CADANGAN KAJIAN:
SEJAUH
MANA FAKTOR DEMOGRAFI MENJADI PENYEBAB KONFLIK YANG MEMBAWA
KEPADA
PENCERAIAN DALAM KALANGAN PASANGAN ISLAM DI
DAERAH ALOR SETAR, KEDAH.
Oleh: Dr Mohd
Suhadi Mohamed Sidik
BAB
1
PENDAHULUAN
1.1. Pengenalan.
Kadar penceraian dalam kalangan pasangan
Islam dari semasa ke semasa dijangka semakin memperlihatkan peningkatan. Secara
umumnya, peningkatan jumlah penceraian adalah selari dengan peningkatan jumlah
perkahwinan manakala peningkatan dalam jumlah perkahwinan pula selalunya
dikaitkan dengan peningkatan jumlah penduduk
Muhammad Ali Quthb (1993) bersumberkan
firman-firman Allah Taala dan sabda-sabda Nabi Muhammad SAW telah menggariskan
beberapa tanggungjawab yang wajib dipenuhi sama ada oleh suami atau isteri
(rujuk kepada lampiran 2). Keingkaran
oleh mana-mana pihak dalam memenuhi
hak-hak isteri atau suami akan menyebabkan perselisihan antara mereka.
Perselisihan ini jika tidak ditangani dengan betul dan tidak dilakukan
pembetulan akan menyebabkan berlaku
konflik yang akhirnya menyebabkan
penceraian dalam kalangan pasangan berkenaan.
Lorna L. Hecker, Joseph L. Wetchler
(2003) dalam bukunya yang bertajuk `An Introduction to Marriage and Family Therapy’ telah menghimpunkan model-model terapi
keluarga dan pasangan, antaranya adalah model Sistem Terapi Bowen yang
diperkenalkan oleh Murray Bowen pada 1970-an. Murray Bowen dalam modelnya telah memberi
penekanan kepada corak perhubungan antara
ahli keluarga seperti ibu, bapa, anak-anak dan datuk atau nenek. Model ini juga
telah memberi penekanan kepada nilai, emosi dan kaedah mengatasi konflik yang
diwarisi daripada keluarga yang terdahulu sebagai kunci kepada
penyelesaian konflik manakala Salvador Minuchin melihat kepada
penstrukturan peranan, hirarki dan persempadanan interaksi antara pasangan
sebagai asas dalam terapi untuk penyelesaian masalah. Berdasarkan model-model
yang diperkenalkan oleh ahli-ahli terapi
perkahwinan dan keluarga di atas didapati bahawa antara punca sesuatu
permasalahan terutamanya di negara barat adalah disebabkan oleh masalah perbezaan
nilai, emosi, kaedah komunikasi dan juga permasalahan struktur dalam sesebuah
keluarga itu.
1.2.
Latar
belakang Masalah.
Senario yang mempengaruhi pelbagai
faktor ke atas penceraian dijangka berbeza mengikut agama, bangsa dan lokasi.
Di Kedah, majoriti penduduknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, didapati
mempunyai pola hubungan antara pernikahan dan penceraian yang tersendiri. Contohnya,
kadar penceraian dalam kalangan pasangan Islam di daerah Alor Setar dari tahun 2003 hingga 2012 menunjukkan peningkatan dari setahun
ke setahun (Rujuk jadual 1.1 : Taburan Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi
Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar).
Kiraan
purata kadar penceraian antara tahun 2003 hingga 2012 mendapati berlaku
peningkatan kadar penceraian sebanyak
88.5% berbanding kadar perkahwinan yang berlaku penurunan sebanyak 4%
dalam tempoh yang sama. Dari segi purata tahunan bagi tempoh antara 2003 hingga 2012 pula didapati bahawa kadar
penceraian adalah pada kadar 8.8% setiap
tahun berbanding perkahwinan yang menunjukkan kadar penurunan purata sebanyak
-3.7 % setiap tahun bagi tempoh yang sama.
Jadual 1.1 : Taburan
Data Perkahwinan Dan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar.
Jumlah Perkahwinan
|
Peratus
Peningkatan
%
|
Jumlah Penceraian
|
Peratusan peningkatan
%
| |
2003
|
3351
|
N/A
|
270
|
N/A
|
2004
|
3495
|
4.3
|
414
|
53.3
|
2005
|
3813
|
9
|
405
|
-2.17
|
2006
|
4003
|
5
|
480
|
18.
5
|
2007
|
4291
|
7.2
|
390
|
-18.75
|
2008
|
3016
|
-29
|
434
|
11.3
|
2009
|
2814
|
-6.7
|
514
|
18.4
|
2010
|
2877
|
2.2
|
525
|
2.2
|
2011
|
2133
|
-25.8
|
505
|
-3.8
|
2012
|
3217
|
50.8
|
509
|
0.8
|
Purata peningkatan setahun
|
-3.75 %
|
8.8
%
| ||
Kadar Peningkatan 2003 hingga 2012
|
- 4.0 %
|
88.5
%
|
Sumber : Unit
Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013
Merujuk kepada sumber yang lain iaitu
sepertimana kenyataan oleh Datuk
Siti Aishah Ghazali Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Pembangunan
Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah bahawa purata perceraian bagi tahun 2010 adalah 317
sebulan. Jumlah permohonan cerai yang diterima
bagi keseluruhan mahkamah rendah syariah bagi tiga bulan pertama tahun 2010 adalah
sebanyak 412 permohonan. Di mahkamah syariah seluruh negeri Kedah sehingga
bulan Disember 2009, kes yang melibatkan konflik suami isteri yang masih
tertangguh adalah seperti berikut:-
i.
Jumlah kes permohonan
cerai yang tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah sebanyak 203 kes.
ii.
Jumlah keseluruhan kes
tuntutan nafkah anak yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah
sebanyak 71 kes.
iii.
Jumlah keseluruhan kes
tuntutan nafkah isteri yang masih tertangguh sehingga bulan Mac 2010 adalah
sebanyak 18 kes.
(Sumber : Warta Darul Aman -Keluaran
April/Mei 2010. m.s 6)
Di peringkat
nasional pula, perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatkan kes penceraian sebanyak 80,564 dari tahun 2005 hingga 2008
berbanding 491,470 perkahwinan yang didaftarkan. Malah setiap tahun graf penceraian
menunjukkan peningkatan iaitu daripada 17,749 pada 2005 kepada 19,475 (2006);
21,051(2007); dan 22,289 dalam tahun 2008. Aliran yang sama juga diperlihatkan pada 2009 apabila
mencatatkan 27,116 penceraian berbanding 135,136 perkahwinan yang didaftarkan. Perkembangan
ini sememangnya membimbangkan kerana ia mencerminkan keadaan institusi keluarga
Islam di negara ini yang agak rapuh. Lebih membimbangkan apabila kumpulan usia
terbesar pasangan yang bercerai dari sehari ke sehari adalah terdiri daripada
golongan muda.
(Sumber Utusan Malaysia ; 1 Disember 2011)
Jadual 1.2 juga menggambarkan peratusan penceraian
dalam kalangan penganut agama Islam berbanding bukan Islam. Data menunjukkan
peratusan penceraian yang lebih tinggi dalam kalangan pasangan Islam iaitu antara 14.47 hingga 15.53% dari tahun 2000 hingga 2005 berbanding
pasangan Bukan Islam yang peratusan penceraian jauh lebih kecil iaitu antara
2.63% hingga 7.19% bagi tempoh yang
sama.
Jadual 1.2. :
Taburan Kadar Penceraian di Malaysia tahun 2000-2005
Golongan
|
2000
|
2001
|
2002
|
2003
|
2004
|
2005
|
Islam
|
14.72%
|
14.47%
|
14.53%
|
15.26%
|
14.75%
|
15.51%
|
Bukan
Islam
|
2.63%
|
5.89%
|
6.40%
|
5.59%
|
6.57%
|
7.19%
|
Sumber : Samuel Chan Hsin Chlen, Mohamed Sarif Mustaffa , Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, 2008
1.3.
Pernyataan
Masalah
Berdasar pada perangkaan dalam Jadual 1.3 mengenai taburan
penceraian bagi pasangan Islam dalam tempoh 10 tahun berakhir 2012
bagi daerah Kota Setar dan di daerah-daerah lain di negeri Kedah,
menunjukkan bahawa kadar penceraian di daerah Kota Setar mencatatkan jumlah
bilangan tertinggi jika dibandingkan dengan daerah-daerah lain. Berada di kedudukan
kedua adalah daerah Kuala Muda manakala
daerah Kubang Pasu mencatatkan kadar penceraian yang ketiga tertinggi
berbanding daerah-daerah lain .
