Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Saturday, 25 September 2021

Keajaiban Menderma

 


Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berharga 150,000 dolar.

Orang ramai mula memberi respons dengan membuat panggilan dan menderma, dan di antara mereka adalah seorang Arab bernama (Muhammad). Dia mengumumkan sumbangannya sebanyak 2 US dolar.

Penyiar bertanya kepadanya, mengapa 2 US dolar..?
Dia menjawab,  "Ini adalah separuh dari simpanan yang saya ada, kerana saya masih lagi menganggur.."

"Saya melakukan apa yang dituntut oleh agama saya, memberi sedikit lebih baik daripada langsung tidak memberi. Saya yakin dengan bersedekah dapat memadam kemurkaan ALLAH Tuhan yang saya sembah.."

Selepas Muhammad habiskan panggilan, berlaku 1 kejutan, pemanggil selepasnya ingin memberi sumbangan sebanyak 8 ribu US dolar. Pesan pemanggil tersebut kepada pengacara,  saya sumbangkan  4 ribu untuk pesakit dan 4 ribu untuk penderma 2 US dolar yang bernama Muhammad.

Kemudian pemanggil seterusnya menderma 10,000 US dolar. Katanya 5 ribu untuk pesakit dan 5 ribu untuk seorang pemuda yang menderma 2 US dolar.

Seterusnya, setiap orang yang menghubungi talian akan menyumbang  kepada pesakit dan kepada pederma 2 US dolar.

Pada akhir siaran, jumlah derma untuk pesakit telah mencukupi dan sejumlah besar wang berjaya dikumpulkan untuk pemuda yang bernama Muhammad itu.

Dalam episod seterusnya, pengacara tersebut   menjemput penderma 2 US dolar untuk menjadi tetamu dan untuk memberinya wang.

Muhammad sangat  bersyukur dan terharu dengan Rezeki ALLAH yang dikurniakan kepadanya hanya asbab dermanya 2 US dolar..!

Beliau berkata: "Walaupun saya mempunyai kelayakan pendidikan yang bagus, saya masih tidak dapat pekerjaan, saya tidak sangka ujian yang saya terima selama ini, hikmahnya ialah ALLAH ingin kurniakan sesuatu yang hebat pada saya.."

Dalam episod yang sama, puluhan panggilan dari syarikat² besar  menawarkannya untuk bekerja dan dia memilih  pekerjaan yang terbaik untuk dirinya.

BERUNTUNGLAH ORANG YANG SELALU BERSEDEKAH
Yang Baik Jadi Ikutan
Kebergantungan Sesama Manusia

Syurga lelaki pada  perempuan iaitu ibu.
Syurga perempuan pada lelaki iaitu suami.

Sehebat-hebat suami kena patuh pada ibu.
Sehebat-hebat isteri kena patuh pada suami.

Masa hidup anak perlukan doa ibubapa.                                                Masa mati ibubapa perlukan doa anak.

Sehebat-hebat manusia, bila mati dia tetap perlukan orang lain untuk- kebumi jenazahnya.

Setinggi-tinggi ilmu yang manusia ada. Dia tetap perlu belajar daripada seorang guru.

Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. Pasti yang dirindu adalah keluarga.

Walau sekaya manapun seorang manusia. Dia tetap perlu berurusan dengan orang lain...

Seorang General Manager tidak akan mampu menguruskan perjalanan premis tanpa general worker.

Seorang raja tidak berkuasa tanpa ada rakyat jelata.

Inilah manusia... Lemah. Walau sehebat mana pun kita didunia. Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. Taraf kita hanya seorang "Hamba".

Lalu kenapa mahu rasakan kita adalah yang terbaik dan terhebat???

Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada taraf ujub, riak, sombong dan hina.

Ingatlah wahai diriku dan yang sedang membaca. Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. Iaitu sombong dan merasa dia lebih baik.

Alangkah baiknya jika dunia yang sementara ini kita isi dengan kebahagian. Bahagia lihat orang lain bahagia. Derita bila lihat orang lain derita.
Mahu yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.

