Sunday 26 March 2017

The STLC Conflict Resolution System

 Image result for conflict




One conflict resolution system is called STLC, which stands for :
STOP
THINK
LISTEN
COMMUNICATE
By following these four steps, you can often resolve interpersonal conflict using basic communicatiom skills.

Step 1: STOP
When you realize that a conflict exist, begin by telling yourself  to "stop". Don't overreact to the other person.  Remember taht you have a choice about how to respond.  Behaviors that help you stop include taking a breath and letting it out slowly, drinking a glass of water or some other beverage, and sitting down asking the other person sit as well.

Step 2 : THINK
Before you act, ask yourself what is going on. Is the conflict really about you, or is someone just blowing off some steam?.  Remind yourself not to take the conflict too personally but to wait and hear the other person out.

Step 3: LISTEN
Most people tend to justify themselves the moment they hear critism rather than really listen to what the other person is saying.  The ability to truly hear what the other is saying is as important as what we say in conflict.

Step 4 : COMMUNICATE
Decided what approach to the conflict you will take and then speak.  You can try to avoid the conflict, accommodate the other person, compromise, compete, or collaborate.  The important point is that you need to decide what you will do rather than simply react to the other person.

Image result for conflict

Saturday 25 March 2017

Manfaat Dari Hubungan Seks

 Image result for seks



Pada umumnya kegiatan seksual antara pasangan suami isteri dianggap hanya sebagai keperluan biological, padahal terdapat berbagai manfaat dalam hubungan seks itu sendiri.

 Lakukan secara teratur dan tenteram, oleh itu aktiviti ini berpotensi mengurangi risiko penyakit tertentu.

Salah satu manfaat seks secara nyata ialah ia dapat menunjukkan bahwa seseorang itu memiliki rasa kasih sayang yang ingin diperlihatkan kepada pasangannya. Bersamaan dengan itu pula, kualiti kehidupan akan menjadi lebih sihat dan tenang.

Apa saja risiko terhadap gangguan kesihatan  boleh dikurangkan hasil daripada hubungan seksual?

 Berikut ini adalah fakta-fakta yang boleh dijelaskan.

Hubungan seks sebagai salah satu senaman
Hubungan seksual adalah salah satu bentuk senaman yang menyenangkan. Berhubungan seksual bererti membakar setidaknya 5 kalori per minit dan ia juga membuat anda menggunakan berbagai otot dan deria tubuh anda. Melakukan hubungan seksual secara teratur dapat memaksimumkan manfaat ini. Hasil kajian mendapati bahwa denyutan jantung manusia pada saat orgasme adalah sama dengan ketika melakukan senaman ringan, seperti berjalan menaiki tangga. 

Jantung lebih sihat
Rangsangan seksual dan orgasme membuat denyutan jantung meningkat. Pengidap penyakit jantung juga bisa mendapatkan manfaat ini selama mereka masih dapat menjalani aktiviti sehari-hari dengan normal, misalnya menaiki dua anak tangga tanpa menimbulkan rasa kesakitan di dada. Hasil kajian juga mendapati bahwa hubungan seksual sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko serangan jantung dan mematikan hingga 50 peratus serangan jantung, dibandingkan dengan mereka yang berhubungan seksual kurang dari sekali sebulan.

Menjaga tekanan darah tetap normal
Penelitian terhadap beberapa pasangan yang berpegangan tangan selama 10 minit diikuti dengan berpelukan selama 20 saat dapat menurunkan tekanan darah.

Meredakan stres
Hasil penelitian mengungkapkan bahwa orang yang tidak melakukan hubungan seksual paling berisiko mengalami stres dibandingkan kelompok yang melakukan aktiviti seksual dengan atau tanpa 'penetration'. Intimasi atau orgasme yang tanpa melibatkan penetrasi sekalipun dapat membantu orang untuk merasa rileks, serupa dengan meditasi. Rangsangan seksual melepaskan bahan kimia pada otak dan hormon yang membuat Anda merasa lebih nyaman. Selain itu, intimasi dapat meningkatkan rasa percaya diri yang membentuk hidup lebih sihat dan bahagia.

Meningkatkan kekebalan tubuh
Sistem kekebalan tubuh dengan seberapa seringnya anda melakukan hubungan seksual memiliki kaitan dengan perubatan. Tingkat imunoglobulin A (IgA)  pada orang yang melakukan hubungan seksual sekali atau dua kali dalam seminggu adalah 30 peratus lebih tinggi daripada yang tidak melakukannya.
 Antibodi ini berperanan menjaga tubuh dari penyakit.
Namun orang yang berhubungan seksual lebih dari dua kali dalam seminggu justru memiliki sistem kekebalan tubuh yang lebih rendah daripada umumnya. Meski demikian, menjaga sistem imun tetap menjadi keutamaan, disarankan untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, seperti istirehat cukup, mengambil makanan yang berkhasiat, mendapatkan vaksinasi dan sebagainya.

