Sunday 8 December 2019

Apakah Revolusi Industri 4.0 Di Malaysia

Mungkin ramai yang masih tidak peka apakah revolusi industri 4.0 di Malaysia dan adakah negara kita telah atau akan mencapai sasaran untuk bersaing bersama negara-negara maju yang lain. Pada lewat tahun 2018, pihak kerajaan telah mengeluarkan polisi kebangsaan (Industry4WRD) demi membantu mempersiapkan perniagaan serta sektor-sektor perkilangan dalam menghadapi cabaran revolusi perindustrian baharu yang membabitkan teknologi automasi. Isu tersebut juga turut dibangkitkan ketika pembentangan Belanjawan 2020 yang lepas.

Revolusi Perindustrian

Bagi memudahkan pemahaman para pembaca, revolusi industri 1.0 adalah mekanisasi industri pembuatan dan pemprosesan dengan menggunakan kuasa air serta stim. Revolusi industri 2.0 pula adalah kedatangan barisan pemasangan dan elektrik yang boleh menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran. Manakala revolusi industri 3.0 diikuti dengan peningkatan automasi demi menyediakan proses dan pembuatan yang lebih cekap. Oleh itu, apakah revolusi industri 4.0?

Revolusi Industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 merupakan revolusi digital bagi menggabungkan proses dan teknologi pembuatan tradisional seperti Internet of Things (IoT) demi meningkatkan automasi, komunikasi serta penggunaan data masa nyata. 
Menurut Profesor Bersekutu Dr Sawal Hamid Md Ali; seorang pensyarah kanan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), revolusi industri 4.0 adalah mengenai sistem dan sistem siber-fizikal yang boleh menghubungkan dunia digital dengan sistem biologi seperti manusia melalui internet. 
Beliau turut berpendapat bahawa terdapat hubungan dua hala antara manusia dan elektronik. Revolusi tersebut boleh dilihat melalui pengeluaran telefon pintar, TV pintar serta rumah pintar yang terdapat di pasaran kini.

Sektor Tumpuan Industri 4.0

Terdapat beberapa sektor tumpuan industri 4.0 berdasarkan polisi Industry4WRD. Antara sektor yang terlibat adalah:

Elektronik dan Elektrik

Industri elektronik dan elektrik adalah sektor perindustrian terkemuka di Malaysia yang menyumbang secara ketara terhadap eksport dan peluang pekerjaan di negara kita. 
Subsektor selainnya:
  • Komponen elektronik
  • Elektronik pengguna
  • Elektronik perindustrian
  • Produk elektrik

Jentera dan Peralatan

Industri jentera dan peralatan adalah salah satu bidang utama untuk pertumbuhan dan pembangunan yang memberi fokus terhadap nilai tambahan yang tinggi serta teknologi tinggi M&E.
Subsektor selainnya:
  • M&E khusus untuk perindustrian tertentu
  • Perindustrian M&E am, bahagian dan komponen
  • Kuasa penjanaan M&E
  • Peralatan mesin

Kimia

Industri kimia pula merupakan salah satu daripada pemangkin industri di negara Malaysia dengan pertumbuhan yang pesat disebabkan oleh ketersediaan minyak dan gas sebagai bahan mentah. 
Subsektor selainnya:
  • Produk petroleum dan petrokimia
  • Produk plastik
  • Produk getah
  • Kimia dan produk kimia
  • Oleokimia

Peralatan Perubatan

Industri peralatan perubatan berkembang dengan pesatnya menerusi keluaran pelbagai industri atau produk daripada getah dan lateks, plastik, jentera dan kejuruteraan sokongan serta elektronik.
Subsektor selainnya:
  • Barang boleh diguna pakai
  • Instrumen pembedahan, peralatan klinikal dan implan
  • Peralatan penjagaan kesihatan

Aeroangkasa

Industri aeroangkasa telah ditetapkan sebagai sektor yang strategik dengan potensi pertumbuhan yang tinggi di dalam perindustrian negara dan teknologi program pembangunan.  
Subsektor selainnya:
  • Kejuruteraan dan reka bentuk
  • Pembuatan aero
  • Integrasi sistem
  • Penyelenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO)