Ingatlah...
Dunia untuk dikongsi bersama. Jika tidak, pasti Tuhan beri setiap seorang manusia itu sebuah bumi untuknya sendiri.

Sesungguhnya Allah  tidak pernah salah merencana sesuatu. Pasti ada hikmahnya.
ALLAHU AKHBAR.

nak share sesuatu yang baik.. πŸ™πŸ™

Wednesday, 21 July 2021

Bahaya Tengking Anak

 Bahaya Tengking Anak..


πŸ’ Terdapat juga segelintir orang dewasa iaitu ibu bapa menengking anak-anak especially di tempat awam seperti kedai/shopping mall..


πŸ’ Anak-anak walaupun masih kecil, mereka mempunyai perasaan dan nilai diri.. mereka akan ingat hingga dewasa apa yang dilalui semasa zaman kanak-kanak..


πŸŽ€ Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.


πŸŽ€ Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.


πŸŽ€ Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.


Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.


πŸŽ€ Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.


πŸŽ€ Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.


Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :


✅ lebih berisiko kena penyakit jantung

✅ lebih mudah kena depression dan anxiety

✅ kacau sistem pencernaan kita

✅ kacau tidur kita

✅ badan makin cepat gemuk

✅ lebih cepat lupa

✅ mudah sakit kepala dan migrain


🌺 Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional'


🌺 Jadi ibubapa kena sentiasa upgrade ilmu parenting.. mendidik anak perlu dengan ilmu.. bukan hanya wang ringgit..


🌺 Mendidik anak bukan hanya memenuhi keperluan fizikal tetapi perlu merangkumi keperluan emosi, mental dan spiritual..

Sunday, 27 June 2021

KHASIAT BISMILLAH 5

 Bismillah Lima dan khasiatnya🀲🀲🀲


AMALAN AMPUH BISMILLAH 5..Insyaallah..🌳🌴


*Jika Amalkan Selalu Selepas Solat, Insha Allah Akan Terhindar Dari Lemah Jantung/Angin Ahmar

.


1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii

3. Bismillahil Kaafii

4. Bismillahil Mu’aafii

5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim


* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan

* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan

* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik

* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui


Antara fungsi Lain Bismillah 5 ni:


*penawar bisa diri

*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

*penawar bisa-bisa badan

*penawar bisa batu merian

*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya*


Cara menggunakan Bismillah 5 :


1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kemudian tiup tempat tadi, kemudian baru tiup di air; atau


2.kalau tempat sakit tu tak boleh diletakkan tangan kerana sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.

.


Ustaz Ijazahkan Ilmu ini Kepada Semua

dengan syarat Maharnya seperti dibawahπŸ”»

.

1. Share kepada 10 group supaya ramai dapat manfaat.

Wednesday, 9 June 2021

9 TEMPAT Nak TUNTUT KHARIAT KEMATIAN

 Rupanya Ada Lebih 9 tempat tuntut Khairat Kematian. Rugi Kalau   Anda Tak Ambil Tahu !



Tahu tak, ramai waris tak tuntut khairat kematian sebab tak pernah ambik tahu. Akhirnya duit burn macam tu je. Ada yang total hampir RM10k. Rugikan !


Jadi, lepas tahu ni pastikan anda bagitau dekat pasangan & anak-anak supaya mereka boleh tuntut jika berlaku sesuatu pada anda.


Urmm, dah dapat duit tu nanti nak buat apa?


Disebabkan khairat kematian TIDAK dikira sebagai harta pusaka maka terserahlah pada budi bicara waris-waris. Nak guna buat bayar hutang, kenduri tahlil, sedekah atau lain-lain terserah pada waris asalkan untuk tujuan yang baik. Tapi pastikan guna dulu untuk tujuan utama khairat ni dibuat iaitu untuk urusan jenazah. Segala kos pengurusan jenazah guna duit ni. Jika ada waris dahulukan duit mereka, boleh ganti semula. (mengikut budi bicara waris2)


Sini saya kongsikan 9 tempat tuntutan. Pastikan anda baca satu persatu ya. Boleh detect tempat mana waris boleh tuju nanti.


