Tuesday 18 August 2020

Al KISAH TENTANG NILAI

Gold Arowana 67CM Red Color plush big fish cartoon plush toys ...

 *AROWANA*

Seorang Anak Muda sedang membersihkan aquarium Tuannya, ia memandang ikan arowana agak kebiruan dengan penuh taksub..


Tanpa disedari Tuannya sudah berada di belakangnya.. 

"Kamu tahu berapa harga ikan itu?". Tanya sang Tuannya.


"Tidak tahu". Jawab si Anak Muda..


"Cuba kamu tawarkan kepada jiran tetangga sebelah!". Perintah Tuannya.


Ia mengambil gambar ikan itu dan menawarkan ke jiran tetangga..


Kemudian kembali menghadap Tuannya. 


"Ditawarkan berapa harga ?" tanya Tuannya. 

"RM15 Tuan". 

Jawab si Anak Muda dengan mantap.


"Cuba kau tawarkan ke kedai ikan perhiasan !!". Perintah Tuannya lagi.


"Baiklah Tuan". Jawab si Anak Muda. 


Kemudian ia terus ke kedai ikan perhiasan di bandar.


"Berapa ia tawar ikan itu?". Tanya Tuannya.


"RM250 Tuan". 

Jawab si Anak Muda dengan gembira, ia fikir Tuannya akan menjual ikan itu.


"Sekarang cuba kau tawarkan ke Pak Cik Ghani Rahman, 


Bawa ini sebagai bukti bahawa ikan ini pernah menyertai pertandingan". Perintah Tuannya lagi. 


"Baik Tuan". Jawab si Anak Muda. 


Kemudian ia pergi menemui Pak Cik Ghani yang dikatakan Tuannya. 


Setelah selesai, ia pulang terus berjumpa Tuannya.


"Berapa ia menawarkan harga ikan itu ?".


"RM 15 Ribu Tuan".


Ia terkejut sendiri menyaksikan harga satu ikan yang boleh berbeza-beza.


*"Nak, aku sedang mengajarkan kepadamu bahawa kamu hanya akan dihargai dengan benar dan betul ketika kamu berada di lingkungan yang tepat".* 


*"Kita semua adalah orang biasa dalam pandangan orang-orang yang tidak mengenal kita".*


*"Kita adalah orang yang menarik di mata orang yang memahami kita".* 


*"Kita istimewa dalam penglihatan orang-orang yang mencintai kita".*


*"Kita adalah peribadi yang buruk bagi orang yang penuh kedengkian terhadap kita".*


*"Kita adalah orang jahat di dalam tatapan orang-orang yang irihati akan kita".*


*Pada akhirnya, setiap orang akan memiliki pandangannya masing masing terhadap kita,*


*Maka tak usahlah bersusah payah supaya kelihatan baik dimata orang.*


*Tapi berusahalah terus melakukan kebaikan dan menjalankan apapun dengan keihklasan,tanpa sebarang dambaan.*

.... 🙂. 


Semoga bermanfaat 😊.c & p saja

Tuesday 4 August 2020

Adab Ziarah Kubur

RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Hukum Ziarah Kubur Bagi Wanita - Islam Itu Indah



Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih...*

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...