Showing posts with label Psikologi. Show all posts
Showing posts with label Psikologi. Show all posts

Wednesday, 21 July 2021

Bahaya Tengking Anak

 Bahaya Tengking Anak..


💝 Terdapat juga segelintir orang dewasa iaitu ibu bapa menengking anak-anak especially di tempat awam seperti kedai/shopping mall..


💝 Anak-anak walaupun masih kecil, mereka mempunyai perasaan dan nilai diri.. mereka akan ingat hingga dewasa apa yang dilalui semasa zaman kanak-kanak..


🎀 Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.


🎀 Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.


🎀 Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.


Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.


🎀 Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.


🎀 Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.


Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :


✅ lebih berisiko kena penyakit jantung

✅ lebih mudah kena depression dan anxiety

✅ kacau sistem pencernaan kita

✅ kacau tidur kita

✅ badan makin cepat gemuk

✅ lebih cepat lupa

✅ mudah sakit kepala dan migrain


🌺 Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional'


🌺 Jadi ibubapa kena sentiasa upgrade ilmu parenting.. mendidik anak perlu dengan ilmu.. bukan hanya wang ringgit..


🌺 Mendidik anak bukan hanya memenuhi keperluan fizikal tetapi perlu merangkumi keperluan emosi, mental dan spiritual..

Saturday, 26 September 2020

Narsisisme: Ciri-Ciri & Kesan Pada Keperibadian

Image result for selfie



Selfie merupakan trend yang popular di kalangan netizen pada zaman sekarang,
 namun tabiat tersebut merupakan simbol narsisisme terhadap golongan yang
 ketagih mengambil selfie yang berlebihan setiap hari dan mengagung-agungkan
 diri sendiri di media sosial. Kami tahu perkara ini masih berlaku pada keliling
 anda dalam kehidupan harian.

 Apakah maksud narsisisme?

Menurut Kamus Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
 Edisi Keempat, definisi narsisisme (narcissism) ialah perihal 
atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri.
Selain melihat gelagat-gelagat contact anda di media sosial,
 anda juga sedar mereka membuat posting tentang diri mereka 
semata-mata untuk perhatian.

 Narsisisme sebenarnya bukan sejenis personaliti biasa yang anda
 sangkakan, namun ia merupakan masalah serius yang mempunyai
 ciri-ciri tertentu yang telah dikaji dan dikategorikan oleh pakar-pakar psikologi.

 Secara umumnya, narsisisme merupakan keadaan minda yang
 membuatkan seseorang individu berasa kewujudan mereka lebih penting 
dan berharga daripada orang lain. Dengar macam obses diri sendiri, kan? 😒

Grandiose Narcissism

Jenis narsisisme ini mempunyai tanda-tanda yang berkait dengan
narsisisme, termasuk sikap extrovert, terdesak mahukan perhatian
 dan kecenderungan untuk menjadi “berkuasa” dalam apa-apa perkara 
yang dilakukan.

Seseorang yang mempunyai tanda-tanda tersebut lebih
 cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kuasa seperti ahli
 politik dan selebriti, namun mereka berkemungkinan besar untuk 
memiliki status tinggi dan mendapat perhatian daripada semua orang.


Vulnerable Narcissism
Berbeza dengan grandiose narcissism, golongan vulnerable narcissism 
merupakan golongan yang tidak banyak bercakap (atau pendiam), 
namun golongan ini adalah manusia yang dianggap diam-diam 
ubi berisi kerana mereka mudah terasa hina jika ada pihak menolak
 pandangan mereka.


Ciri-ciri personaliti narsisistik


Selain ciri-ciri yang ada pada golongan grandiose narcissism
 dan vulnerable narcissism, ada beberapa ciri lain yang anda 
boleh lihat pada golongan-golongan tersebut: 

  • Tiada rasa empati terhadap perasaan dan keperluan orang lain.
  • Terlalu sombong dan angkuh kerana diri mereka penting 
  • daripada orang lain.
  • Sentiasa mengimpikan perkara-perkara yang mampu
  •  menyempurnakan hidup mereka seperti kuasa yang tidak terbatas,
  •  kecantikan yang menawan, memiliki barangan mewah (materialistik)
  •  dan sebagainya.
  • Attention seeker kerana mereka dahagakan perhatian dan sanjungan 
  • dari orang ramai.
  • Mahukan semua jangkaan dan permintaan dipenuhi disebabkan 
  • hak dan keistimewaan mereka yang tinggi.
  • Sentiasa berasa cemburu dengan kelebihan dan keupayaan
  •              orang lain.

Berdasarkan ciri-ciri tersebut, budaya narsisisme akan membawa
kesan yang negatif terhadap kehidupan seseorang. 

Mereka akan kehilangan percaya serta disisih oleh masyarakat
 sekeliling disebabkan dahagakan perhatian dan akan mengakibatkan
 gangguan psikologi yang membahayakan kesihatan mental.

