Thursday 30 June 2011

PERHIMPUNAN 'BERSIH'

Hari ni, ketika dok FBing dengan kawan-kawan, seorang kawan POLIS mengadu penat kehulu ke hilir untuk menangani 'BERSIH'  sampai takdan nak rehat, dan dia pun berpesan .".hang jangan dok ikut depa.". Lalu aku pun kata..".tak mau aiiih".  Buat apa nak susahkan hati ayah dan anak bini aku...aku ada tanggungjawab yang lebih penting, merekalah dunia aku nyawa aku, aku tak mau bagi depa susah hati kerana benda-benda macam ni.

 Buat kawan-kawan aku tak kira hang geng kuning ka, gang merah ka...fikirlah sekali lagi...Yakinlah pada Allah, yakni yakin pada Qada dan Qadar Allah,  Orang baik akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah sebaliknya..buat apa dok menyusahkan diri, keluarga dan negara yang aman tenteram ini kerana politik yang cuma berkehendakan kuasa. Akhirnya kita tetap macam tu juga kena bekerja untuk mencari rezeki.  Janganlah kita terlampau terikut-ikut  atau taksub sangat.  Ini bukan lagi perjuangan kita yang sebenar...mungkin aku kurang faham bab-bab yang hampa lebih faham tapi fikirkan sama hak ibubapa, anak dan isteri yang dok bergantung kat kita.  Kalau lah terjadi sesuatu....

Aku orang gomen, gomen rakyat yang pilih, gomen satu entiti yang tidak kekal, bila-bila rakyat boleh tukar, sebab tu aku bersikap neutral dan aku cuma berkhidmat untuk kerajaan yang rakyat pilih. Aku sayang negeri aku aku nak berkhidmat untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat negeri aku walaupun sumbangan aku ni kecil. Janganlah kita ikut sangat darah muda tu...biarlah orang politik dengan politiknya.  Depa cuma nak kuasa saja kita jadi mangsa.

Akhir sekali...untuk kawan2 ku fikir lah sekali lagi...kita tidak nampak impak dari tindakan kita ini lagi.  Yang pastinya ia tidak membawa sebarang kebaikan.  Jomlah kita ramai-ramai pi berjemaah di Masjid.  kita penuhkan saf-saf pada setiap lima waktu tu.  Baru kita hebat...baru orang hormat dan gerun kat kita..

Sunday 26 June 2011

Kelebihan Menyimpan Janggut



Orang lelaki di galakkan supaya menyimpan janggut kerana ia merupakan Sunnah Baginda Rasulullah s.a.w. Baginda menyuruh umatnya menyimpan janggut agar tidak menyamai kaum Yahudi yang mencukur janggut dan menyimpan misai mereka maka Baginda menyuruh umatnya mencukur misai dan menyimpan janggut.  Antara kebaikannya ialah:

  • Janggut merupakan perhiasan lelaki yang dikurniakan Allah
  • Sudah tentunya kita akan mendapat pahala sunnah dengan menyimpannya
  • Satu kajian yang dilakukan menjelaskan bahawa dengan menyimpan janggut dapat menghasilkan sejenis hormon yang dapat melancarkan perjalanan darah ke jantung. (subhanallah)
  • Sentuhan janggut suami ke badan isteri dapat menyuburkan isteri dan membetulkan sistem haid mereka.(wallahuallam)
 

Saturday 25 June 2011

SEKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG



SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

  • Allah kurangkan keberkatan umurnya
  • Rezeki disempitkan oleh Allah
  • Tidak ada tempat disisi agama Islam
  • Doanya ditolak
  • Hilang cahaya soleh dari wajahnya
  • Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala
SEKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT
  • Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina
  • Matinya dalam keadaan menderita kelaparan
  • Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan
SEKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR
  • Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya
  • Kuburnya akan digelapkan
  • Allah akan menyiksa dengan pedih hingga Hari Kiamat
SEKSA KETIKA BERADA DI AKHIRAT
  • Ia akan dibelenggu dan diseret ke Padang Mahsyar oleh Malaikat
  • Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan
  • Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan diseksa dengan keras dalam neraka.

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...