Saturday 9 January 2021

Tanda Tanda Badan Manusia

Tanda-tanda badan manusia



1. MATA๐Ÿ‘€ (Bertindak balas dengan keadaan hati).


๐Ÿ‘‰ Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

๐Ÿ‘‰Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

๐Ÿ‘‰Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

๐Ÿ‘‰Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

๐Ÿ‘‰ Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG๐Ÿ‘ƒ (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).


๐Ÿ‘‰ Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

๐Ÿ‘‰ Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


๐Ÿ‘‰ Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK๐Ÿ˜ท


๐Ÿ‘‰ Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

๐Ÿ‘‰ Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

๐Ÿ‘‰Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG๐Ÿ˜‘


๐Ÿ‘‰ Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

๐Ÿ‘‰ Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR ๐Ÿ‘„(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)


๐Ÿ‘‰ Bibir pucat


i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.


๐Ÿ‘‰Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


๐Ÿ‘‰MULUT DAN LIDAH๐Ÿ‘… : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


๐Ÿ‘‰ TELINGA๐Ÿ‘‚: Berkaitan dengan buah pinggang.


a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


๐Ÿ‘‰ KULIT Berpeluh ๐Ÿ’ฆ


a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


๐Ÿ‘‰ RUAM DAN BISUL ๐Ÿ™Š: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


๐Ÿ‘‰ KULIT GATAL DENGAN RUAM๐Ÿ˜จ : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


๐Ÿ‘‰. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


๐Ÿ‘‰RAMBUT GUGUR ๐Ÿ’‡: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


๐Ÿ‘‰SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


1. Sakit Sendi


i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


๐Ÿ‘‰ KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


๐Ÿ‘‰ KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


๐Ÿ‘‰KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


๐Ÿ‘‰SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


๐Ÿ‘‰SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


๐Ÿ‘‰RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


๐Ÿ‘‰ GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


๐Ÿ‘‰ TANDA-TANDA DALAMAN


1.KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


3. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


4. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.


5. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


6. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


๐Ÿ‘‰. MULUT/KERONGKONG/LIDAH


1) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.


2) MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


๐Ÿ‘‰ LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


๐Ÿ‘‰. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


๐Ÿ‘‰. KENCING


1) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 

2) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


๐Ÿ‘‰. BUANG AIR BESAR


1) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

3) NAJIS BERDARAH 

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


๐Ÿ‘‰BADAN


1) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


๐Ÿ‘‰. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


๐Ÿ‘‰. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


๐Ÿ‘‰ RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


๐Ÿ‘‰ RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :


a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.


๐Ÿ‘‰. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

TIDUR YANG SUNAT DIKEJUTKAN

 




Mengejutkan orang yang tidur disunatkan sekiranya orang itu tidur dalam keadaan berikut:

Pertama:

seorang yang tidur di masjid dan waktu solat sudah tiba.

Ini berdasarkan hadis Abu Bakrah ra, beliau berkata:

ุฎุฑุฌุช ู…ุน ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู„ุตู„ุงุฉ ุงู„ุตุจุญ ููƒุงู† ู„ุง ูŠู…ุฑ ุจุฑุฌู„ ุฅู„ุง ู†ุงุฏุงู‡ ุจุงู„ุตู„ุงุฉ ุฃูˆ ุญุฑูƒู‡ ุจุฑุฌู„ู‡

“ Aku keluar bersama Nabi saw untuk menunaikan solat subuh. Beliau tidak lalu pada mana-mana lelaki melainkan akan menyerunya untuk solat atau menggeraknya untuk solat dengan kakinya.” (Hr Abu Daud 1246 – semua perawinya thiqah)


Kedua:

Orang yang tidur dihadapan orang yang solat

kerana menggangu orang yang solat.


Ketiga:

Tidur diatas permukaan bangunan tanpa penghadang.


Rasulullah saw bersabda:


ู…ู† ุจุงุช ุนู„ู‰ ุธู‡ุฑ ุจูŠุช ู„ูŠุณ ู„ู‡ ุญุฌุงุฑ ูู‚ุฏ ุจุฑุฆุช ู…ู†ู‡ ุงู„ุฐู…ุฉ


“Sesiapa yang tidur diatas permukaan bangunan tanpa ada penghadang (dari jatuh bangunan), sesungguhnya telah terlepas dari tanggungjawab mana-mana pihak (sekiranya jatuh). 


(Hr Abu Daud – semua perawinya adalah thiqah)


Keempat:

Tidur dalam keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lagi tidak kena.