Jadual 1.3: Taburan Penceraian Bagi Pasangan Islam Dalam
Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012
Di Daerah Kota Setar Dan Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah.
Daerah
|
2003
|
2004
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
2009
|
2010
|
2011
|
2012
|
JUM
|
K SETAR
|
270
|
414
|
405
|
480
|
390
|
434
|
514
|
525
|
505
|
509
|
4446
|
KUBANG PASU
|
131
|
76
|
255
|
255
|
280
|
278
|
299
|
310
|
328
|
306
|
2518
|
KUALA MUDA
|
159
|
149
|
214
|
274
|
420
|
458
|
544
|
589
|
533
|
656
|
3996
|
KULIM
|
90
|
205
|
136
|
157
|
215
|
247
|
271
|
237
|
159
|
279
|
1996
|
BALING
|
117
|
91
|
124
|
165
|
254
|
189
|
405
|
210
|
205
|
220
|
1980
|
PENDANG
|
35
|
98
|
107
|
125
|
115
|
158
|
127
|
138
|
141
|
146
|
1190
|
P.TERAP
|
37
|
66
|
104
|
106
|
119
|
122
|
97
|
106
|
128
|
134
|
1019
|
YAN
|
51
|
86
|
85
|
68
|
90
|
105
|
99
|
89
|
110
|
110
|
893
|
SIK
|
64
|
106
|
82
|
121
|
91
|
115
|
102
|
112
|
168
|
168
|
1129
|
BANDAR
BAHARU
|
32
|
28
|
39
|
33
|
82
|
62
|
47
|
64
|
58
|
51
|
496
|
LANGKAWI
|
99
|
155
|
186
|
222
|
132
|
239
|
244
|
243
|
263
|
277
|
2060
|
JUMLAH
|
1085
|
1474
|
1737
|
2006
|
2188
|
2407
|
2749
|
2623
|
2598
|
2856
|
21723
|
Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013.
Bagi
aspek perkahwinan pula perangkaan turut memaparkan angka yang selari dengan
jumlah penceraian (Rujuk : Jadual 1.3: Taburan Pernikahan Bagi Pasangan Islam Dalam
Tempoh 10 Tahun Berakhir 2012
Di Daerah Kota Setar Dan Daerah-Daerah Lain Di Negeri Kedah). Kadar perkahwinan atau pernikah daerah lain.
Jadual 1.4 : Taburan
Pernikahan Bagi Pasangan Islam Dalam Tempoh 10
Tahun Berakhir 2012 Di Daerah Kota Setar Dan Daerah-Daerah Lain
Di Negeri Kedah.
Daerah
|
2003
|
2004
|
2005
|
2006
|
2007
|
2008
|
2009
|
2010
|
2011
|
2012
|
JUM
|
K SETAR
|
3351
|
3495
|
3813
|
4003
|
4291
|
3016
|
2814
|
2877
|
2133
|
3217
|
33010
|
KUBANG PASU
|
2228
|
2354
|
1422
|
1487
|
3016
|
1656
|
3003
|
1691
|
1794
|
1833
|
20484
|
KUALA MUDA
|
2799
|
2483
|
2787
|
2829
|
3433
|
2390
|
2642
|
2122
|
2377
|
1328
|
25190
|
KULIM
|
1232
|
1414
|
1438
|
1502
|
1656
|
1028
|
1096
|
1229
|
1275
|
1451
|
13321
|
BALING
|
1545
|
1720
|
1776
|
1405
|
2124
|
2014
|
2446
|
2914
|
1416
|
1539
|
18899
|
PENDANG
|
1573
|
1522
|
1792
|
1723
|
1780
|
1406
|
846
|
988
|
1214
|
1037
|
13881
|
PADANG TERAP
|
825
|
812
|
887
|
958
|
978
|
684
|
931
|
963
|
1112
|
687
|
8837
|
YAN
|
1077
|
937
|
991
|
1025
|
1096
|
756
|
883
|
624
|
734
|
717
|
8840
|
SIK
|
914
|
933
|
1082
|
1015
|
1150
|
718
|
731
|
722
|
737
|
782
|
8784
|
BANDAR BAHARU
|
619
|
474
|
489
|
416
|
580
|
366
|
316
|
313
|
358
|
385
|
4316
|
LANGKAWI
|
572
|
607
|
670
|
795
|
795
|
616
|
574
|
821
|
646
|
666
|
6762
|
JUMLAH
|
16735
|
16751
|
17147
|
17158
|
20889
|
14750
|
16282
|
15294
|
13796
|
13692
|
162494
|
Sumber : Unit Nikah,Cerai dan Rujuk, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah 2013
Berdasarkan
tempoh yang sama juga, kadar perkahwinan kedua tertinggi adalah daerah Kuala
Muda manakala kadar perkahwinan ketiga tertinggi adalah daerah Kubang Pasu.
Sementara
itu, berdasarkan jadual 1.4 dan jadual 1.5, jumlah penduduk paling ramai di negeri Kedah pada
tahun 2010 adalah daerah Kuala Muda, diikuti oleh daerah Kota Setar dan daerah
yang ketiga mempunyai penduduk yang paling ramai adalah daerah Kubang Pasu. Secara
amnya, semakin tinggi jumlah penduduk bagi sesebuah tempat, semakin tinggi jumlah pasangan yang mendirikan rumahtangga. Berdasarkan
data tersebut dapat diperkatakan bahawa, dalam konteks negeri Kedah jumlah
penduduk yang tinggi semata-mata
tidaklah menjadi penentu kepada jumlah perkahwinan dan kadar penceraian yang
tinggi dalam sesuatu jangkamasa.
Jadual 1.5 : Jumlah Penduduk Mengikut
Daerah Negeri Kedah
Tahun 2010
Daerah
|
2010
|
K SETAR
|
366,787
|
KUBANG PASU
|
220,740
|
KUALA MUDA
|
456,605
|
KULIM
|
287,694
|
BALING
|
135,646
|
PENDANG
|
94,962
|
PADANG TERAP
|
62,896
|
YAN
|
68,319
|
SIK
|
67,378
|
BANDAR BAHARU
|
42,341
|
LANGKAWI
|
94,777
|
POKOK SENA
|
49,506
|
JUMLAH
|
1,947,651
|
Jadual 1.6 : Perbandingan
Jumlah Penduduk Berbanding Jumlah Pernikahan Dan Penceraian Di Tiga Daerah Utama
Di Negeri Kedah Tahun 2010
Daerah
|
2010
| ||
Penduduk
|
Nikah
|
Cerai
| |
KOTA
SETAR
|
366,787
|
2877
|
525
|
KUBANG
PASU
|
220,740
|
1691
|
310
|
KUALA
MUDA
|
456,605
|
2122
|
589
|
Justeru,
selain mengetahui mengenai punca-punca yang membawa kepada penceraian, pasti
terdapat beberapa perbahasan yang menarik perhatian mengenai pola penceraian
itu sendiri. Sehubungan dengan itu, terdapat keperluan kepada pengkaji
untuk mengetahui punca-punca utama
kepada kadar penceraian yang agak tinggi di daerah Alor Setar berbanding dengan
kadar penceraian di daerah-daerah utama yang lain atau daerah-daerah kecil yang
lain. Faktor-faktor demografi akan menjadi ukuran bagi melihat sama ada
faktor-faktor ini menjadi pengaruh utama kepada fenomena penceraian dalam
kalangan pasangan Islam di daerah Kota Setar.
Secara
ringkasnya kajian dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan berikut:-
(i)
Adakah zon tempat
tinggal pasangan menjadi faktor yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan
pasangan Islam?
(ii)
Adakah tahap pendidikan
pasangan menjadi faktor yang mempengaruhi penceraian dalam kalangan pasangan
Islam?
(iii)
Adakah perbezaan sektor
pekerjaan suami dan isteri memainkan peranan dalam aspek penceraian?
(iv)
Adakah terdapat
hubungan antara tahap pendapatan pasangan dengan fenomena penceraian dalam
kalangan pasangan Islam?
(v)
Adakah terdapat
hubungan yang rapat antara kategori pekerjaan pasangan dengan penceraian dalam
kalangan pasangan Islam?
(vi)
Adakah terdapat
hubungan antara cara pemilihan pasangan dengan penceraian?
1.4.
Matlamat
Kajian.
Kajian ini dijalankan
bertujuan untuk mengetahui hubungan antara faktor-faktor demografi dengan
penceraian yang berlaku di daerah Alor
Setar, Kedah.
1.5.
Obj Mengenal pasti sama ada
faktor zon kediaman adalah faktor yang mempengaruhi
penceraian dalam kalangan pasangan Islam.
