Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Monday, 30 November 2020

ILMU HUTAN



















Kalau kita jalan diwaktu malam terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai, bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, InsyaAllah..tak langgar pokok.

Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. #Kera /#lutong dan spesis yg sama.
Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. #Beruang madu.
Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. #Kepala air.
Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. #Makan #makanan #yg #dimasak i.e ikan bakar dll.
Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara #sebelum #jam 5 #petang.
Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila #hutan #sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

😊 Masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni.)😊
1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.
Moga bermanfaat.
Copy dari FB

Sunday, 25 November 2018

Bukit 8888 Pokok Sena - Hiking Trail




Jumaat, 26/10/2018.....Dah lama dah dok dengar perihal Bukit 8888...tapi takda kesempatan. nak pergi mendaki...al maklumlah sibuk...anak2 nak exam lah dan macam-macam lagi alasan orang malas ni....haaa

 Akhirnya kawan2 pejabat ajak juga pergi . Saya pun dengan terujanya...dan semangat  pun pergilah.  Sebenarnya nak layan diaorang saja,....sebab dah janji.

Kami sampai dikaki Bukit lebih kurang pukul 8.00 pagi....tapi nampaknya dah ramai yang telah mendaki lebih awal sebab kat parking kereta penuh...begitu juga dengan motorsikal.

Okey juga la tak la seteruk Bukit Malau...tapi masih tercungap-cungap nak sampai atas....takpa pelan-pelan no.
Bawa anak lelaki saya Aniel Hakeem buat peneman.....padanya tak mencabar langsung...walaupun ayahnya suku nyawa nak sampai atas.

Yang penting dapat berpeluh tu.....rasa ringan badan.

Jom ...hiking ni boleh la buat aktiviti mingguan....seronok juga bila bersama kawan-kawan dan keluarga.

Jom kita jadikan hiking budaya kita ...untuk bersenam selain dari jogging, cycling dan lain-lain.

Biarlah gambar yang berbicara.










































Sunday, 9 September 2018

Bukit Malau Hiking Trail


Sabtu : 8/9/2018...Saya dan rakan-rakan pejabat plan nak pergi hiking kat Bukit Malau....sebab dengar cerita macam best ja....Pemandangan cantik katanya.  Walaupun dengan takda training dan jogging...saya rasa macam boleh ja nak pergi hiking.......perasan kuat

Mulanya ramai nak pergi...tapi disebabkan masalah kesihatan dan hal-hal lain....tinggallah kami beberapa orang ja yang bersemangat.  Anak-anak dan isteri saya memang nak ikut tapi diaorang pun ada hal.

Kami berkumpul di hadapan  Tasik Darul Aman dan bila semua sampai baru kami bertolak ke Bukit Malau....lebih kurang lima minit saja dari  Tasik Darul Aman.

Bila sampai nampak banyak grup dan bersedia untuk mendaki....dan kereta-kereta kat tempat parking tu boleh kata penuh juga la.....wau mesti best kan..







Memang la best....kalau dah buat persediaan serta badan dah fit....berat aku dah 90 kg lebih...nak bawa perut lagi....huaaaaaaaaa...
























Mula mendaki aku dah pun terasa.....tercungap-cungap....anak2 kecil dan kawan-kawan yang lain masih steady ja




Rupanya macam nak mendaki Bangunan 10 tingkat....nak naik tangga ke Pejabat saya yang 1 tingkat  pun malas....haaaaa....aduh















Kakak yang depan ni separuh jalan ja....lepas tu tak berdaya lagi....dia turun balik ke bawah...ye la kalau tak larat jangan di paksa.










Patah sayap bertongkatkan paruh...namun gunung tinggi ku daki jua








Keluarga Pn shahrom....dia steady ja anak beranak....banyak makan ulam katanya









Sempat juga sampai kat check point pertama dekat pencawang tu.....
































Saya dah tak mampu nak teruskan ke check point kedua... dah habis tenaga rasanya...nu dibelakang saya anak dara sorang Amalina pun tak larat juga...jadi kami tunggu kat situ ja la

Yang lain-lain dah meneruskan pendakian ke puncak kedua.





Di sinilah puncak kedua.....ruginya kami tak sampai




















































Mereka yng berjaya








Action saja lebih....haaaaa....tapi apa pun seronok buat aktiviti ini....berpeluh-peluh badan.
Sempat jumpa kawan yang sama kerja dari Hospital dulu...dia orang selalu pergi hiking sampai  ke Indonesia sana...katanya dulu berat badan dia 120 kilo....sekarang dah tinggal 80 kilo....hiking saja....wow
Saya pun  berazam nak habiskan pendakian di Bukit Malau ni ....nak kuruskan badan dan nak sihat...Jom.

p/s..nanti nak explore Bukit wang pulak....dulu pernah bawa student nurse pergi hiking kat situ....rasanya tak perlu mendaki teruk macam Bukit Malau....tapi view cantik.





Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...