1. Khairat Kematian KHAIRIAH MASJID

▪Sekitar Rm 500 - Rm 5,000

▪Syarat: si mati menjadi ahli/mencarum di khariah


2. Khairat Kematian PERKESO 

▪RM 2,000

▪Syarat: si mati menjadi ahli/pernah ada sejarah mencarum PERKESO


3. Khairat Kematian KWSP

▪RM 2,500

▪Syarat: si mati ahli/pencarum KWSP


4. Bantuan Mengurus Jenazah JPA

▪RM 3,000

▪Syarat: si mati Pesara/Kakitangan Awam


5. Khairat Kematian BANK RAKYAT

▪RM 3000

▪Syarat: si mati ada akaun Bank Rakyat


6. Khairat Kematian ASNB

▪RM 200 - RM 2,000

▪Syarat: bayaran ikut baki pelaburan terakhir si mati


7. Khairat Kematian PERSATUAN BERDAFTAR /NGO /KOPERASI

▪RM 500 - RM 5,000

▪Syarat: si mati adalah ahli berbayar Persatuan/NGO/Koperasi


8. Khairat Kematian PENCEN

▪RM3000


9. LAIN-LAIN

▪Mungkin ada lagi khairat kematian lain yang boleh dituntut bukan hanya di tempat-tempat yang dinyatakan diatas. Boleh search.


▪Mereka yang segerakan proses tuntutan pusaka biasanya akan diberitahu jika ada khairat kematian. Waktu nak urus, perlu jumpa pegawai, jadi waktu tu biasa pegawai akan beritahu jika mereka ada sediakan khairat kematian.


Macam mana nak tuntut?


Bawa sijil mati, sijil nikah, pengenalan diri di tempat yang berkenaan. Seeloknya mohon sebaik sahaja berlaku kematian. Jangan ditangguh.


Nasihat sy, lps ni, jika takde akaun bank rakyat, sila buka akaun bank trsbt. Insya allah ada manfaat. Bank ini adlh satu2nya bank yg ada khairat kematian.


Yg bekerja sendiri, yg tak carum dlm kwsp dan perkeso, sila carum sukarela. Pegila hadap peg kwsp dan perkeso, tanya prosedurnya. Sgt2 membantu dgn bantuan.


Biarkan waris kita menangis krn kehilangan kita, jgn waris kita menangis krn terbeban krn kehilangan kita...


Telegram : t.me/dakwahtablighmalaysia

IG : instagram.com/dakwahtablighmalaysia

Tuesday, 25 May 2021

WASIAT IMAM SHAFIE

 SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah,


Beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. 


Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:


"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."


PERTAMA: HAK KEPADA DIRI.

Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.


KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT

Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat

persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.


KETIGA : HAK KEPADA KUBUR

Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.


KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR

Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.


KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT)

Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.


KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT)

Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.


KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA)

Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.


KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA)

Iaitu : Berasa redha dengan Qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.


KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W

Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.


KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT

Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Sumber c&p

Wallahu a’lam..

Makarimul Akhlak Islamic School πŸ“²


Saturday, 9 January 2021

Tanda Tanda Badan Manusia

Tanda-tanda badan manusia



1. MATAπŸ‘€ (Bertindak balas dengan keadaan hati).


πŸ‘‰ Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

πŸ‘‰Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

πŸ‘‰Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

πŸ‘‰Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

πŸ‘‰ Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNGπŸ‘ƒ (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).


πŸ‘‰ Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

πŸ‘‰ Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


πŸ‘‰ Bersin

i) Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

ii) Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK😷


πŸ‘‰ Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

πŸ‘‰ Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.

πŸ‘‰Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONGπŸ˜‘


πŸ‘‰ Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

πŸ‘‰ Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR πŸ‘„(Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)


πŸ‘‰ Bibir pucat


i) Sistem penghadaman yang lemah.

ii) Perut mengandungi angin.

iii) Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.