(ii)
Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara cara pemilihan
pasangan dengan penceraian.
(iii)
Mengenal pasti tahap
kekuatan hubungan antara kategori
pekerjaan pasangan dengan penceraian.
(iv)
Mengenal pasti kaitan
antara sektor pekerjaan dengan penceraian.
(v)
Mengenal pasti kaitan
antara tahap pendidikan dengan penceraian.
(vi)
Mengenal pasti hubungan antara tahap pendapatan pasangan
dengan fenomena penceraian dalam kalangan pasangan Islam.
1.6 Hipotesis
Kajian
Hipotesis
yang diuji dalam kajian ini adalah seperti berikut :-
(i)
HA1 : Terdapat
hubungan yang signifikan antara zon tempat
tinggal dengan penceraian.
(ii)
HA2 : Terdapat
hubungan yang signifikan antara cara pemilihan pasangan dan
penceraian.
(iii)
HA3: Terdapat hubungan yang signifikan antara kategori pekerjaan suami isteri dengan penceraian
(iv)
HA4: Terdapat hubungan yang signifikan antara sektor pekerjaan suami
isteri dengan penceraian.
(v)
HA5: Terdapat hubungan yang signifikan antara
taraf pendidikan suami isteri
dengan penceraian.
(vi
HA6
: Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pendapatan suami isteri dengan penceraian.
Berdasar hipotesis-hipotesis di atas, ringkasnya
berikut adalah cadangan kerangka konseptual kajian iaitu sebagaimana gambarajah
di bawah:-
Pemboleh
ubah bersandar
Penceraian
|
Pemboleh
ubah tidak bersandar
1. Tempat
tinggal
2. Taraf pendidikan
3. Kategori
pekerjaan
4. Sektor
pekerjaan
5. Cara
pemilihan pasangan
6. Tahap
pendapatan
|
Rajah
1 : Kerangka Secara Konseptual Kajian Yang Akan Dijalankan
1.7
Kepentingan
Kajian.
Kajian ini penting khususnya untuk
memberi maklumat dan kesedaran kepada
umum mengenai punca-punca penceraian dalam kalangan pasangan Islam supaya
langkah yang proaktif dapat diambil. Antara
langkah proaktif yang boleh dipertimbangkan ialah meningkatkan usaha
seseorang itu dalam membuat persiapan jangkamasa pendek dan jangka masa panjang
untuk mendirikan rumahtangga. Faktor-faktor demografi yang mempunyai kesan ke atas penceraian adalah
antara pemboleh ubah yang boleh dikawal oleh seseorang. Oleh itu, seseorang
yang mempunyai kesedaran dalam hal ini seharusnya
mampu untuk merancang kehidupan masa hadapan mereka terutamanya dalam soal
perkahwinan agar tidak terperangkap dalam permasalahan yang kritikal yang boleh
membawa kepada penceraian.
Maklumat
yang diperoleh hasil kajian ini dapat
membantu pihak pejabat agama khususnya dalam membuat persiapan yang rapi menyediakan perunding-perunding cara yang bukan hanya mahir menggunakan skil-skil kaunseling tetapi juga memahami faktor-faktor demografi dan multi budaya (multicultural). Perunding-perunding cara yang mempunyai kemahiran ini akan dapat bertindak dengan lebih baik dan lebih berkesan ketika melayani klien-klien yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan penceraian.
membantu pihak pejabat agama khususnya dalam membuat persiapan yang rapi menyediakan perunding-perunding cara yang bukan hanya mahir menggunakan skil-skil kaunseling tetapi juga memahami faktor-faktor demografi dan multi budaya (multicultural). Perunding-perunding cara yang mempunyai kemahiran ini akan dapat bertindak dengan lebih baik dan lebih berkesan ketika melayani klien-klien yang mempunyai permasalahan yang berkaitan dengan penceraian.
Adalah penting untuk kaunselor atau perunding cara dapat memahami punca-punca utama konflik
keluarga yang membawa kepada penceraian dan membuat langkah persediaan yang
rapi untuk melaksanakan intervensi bagi penyelesaian masalah yang dihadapi oleh
klien yang dilihat sebagai bertambah kompleks.
Selain
daripada itu, kajian ini diharap dapat menimbulkan kesedaran bahawa peranan
sesi kaunseling adalah mustahak kepada
pasangan-pasangan yang berkonflik dalam usaha membantu pasangan ini meleraikan
permasalahan atau sekurang-kurangnya mereka berada di tahap` celik akal’ untuk
menghadapi kesan-kesan selepas penceraian agar kesan-kesan negatif akibat penceraian dapat diminimumkan.
Hasil
kajian ini juga membolehkan pihak-pihak berkuasa tempatan mempertimbangkan
untuk mengambil kira dapatan kajian ini
ketika merangka dan melaksanakan polisi pembangunan dan sosio-politik di
kawasan setempat agar masalah penceraian akibat daripada faktor-faktor
demografi dapat diminimumkan.
1.8
Skop
Kajian
Kajian tertumpu hanya dalam
kalangan pasangan yang membuat aduan untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling
di Pejabat Agama Kota Setar atau pasangan yang sedang dan telah menjalani
prosiding di Mahkamah Rendah Syariah, Alor Setar tetapi telah diarahkan untuk
mendapatkan khidmat kaunseling dari jabatan agama.
Sesuai
dengan objektif kajian ini , kajian hanya dibuat di daerah Kota Setar dan
sampel-sampel yang diambil juga adalah mereka yang tersebut di atas. Pasangan
ini semuanya adalah mereka yang tinggal di daerah Kota Setar sama ada mereka
yang tinggal di pusat bandar dan pinggir
bandar mahupun mereka yang tinggal di
luar bandar. Kajian yang dilakukan adalah berdasarkan maklumat-maklumat yang
dilengkapkan oleh pengadu seperti mana yang
tercatat dalam borang aduan Pejabat Agama Kota Star.(rujuk lampiran 1).
Kajian
juga dibuat dengan mengambil kira pendapat atau penilaian oleh para perunding
cara yang telah bertugas di Pejabat Agama Kota Setar yang telah melengkapkan
borang soal selidik untuk membuat penilaian tentang sejauh mana hak-hak suami
dan isteri dipenuhi oleh pasangan
masing-masing.
1.9
Batasan
Kajian.
Berikut adalah
batasan-batasan kajian iaitu;-
i.
Kajian ini hanya
melibatkan pasangan yang beragama Islam dan oleh itu, hasil atau dapatan kajian
tidak dapat digeneralisasikan kepada pasangan yang bukan beragama Islam.
ii.
Kajian ini juga
terbatas dengan kaedah pengambilan data daripada rekod kes dan pandangan atau
penilaian daripada para perunding cara yang menjalankan tugas melayani pasangan
yang bermasalah.
iii.
Kajian ini juga
mengabaikan pengambilan data secara langsung daripada pasangan terbabit. Walau Bagaimanapun
sekiranya tempoh masa yang mencukupi dan peruntukan belanjawan yang memadai , usaha mengambil data
langsung dari pasangan dijangka dapat dilakukan.
iv.
Kajian ini juga
terbatas kepada pasangan yang tinggal di daerah Kota Setar sahaja. Ini kerana
wujud perbezaan ciri-ciri atau faktor-faktor demografi antara daerah.
1.10. Definisi Konseptual Dan Operational
Bagi
penetapan matlamat kajian ini berada dalam skopnya, beberapa pendefinisian
konseptual dan operational akan dijelaskan
terhadap beberapa item seperti berikut:-
1.10.1. Penceraian.
1.10.2.
Demografi
1.10.3.
Zon Kediaman
1.10.4 Pola
Kecenderungan Atau Cara Pemilihan Pasangan Suami Atau Isteri.
1.10.5. Jenis
Pekerjaan.
1.10.6
Sektor Pekerjaan
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan.
Bab ini akan membincangkan literatur
yang merangkumi penjelasan dan pandangan daripada tokoh-tokoh tertentu serta
kajian yang telah dibuat oleh sarjana dan pengkaji-pengkaji terdahulu tentang faktor-faktor
yang menyebabkan penceraian. Ia meliputi konsep-konsep dalam penceraian serta
model terapi pasangan yang menghadapi
permasalahan yang berkaitan penceraian. Kajian-kajian lepas dari dalam dan luar
negara akan dinyatakan dalam bab ini .
2.2 Punca-Punca Penceraian.
Salts dan Smith Jr. (2003) mengatakan
bahawa penceraian adalah jalan penyelesaian akibat perkahwinan yang bermasalah atau perkahwinan
yang tidak memuaskan salah seorang pasangan atau kedua-duanya. Umumnya,
penceraian ini adalah sebagai
manifestasi daripada kegagalan pasangan untuk meleraikan atau menguruskan
konflik yang timbul antara mereka. Akhirnya mereka telah memutuskan untuk
berpisah atau bercerai.