Nabi saw bersabda:


ุฅุฐุง ูƒุงู† ุฃุญุฏูƒู… ููŠ ุงู„ุดู…ุณ ูู„ู‚ุต ุนู†ู‡ ุงู„ุธู„ ูˆุตุงุฑ ุจุนุถู‡ ููŠ ุงู„ุดู…ุณ ูˆุจุนุถู‡ ููŠ ุงู„ุธู„ ูู„ูŠู‚ู…


“Apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari, kemudian matahari menaik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahgian yang lain tidak kena , hendaklah dia beredar.”


 (Hr Abu Daud – semua perawinya thiqah)


Kelima:

Tidur waktu subuh.


Nabi saw bersabda:

ุงู„ุตุจุญุฉ ุชู…ู†ุน ุงู„ุฑุฒู‚


“Tidur subuh menegah rezeki.” 

(Hr Ahmad – sanad lemah)


Umar bin Abdul Aziz apabila melihat anaknya sedang tidur waktu subuh, beliau mengejutkannya dan berkata:


ุงู„ุฃุฑุฒุงู‚ ุชู‚ุณู… ูˆุฃู†ุช ู†ุงุฆู…


“Rezeki dibahagi2kan sedangkan engkau tidur.”


Keenam:

Tidur sebelum isya kerana makruh tidur waktu itu. 


Ini disebut dalam hadis yang panjang, riwayat dari Abi Bakrah ra dimana beliau berkata:


ูƒุงู† ูŠูƒุฑู‡ ุงู„ู†ูˆู… ู‚ุจู„ู‡ุง ูˆุงู„ุญุฏูŠุซ ุจุนุฏู‡ุง


“Baginda tidak suka tidur sebelum solat isya dan sembang-sembang selepasnya.” 

(Hr Bukhari – sahih)


Ketujuh:

Tidur lepas solat asar.


Nabi saw bersabda:


ู…ู† ู†ุงู… ุจุนุฏ ุงู„ุนุตุฑ ูุงุฎุชู„ุณ ุนู‚ู„ู‡ ูู„ุง ูŠู„ูˆู…ู† ุฅู„ุง ู†ูุณู‡


” Sesiapa yang tidur selapas solat asar dan hilang akalnya , janganlah dia mencela melainkan dirinya.” 


(Hr Abu Ya’la – Sanad lemah)


Kelapan:

Tidur berseorangan di rumah.

Hukum ini disebut oleh al-Hulaimi dalam kitabnya al-Minhaj Fi Syu’abil Iman.


Kesembilan:

Perempuan yang tidur menelentang.


Ini kerana ianya makruh seperti yang disebut dalam kitab yang sama.


Umar bin Abdul Aziz telah menegah anaknya yang tidur sedemikian.


Kesepuluh:

Seseorang yang tidur meniarap.


Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

ุฅู† ู‡ุฐู‡ ุถุฌุนุฉ ูŠุจุบุถู‡ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุฑุณูˆู„ู‡


Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” 


(Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)


Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:


ู‚ู… ูˆุงู‚ุนุฏ ูุฅู†ู‡ุง ู†ูˆู…ุฉ ุฌู‡ู†ู…ูŠุฉ


Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” 

(Hr Ibnu Majah)


Kesebelas:

Mengejutkan orang tidur untuk bangun qiamullail.


Nabi saw bersabda:


ุฑุญู… ุงู„ู„ู‡ ุฑุฌู„ุง ู‚ุงู… ู…ู† ุงู„ู„ูŠู„ ูุตู„ู‰ ูˆุฃูŠู‚ุธ ุงู…ุฑุฃุชู‡ ูุฅู† ุฃุจุช ู†ุถุญ ููŠ ูˆุฌู‡ู‡ุง ุงู„ู…ุงุก ุฑุญู… ุงู„ู„ู‡ ุงู…ุฑุฃุฉ ู‚ุงู…ุช

ู…ู† ุงู„ู„ูŠู„ ูุตู„ุช ูˆุฃูŠู‚ุธุช ุฒูˆุฌู‡ุง ูุฅู† ุฃุจู‰ ู†ุถุญุช ููŠ ูˆุฌู‡ู‡ ุงู„ู…ุงุก


“Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air pada muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan menegejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjis air ke muka suaminya. 

(Hr Abu Daud 1308 – perwai2nya thiqah)


Ke dua belas:

Mengejutkan orang yang tidur untuk bangun sahur.


Nabi saw bersabda:

ุฅู† ุจู„ุงู„ุง ูŠู†ุงุฏูŠ ุจู„ูŠู„ ููƒู„ูˆุง ูˆุงุดุฑุจูˆุงุญุชู‰ ูŠู†ุงุฏูŠ ุงุจู† ู…ูƒุชูˆู…


“Sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pada waktu malam (sebelum subuh), maka makanlan dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.” 

(Hr Muslim)


1001 Sirah Nabi Muhammad

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...