πŸ‘‰Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


πŸ‘‰MULUT DAN LIDAHπŸ‘… : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.


a) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

b) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

c) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


πŸ‘‰ TELINGAπŸ‘‚: Berkaitan dengan buah pinggang.


a) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

b) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


πŸ‘‰ KULIT Berpeluh πŸ’¦


a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


πŸ‘‰ RUAM DAN BISUL πŸ™Š: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


πŸ‘‰ KULIT GATAL DENGAN RUAM😨 : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


πŸ‘‰. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


πŸ‘‰RAMBUT GUGUR πŸ’‡: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


πŸ‘‰SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


1. Sakit Sendi


i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.


πŸ‘‰ KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


πŸ‘‰ KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.


πŸ‘‰KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


πŸ‘‰SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


πŸ‘‰SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


πŸ‘‰RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.


πŸ‘‰ GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).


πŸ‘‰ TANDA-TANDA DALAMAN


1.KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.


2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.


3. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

a) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

b) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.


4. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.


5. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.


6. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


πŸ‘‰. MULUT/KERONGKONG/LIDAH


1) LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.


2) MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


πŸ‘‰ LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


πŸ‘‰. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


πŸ‘‰. KENCING


1) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran 

2) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

3) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

4) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

5) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


πŸ‘‰. BUANG AIR BESAR


1) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

2) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

3) NAJIS BERDARAH 

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. 

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

4) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


πŸ‘‰BADAN


1) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

2) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

3) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

4) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


πŸ‘‰. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


πŸ‘‰. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


πŸ‘‰ RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


πŸ‘‰ RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :


a) Sistem jantung yang lemah.

b) Sistem saraf otak yang lemah.

c) Masalah pengaliran darah.


πŸ‘‰. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.

Saturday, 26 September 2020

Kelebihan Dan Keutamaan Wanita

 KEUTAMAAN WANITA :



1. Doa seorang isteri yg taat memiliki kekuatan 70 wali

2. isteri yg membuatkan minum suami tanpa diminta, pahalanya 3 x khatam Qur'an.

3. Masakan isteri yg dilakukan secara sunnah dan dimakan suami beserta keluarga pahalanya semua untuk isteri dan do'a suami yg memakan masakannya menjadi do'a yg diijabah.

4. isteri yg membangunkan suami untuk sholat atau mengingatkan sholat berjamaah di masjid pahalanya 27+1

5. Isteri yg kelelahan bangun malam karena anaknya minta susu sama dengan pahala 70 x haji mabrur

6. Seorang ibu yg menyusui setiap tetes susunya senilai 200 x sholat khusu dan doanya di ijabah' (fadilah wanita)

7. burung di udara dan malaikat dilangit akan selalu memintakan ampunan kepada Allah selama Isteri dalam keridhoan suami.

8. bila seorang suami pulang dengan gelisah dan isteri menghiburnya maka isteri mendapatkan 10 pahala jihad.

9. bila seorang wanita hamil sholatnya dua rekaat adalah lebih baik dari 80 rakaat sholat wanita yg tidak hamil.

10. bila seorang wanita hamil akan mendapatkan pahala 70 tahun sholat dan 70 tahun puasa.

11. wanita yg mencuci pakaian suami dan anak-anaknya akan mendapat 1000 kebaikan dan akan diampuni kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari matahari memintakan ampun baginya dan Allah SWT mengangkat derajatnya 1000 tingkat.

12. Wanita yg menyusui anaknya, maka setiap tetesan air susu tersebut akan mendapatkan 1 pahala dan apabila cukup 2 tahun menyusui maka malaikat dilangit akan mengabarkan berita bahwa SURGA wajib bagi nya".

13. Apabila sorang wanita kedatangan haid maka haidnya akan menghapus dosa2nya.

14. apabila ia membaca pd hr pertama keluar haid "Alhamdulilahi ala kullu halin wa astagfirullaha min kulli zanbi" Maka Allah Swt akan membebaskannya dr jahanam, shirat & adzab.

15. Setiap hari dari haidnya, Allah tinggikan dia dgn pahala 40 orang mati syahid 




.



Monday, 7 September 2020

SURAT CINTA DARI ALLAH TENTANG SOLAT


*SURAT CINTA DARIPADA ALLAH TENTANG SOLAT*


                 gambaran-neraka-orang-terbakar-api - REMAJA


... Apabila engkau anggap solat itu hanya sebagai kewajiban, maka kau akan terburu-buru mengerjakannya & tak akan menikmati hadirnya Allah saat kau mengerjakannya.