Sektor-sektor lain

Selain daripada sektor-sektor perindustrian seperti di atas, terdapat juga beberapa sektor lain yang terlibat sebagai sektor tumpuan Industri 4.0. Antaranya adalah seperti berikut:
  • Automotif
  • Pengangkutan
  • Tekstil
  • Farmaseutikal
  • Logam
  • Pemprosesan makanan
  • Perkhidmatan

Malaysia sebagai Hab Industri 4.0 di Asia Tenggara

Menurut perkongsian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Star Online, Malaysia mensasarkan untuk menjadi hab industri 4.0 di Asia Tenggara bagi mendapatkan semula status negara sebagai “Asian Tiger” atau Harimau Asia. Menerusi Industri 4.0 tersebut, beliau percaya ianya boleh membawa kepada peningkatan KDNK per kapita berikutan peningkatan produktiviti serta peluang pekerjaan. 
Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai jenis rintangan yang mungkin dihadapi oleh syarikat-syarikat atau perindustrian yang terlibat bagi menjayakan revolusi industri 4.0 di Malaysia. Antara rintangan yang dimaksudkan termasuk kekurangan pendedahan serta maklumat berstruktur oleh pihak kerajaan yang boleh membimbing organisasi ke arah ideologi yang diharapkan. 
Tambahan pula, kemajuan Industri 4.0 tersebut banyak bergantung kepada penggunaan teknologi internet dan analisis data yang besar bagi menggerakan pembuatan, perkhidmatan dan perniagaan. Oleh itu, tanpa penyediaan akses internet yang meluas serta ekoran tahap kelajuan internet yang terhad, ianya akan menjejaskan perkembangan revolusi industri 4.0 di Malaysia.

Penguatkuasaan Revolusi Industri 4.0

Menurut laporan dari World Economic Forum tahun 2018, terdapat 6 buah negara yang telah menjadi pemangkin utama kepada revolusi perindustrian 4.0. Antara negara yang tersenarai adalah Kanada, Jepun, Jerman, Australia, Austria dan Switzerland. Negara jiran Singapura telah turut maju ke arah Industri 4.0 dengan hasil seperti “Smart Manufacturing”, “Made in China 2025”, “Industrial Value Chain Initiative” dan “Smart Nation Programme”.
Walaupun terdapat beberapa rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi, negara kita kini semakin maju ke arah Industri 4.0. Tambahan pula, Malaysia kini berada di antara Industri 2.0 dan Industri 3.0. Menerusi polisi kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ianya dapat membantu organisasi-organisasi terlibat dalam menjayakan harapan negara untuk bersaing dengan negara-negara maju yang lain. 
Antara langkah yang pihak kerajaan boleh lakukan adalah dengan menguatkuasakan dasar-dasar komprehensif serta terancang yang boleh dilaksanakan secara berperingkat demi memperoleh kerjasama serta menyiapkan netizen untuk revolusi industri 4.0 di Malaysia kelak. 
Adakah Malaysia sudah bersedia untuk revolusi perindustrian keempat tersebut? 

Nurin Eznieka

Wednesday 6 November 2019

Good Bosses APPRECIATE their Employees!




  • There’s a lot of truth behind the saying, “People don't leave bad jobs. They leave bad bosses." More often than not, it’s not because they are underpaid, rather it’s because they feel undervalued and unappreciated. Sadly many managers think that they've fulfilled their duty by providing a paycheck, but that's not enough if you want engaged and productive employees.

All great bosses know that employees need to feel appreciated. Nothing works better than positive reinforcement. Research suggests you need to praise at least three times as much as you criticize to keep employees happy. Instead of being quick to criticize, be quick to point out some of the great things you see your employees doing. This will not only reinforce these positive actions with the employees that performed them, but also encourage other employees to do the same. Appreciation coupled with incentive rewards is a great morale and productivity booster. Even the slowest employee will work to the best of their ability if they know their efforts are appreciated.

