nak main saja'.  si ibu sedang menyuapkan si adik... hanya diam dan memerhati.  Saya jadi seronok pulak tengok mereka sambil saya  makan saya  teringat la zaman anak2 saya semasa masih kecil  dulu...macam tu la juga jadinya.

Kemudian lalu seorang pak cik tua (agak bongkok) yang baru lepas membeli makan (bungkus) lalu depan kami dan menuju ke keretanya....

Tiba-tiba terpacul dari mulut anak perempuan tadi....'ayah  tengok tok wan tua tu pun pandai bawa kereta...ayah takut bawa kereta...."kuang...kuang...kuang

Si ayah melihat muka saya ...adooiiii...katanya....sambil ketawa....saya pun senyum kembali....dia malu agaknya

Si isteri pun terketawa....

Sah dah selama ni isteri dia yang memandu......takpalah asalkan bahagia sudah....hee

Saya teringat pada kawan pejabat lama...Kak Tun...suami dia tak berani bawa kereta juga.......setiap kali Kak Tun nak bersalin dia terpaksa bawa kereta sendiri ke Hospital...4 orang anak maka 4 kali lah Kak Tun drive sendiri ke hospital...dan suaminya hanya duduk disebelah dan berleter....Nasib baik Kak Tun kerja Nurse.  Suami kak tun hanya boleh bawa motor  saja......garang orangnya..
Saya berpeluang berbual dan mengenali dengan suami Kak Tun semasa kami dalam perjalanan ke Phuket Thailand....kalau dengar dia sembang...adoiii...kita ni jadi kecil ja..boleh bergegar bumi ni..tapi anehnya...takut nak bawa kereta....haaaa (defence mechanism).

Kes 2...Wani,  Nurse juga...Wani yang beli rumah lama saya...Di Taman XXXX. Suami dia pun tak berani bawa kereta hanya bawa motor. Tapi kalau sembang dengan dia semua benda dia boleh control....kira taraf Abang Long pun ada la....saya biasa la ...cuma jadi pendengar yang baik...nak tergelak pun ada. 

Kesian kan....sebenarnya dalam dunia sekarang ia dah jadi satu keperluan atau syarat wajib bagi lelaki...tak kirala samada dia mampu ka tak mampu ka beli kereta tapi lessen memandu kena ada, kebolehan dan keberanian memandu kena ada....bukan apa...takut2 waktu kecemasan...

Saya tak reti nak duduk sebelah isteri...sedang isteri memandu...kena waktu nak balik ke Johor pulak...eeeeii...tak macho langsung...bukan ego na.

Abang2, adik2 yang takut tu jom la berubah dan beranikan diri...sama ja macam bawa motor...risiko lagi tinggi untuk kemalangan...kereta pun ada juga tapi risiko kecederaan tu kurang la sikit...atau kalian perlu menghadiri sesi kaunseling kalau perlu...boleh hubungi saya.

No comments:

Post a Comment