... Anggaplah solat itu pertemuan yg kau nanti dgn Tuhanmu ... Allahuakbar.


... Anggaplah solat itu sebagai cara terbaik kau bercerita dengan Allah ... Allahuakbar.


... Anggaplah solat itu sebagai kondisi terbaik untuk kau mengadu segala keluh kesah dgn Allah SWT ... Allahuakbar.


..Anggaplah solat itu sebagai spt mana seriusnya kau dlm bermimpi ... Allahuakbar.


... Bayangkan ketika "Azan berkumandang," Allah melambai-lambai kepadamu utk mengajak kau lebih dekat dengan-Nya ... Allahuakbar.


... Bayangkan ketika kau "Takbir," Allah melihatmu, Allah tersenyum untukmu dan Allah berbangga dengan mu ... Allahuakbar.


... Bayangkanlah ketika "Rukuk," Allah menampung badanmu hingga kau tak terjatuh, hingga kau merasakan damai dalam sentuhan-Nya ... Allahuakbar.


... Bayangkan ketika "Sujud," Allah mengalas kepalamu. Lalu Dia berbisik lembut di kedua-dua telingamu: "Aku mencintaimu wahai hamba-Ku." ... Allahuakbar.


... Bayangkan ketika kau "Duduk di antara 2 sujud," Allah berdiri gagah di depanmu, lalu mengatakan: "Aku tak akan diam apabila orang mengusikmu." ... Allahuakbar.


... Bayangkan ketika kau memberi "Salam," Allah menjawabnya, lalu kau jadi manusia berhati bersih ... Subhanallah.


Masya Allah ... sungguh nikmat solat yg kita lakukan. Tak akan sia-sia orang yang menyebarkannya.


Maka sebarkanlah wahai teman-temanku. Allahuma, saksikanlah ...


#Ingatan dan muhasabah buat diriku sendiri, saudara-saudaraku dan sahabat-sahabatku. Kita insan biasa yg sering terleka dek urusan dunia yg sentiasa menghambat kita...😭😭😭


☝🏼Dapat drp seorang  hamba Allah yg sgt mulia hatinya. Oleh itu mari kita muliakan hati kita pula dgn menghantar kpd insan yang kita sayangi. Aamin Ya Rabbal Alamin. Allahuakbar...



C&P


Saturday, 5 September 2020

4 ORANG YANG TIDAK TERSENTUH API NERAKA.

 4 ORANG YANG TIDAK TERSENTUH API NERAKA...


1. SAHL

"Orang yang tidak mempersulitkan sesuatu, selalu ada solusi bagi setiap permasalahan. Tidak suka berbelit-belit, tidak menyusahkan dan tidak membuat orang lain susah


2. QORIB

"Akrab, ramah diajak bicara, menyenangkan bagi orang yang diajak bicara. wajahnya selalu berseri-seri dan murah senyum jika bertemu orang serta selalu menebar salam.


3. LAYYIN

"Orang yang lembut dan santun baik bertutur-kata atau bersikap. Tidak kasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak galak, tidak suka memarahi orang yang berbeza pendapat dengannya. Tidak suka memaksa. Lemah lembut dan selalu menginginkan kebaikan untuk orang lain.


4. HAYYIN

"Orang yang memiliki ketenangan dan keteduhan zahir batin. Tidak senang marah, penuh pertimbangan. Tidak mudah memaki, melaknat serta tenang jiwanya.


Nabi Muhammad SAW Bersabda, "Mahukah kalian aku tunjukan orang yang haram baginya tersentuh api neraka?" para sahabat berkata "mahu wahai Rasulullah!" Baginda menjawab "yang haram tersentuh api neraka adalah orang yang Hayyin, Layyin, Qorib, Sahl." (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Hibban)

Tuesday, 4 August 2020

Adab Ziarah Kubur

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita - Islam Itu Indah



Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih...*

Friday, 31 July 2020

Pengurusan Jenazah

PESANAN Penting DAN Perlu AMBIL TAHU
Kursus Pengurusan Jenazah Dedah Kemahiran Kepada Skuad Pengurusan ...