 Tambahan pula, golongan narsisistik juga akan mengalami kesulitan
 hubungan mereka bersama pasangan dan perlu belajar menyesuaikan
 diri secara sedar untuk memahami perasaan dan keperluan pasangan
 serta orang sekeliling.


Kesimpulannya, narsisisme merupakan satu “penyakit” yang 
merosakkan keperibadian diri dan pada masa yang sama membuat
 masyarakat sekeliling merana disebabkan gelagat-gelagat golongan 
yang dianggap “materialistik” “tidak berhati perut”. 

Oleh itu, kami nasihatkan anda jauhkan diridari ciri-ciri narsisisme 
dan golongan narsisitik yang cuba memerangkap
 minda anda supaya anda fokuskan perkara-perkara yang baik dalam
 kehidupan harian anda.

Wednesday, 1 July 2020

Kemurungan Remaja


Sebagai seorang remaja atau dalam peralihan ke alam dewasa, ini merupakan satu tempoh yang meresahkan dengan banyak perubahan fizikal, psikologi dan sosial yang mengiringi peringkat kehidupan ini. Apabila kemerosotan mood mengganggu keupayaan untuk berfungsi hari demi hari, ia menandakan satu kecelaruan emosi serius yang memerlukan perhatian iaitu kemurungan.

Kemunculan Tren yang Membimbangkan

Kemurungan ialah lebih daripada setakat berasa susah hati atau sedih – ia merupakan keadaan serius yang menjadikan pengendalian kehidupan menjadi teramat sukar. Bagi remaja, masalah sering dirasakan sebagai terlalu membebankan dan kesakitan yang berkaitan diperbesarkan dan tidak dapat tertahan sehingga menjurus kepada pemikiran negatif yang boleh merosakkan diri.
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 menunjukkan peningkatan drastik dalam prevalen morbiditi psikiatri, termasuk keresahan dan kemurungan. Dalam kalangan penduduk dewasa berumur 16 tahun dan ke atas, prevalennya ialah 29.2%. Manakala dalam kalangan kumpulan 5-15 tahun, morbiditi psikiatri ialah 12.1%. Jelas sekali masalah ini perlu diberi perhatian serius, memandangkan terdapat peningkatan kes kemurungan remaja dan bunuh diri yang dilaporkan baru-baru ini.

Punca & Simptom Kemurungan

Faktor yang mencetuskan kemurungan dalam remaja lazimnya adalah yang berkaitan dengan isu-isu harga diri, buli, prestasi akademik yang rendah, orientasi seksual dan juga pernah menjadi mangsa penganiayaan fizikal atau seksual. Sekiranya simptom kemurungan berterusan, ia juga boleh memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mungkin juga menjurus pada mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
Tidak seperti orang dewasa yang menunjukkan simptom kemurungan klasik, meleraikan simptom kemurungan dalam remaja adalah sukar. Sesetengah mereka mungkin mempunyai kecenderungan genetik ke arah kemurungan atau personaliti yang rapuh. Mungkin sukar untuk membezakan antara suka dan duka yang menjadi sebahagian daripada kebiasaan seorang remaja, dengan kemurungan remaja.
Sering kali terdapat perubahan ketara dalam pemikiran dan tingkah laku mereka. Mereka akan menyepikan diri, selalunya bersendirian berjam-jam di dalam bilik tidur. Mereka juga mungkin hilang minat dalam aktiviti yang menyeronokkan, diiringi dengan kehilangan selera makan dan kemerosotan kebersihan diri.
Selain daripada mood rendah yang berpanjangan (berlarutan sehingga dua minggu atau lebih), mungkin juga terdapat rungutan sakit dan sengal (contohnya, sakit belakang dan sakit kepala) atau lesu kesan daripada punca psikologi. Ia juga dikenali sebagai rungutan psikosomatik. Dalam sesetengah kes, terdapat tanda-tanda perilaku melawan, cepat marah atau jenayah.
Salah guna alkohol atau dadah untuk membantu mereka tidur atau bertenang juga bukan sesuatu yang luar biasa. Membunuh diri sering kali menjadi tindakan terdesak terakhir untuk melepaskan diri daripada keperitan kemurungan. Tanda-tanda remaja mengalami kemurungan termasuk: menyuarakan secara terbuka perasaan putus harapan akan masa depan, memberi barang-barang kegemarannya kepada orang lain atau menulis nota selamat tinggal, selalunya melalui media sosial (contohnya, Facebook, Twitter).