It does not cost much to show employees how much you appreciate them:

– Punish in private; praise in public. Make the public praise timely and specific.
– A personalized thank you giving specifics on how the employee has helped.
– Recognition in meetings.
–Remember to cc people’s supervisors. “Don’t tell me. Tell my boss.”
– A random breakfast or lunch.
– A relevant gift. Even something that can help them do their job better.
– Time off
Actions speak louder than words. Saying, "Thank You" can only have real meaning if employees know you are an authentic person. 
Be a leader who genuinely cares about employees
Other great phrases that go hand in hand with "Thank You" are:
  •       Great job.
  •       Well done.
  •        I'm sorry.
  •        How can I help you?
  •       What are your thoughts?
"People work for money but go the extra mile for recognition, praise and rewards." -Dale Carnegie
Two of the most basic human desires are validation and appreciation — we need to feel like we matter. People want to feel appreciated, respected and included. Sometimes it's the little things we do that counts the most. 
Waiting too long to appreciate employees could result in those you lead feeling resentful.
Not only do underappreciated employees cost more when they (inevitably) leave but they cost a lot more if they stay. (faulty work, poor customer service, reduced productivity)
Choose to see the best in others. Choose to see what makes them amazing. Let them know the amazing things you see. Play to your team's strengths and everyone wins.
Brigette HyacinthBriggett Hyacint.


Saturday 2 November 2019

Apa nak buat bila kereta rosak di Lebuhraya PLUS


5.5.2019....sehari sebelum Ramadhan...kami sekeluarga bertolak dari Alor Setar ke Putrajaya..sebab pada 7.5.2019 anak yang ketiga ada Interview di Universiti Malaya.  Kereta Proton Exora dah di Servis, dah dibuat alignment dan balancing dan juga sudah di cuci..........dan diisi minyak penuh....
.
Kami bertolak agak lewat ...lebih kurang pukul 2.00 petang...anggaran akan sampai ke Putrajaya dalam pukul 9.00 malam.  Singgah sebentar di RnR Gurun untuk makan tengahari..lebih kurang jam 3.30 petang kami bertolak...terus.  Ingat nak terus ke Putrajaya tak perlu dah singgah di RnR Tapah sebab semua dah makan.

Malangnya bila sampai di kawasan bukit-bukit lebih kurang 3km menghala ke terowong Menora...tiba aircond terasa panas.....saya lihat tempreture pada meter kereta dah bagi signal berkelip-kelip....






Allahuakbar.....cemas saya dibuatnya....mana ada kawasan boleh berhenti....kereta, lori pun banyak bersesek-sesak...saya teruskan pemanduan mendaki bukit-bukit tersebut  dan  meter tempreture pun dok bunyi keting....keting.....Ya  Allah...takutnya saya...sebab bawa keluarga......dalam hati dok minta doa supaya kami sekeluarga terselamat. Minta Allah lindungi kami sekeluarga.

Saya terus memandu sebab tiada tempat untuk berhenti....sehinggalah melepasi Terowong.....
Akhirnya selepas 150 meter dari  keluar terowong saya perasan satu kawasan yang boleh berhenti
Alhamdulillah....







Inilah kawasan yang saya berhenti  tu...mujur hari masih cerah lebih kurang pukul 6.00 petang...sebab tu saya boleh nampak kawasan  tu........

Lepas masuk parking kat situ saya pun terus matikan enjin dan buka bonet.....cek air dalam tangki  masih penuh....adus....masalah apa plak ni.......Nasib baiklah anak dan isteri tak panic ...diaorang tenang saja....saja pun cuba tenangkan diri.....kena rokok sebatang .......

Perkara pertama yang perlu kita buat ialah telefon  PLUS punya hotline servis atau Polis Bantuan PLUS Highway....telefon yang ada kat tepi jalan yang disediakan oleh PLUS semua tak boleh pakai....penat saja saya menapak pi cari telefon tu.






Bila dah dapat contact plus hot line dan kita buat aduan......kemudian dia orang akan minta kita beri no km yang ada di tepi jalan sepanjang highway supaya mudah dia orang nak hantar bantuan kalau dah tahu location kita.
Kita tunggu saja katanya dalam masa 30 minit ke 45 minit bantuan akan sampai...katanya.

contoh..ja....masa kat terowong...dah KM224.5 rasanya

Tunggu...punya tunggu....hari pun dah gelap....keadaan sekeliling hanya bukit....saya takut nanti Polis bantuan PLUS tak nampak kami.....jadi saya tunggu di tepi jalan......lepas satu jam saya nampak lampu kereta plus datang dari jauh....tapi tak berhenti....adus....rupanya diorang terpaksa hantar sebuah kendeaan lain dulu yang rosak keluar ke Ipoh...kemudian dia orang akan buat satu pusingan untuk kembali membantu saya......hampir satu jam juga...kami tunggu dengan kesabaran dan ketakutan.....maklumlah cerita dekat terowong Menora kan macam2 ada ceritanya.