Tidak lama lagi kita nak pergi dah...πŸƒ
Pesan pada anak-anak kita...πŸ’š

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»1. Beritahu anak-anak di mana kain batik lepas disimpan; se elok2 nya kain selimut/cadar putih. bolih beli di kedai uniform sekolah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»2. Sentiasa sediakan wipes, gunting & pemberat dlm 500g bersama kain-kain batik serta selimut putih /cadar.

«Lepas confirm tak ada nyawa lagi, apa yang perlu anak-anak kita lakukan di rumah sementara menunggu jenazah kita dikebumikan:

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»3. Gunting seluar dalam, bersihkan najis-najis besar dan kecil. Penting, sebab, setiap manusia yang diambil nyawa akan dalam keadaan terperanjat sehingga terkeluar najis dan terkencing. Tak mahu najis-najis tadi lama dibadan dan berbau busuk pada jenazah. Lagi pun susah untuk dibasuh kalau dah kering.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»4. Gunting baju supaya tak perlu dibalik-balik jenazah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»5. Ambil minyak zaiton atau vaseline, sapu pada sendi2 lengan supaya senang dilipat tangan dalam keadaan solat.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»6. Ambil kain, ikat dari mulut naik ke kepala supaya mulut tertutup rapat. Sumbat hidung & telinga sekiranya ada lendir.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»7. Tutup rambut dengan selendang.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»8. Posisikan jenazah dalam keadaan kaki ke arah qiblat.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»9. Letakkan pemberat atas perut utk mengelakkan perut membuncit.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»10. Ambil kain batik lepas/selimut putih, ditutup jenazah.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»11. Maklumkan AJK surau, buat laporan polis & hospital.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»12. Dimandikan dan dikafankan.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»13. Solatkan jenazah, seelok2nya lepas solat fardu mudah2an dapat berkat lebih 40 orang jemaah orang alim.

πŸ‘³πŸ»‍♀πŸ§•πŸ»14. Kebumikan jenazah.

πŸ’šPaling utama, buat dengan lembut dan penuh kasih sayang sebagaimana sayangnya jenazah pada semua anak-anak semasa hayat mereka...πŸ’š

*Sebarkan kepada setiap orang Islam agar anak-anak tahu dan bersedia. Jangan diaibkan jenazah dengan bau-bau yang kurang enak. Berbaktilah kepada jenazah, mungkin ibu, ayah, datuk, nenek kita buat kali terakhir.*

__________________________________

Cara-Cara Memandikan Jenazah
 
Peralatan Mandi Jenazah
> Tempat Mandi Jenazah
> Air Mutlak Secukupnya
> Air Daun Bidara
> Kapas
> Putik Kapas
> Sabun
> Air Mawar
> Minyak Attar
> Serbuk Cendana
> Kapur Barus
> Sarung Tangan
> Apron Plastik
> Bekas Menjirus Air
Orang-orang yang boleh memandikan jenazah/mayat.
Jenazah Lelaki
• Kesemua lelaki.
• Isteri
• Orang yang haram nikah dengannya.
Jenazah Perempuan
• Kesemua perempuan.
• Suami.
• Orang yang haram nikah dengannya.
Cara-Cara Memandikan Jenazah
• Pengendali mayat hendaklah memakai lengkap dengan sarung tangan dan apron.
• Letakkan mayat ditempat mandi yang disediakan.
• Siramkan mayat dengan air biasa dari hujung kepala sehingga hujung kaki. (Siraman air hendaklah bermula daripada kepala).
• Istinjakkan lah mayat terlebih dahulu dengan menggunakan kain alas agar tidak tersentuh auratnya.
• Angkat sedikit bahagian kepalanya sehingga paras dadanya.
• Mengeluarkan kotoran dalam perutnya dengan menekan atau memicit-micit perutnya secara perlahan.
• Membersihkan mulut dengan mengeluarkan segala sisa atau kotoran yang tertinggal.
• Siram dan basuh dengan air sabun.
• Bersihkan gigi.
• Bersihkan hidung.
• Bersihkan telinga.
• Bersihkan jari tangan, pelipat lengan dan celah ketiak.
• Bersihkan rambut.
• Bersihkan jari kaki.
• Selepas itu siram atau basuh seluruh anggota mayat dengan air sabun juga.
• Kemuudian bilas dengan air yang bersih seluruh anggota mayat sambil berniat.
Lafaz niat memandikan jenazah:
Lelaki:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku memandikan Jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Telentangkan mayat, siram atau basuh dari kepala hingga hujung kaki 3 kali dengan air bersih.
• Siram sebelah kanan 3 kali.
• Siram sebelah kiri 3 kali.
• Kemudian mengiringkan mayat ke kiri basuh bahagian lambung kanan sebelah belakang.
• Mengiringkan mayat ke kanan basuh bahagian lambung sebelah kirinya pula.
• Telentangkan semula mayat, ulangi menyiram dari kepala sehingga ke hujung kaki.
• Sediakan air kapur barus.
• Tutup seluruh anggota mayat dengan kain nipis (kain kapan).
• Siram air yang dicampur dengan kapur barus di atas kain ini dari atas kepala sehingga ke hujung kaki.
• Lepas itu wudukkan mayat.
Lafaz niat mewudukkan mayat:
Lelaki:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (lelaki) ini kerana Allah Taala"
Perempuan:

