Wednesday 22 February 2012

Tips untuk kekal sihat menurut Sunnah Rasullah SAW


[4 TIPS SIHAT NABI MUHAMMAD SAW]

1. Nabi melarang umatnya minum berdiri.. ini kerana ternyata secara perubatan, dlm tubuh kita terdapat penapis dipanggil sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yg kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yg tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke pundi kencing, boleh mnyebabkan penyakit batu karang.

2. Nabi juga melarang meniup air yg panas.. Logiknya kerana terdapat karbon dioksida pada udara hembusan tersebut.. jika ditiup ke air maka CO2 itu akan larut didalam air akan menghasilkan cecair bersifat asid, H2CO3 (asam karbonat) yg menyebabkan penyakit jantung

3. Nabi menggalakkan mandi sebelum waktu subuh kerana suhu air pada wktu tersebut mmbntu mmbuang lemak2 degil dalam badan.

4. Nabi melarang makan diselangseli dgn minum air kerana ia menyebabkan byk udara terperangkap di dalam badan dan menyebabkan badan berangin.

Sentiasa ada hikmah disebalik larangan dan suruhan Rasulullah SAW.. Jadi ikutlah walaupun sedikit.. kerana sedikit yg dilakukan beristiqamah lebih baik dari byk tnpa istiqamah.. =)

Sumber....Blogger.

PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

>Empat perkara menguatkan badan
>1. makan daging
>2. memakai haruman
>3. kerap mandi
>4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
>1. banyak berkelamin (bersetubuh)
>2. selalu cemas
>3. banyak minum air ketika makan
>4. banyak makan bahan yang masam

>Empat perkara menajamkan mata
>1. duduk mengadap kiblat
>2. bercelak sebelum tidur
>3. memandang yang hijau
>4. berpakaian bersih

>Empat perkara merosakan mata
>1. memandang najis
>2. melihat orang dibunuh
>3. melihat kemaluan
>4. membelakangi kiblat

>Empat perkara menajamkan fikiran
>1. tidak banyak berbual kosong
>2. rajin bersugi (gosok gigi)
>3. bercakap dengan orang soleh
>4. bergaul dengan para ulama

>4 CARA TIDUR
>1. TIDUR PARA NABI
>Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

>2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
>Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

>3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
>Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

>4. TIDUR SYAITAN
>Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

>* Kalau rajin.. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat
>yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah
>salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia
>sudah mati.

PESAN NABI
Jangan baring ketika azan, nanti jenazah kita berat."Rasulullah S.A.W bersabda "Sebarkan WalaupunDaripada Sepotong Ayatku ;)Jangan berkata-kata semasa azan, agar lidah tidak kelu menyebut shahadah ketika sarakatul maut.. 
 
Assalamualaikum.5 perkara orang Islam patut tahu berkenaan dengan kesihatan Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan membuat amalan seperti berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak yang terkumpul. Kita boleh lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.
2. Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.Mujarabnya, In sha Allah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu solat subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion + ve, manakala dalam ikan mengandungi ion-ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. Orang yahudi suka memakan ikan tanpa bercampur dengan makanan berasaskan ayam.
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi Ilmu itu milik Tuhan, barangsiapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah, Allah akan menggandakan

Sunday 12 February 2012

Fadhilat Surah Al Mulk

Fadhilat membaca surah Al-Mulk
SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.
Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:
“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”
Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)
Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)
Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)
An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”
Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”
Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.
Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”
Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.
Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.” 
Sumber : Blogger

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...