Selepas dia orang sampai saya lihat ada dua orang polis bantuan beruniform...muda muda lagi rasanya awal 20 an....kedua-duanya ada sijil mekanik....dia orang pun cek kereta saya.....tersumbat ni abang....katanya....kalau nak ke Putrajaya jauh  lagi ni...katanya....

Saya pun tanya mcmana nak buat....(sedikit panic dan takut).  Lalu dia orang cadangkan saya bermalam di Bandar Meru dahulu...esok baru cek kereta dan teruskan perjalanan.
Saya pun setuju aja....dah takda pilihan....dia orang tolong bawa kereta sampai ke Bandar Meru dan diaorang tolong tunjukkan hotel terdekat....takda bayaran dikenakan.....

Selepasa Check in...di Clover Hotel...kami masing-masing kelaparan dan kami keluar cari makanan.
Rupanya depan Hotel ada Mc Donald....Isteri cakap tak nak makan Mc D lagi nak makan berat sikit...lalu kami pun pergi kesebuah Restoran di belakang Mc D ( Restoran Zul  pelakon tu...rupanya)......lepas makan....masa balik baru kami singgah di Mc D untuk beli makanan untuk sahur...malam ni.....kami  beli burger saja untuk sahur....anak-anak pun okey


Balik ke hotel saya pun cuba menghubungi kawan-kawan di Ipoh melalui whatsup grup sekolah..kut-kut dia orang tahu mana kedai mekanik terdekat untuk esok harinya

Ada juga kawan baik yang respon dia orang kedah ...tinggal di Ipoh ...dulu belajar sekali di KSAH...balik dari US...Mechanikal Engineering....tapi buat Bisness ID saja kat IPoh....nampak mcm ok ja....dia sekali lagi nak tolong cek kereta saya.....memang tersumbat katanya.....hang tak boleh pandu jauh-jauh nanti tempreture akan naik balik katanya.......adus....dia pun rekomen lah satu kedai pomen.....ok

Kemudian seorang kawan lain pulak telefon ....classmate juga....rupanya Tuan DSP Ipoh...dia suruh tunggu esok dia nak bawa mekanic dia datang tengok kereta saya...hang relak dulu katanya.

Saya pun rasa lega la sikit bila kawan-kawan pakat mai tengok dan ambil berat...baguih juga ada grup whatsup ni.




Masa nak tidur tu....baru saya teringatkan Insuran.....mengantuk sangat.....esok pagilah saya telefon pihak insuran.

Keesokkan pagi 1 Ramadhan....saya pun telefonlah pihak insuran.......sepatutnya saya telefon pihak Insuran dahulu sebelum minta bantuan rakan-rakan....rupanya Insuran saya cover untuk towing kereta sampai 250 km....insuran juga cover hotel....dan teksi sekiranya saya memerlukan.





Kemudian saya tukar plan....saya minta pihak Insuran hantar lori towing dan bawa kereta saya balik ke Proton Servis Center di Alor Setar....saya perlu bayar duit tol sahaja..pada pemandu lori towing tersebut.....tapi saya bagi juga RM100 habuan duit kopi pemandu towing tersebut......

Kemudian saya telefon adik saya di Putrajaya suruh dtang ambil saya di Ipoh.....dia pun tak cakap banyak ...ok saja.....terus datang ke Ipoh.

Lebih kurang pukul 12.00 tengahhari....lori towing pun sampai dan adik saya pun dah sampai dari Putrajaya....













Kemudian kawan saya pun datang....nak tawarkan bantuan.....terima kasih sajalah...jasamu akan ku kenang...bakal bergelar Dato...dah tuan depan...haaa....orang hebat dari zaman sekolah lagi...walaupun duk kampung dan anak orang bendang .....dia berjaya....bukan pangkat dia...budibahasa dia dari dulu....hebat.  Sembang-sembang saja la ...nak makan Bulan Puasa....