Textor (1989) mengatakan bahawa keperluan emosi
yang tidak dipenuhi, kewangan dan masalah yang berkaitan pekerjaan, penglibatan
pihak ketiga, perbezaan nilai dan matlamat, kesukaran dalam komunikasi,
tingkahlaku pasangan yang buruk,
pendekatan keibubapaan yang berbeza, penyalahgunaan dadah dan penderaan
adalah contoh pelbagai sebab bermulanya ketidakpuasan hati dan kekecewaan
pasangan yang boleh membawa kepada penceraian.
Antara lain punca
kepada penceraian umum ini disebabkan oleh faktor berikut :-
2.2.1
Faktor Usia Muda
Dan Kekurangan Pengalaman.
Pada masa ini sebanyak
45% daripada perkahwinan yang pertama di
Amerika Syarikat berakhir dengan penceraian (Lamb, Sternberg, dan Thompson,
1997). Kebanyakan mereka adalah dalam kalangan pasangan muda yang berumur 20-an atau berkahwin
pada usia yang masih muda. (Salts dan Smith Jr. , 2003)
Sementara
itu (Wan Abd Halim, 1993), mengatakan bahawa perempuan yang berkahwin muda (walaupun
kurang berlaku), namun amalan perkahwinan awal usia menyebabkan kaum perempuan
Melayu dikatakan masih memerlukan perlindungan ibu bapanya selepas berkahwin.
Ini diburukkan lagi apabila masalah yang dihadapi oleh pasangan ini seringkali
mendapat campurtangan daripada keluarga sebelah isteri kerana usia isteri yang masih muda itu memerlukan perlindungan.
Menurut
Djamour (1959 ) dalam Abd. Halim (1993)
, keengganan isteri Melayu meninggalkan
rumah ibu bapanya merupakan punca penceraian antara pasangan suami isteri
Melayu:
“Jika suami mendesak
supaya isteri menetap di kampungnya sendiri, isteri tidak dapat tidak akan
membantah cadangan tersebut dan kerap kali bantahan ini akan berakhir dengan
penceraian.”
Datuk Othman Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM ) mengatakan bahawa dalam usia muda kebanyakan pasangan tidak
sanggup untuk berdepan dengan masalah dan tidak mempunyai kemahiran
mengendalikan masalah sehingga sanggup mengambil jalan singkat dengan meminta
cerai dan sanggup diceraikan. Hakikatnya
perkahwinan tersebut adalah masih terlalu mentah menyebabkan mereka masih belum
mengenali pasangan secara khusus, keadaan itu juga menyebabkan mereka mudah
untuk membuat keputusan bercerai.
Dalam kajian pada
2007 yang dibuat oleh pihak JAKIM, didapati sebanyak 32.2 peratus perkahwinan untuk tempoh lima tahun
pertama mengalami penceraian. Bagi tempoh enam hingga 10 tahun pula sebanyak
27.7 peratus bercerai. Menurut Datuk
Othman Mustapha lagi;
“Keadaan ini membuktikan bahawa
bagi tempoh 10 tahun pertama adalah tempoh yang paling kritikal kerana 59.9
peratus pasangan berakhir dengan penceraian” .
Hasil kajian yang dijalankan juga mendapati
perkahwinan dalam tempoh 10 tahun pertama amat terdedah kepada keruntuhan
sekiranya pasangan tidak bersabar dengan dugaan. Pada tempoh berkenaan,
perkahwinan menghadapi cabaran hebat dan rumah tangga mudah goyang sehingga
boleh berlaku penceraian. Kajian juga membuktikan sebanyak 44.9 peratus penceraian yang berlaku
sebenarnya berpunca daripada perkara yang berikut:-
i.
Pasangan
gagal menjalankan tanggungjawab.
ii.
Tiada
persefahaman,
iii.
Menghadapi
masalah nafkah yang tidak ditunaikan dan sebagainya.
iv. Kedua-dua pasangan gagal menjalankan tanggungjawab tersebut selain masalah akhlak, kewangan,
seksual dan juga berlaku percampuran orang ketiga.
(Utusan Malaysia : 1 Disember 2011)
2.2.2 Laman `Facebook’Punca Pasangan Cerai
Mark
Zuckerberg, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, telah menyatakan bahawa laman
sosial itu kini didapati menyumbang kepada satu pertiga daripada jumlah penceraian
di United Kingdom, hasil satu tinjauan yang dilakukan oleh firma perundangan.
Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen penc pada tahun 2010 oleh
Menurut satu kajian ke atas 5,000 petisyen penc pada tahun 2010 oleh
firma perundangan United Kingdom iaitu Divorce Online, terdapat lebih
33 peratus penceraian tahun
lalu yang disenaraikan adalah berpunca daripada Facebook. Jumlah itu naik mendadak berbanding
20 peratus pada 2009.
Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu.
Tinjauan tersebut mendapati, terdapat peningkatan aduan oleh pasangan suami isteri yang bertengkar mengenai perbuatan sama ada mereka menukar status perhubungan masing-masing kepada bercerai dengan mesej-mesej yang tidak sesuai kepada jantina berbeza menjadi punca utama kepada aduan itu.
Sementara
itu, menurut Akademi Peguam Perkahwinan Amerika Syarikat (AS), kira-kira 80
peratus peguam di negara itu mendedahkan, jumlah kes penceraian berpunca
daripada laman sosial semakin meningkat.
Daripada 15
kes yang dikendalikannya dalam tempoh setahun, rekod komputer, mesej dan email
dijadikan sebagai bahan bukti dengan 60 peratus daripadanya melibatkan Facebook.
(Utusan
Melayu : 5hb Mac 2011)
2.2.3
Isu Seks Punca Cerai
Meningkat.
Menurut kenyataan rasmi Persatuan Peguam Syarie Malaysia
(2010), punca utama menyebabkan penceraian dalam kalangan pasangan beragama
Islam ialah berkaitan dengan isu seks suami isteri. Timbalan Presidennya, Musa
Awang menyatakan bahawa masalah
berkaitan dengan seks menjadi antara punca mengapa pasangan mengemukakan permohonan
mahu mengakhiri rumah tangga.
Laporan pada tahun sama telah memetik Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama
dan Penerangan Terengganu, Muhammad Ramli Nuh, berkata bau badan, kaedah adegan
seks dan baju tidur membosankan dikenal pasti sebagai punca kenaikan kadar
perceraian di negeri itu. Justeru, kerajaan
negeri Terengganu terpaksa merangka satu cara yang kreatif untuk memperbaiki hubungan kelamin antara
suami isteri khususnya dalam kalangan
mereka yang baru berkahwin, termasuk menjemput syarikat kosmetik memperkenalkan
bau-bauan eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah, mencadangkan suami
isteri lebih kerap mandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan
jalinan mesra. Menurutnya lagi, apabila pasangan gagal mencari jalan
penyelesaian ia boleh menjurus kepada perlakuan curang dalam perkahwinan
seperti wujudnya fenomana seperti `kekasih gelap’. Selain itu jelas beliau,
ketiadaan zuriat juga menjadi masalah besar dalam rumah tangga.
Antara punca besar keretakan rumah tangga ialah hubungan seksual yang
hambar. Bagaimanapun beliau tidak dapat memberikan perangkaan pecahan punca
yang membawa kepada masalah bercerai. ( Persatuan Peguam Syarie Malaysia PGSM: 19hb Februari 2011)
Menurut
Harbin dan Gamble (1977) dalam Joan
D.Atwood (2003), isu seks kadangkala
mungkin menjadi punca dasar terhadap konflik perkahwinan.
2.2.4
Tahap Pendapatan Rendah
Individu dengan tahap
pendidikan dan pendapatan yang lebih
rendah dianggap lebih berpotensi untuk bercerai berbanding mereka yang
mempunyai tahap pendidikan dan pendapatan yang tinggi.( Salts dan Smith Jr. 2003).
Perbezaan tahap pendapatan yang ketara antara
sepasang suami isteri juga menjadi faktor
kepada isteri memohon penceraian. Ahrons (1994) mengatakan bahawa tiada korelasi ( tidak bergantung) ekonomi
isteri kepada suami adalah antara faktor
terbesar yang membawa peningkatan statistik penceraian.