Merasa lebih sehat
Orang yang sedang jatuh cinta atau memiliki kehidupan pernikahan yang baik lebih sering menjawab ’sangat baik’ atau ’luar biasa’ dengan jujur ketika ditanya, “Apa khabar?” Dari pernikahan dan hubungan personal yang baik, orang akan merasa lebih sihat apabila mendapat sokongan dari segi sosial dan emosional.

Mengurangi risiko penyakit
Jika dipadukan dengan gaya hidup sihat, manfaat hubungan seks dapat digunakan sebagai senjata dalam mengurangi risiko penyakit tertentu, seperti berikut:
  • Mengurangi risiko serangan angina. Orang yang merasa disayangi dan dicintai oleh pasangan lebih tidak berisiko mengalami serangan angina, mengikut sebuah kajian.
  • Mengurangi risiko kanser prostat. Penelitian membuktikan bahwa lelaki yang melakukan ejakulasi secara teratur lebih tidak berisiko mengalami kanser prostat.
  • Menguatkan otot pinggul bawah pada wanita sehingga memaksimalkan hubungan seksual serta mengurangi risiko gangguan pengeluaran buang air kecil di kemudian hari.
Meningkatkan ghairah seks 
Melakukan hubungan seksual secara teratur dapat meningkatkan libido. Pada wanita, berhubungan seksual dapat meningkatkan aliran darah, elastisitas, dan cairan pelincir pada vagina. Semua hal ini dapat membuat hubungan seksual makin berkualiti.

Mengurangi rasa sakit
Orgasme dapat melepaskan hormon yang berperanan dalam meredakan rasa sakit. Stimulasi vagina saja  dapat menghentikan rasa sakit yang kronik pada punggung dan kaki, kekejangan, datang bulan, dan sakit kepala merujuk kepada beberapa kes yang tertentu.

Meningkatkan kualiti tidur
Setelah orgasme, tubuh melepaskan hormon prolaktin yang berperanan mendatangkan rasa rileks dan mengantuk. Itulah alasan seseorang lebih mudah mengantuk dan tidur setelah melakukan hubungan seksual. Cukup istirehat adalah sumber kesihatan tubuh secara keseluruhan,  berperanan juga dalam menjaga berat badan dan tekanan darah tetap normal.

Meningkatkan intimasi dan kualiti hubungan
Berhubungan seksual dapat meningkatkan kadar hormon oksitosin yang membantu manusia untuk meningkatkan rasa saling percaya dan merapatkankan hubungan antara satu sama lain. Kadar oksitosin ini akan makin meningkat seiring tingginya frekuensi sentuhan. Kepuasan seksual juga kerap dihubungkan dengan kestabilan hubungan.
Bagi pasangan masing-masing, hubungan seksual yang sihat dan dilakukan secara teratur selain bermanfaat terhadap kesihatan fisikal, juga bermanfaat untuk psikologi, iaitu dapat mengurangi risiko penyakit kejiwaan, depresi, hingga bunuh diri.

Sunday 19 March 2017

Senarai 30 Juzuk Al Quran serta Surah Yang Terkandung Dalamnya

Image result for Al quran



 Berikut adalah untuk rujukan senarai Juz dalam al Quran serta permulaan serta akhir surah / ayat:- 

