1 ) Alam Roh
Di alam roh ini makhluk manusia belum lagi dipanggil manusia. Ia masih
lagi dalam bentuk roh. Tak banyak yang Allah sampaikan mengenai alam
ini. Apapun Roh telahpun berjanji kepada Allah untuk taat. Roh juga
berumur sebaya. Yang membezakan ialah waktu roh itu dimasukkan ke dalam
rahim ibu yang mengandung pada zaman ini, zaman sebelum ini mahupun
zaman yang akan datang. Dalam ertikata lain setiap insan yang kita temui
sebenarnya sama baya dengan kita di alam roh cuma dengan kehendak Allah
Talla mereka dilahirlah terlebih dahulu di alam ini.
2) Alam Rahim
Roh yang dimasukkan telah ditetapkan Allah akan amal, rezeki, ajal dan
sebagainya sepanjang kehidupannya di dunia. Alam yang dilalui tanpa
sedar ini selama lebih kurang 9 bulan masa dunia lamanya.
3) Alam Hidup di Dunia
Alam inilah kita dinamakan manusia dan disini jugalah penentuan
perjalanan kita yang seterusnya baik atau buruk. Tidak seperti di alam
yang sebelum ini dimana kita langsung tak boleh membuat pilihan kerana
Allah Taala telah memberikan ketetapan, hanya di alam ini pula kita
boleh membuat pilihan samaada untuk patuh kepada perintah Allah atau
sebaliknya.
5) Alam Barzakh
Kalau difikirkan di alam barzakh atau alam kubur kita akan diazab namun
begitu azab tersebut berdasarkan kepada 5 persoalan iaitu Siapa Tuhan
kamu? Siapa nabi kamu? Mana kiblat kamu? Apa kitab kamu dan siapa
saudara kamu. Andai kita salah menjawab maka kita akan diazab oleh
Malaikat Mungkar dan Nakir sehinggalah hari Kiamat kelak.
5) Alam Akhirat
Padang Mashyar
Padang Mashyar pula adalah tempat yang mana semua manusia akan
dibangkitkan semula selepas Kiamat untuk dihisab akan amalnya. Mereka
yang bersalah juga akan diazab selama berada di sini dan sesiapa yang
baik amalnya maka mereka akan dapat melaluinya dengan mudah.
Titian Sirat
Kemudian titian sirat merupakan titian yang akan dilalui menuju ke
syurga dan dibawahnya neraka. Ada yang merangkak ada yang jatuh ke
bawah, ada yang merasakan yang titian itu luas dan ada yang merasakan
yang titian itu halus. Semuanya bergantung kepada amalan masing-masing.
Bagi yang berjaya mereka akan melepasinya begitu laju hingga malaikatpun
tak dapat menghalang mereka. Subhanallah.
Syurga
Bagi yang ke syurga maka mereka akan mendapat ganjaran atas kebaikan
yang dilakukan di dunia sebaliknya mereka yang masuk neraka bakal
mendapat balasan atas kesalahan yang dilakukan itu. Menurut riwayat
syurga yang paling kecilpun besarnya 10 kali ganda lebih baik dari
dunia. Di sini tempatnya amat bersih. Suci dan murni tanpa kekotoran,
tiada najis, tak akan lapar dan dahaga. Kita boleh dapat apa sahaja yang
kita minta walaupun apa yang kita minta itu haram sifatnya semasa di
dunia namun tidak di sini. Di sini juga terdapat bidadari syurga yang
sangat cantik yang kita boleh bersama menurut kehendak diri.
Apapun untuk masuk ke syurga ia terpulang kepada rahmat Allah Taala.
Neraka
Inilah tempat akhir bagi syaitan dan manusia-manusia yang engkar semasa
hidupnya di dunia, orang Yahudi, Nasrani, Musyrikin, Munafiqin dan yang
lainnya. Orang kafir dan berhala-berhala pula bakal menjadi bahan
bakarnya.
Kalau kita lihat semua tempat yang kita lalui itu kita langsung tak
boleh membuat PILIHAN. Di alam roh kita tak boleh buat pilihan nak masuk
ke rahim yang ibu yang mana satu. Di alam rahim sekali lagi kita tak
boleh memilih untuk menjadi seorang Islam, melayu, orang putih, hensem
dan sebagainya.
Kita tak dapat membuat pilihan samada kita bakal menjadi seorang lelaki
ataupun perempuan. Saya dilahirkan sebagai lelaki walhal saya tidak
meminta untuk menjadi lelaki tetapi memandangkan atas kehendak Allah
saya reda menjadi lelaki dan apa yang boleh saya lakukan hanyalah
mengambil peranan tersebut.
Oleh itu wahai kaum perempuan sekelian, bukanlah kami para lelaki
memilih untuk menjadi lelaki. Kami menjadi lelaki atas kehendak Allah
Taala jadi tak perlulah anda mengejar untuk menjadi setara dengan kami
dengan alasan untuk keadilan, rasa tak puas hati dan sebagainya. Adalah
lebih baik anda redha dan seterusnya mengambil peranan sebagai wanita
baik sebagai anak yang patuh pada kedua ibu bapa, isteri yang patuh pada
suami, ibu yang memelihara anak-anak dan sebagainya.
Konflik jantina inilah yang menyebabkan ada lelaki yang ingin menjadi
wanita dan wanita ingin menjadi lelaki. Kalau tidakpun wanita ingin
mendapatkan hak yang sama dengan lelaki namun demikian sedarilah yang
ianya adalah hak mutlak Allah untuk menentukan jantina seseorang itu.
Kita cuma perlu mematuhinya.
Begitu jugalah bila kita menemui alam kematian. Selepas dari itu juga
kita tak lagi punya pilihan samada untuk ke neraka atau ke syurga.
Pilihan yang ada hanyalah semasa kita berada di alam dunia. Pun begitu
kenapa mesti kita buat pilihan yang salah?
Kesimpulannya mudah. Kehidupan seseorang manusia itu sebenarnya ialah
untuk dia membuat pilihan yang baik yang menjurus kepada persiapan diri
demi menuju sebuah kematian dan ingatlah kita semua sebenarnya sedang
berada dalam sebuah perjalanan yang masih panjang. Perjalanan ini akan
diteruskan bila kita mati kelak di alam Barzakh.
Source : Blog: Bacaan Harian ku.
No comments:
Post a Comment