Menurut seorang
ahli antropologi Amerika, Gavin W. Jones (1996) dalam kajiannya yang bertajuk “Marriage and Divorce in Islamic South East Asia”,
kes perceraian di Jawa Barat, Indonesia
mencatatkan penurunan yang ketara pada dekad 1960-an, 1970-an, dan 1980-an
setelah berlakunya peningkatan pendapatan isi rumah. Kajian juga mendapati
bahawa, ketika taraf sosioekonomi mereka rendah, kes perceraian di kawasan
terbabit didapati begitu tinggi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
pengukuhan ekonomi keluarga menerusi perolehan pendapatan yang mencukupi
menjadi kayu pengukur kesejahteraan sesebuah keluarga, sekali gus menurunkan
risiko berlakunya perceraian.
Dalam konteks
Malaysia, statistik penceraian di negara ini ternyata tidak banyak berubah pada
era 1990-an hingga dekad ini. Satu kajian ilmiah pernah dibuat pada dekad
1990-an untuk melihat sejauh mana benarnya faktor kedudukan kewangan keluarga
menjadi punca penceraian di Malaysia. Kajian terbabit dibuat oleh lima orang
penyelidik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan.
Kajian itu lebih
memberikan fokus kepada pasangan Melayu. Kajian turut melihat sama ada faktor
pendapatan tetap dan pendapatan tidak tetap memberikan kesan kepada punca
sesuatu perceraian. Skop kajian berkenaan bertumpu pada penceraian pasangan
Melayu di seluruh jajahan di Kelantan bagi tempoh enam tahun, iaitu dari 1993
hingga 1998.
Hasil kajian itu
mendapati bahawa faktor pendapatan memang mempunyai hubungan rapat dengan kadar
penceraian. Pengkaji menemui fakta bahawa golongan berpendapatan rendah paling
banyak terlibat dalam penceraian. Kajian tersebut sengaja memilih Kelantan
kerana dua faktor; pertama, Kelantan antara negeri paling tinggi kadar penceraian
di negara ini; kedua, Kelantan ialah negeri paling banyak didiami oleh orang
Melayu yang beragama Islam.(Dewan Masyarakat Jun 2011)
Kajian yang
dilakukan oleh Whisman, Dixon, and Johnson (1997) terhadap 122 pasangan
mendapati bahawa, kebanyakan permasalahan
yang dihadapi oleh pasangan adalah seperti berikut:-
Jadual 2.1 10 Senarai Teratas Permasalahan Pasangan
Suami Isteri
Masalah Kedudukan
Komunikasi 1
Kuasa 2
Pengharap terhadap pasangan 3
Seks 4
Penyelesaian masalah, membuat
keputusan 5
`Demonstration
affection’ 6
Pengurusan kewangan, kedudukan
kewangan 7
Kasih sayang 8
Anak-anak 9
Permasalahaan pasangan yang serius 10
Sumber: Whisman. Dixon, and Johnson, 1997
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1. Pengenalan
Bab ini membincangkan reka bentuk kajian, persampelan, kaedah
pengumpulan data dan penganalisaan data.
3.2.
Reka Bentuk Kajian.
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui punca-punca yang membawa
penceraian khususnya dalam aspek demografi. Sebanyak enam faktor demografi
utama telah dikenalpasti sebagai pemboleh ubah dan akan dinilai sejauh manakah
kekuatan hubungan pemboleh-pemboleh ubah itu terhadap penceraian. Justeru, kaedah
kuantitatif akan digunakan untuk mengetahui kekuatan hubungan ini. Maklumat
yang dikumpul adalah daripada 140 pasangan yang telah
membuat aduan masalah rumahtangga.
Selain itu, maklumat juga akan diambil daripada
5 orang perunding cara untuk mengetahui sejauh mana hak-hak suami dan isteri
dipenuhi oleh pasangan masing-masing. Dapatan hasil daripada maklumat yang
diterima untuk melihat tahap penyempurnaan hak-hak suami dan isteri. Para
perunding cara akan dikehendaki mengisi maklumat dalam borang soal selidik yang
disediakan berdasarkan pengalaman dan pengamatan mereka ketika melayani
klien-klien yang terdiri daripada pasangan-pasangan yang menghadapi
permasalahan dalam hubungan mereka.
Colby
& Kohlberg (1987) mengatakan bahawa kaedah
kualitatif juga membantu responden menjelaskan sesuatu perkara mengikut
perspektif mereka manakala Patton (1987) mengatakan bahawa ;
“qualitative research interview
technique should provide a framework in which respondents can express their understanding
and knowledge of their own manner.’
3.3. Populasi
dan Persampelan.
Keseluruhan populasi kes aduan dan yang menjalani sesi kaunseling
adalah sebanyak 145 kes. Sebanyak 140 kes pasangan antara Jun 2012 hingga Disember 2012 yang menjalani
sesi kaunseling diambil sebagai sampel
kajian tanpa mengira peringkat usia
perkahwinan mereka.
Responden yang membuat
permohonan untuk sesi runding cara terbahagi kepada 3 kumpulan iaitu :-
1.
Kumpulan responden
yang memohon sesi kaunseling untuk langkah penceraian dan responden yang dirujuk oleh mahkamah bagi
menjalankan sesi kaunseling.
2.
Kumpulan responden yang memohon nasihat dan pandangan
sama ada untuk dirinya atau untuk pasangannya.
3.
Kumpulan responden
yang tidak mempunyai kepastian
matlamat memohon sesi runding cara.
3.4. Kaedah Pengumpulan Data
Pengumpulan data adalah berdasarkan jenis
maklumat yang diperoleh iaitu bersumberkan data primer dan sekunder.
3.4.1. Data
Primer
Data primer ialah data yang dikumpulkan sendiri oleh pengkaji (Izham, 2000).
Pengumpulan data primer adalah melalui
instrumen kajian yang dilakukan dengan
menggunakan borang soal selidik.
3.4.2 Data Sekunder.
Data Sekunder ialah data yang dikumpul dan direkod oleh pihak lain
sebelum wujudnya keperluan semasa pengkaji sumber ini menyediakan maklumat,
pengetahuan dan pendedahan kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan kajian
( Aishah, 2001). Data seperti ini mempunyai kelebihan berbanding dengan data
primer iaitu aktiviti pengumpulannya
melibatkan kos yang lebih rendah serta menjimatkan masa dan tenaga
(Izham,2000).
Rajah 2 : Langkah-Langkah Kajian Untuk Mendapatkan Hasil Kajian
3.5. Penganalisaan Data
Data yang diperoleh daripada soal
selidik akan dianalisa dengan menggunakan perisian komputer `Statistical Package for Social Sciences’
(SPSS). Kaedah deskriptif dan inferensi akan digunakan untuk menggambarkan hasil kajian.
3.5.1. Statistik
deskriptif
Dalam kaedah ini, data akan dianalisa untuk menggambarkan hasil kajian
dengan mendapatkan kekerapan, peratusan, min, median, dan sisihan piawaian.
Maklumat demografi responden dianalisis dan dihuraikan dengan kekerapan dan
peratusan bagi tujuan perbandingan. Data juga akan dianalisis secara penentuan
kekerapan, peratusan, min, median dan sisihan piawaian dan ia akan digambarkan
dalam bentuk jadual.
3.5.2. Statistik inferensi
Bagi pengujian hipotesis, statistik
inferensi seperti ujian korelasi dan regresi
akan digunapakai untuk menilai pemboleh-pemboleh ubah yang terlibat.
Statistik inferensi yang digunakan ialah analisis Spearman Rank Correlation rho (rs) dan ujian Regresi Berganda dalam
mengenalpasti sumbangan pemboleh ubah kajian bagi tujuan pengujian hipotesis.
Analisis korelasi digunakan untuk
menggambarkan kekuatan hubungan linear antara pemboleh-pemboleh ubah. Nilai
pekali korelasi yang akan terhasil dalam bentuk yang positif atau negatif akan
digunakan untuk menjelaskan bentuk hubungan
antara pemboleh ubah bebas dan bersandar seperti yang terdapat dalam
Jadual 3.5. Spearman Rank Correlation rho
(rs)
. ia adalah sesuai digunakan dalam kajian
yang mempunyai data berciri nominal. Seterusnya, pengkaji akan
mengggunakan ujian Regresi Berganda ( Multiple
Regression) terhadap pemboleh ubah
bersandar.