Juz 1 – 1.AlFatiha 1. – 2.AlBaqarah 141

Juz 2 – 2.AlBaqarah 142 – 2.AlBaqarah 252

Juz 3 – 2.AlBaqarah 253 – 3.Al Imran 92

Juz 4 – 3.AlImran 93. – 4.An Nisaa 23

Juz 5 – 4.AnNisaa 24. – 4.AnNisaa 147

Juz 6 – 4.AnNisaa 148 – 5.AlMa’idah 81

Juz 7 – 5.AlMa’idah 82. – 6.AlAn’am 110

Juz 8 – 6.AlAn’am 111. – 7.Al A’raf 87

Juz 9 – 7.Al A’raf 88. – 8.Al Anfal 40

Juz 10 – 8.AlAnfal 41. – 9.AtTauba 92

Juz 11 – 9.AtTauba 93. – 11.Hud 5

Juz 12 – 11.Hud 6. – 12.Yusuf 52

Juz 13 – 12.Yusuf 53. – 14.Ibrahim 52

Juz 14 – 15.AlHijr 1. – 16.AnNahl 128

Juz 15 – 17.Al Isra 1. – 18.Al Kahf 74

Juz 16 – 18.Al Kahf 75. – 20.Ta Ha 135

Juz 17 – 21.AlAnbiyaa 1. – 22.Al Hajj 78

Juz 18 – 23.AlMu’minun 1 – 25.AlFurqan 20

Juz 19 – 25.AlFurqan 21. – 27.AnNaml 55

Juz 20 – 27.AnNaml 56. – 29.AlAnkabut 45

Juz 21 – 29.AlAnkabut 46 – 33.Al Azhab 30

Juz 22 – 33.AlAzhab 31 – 36.Ya Sin 27

Juz 23 – 36.Ya Sin 28. – 39.AzZumar 31

Juz 24 – 39.AzZumar 32. – 41.Fussilat 46

Juz 25 – 41.Fussilat 47. – 45.AlJathiya 37

Juz 26 – 46.Al Ahqaf 1. – 51.Az Zariyat 30

Juz 27 – 51.AzZariyat 31. – 57.AlHadid 29

Juz 28 – 58.AlMujadila 1. – 66.AtTahrim 12

Juz 29 – 67.AlMulk 1. – 77.AlMursalat 50

Juz’ 30 – 78.AnNabaa 1. – 114.AnNas 6

 Image result for Al quran

Terima kasih kepada yang telah berusaha menyediakan senarai ini dan semoga Allah mengganjarkan segala usaha ini.

Wednesday 8 March 2017

Apa nak buat jika berlaku kemalangan kecil...?

Dua hari lepas (7/3/2017) lebih kurang pukul 7.00 pagi, suasana masih gelap, saya seperti hari-hari biasa bertolak dari rumah untuk hantar anak-anak ke sekolah dan kemudian hendak terus ketempat kerja.  Jalan dari rumah ke sekolah lebih kurang 10 km saja,  tetapi pagi-pagi seperti biasa juga jalan 'jammed' dengan kereta...semua orang kalut nak pergi kerja dan menghantar anak-anak ke sekolah.

Saya seperti biasa selalu berhati-hati bila menempuh 'traffic jammed' tersebut. Alhamdulillah tak pernah lagi kemalangan....tetapi orang lain kemalangan selalu saya jumpa sepanjang lebih 10 tahun dok menggunakan jalan tersebut. Boleh kata setiap hari ada kemalangan kecil atau besar kereta/motorsikal/lori.

Malangnya pada hari kejadian...walaupun saya berhati-hati memandu dengan menjaga jarak kereta di hadapan kerana keadaan traffic amat perlahan.....tiba-tiba sebuah kereta merempuh belakang kereta Exora saya.....saya yang sedang asyik melayan radio IKIM terasa melambung dari tempat duduk dan anak-anak saya yang sedang tidur-tidur ayam pun turut melambung dalam kereta.  Cuma nasib baik saya tak panik...

Saya pun keluar dari kereta..dan lihat bumper saya sudah terkeluar....pemandu yang langgar kereta saya pun keluar....maaf bang katanya.....saya tak kesah sangat benda nak jadi nak buat macamana.
Saya nampak handphone di tangan dia...comfirm dia dok main whatsapp atau sebagainya ketika memandu.

Orangnya muda sekitar 20an...berpakaian kemas ala2 kerja pejabat juga. Saya pergi dekat dia tanya macamana nak settle....dia pun minta nombor telefon saya...nanti saya call abang...katanya
Saya pun bagi nombor telefon.....dia tanya abang kerja makna...saya cakap la JKR......memandangkan keadaan jalan yang sesak dan  'Q' yang panjang saya pun terus masuk dalam kereta dan bergerak....dia pun sekali lagi kata 'Minta maaf bang'...dan saya amat mengharapkan nanti dia akan telefon...

Saya sempat menjeling tengok nombor plat dan hafal no plat kereta dia...tapi terlupa...

Sampai hari ni dia masih tak telefon saya....maknanya saya tertipu lah...kerosakan kereta saya saya terpaksa perbaiki sendiri....alhamdulillah tak la banyak sangat....tapi dia janji nak telefon,.. tu yang buat saya geram....kalau dia telefon pun saya tak nak minta duit.

Kesilapan saya saya tak ambil no telefon dia dan tak catat no plat dia.....jenis kereta pun saya tak sempat tengok sebab keadaan masih gelap.  Maklumlah tak pernah kemalangan...adui.  saya pula jenis mudah percaya kepada orang....dan tak sangka ia menjadi kelemahan diri saya.

Takapalah nak buat macamana.....redha ja lah....dan ambil ikhtibar...

Lain kali kalau berlaku kemalangan jangan lupa ambil no telefon dan catat no plat kenderaan yang berkenaan.

Malang tak berbau....setiap kali sebelum bertolak saya baca doa apa yang patut...dan saya seorang yang selalu berhati2 ketika memandu......tapi benda nak jadi juga.  Kadang-kadang kita terpaksa tanggung akibat atas kelalaian orang lain.

Syukurlah tiada kerosakan atau kecederaan yang besar.

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...