Selepas jejak kasih dengan sahabat saya tu...kami pun check out...terus pergi ke Putrajaya
Esok nak bawa anak pi Interview pulak......


Di pendekkan cerita selepas anak saya habis temuduga.....kami pun bermalam sehari lagi di Putrajaya
Dok plan nak balik naik ETS....dari Putrajaya naik ERL ke KL Central.....Dari KL Central naik ETS ke Alor Setar...


Muka first time nak naik ETS.....teruja....tiket RM93.00 seorang.....demam juga...tapi takpalah sekali sekala....kalau kereta tak rosak tak merasalah naik ETS kanna..(kata anak2 dan isteri saya)....haaa...ada hikmah di sebalik setiap kejadian.
















Lebih kurang pukul lima petang...kami sampai di Alor Setar....Adik saya yang di Alor Setar datang jemput di train station...kami terus ke Proton Servis Centre di Taman PKNK...sebab dia bagi tau kereta dah siap....kena RM360.00 juga la....memang tersumbat katanya....takpalah...janji semua selamat....Abby pun dah berjaya temuduga.....sekarang di UM.

Insuran cover tu penting kalau-kalau terjadi hal di tenggah-tengah perjalanan macam saya....jangan kedekut...ambil pakej yang cover banyak sikit...kalau kereta kita dah sedikit berumur....Selamat Memandu.

Sunday 20 October 2019

Bertemu Insan Istimewa yang cekal





Gambar hiasan.



17 hb Hari Khamis petang lebih kurang pukul 6.30 saya ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk menyelesaikan bil bayaran untuk anak  yang dimasukkan ke  hospital pada hari raya yang lepas.....tak banyak cajnya cuma RM24.00....tapi.....saya yang sengaja melambat-lambatkan bayaran......

Pihak hospital dah hantar surat merah...sebagai warga negara yang prihatan saya pun  pergilah  bayar kat Bahagian Hasil Hospital Sultanah Bahiyah setelah isteri dok bising...haa haa
Tapi bukan perkara itu yang nak  saya ceritakan.

Selepas buat bayaran(tak sampai 5 minit pun) saya pun beredar dari kaunter bayaran kembali ke tempat parking kereta sambil mendengar isteri saya berleter....pot...pet....pot...pet....

Dalam perjalanan balik tu saya terlihat dari jauh seorang gadis turun dari sebuah teksi....Allah cacat rupanya.(terdetik dalam hati saya)......berbaju kurung memakai tudung dan berkaca mata......usia dalam awal 30an.....saya terus tertarik untuk melihat dia...susahnya dia hendak berjalan  selepas beberapa langkah dia akan memegang tiang di koridor hospital.....sebak rasanya.... saya tengok kesulitan dia nak bergerak dari satu tiang ke satu tiang.....tapi yang hebatnya dia hanya tersenyum disebalik kesusahan dia berjalan tu......jauh lagi nak sampai pintu masuk hospital(bisik hati saya)  .....Allahuakhbar





Saya terus memandang dia sehingga dia berselisih dengan saya......tapi dia terus  tersenyum bila melihat saya memerhatikan dia.....saya jadi terpaku......dalam kesulitan dia nak bergerak tu dia masih mampu tersenyum dengan ikhlas kat saya.....adakah dia rasa malu pada saya....saya balas senyuman dia.....tapi masih terpaku kerana kagum melihat kesungguhan dia berusaha ...berjalan.....

Saya rasa dia hendak pergi ke wad untuk menjaga ibu atau ayah atau saudara dia yang sakit.

Saya lihat di tangan kanan dia ada sehelai tuala....mungkin tuala itulah akan jadi selimut dia malam ini  dan di tangan kirinya ada tersangkut beg plastik  berwarna merah...didalam nya ada sebungkus kuaci.....mungkin kuaci itulah untuk makan malam dia malam ni........(bisik hati saya)

Entah kenapa saya rasa bersalah yang amat sangat tidak menegur dan menolong gadis tersebut...bergenang air mata saya bila saya teringat senyuman dia kat saya....walaupun dirinya dalam kesulitan....dia masih mahu berbakti  untuk pergi menjaga keluarga dia di dalam wad hospital.

