TANDA 100 HARI SEBELUM HARI MATI.
Ini
adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan
disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimana pun semua orang
Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak
sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.
Seluruh
tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami
getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang
baru saja disembelih dim ana jika diperhatikan dengan teliti kita akan
mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda
ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati
bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan
hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi
mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan
kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu
sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi
yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan
dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kitaakan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka
Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di m ana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
TANDA 3 HARI
Pada
ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu
diantara dahi k ana n dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak
najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika
ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang
sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika
kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian
hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di m ana kita akan merasakan satu denyutan
di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di m ana ini menandakan
kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan
berlaku keadaan di m ana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik
ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah
syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk
menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan
sekarang
akan mematikan pula.
Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak...
No comments:
Post a Comment