Jadual
3.6: Tafsiran Kekuatan Hubungan
Nilai korelasi, rs
|
Arah
Dan kekuatan Hubungan
|
rs ˂ 0.00
|
Korelasi negatif
|
rs = 0.00
|
Tiada Korelasi
|
0.01
≤ rs˂ 0.30
|
Korelasi positif yang lemah
|
0.30
≤ rs ˂ 0.50
|
Korelasi
positif yang rendah
|
0.50
≤ rs ˂ 0.70
|
Korelasi
positif yang sederhana
|
0.70
≤ rs ˂ 0.90
|
Korelasi
positif yang tinggi
|
0.90
≤ rs ˂ 1.00
|
Korelasi
positif yang sangat tinggi
|
Sumber
: Gay & Diehl (1992)
BAB IV
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini akan mengemukakan dapatan yang diperoleh daripada kajian
yang dilakukan untuk melihat hubungan antara faktor-faktor demografi dengan konflik
yang boleh membawa penceraian. Penganalisaan ini terbahagi kepada 3 bahagian
utama iaitu;
(1). Hubungan antara faktor-faktor demografi
terhadap konflik yang membawa
penceraian.
(2). Pengujian hipotesis untuk menguji
kesignifikanan hubungan antara faktor-faktor
demografi dengan konflik yang membawa
kepada penceraian.
(3). Penilaian terhadap pandangan
pegawai perunding cara mengenai hak-hak
suami dan isteri dipenuhi oleh pasangan berdasarkan garis panduan yang
digarapkan dalam buku `Tuhfatul-‘Aris Wa ‘Arus’. Penganalisaan data terbahagi
kepada 3 aspek iaitu:-
3.1. Maklumat
demografi perunding cara
3.2. Penilaian
terhadap hak isteri yang dipenuhi oleh
suami
3.3. Penilaian
terhadap hak suami yang dipenuhi oleh isteri
BAB
V
RUMUSAN, PERBINCANGAN
DAN CADANGAN
1.1
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan terlebih dahulu dapatan daripada
penganalisaan yang telah dinyatakan dalam Bab VI dan membuat rumusan kajian. Pengkaji juga akan
membuat cadangan bagi mengembangkan lagi hasil kajian ini agar dapat dimanfaatkan dan seterusnya dibuat
penambahbaikan terhadap kelemahan. Seterusnya langkah ini akan dapat
meningkatkan lagi mutu penyelidikan kerana permasalah rumahtangga adalah
sesuatu yang dinamik selari dengan perkembangan
sosio-ekonomi masyarakat dan negara
SENARAI RUJUKAN
Ab.
Aziz Mohd Zin (2001) “ Metodologi Dakwah”,
Penerbit Universiti Malaysia, Kuala
Lumpur.
Abdul
Halim Othman (1993) “Psikologi Melayu”.
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur
Aishah
Abd Samad (2001) “ Penilaian Keberkesanan
Program Berasaskan Kompetensi”,
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor : Projek Sarjana.
Al
Hamid Al Husaini(1996) “Rumahtangga Nabi
Muhammad S.A.W” , Pustaka Nasional Pte Ltd, Singapura.
Al-
Imam Al Bukhary (1997) `Shahih Bukhari’
Terjemahan Zainudin Hamidy, Nasharuddin Thah Dan A.Rahman Zainuddin, Klang Book
Centre, Kuala Lumpur.
Basmeih,
Sheikh Abdullah Muhammad (1983/97) Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian
Al-Quran, Dar Al-Fikr, Kuala Lumpur.
Dewan
Bahasa Dan Pustaka (2002) Kamus Dewan
Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur
Feldman, R. S. (2011). Development Across the Life Span Sixth Edition.
New
Jersey. Pearson Education, Inc., Publishing As Prentice Hall. USA.
Ismail
Yakub Sh , Prof (1988) Terjemahan Ihya
Ulumiddin, Al Imam Al Ghazali, Victory Agency, Kuala Lumpur
Izham
Shafei (200) “ Penghantar Statistik”,
Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah
Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah(2013)
“ Statistik Data Perkahwinan, Cerai Dan Rujuk 2002-2012.” Unit NCR, Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Alor Setar. Kedah.
Lorna
L. Hecker, Joseph L. Wetchler & Editors(2003) “ An Introduction To Marriage And Family Therapy”, The Haworth Clinical
Practice Press An Imprint Of The Haworth
Press, Inc. New York. London. Oxford.
Muhammad
Ali Quthb (1993) `Mutiara Perkahwinan
Menurut Ajaran Islam’ Pustaka Haji Abdul Hamid, Kuala Lumpur.
Salvador
Minuchin( 1974 ),” Family
Therapy: Concepts And Methods”. Harvard University
Press.. United Kingdom.
Warta Darul Aman - Keluaran April/Mei 2010. M.S 6. Terbitan Rasmi Kerajaan Negeri
Kedah Darul Aman
Zahazan
Mohamed. (2006) `Tarbiyyah Al Awlad :
Panduan Mendidik Anak Menurut Islam,’
Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.
Lampiran 2
JENIS-JENIS PEMBUBARAN PERKAHWINAN.
Terdapat empat kaedah dalam pembubaran atau penceraian menurut Islam:
a. Talak
b. Fasakh
c. Khuluq
d. Li’an
Talak adalah melepaskan ikatan perkahwinan dengan menggunakan lafaz cerai, talak
atau seumpamanya oleh suami kepada isteri. Lafaz talak itu terbahagi kepada 3 jenis
iaitu lafaz talak sarih (nyata), lafaz talak kinayah (sindiran) dan lafaz taklik (bersyarat).
Lafaz sarih adalah lafaz yang jelas menunjukkan maksud talak atau cerai maka
talaknya jatuh walaupun tanpa niat.
Contohnya:
- “Saya ceraikan kamu” atau;
- “Saya ceraikan kamu dengan talak 1 atau 2 atau 3.”
Lafaz kinayah adalah lafaz yang boleh membawa maksud talak dan lain daripadanya,
talak tidak akan jatuh melainkan dengan niat cerai.
Contohnya:
“Kamu baliklah ke rumah ibu bapa kamu atau saya bebaskan kamu.”
Lafaz taklik pula adalah lafaz cerai oleh suami yang dikaitkan dengan sesuatu perkara:
Contohnya:
- “Jika kamu keluar dari rumah ini, maka tertalaklah kamu”
- “Andainya kamu balik ke rumah ibu bapa kamu maka jatuhlah talak bagi kamu.”
- “Sekiranya saya berjudi lagi maka jatuhlah talak kamu.”
Fasakh pula adalah pembubaran perkahwinan disebabkan oleh sesuatu keadaan yang
diharuskan oleh hukum syarak dengan kuasa mahkamah (hakim) sama ada
dikemukakan oleh suami atau isteri. Perkara yang membolehkan fasakh pula adalah seperti berikut;
a. Suami menghilangkan diri selama tempoh 1 tahun atau lebih.
b. Suami mempunyai penyakit berjangkit seperti AIDS.
c. Suami cuai memberi nafkah selama tiga bulan atau lebih
d. Suami mati pucuk
e. Murtad
f. Suami dengan sengaja tidak memberi nafkah batin selama 1 tahun
g. Suami dipenjarakan selama 3 tahun
h. Suami menganiaya / menzalimi isteri
i. Suami berperangai keji
j. Memaksa isteri hidup secara lucah
k. Membuat kehidupan isteri menderita
l. Melupuskan harta isteri/ menghalang isteri menguruskan hartanya
m. Tidak melayan isteri dengan adil
n. Menghalang isteri melakukan perintah agama
Khuluq pula adalah penrceraian dengan kaedah bayaran kepada suami yang
dipersetujui antara pasangan suami dan isteri contohnya, suami melafazkan cerai ke
atas isteri jika isteri setuju membayar sejumlah wang yang dipersetujui.
Permohonan cerai melalui kaedah ini juga perlu dibuat kepada mahkamah dan hakim akan menggendalikan kes penceraian ini.
Li’an pula ialah sumpah seorang suami apabila dia menuduh isterinya melakukan zina tanpa saksi atau menafikan kandungan isterinya bukan daripada benihnya dan isterinya bersumpah menafikan tuduhan suaminya.
Pengurusan li’an dilakukan di dalam mahkamah yang dikendalikan oleh hakim li’an.
Hakim akan mengkehendaki pihak suami menggunakan lafaz sumpah pengakuan
bercakap benar terhadap tuduhan kepada isterinya. Berikut adalah kaedah li’an iaitu;
1. Tuduhan diulang sebanyak 4 kali dan lakukan sekali sahaja.
2. Melaknat diri sendiri jika tuduhan tersebut dusta.
3. Isteri boleh bersumpah menafikan sebanyak 4 kali
4. Lafaz kali ke-5 isteri menyatakan kesediaan menghadapi kemurkaan Allah SWT ke atasnya jika tuduhan suami benar.
Dengan kaedah li`an ini, suami gugur had qazaf iaitu tidak dikenakan hukum 80 kali
sebatan atas tuduhan tersebut manakala wajib rejam ke atas isteri jika isteri tidak
bersumpah. Pasangan bercerai selama-lamanya dan anak tidak boleh dinasabkan
kepada suami tetapi anak dinasabkan kepada ibunya.