Aduh....aku yang perasan hebat dan sempurna ini belum tentu boleh tabah dan cekal seperti mu  adik....
Maaf kan aku adik....keesokan harinya saya saja pergi ronda-ronda di kawasan hospital kut-kut terjumpa dengan insan tersebut.....malangnya tak jumpa......tapi ketabahan dan kecekalan dia nak berbakti pada keluarga....telah menyedarkan saya betapa.. hebatnya kasih sayang...sehingga kita sanggup berkorban apa saja...Allahuakhbar

Dalam kecacatan mu adik aku lihat kesempurnaan seorang insan yang mungkin bernama anak, kakak atau adik kepada seseorang.  Aku tak mengenalimu adik......aku hanya mampu mendoakanmu adik...agar Allah permudahkan segala urusanmu.   Aku cemburu pada ketabahan, kecekalan dan kekuatan mu........Semoga syurga menjadi milikmu adik. Wallahuaklam.

Sunday 28 July 2019

Teknik Rawatan Jantung Tersumbat


Assalamulaikum...teknik ini katanya telah menyelamatkan beribu ribu nyawa...tak salah kalau kita cuba amalkan.
Lakukan sebanyak 9 ke 11 kali
Waktu yang sesuai antara pukul 11am hingga 1pm...selamat mencuba

Thursday 21 March 2019

5 Penyebab Anda Selalu Gagal dalam Hidup

Image result for merancang



1. Gagal dalam merancang
Jika memiliki perancangan yang baik, Anda akan punya kesempatan untuk sukses dalam hidup. Untuk mencapainya, Anda harus cerdas dan cergas merancangkan apa yang akan dilakukan dari awal hingga akhir.

Jangan membuat  perancangan yang tidak jelas. Siapkan keseluruhan proses perancangan hingga ke yang terperinci. Hindari penundaan dalam bentuk apapun. Sebabnya, kecenderungan seseorang itu menunda-nunda untuk merancang sesuatu akan mendekatkan anda kepada kegagalan yang lebih besar.

2. Takut sebelum mencuba
Perasaan takut sebelum mencuba seringkali menggoda pemikiran disaat kita merencanakan sesuatu. Padahal, hanya dengan mencuba Anda akan dapat mengetahui perkembangan sesuatu ...dari rencana yang telah dirancang.

Mulailah untuk melawan rasa takut Anda kerana hal tersebut merupakan permulaan langkah menuju kejayaan. Seperti yang diungkapkan motivator Tony Robbins.
"No matter how many mistakes you make, or how slow you progress, you are still way ahead of everyone who isn't trying." 

3. Menyerah terlalu cepat
Seberapa besar keinginan dan kemahuan Anda untuk menggapai mimpi dan cita-cita dalam hidup? Salah satu rahsia terbesar dari kejayaan adalah belajar untuk menakluki keraguan.

Sebahagian orang besar yang gagal dalam hidup mereka adalah kerana terlalu cepat menyerah. Setiap orang yang berjaya di dunia ini memiliki kisah perjuangan yang tidak mudah.

4. Tidak punya keyakinan
Jika Anda tidak memiliki keyakinan pada apa yang akan  dilakukan, maka Anda akan cenderung untuk cepat menyerah. Jika Anda sendiri tidak mempunyai alasan untuk percaya akan setiap kemungkinan dan keberhasilan, maka sukar rasanya untuk Anda meraih mimpi dan cita-cita.

Sebuah keyakinan sangat diperlukan saat Anda berjuang untuk mencapai kejayaan. Hal tersebut berkaitan dengan bagaimana pemikiran dan diri Anda yang akan tetap berusaha walaupun menghadapi banyak rintangan dihadapan .

5. Banyak pengecualian
Selalu ada alasan untuk mengungkapkan bahwa seseorang tidak atau enggan berusaha. Ketika Anda banyak melontarkan pengecualian, itu adalah awal dari kegagalan.

Kecenderungan seseorang untuk membuat pengecualian adalah dipengaruh oleh rasa takut yang berlebihan. Beberapa kecenderungan tersebut termasuk ketakutan akan perubahan, penolakan, dan rasa malu sehingga enggan untuk meninggalkan zon selesa.

Source : Business Insider

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...