Monday 2 August 2021

NARCISSIST

 Pernah tak dengar tentang NARCISSISTIC?? 


Personaliti manusia sebegini tidak asing di kalangan pasangan di Malaysia, cuma tidak ramai orang yang tahu apakah sebenarnya orang yang sebegini.


🌺 NARCISSIST bermaksud orang yang sering menunjukkan kekaguman yang berlebihan terhadap diri sendiri atau rupa parasnya, merasakan dirinya sentiasa penting, sentiasa mahukan perhatian dan kekurangan empati terhadap orang lain.


✅ Apabila anda bercakap dengan NARCISSIST, dia sebenarnya tidak mempedulikan anda. Jika anda cerita anda penat, dia akan cakap yang dia juga penat dan lebih penat. Jika anda cakap anda pernah melalui satu kesusahan, dia tidak akan rasa kasihan, malah mungkin akan mengatakan yang dia pernah rasa lebih susah dari itu.


✅ NARCISSIST akan mempersoalkan SEMUA perkara mengenai diri anda. Dia akan menggunakan bahasa kasar, mencarut, memaki hamun, mengucapkan sesuatu yang sangat menyakitkan hati dan kadang-kala buat lawak hambar untuk tutup kekejaman yang dia katakan atau buat.


✅ Individu ini mendambakan maklum balas dari apa yang dia lakukan terhadap anda. Ini membuatkan dia rasa lebih berkuasa. Jika anda pernah berkata "Aku dah tak tahan dengar perangai kau", ini sebenarnya memberi dia lebih kekuatan yang menandakan apa yang dia lakukan berhasil.


✅ Individu ini akan sengaja menunjukkan minat kepada orang lain. Seperti menganjing anda. Ini kerana dia rasa lebih berkuasa.Kadang-kala perkahwinan dengan anda hanya untuk kepentingan rasa berteman, untuk dapat zuriat dan kepuasan seks sahaja.


✅ NARCISSIST akan kelam-kabut jika anda mahu berpisah. Dia akan bertukar menjadi orang paling romantik, orang paling penyayang dan orang yang paling baik. Dia sanggup melutut merayu, membelikan apa-apa dan membawa anda ke sana sini untuk memujuk.


✅ Individu ini suka berpura-pura di hadapan orang lain. Keluarganya akan nampak bahagia, mesra dan romantik. Anda akan dipeluk, dicium, tangan sentiasa dipegang di mana-mana sahaja. Namun itu hanya satu pertunjukan dan kepura-puraan yang penuh kepalsuan.


✅ Selalunya apabila anda sudah bertekad untuk berpisah, dia akan menggila dan berkasar. Jika anda berjaya berpisah, anda akan sentiasa diganggu kerana egonya telah tercalar. Dia merasakan putusnya hubungan itu bukan salah dirinya tetapi anda.


♦️ Apabila kita tengok orang yang gila talak, kadang-kala bukan kerana dia menyesal dengan perpisahan itu, tetapi kerana egonya dan kegagalannya yang dia tidak boleh terima.


♦️ Bukalah mata, pasanglah telinga. Orang yang di dalam perhubungan sebegini terseksa kehidupannya. 


♦️ Dia tidak akan berubah, perkahwinan tidak akan mengubah dirinya malah anda akan menyesal seumur hidup anda. Ramai yang tidak mampu untuk keluar dari kehidupan yang toksik ini. Ada yang terlalu lemah, ada yang tidak berdaya dan ada yang terlalu bergantung hidup kepada NARCISSIST.


Mina Azmina KB.PA

Pusat Kaunseling Perkahwinan & Keluarga

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...