"Sengaja aku mewudukkan jenazah (perempuan) ini kerana Allah Taala"
• Lapkan menggunakan tuala pada seluruh badan mayat.
• Cawatkan bahagian kemaluan mayat dengan cawat yang disediakan dan ditutup seluruh tubuhnya seluruh tubuhnya dengan kain.
• Setelah itu, mayat diusung ke tempat perbaringan untuk dikafankan.
• Segala bahagian yang tercabut dari anggota mayat, hendaklah dimasukkan ke dalam kapan bersama dengan mayat. (Contoh: rambut, kuku dll).

πŸ’šSharing is caringπŸ’š

Pesan pada anak2 ketika makan bersama @ berkumpul beramai2.. agar anak2 tahu fardhu kifayah.
**Sama2 ingat mengingati**

#creditperpustakaannegaramalaysia

Tuesday, 21 July 2020

Takwil SURAH-SURAH Dalam Quran ada 114 surah.

The miracle of numbers in the Quran - FUNCI - FundaciΓ³n de Cultura ...


SURAH-SURAH Dalam Quran ada 114 surah.


Setiap surah mempunyai takwil tertentu. Di bawah ini disebutkan takwil setiap surah secara tertib:

Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.

Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.

Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.

An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.

Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.

Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.

Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.

Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.

At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.

Yunus: Bagus ibadatnya dan jauh daripada tipu daya serta ilmu sihir.

Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.

Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.

Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.

Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.

An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.

Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.

Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.

Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan teteapi akhirnya terbukti kesuciannya.

Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.

 Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.

Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.

Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.

An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.

An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.

As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.

An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.

Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.

Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.

Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.

Luqman: Diberikan hikmah.

As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.

Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.

Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).

Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.

Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.

As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.

Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.

Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.

Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.

Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.

Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.

Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.

Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.

 Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.

Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.

Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).

Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.

Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.

Qaf: Dimurahkan rezekinya.

Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.

Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.

An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.

Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.

Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.

Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.

Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.

Al-Mujadalah: Membantah pihak yg. batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.

Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.

Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.

As-Saff: Ingin mati syahid.

Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.

Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.

At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.

At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.

Al-Mulk: Besar kerajaannya.

Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.

Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.

Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.

Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.

Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.

Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.

Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.

Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.

Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.

Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.

'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.

An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.

'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.

Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.

Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.

Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.

Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.

Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.

At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.

Al-A'la: Mudah segala urusannya.

Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.

Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.

Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka membei makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.

As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.

Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.

Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.

Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.

 Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.

Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.

Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.

Al-'Adiyat: Mendapat kuda.

Al-Qariah: Menjadi mulia kerana berdakwah dan banyak beribadah.

At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.

Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.

Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.

Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.

Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.

Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.

Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.

Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.

An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah
pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.

Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah

Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit 
keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.

Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.

Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...