Lampiran 3
PERANAN PASANGAN SUAMI DAN ISTERI MENGIKUT ISLAM MENJAMIN HUBUNGAN SUAMI ISTERI YANG HARMONI- MUHAMMAD ALI QUTHB
Muhammad Ali Quthb (1989) dalam `Tuhfatul-`Aris Wal `Arus’ telah menetapkan
kewajiban-kewajiban yang perlu dipenuhi oleh pasangan dalam menjaga kerukunan rumahtangga atau perkahwinan mereka.
4.1. Hak Isteri Yang Wajib Dipenuhi Oleh Suami.
a. Suami wajib memberi makanan dan pakaian bagi isterinya dengan rezeki Allah
yang diperolehi secara halal, tidak kedekut dan tidak membazir. Sekiranya seseorang
isteri menghidapi penyakit, seorang suami wajib untuk berusaha penyakit tersebut
sembuh walaupun penyakit itu mengambil masa yang lama untuk sembuh. Seorang
suami juga wajib memberi isteri nafkah setelah berlakunya akad nikah berdasarkan
ukuran yang ma’ruf (ukurun yang menjadi kebiasaan sehari-hari). Contohnya, jika
isterinya sejak sebelum berkahwin memakin daging dan buah-buahan 2 kali dalam
seminggu, maka nafkah yang perlu diberikan oleh suami perlulah mencukupi kadar
tersebut. Walaupun dari ukurannya tidak dapat dipastikan, namun hal ini dapat
diterima jika ukuran itu tidak terlalu kurang dan berdasar kepada kemampuan seorang
suami. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 236 yang bermaksud;
“ orang yang mampu menurut kemampuannya dan orang yang tidak mampu pun menurut kemampuannya”
Muhammad Ali Quthb juga menyatakan tentang aspek-aspek yang tidak boleh dilakukan oleh isteri iaitu:
i) Menuntut nafkah melebihi batas keperluan dan melakukan perkara-perkara yang melibatkan pembaziran atau perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum syarak.
ii) Mengambil sebahagian harta suami, walau sedikit tanpa pengetahuan dan kebenaran suami. Jika didapati suaminya kedekut, isteri boleh mengambil untuk memenuhi keperluan diri dan anak-anak mereka walaupun tanpa pengetahuan dan kebenaran suami.
Berhubung dengan perkara, satu hadis riwayat al-Bukhari dalam Sahih al-Bukhari mengisahkan mengenai satu hari Hindun datang kepada Rasulullah SAW untuk mengadu. Beliau bertanya,
“ Ya Rasulullah, Abu Sufyan seorang yang amat kedekut, dia tidak memberi nafkah untuk keperluan hidupku bersama-sama anak-anakku sehingga aku terpaksa mengambil sebahagian dari hartanya tanpa pengetahuannya’. Rasulullah SAW menjawab. “ Ambillah dari hartanya untuk mencukupi keperluanmu bersama anak-anakmu dalam batas yang ma’ruf (selayaknya).”
b. Tempat Kediaman Yang Selamat Dan Tenteram.
Suami wajib menyediakan kepada isterinya tempat kediaman yang menjamin
keselamatan dan ketenteraman kepada isteri, bebas dari gangguan dari orang yang
mempunyai perangai yang buruk dan derhaka kepada Allah. Ini adalah untuk
memastikan agar kehidupan isteri itu lebih sejahtera. Perkara ini adalah bersesuaian
dengan perintah Allah dalam surah al-Thalaq ayat 6 yang bermaksud;
“ Tempatkan mereka (para isteri) di mana kamu tinggal menurut kemampuan kamu, dan janganlah kamu menyusahkan mereka dan sengaja hendak menyulitkan mereka”.
c. Suami wajib menunaikan apa yang telah dijanjikan kepada isteri (janji yang tidak
bertentangan dengan hukum syarak) sebelum menyetubuhi isterinya. Suami juga tetap
berkewajiban menunaikan maskahwin yang belum diterima oleh isteri. Jika suami itu
mempunyai isteri lain, maka suami wajib menjaga keadilan dalam pemberian nafkah
dan lain-lain yang perlu dan yang menjadi kewajiban.
d. Isteri wajib diperlakukan dengan baik dan bergaul dengan sepatutnya. Suami wajib
berusaha untuk menyenangkan hati isterinya dan sabar dalam menghadapi keadaan
yang tidak menyenangkan hati suami. Sehubungan dengan ini, Allah SWT berfirman
dalam suarh an-Nisa’ ayat 19 yang bermaksud;
“ Hendaklah kamu bergaul dengan mereka (para isteri) dengan secara baik-baik. Apabila kamu tidak lagi menyukai mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikkan yang banyak untuk kamu”.
4.2 Hak-Hak Suami Yang Wajib Dipenuhi Oleh Isteri.
a. Isteri diwajibkan taat kepada suaminya dalam perkara-perkara yang tidak
membawa kepada keingkaran atau kemungkaran terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Keredhaan Allah itu terletak kepada keredhaan suami dan kemurkaan Allah adalah
terletak kepada kemurkaan suami.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal dari Abu
Na’im, Rasulullah S.A.W bersabda;
“Jika seorang isteri menunaikan solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat pada suaminya, ia akan masuk Syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya”.
b. Isteri hendaklah menunaikan permintaan suami jika suami berkehendakan untuk
persetubuhan tanpa dilambatkan atau menolak permintaan kecuali jika ada keuzuran
syarie seperti nifas, haid, sakit atau sedang berpuasa fardhu.
c. Isteri juga tidak berpuasa sunat kecuali dengan izin dari suami bila suami ada di
sisi kerana kemungkinan suami perlukan layanan dari isteri. Ini kerana , jika seseorang
suami itu naik syahwatnya bila ia memandang seorang wanita lain, hendaklah dia
pulang ke rumah dan hampirilah isterinya kerana apa yang ada pada perempuan itu
sama dengan apa yang ada pada isterinya.
d. Isteri hendaklah menjaga dengan baik harta milik suami, menggunakan secara
berhati-hati dan tidak membazir, tidak memberi kepada orang lain sebelum mendapat
keizinan dari suami atau tidak memberi makanan kepada saudara mara atau pada
orang yang meminta kecuali isteri merasa yakin suaminya tidak keberatan untuk
berbuat perkara yang sama.
e. Isteri perlu menjaga kehormatan diri dan kehormatan anak-anak perempuannya.
Tidak membenarkan orang lain masuk tanpa keizinan dari suami dan tidak
memperlihakkan bahagian badan di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya. Isteri juga
hendaklah tidak memakai pakaian yang nipis, pendek dan mendedahkan aurat di hadapan lelaki yang bukan muhrimnya.
f. Tidak meninggalkan rumah tanpa izin suami. Suami berhak melarang isterinya
keluar dari rumahnya kecuali keluar untuk melihat ibu bapanya. Atas tanggungjawab
menjaga silaturrahim dengan keluarga, isteri berhak untuk bertemu ibu bapanya
walaupun tanpa keizinan suami. Mengikut ulama’ Fiqah, ukuran yang telah
ditetapkan adalah satu kali dalam sebulan. Isteri juga berhak untuk merawat dan
melayani ibubapanya yang sedang menderita kesakitan, sekiranya tiada orang lain
yang melayani dan merawat kedua ibubapanya.
Syarat seorang suami boleh untuk melarang isterinya keluar meninggalkan
rumah ialah, suami dapat menyediakan rumah tempat tinggal yang layak mengikut
kemampuan suami dan dapat menjamin suasana tenang dan tenteram bagi kehidupan
isteri. Rumah sebegini adalah dainggap sebagai rumah yang memenuhi syarat `tempat
tinggal syari’e’. Jika suami tidak dapat menyediakan rumah sebagai tempat tinggal
syari’e ini, maka ia tidak dapat melarang isterinya keluar meninggalkan rumah.
Contohnya, isteri dan suami tinggal di sebuah rumah bersama-sama orang lain
sehingga menghalang kebebasan untuk bermesra atau menganggu `privacy’ seorang
isteri atau dibimbangi isteri akan kehilangan harta milikannya, atau rumah yang tidak
mempunyai kemudahan asas yang selesa seperti bilik air, bilik tidur dan sebagainya,
maka berhak kepada isterinya untuk tidak berada di rumah tersebut. Tempat kediaman
yang tidak termasuk sebagai tempat tinggal yang syari’e juga ialah apabila keadaan
rumah itu telah menyebabkan isteri tidak merasa tenteram atau jiran di sekeliling
rumah tersebut berperangai keji, buruk dan mencurigakan dan boleh mendatangkan
ancaman keselamatan dan moral kepada isteri.
Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar rumah untuk tujuan
menuntut ilmu terutamanya ilmu agama jika suami mampu dan sanggup untuk
memberi pendidikan agama kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak mampu,
isterinya berhak keluar rumah untuk menuntut ilmu agama yang diperlukan sahaja.
Suami juga berhak untuk melarang isteri keluar dari rumah untuk berkerja
jika hal itu menyebabkan kessukaran dalam kehidupan walaupun perkerjaan isteri itu
tidak melanggar syariat agama. Tetapi jika perkara membenarkan isteri berkerja
menjadi sebahagian syarat sejak mula berkahwin lagi dan pekerjaan yang dilakukan
isteri itu tidak menjejaskan moral, maka suami wajib memenuhi syarat yang telah
dipersetujui sejak mula perkahwinan.
Hal yang sama juga mengenai penjagaan kedua ibu bapa isteri dan perkara-perkara
yang berkaitan seperti persetujuan untuk tinggal dengan ibu bapa telah dipersetujui
sejak mula perkahwinan, maka wajib bagi suami memenuhi pensyaratan itu.
g. Isteri wajib mengatur urusan rumah dan mengasuh serta memelihara anak-anak
kerana kewajipan itu menjadi tugas semulajadi sebagaimana suami berkewajipan
menjamin nafkah kehidupannya. Sebagai ibu dan isteri kepada suami yang menjadi
ayah kepada anak-anak, dia perlu menanamkan akhlak mulia dalam jiwa anak-anak,
membiasakan anak-anak menunaikan kewajiban agama.
h. Isteri wajib berdandan dan berhias diri bagi suaminya dengan cara-cara yang
dibenarkan syarak seperti bercelak, berinai, berbedak, memakai minyak wangi,
memakai pakaian yang baik dan lain-lain alat hiasan lain. Isteri perlu menitikberatkan
kebersihan diri, anak-anak dan rumah serta tempat tidur. Ketika suami berada di
perantauan pula, isteri tidak perlu berdandan dan berhias kerana dikhuatiri
mendatangkan minat orang lain kepadanya.
i. Isteri berkewajiban membantu suami dalam melakukan kerja-kerja kebajikan. Ini
termasuk dalam membantu agar suami tetap patuh mengerjakan tanggungjawab
terhadap ibu dan bapanya. Ini dapat dilakukan dengan isteri harus berbuat baik
terhadap ibu dan bapa mertua dan dapat menahan diri dari ucapan-ucapan yang tidak
berkenan dihati mereka.
j. Isteri wajib berlembut dengan suaminya sama ada dari segi percakapan atau
perlakuan dan sebaliknya tidak berbicara dengan lelaki bukan muhrim dengan suara
yang lembut dan menarik sehingga membangkitkan nafsu syahwat di dalam hati lelaki
yang berhati serong.
Allah Taala berfirman dalam surah al-ahzab ayat 32 bermaksud;
“....... jika kamu bertaqwa (para wanita mukminat), janganlah kamu berkata-kata lembut manja dengan orang lain sehingga orang yang di dalam hatinya ada penyakit timbul keinginan(menaruh tujuan buruk kepada kamu).Dan ucapkanlah perkataan secara baik.”
4.3 Konsep Kepimpinan Suami Atas Wanita.
Allah berfirman dalam surah an-Nisa: ayat 34 yang bermaksud;
“Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri),kerana Allah mengurniakan kelebihan kepada sebahagian mereka(iaitu kaum lelaki) atas sebahagian yang lain(iaitu wanita) dan kerana meraka menafkahkan sebahagian daripada hartanya.”
Muhamad Ali Quthb menekankan mengenai kepimpinan suami ke atas isterinya
kerana dengan memahami konsep ini dengan baik akan dapat mengatasi kesulitan-
kesulitan yang terjadi dalam kehidupan suami isteri. Ada sesetengah suami
berfahaman bahawa kepimpinan itu sebagai kekuasaan, penindasan, perbudakan lalu
atas kefahaman yang salah ini, mereka memperlakukan isteri-isteri mereka dengan
cara yang salah, keliru dan buruk. Sebaliknya pula ada pula isteri yang meremehkan
soal kepimpinan tersebut sehingga mereka tidak menghargai suami sebagaimana
semestinya. Ini kerana, jika suami isteri itu menyedari batas-batas hak kewajipan
masing-masing, mereka tentu akan hidup dalam suasana bahagia, tenteram dan damai.
Kepimpinan seseorang suami ke atas isterinya hendaklah berdasarkan kepada prinsip
musyawarah iaitu konsep berbincang dan permuafakatan.
Berhubung dengan campurtangan pihak ketiga, Muhamad Ali Quthb menyatakan
bahawa suami yang mengeluh hal kesukaran rumahtangganya kepada selain Allah
menandakan bahawa ia seorang lelaki yang bertekad lemah dan tidak mampu
memperbaiki hubungan dengan isterinya. Justeru itu, mengeluh kepada orang lain
sesunggunya menyakiti isterinya, kerana hal kesukaran rumahtangganya diketahui
oleh teman-temannya, kenalan, atau kaum kerabatnya sendiri dan sanak saudara
isterinya. Sewajarnya, walau apa pun keadaannya segala sesuatu yang bersifat peribadi
rumahtangga harus dijaga sebaik-baiknya , jangan sampai terbongkar ke luar rumah
membicarakan masalah peribadi rumahtangga dengan orang luar tentu akan
membangkitkan kemarahan seorang isteri, dan pada akhirnya ia berani menganggu
dan tidak segan-segan berlaku buruk kepada suaminya bila terdapat kemungkinan
untuk berbuat demikian. Rasulullah SAW bersabda;
“ Sesiapa yang sabar menghadapi perlakauan buruk isterinya, Allah akan memberi balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayyub atas kesabaran menghadapi cubaan dan sikap isteri yang sabar mengahdapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Aisyah, isteri Firaun”
Betapa ramai suami, walaupun menerima perlakuan buruk dan pembangkangan
daripada isetrinya, namun mereka tetap mengajaknya berdamai, bersikap ramah dan
tetap mahu bergurau. Mereka tetap memperlihatkan kecintaan untuk mengamankan
diri daripada gangguan yang lebih berat lagi daripada isterinya. Mereka besikap sabar
menghadapi tingkah laku isterinya yang kurang baik dan menyerahkan kehidupannya kepada Allah S.W.T.
Assalamualaikum....Dr.Ustaz Suhadi merupakan seorang Pengarah Di Jabatan Psikologi dan Kaunseling Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah (UniSharms) Berkelulusan Phd. dari UPSI . Beliau meneruskan pengajian dalam bidang kaunseling (Islam) dengan membuat kajian berkenaan penggunaan Usul Fiqh dalam perkhidmatan kaunseling.
Sebagai rakan... saya telah banyak mengikuti dan melihat hasil kerja beliau dan komen-komen Prof terhadap kerja beliau.....beliau seorang yang sangat teliti dan....memberi komitmen yg tinggi terhadap kerjanya...
Contoh proposal ini boleh lah dijadikan panduan kepada pelajar-pelajar yang sedang tercari-cari format untuk membuat proposal....dan sebagai rujukan untuk mengetahui ' flow'...sesebuah proposal
dan akhirnya boleh membuat penambahbaikan dan menghasilkan proposal terbaik anda sendiri.
Sekian , Selamat maju jaya...Sharing is sexy..
Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.
ReplyDeleteHarap maklum.
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA
Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.
ReplyDeleteHarap maklum.
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA
Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.
ReplyDeleteHarap maklum.
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA
Sekarang tidak lagi di jabatan Agama (semasa di jabatan agama, saya bertugas separuh masa di bahagian PPKI.
ReplyDeleteHarap maklum.
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB.PA
Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.
ReplyDeleteYang benar,
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.
42
ReplyDeleteSemasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.
ReplyDeleteYang benar,
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.
Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.
ReplyDeleteYang benar,
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.
Semasa penulisan proposal ini, saya masih bertugas di bahagian PPKI, unit Undang Undang keluarga Islam JHAEIK. Sekarang saya tidak lagi menjalankan tugas-tugas runding cara keluarga di bahagian ini.
ReplyDeleteYang benar,
Mohd Suhadi Mohamed Sidik KB, PA.
COPY
ReplyDeletecopy
ReplyDeletecopy
ReplyDeleteSalam Sejahtera. Contoh proposal yang baik. Semoga ia dapat membantu saya dalam memulakan penulisan proposal malaysia saya.
ReplyDeleteTerima kasih