Mencegah Kemurungan dari Awal

Kemurungan remaja boleh dicegah dengan menggalakkan kesihatan fizikal yang baik melalui amalan diet sihat, mendapat senaman yang mencukupi dan mempunyai interaksi sosial yang wajar. Para remaja mesti digalakkan untuk meluahkan perasaan mereka kepada guru, ibu bapa dan pemimpin masyarakat. Jika bantuan diperlukan, akses kepada kaunselor, pakar psikologi dan pakar psikiatri juga mesti digalakkan walaupun terdapat stigma yang dikaitkan dengannya. Ibu bapa juga harus lebih berhati-hati untuk mencegah anak remaja mereka daripada salah guna alkohol dan dadah.
Teknik pengasuhan dan komunikasi yang berkesan boleh membantu mengurangkan stres bagi remaja. Ibu bapa harus menggantikan hukuman yang memalukan anak dengan pengukuhan positif (positive reinforcement) kerana hukuman yang memalukan boleh membuat remaja rasa tidak berharga dan serba kekurangan. Setiap anak adalah unik maka ibu bapa tidak sepatutnya membandingkan anak mereka dengan anak orang lain. Perlunya satu usaha bersepadu untuk memastikan sekolah dan kolej mempunyai kaunselor atau guru terlatih dalam kaunseling yang mencukupi, yang boleh mengesan kes-kes dan merujuk kes kepada profesional seperti pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri, jika perlu.
Jangan abaikan kemurungan dalam remaja kerana ia boleh menjadi teruk dengan pantas dan membawa kesan buruk. Beranikan diri untuk mendapatkan sokongan daripada profesional kesihatan mental. Kemurungan merupakan isu kesihatan mental dan janganlah dianggap sebagai kemalasan atau masalah personaliti. Anda boleh berasa lega kerana hakikatnya anda bukan keseorangan. Terdapat banyak kumpulan sokongan di luar sana untuk membantu anda dan anak remaja anda mengharung perjalanan ini. Sebagai contoh, anda boleh menghubungi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, The Befrienders dan Talian Nur. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web organisasi tersebut.
Dengan kerjasama Persatuan Kesihatan Mental Malaysia


Saturday, 8 February 2020

NEVER GIVE UP


Despite having faced numerous setbacks, I have always kept going, carrying “Never Give Up, just try one more time” as my motto.
So how do you keep going when nothing “seems” to be working out for you? After all, how do you climb back onto the saddle when the horse has flung you off; when your plans fall to pieces and your dreams turn into ashes. “I encourage you to accept that you may not be able to see a path right now, but that doesn’t mean it’s not there.” ~ Nick Vujicic
What makes some people give up whilst others hold on until the prize is won? How do you not give up when everything inside you to tells you to? When it seems your investment is yielding no returns; when your dreams seem a far stretch.
Keep focused. Be positive. Believe in yourself and your abilities. Have a good support network and actively seek out ways to help others. Be thankful for what you have, never compare yourself and most importantly, trust God and have faith.
Life will throw curve balls at you and will attempt to break you down, nothing may happen exactly as you have planned. Just when you think things are starting to turn around, life may smack you back down, but don’t despair. You will get disappointed but don’t be discouraged. Life is a constant struggle with extreme lows and highs, that’s why, it’s crucial to alwaysbuild on failure and use it as a stepping stone.
“Failure should be our teacher, not our undertaker. Failure is delay, not defeat. It is a temporary detour, not a dead end. Failure is something we can avoid only by saying nothing, doing nothing, and being nothing.” ~Denis Waitley
The road to success is quite bumpy and frankly curvy, so how do you keep going? It’s definitely about perspective, how you look at things. My formula is take things one step at a time. Have a clear road map, as with traveling any path, there will be turns, obstacles, and potholes, so you must anticipate them and adjust accordingly. Don’t take rejection personally; keep moving forward.
Visualize the end result but don’t only focus on the destination, enjoy the journey. Make a conscious decision to be happy now. Speak positive affirmations. Be patient and don’t worry. Always let Purpose, Passion, Persistence, Patience, Courage and Hope be the fellows that accompany you on your journey. Sometimes setbacks may simply mean you need to re-focus your energies on another path or improve your game plan and seek personal development. In the end though, you become stronger and the lessons learned makes you wiser.
So Keep trying, Keep reaching, Keep dreaming. You never know what’s around the corner. Even if things look bleak right now, your future is bright! “Never give up, for that is just the place and time that the tide will turn” ~Harriet Stowe.
Always Think Big and Never ever give up!

Wednesday, 15 January 2020

11 Cara Atasi Serangan Panik

BelievePerform - What a panic attack feels and looks like | Facebook

Serangan panik
Serangan panik adalah perasaan ketakutan, panik, atau kegelisahan yang tiba-tiba dan kuat. ia sangat luar biasa, dan ianya mempunyai gejala serangan pada fizikal dan emosi.
Orang yang mengalami serangan panik mungkin akan mengalami kesukaran untuk bernafas, berpeluh dengan banyak, rasa gemetar, dan merasa jantungnya berdegup kencang.
Sebahagian orang juga akan mengalami sakit dada dan mempunyai perasaan seperti akan mati dan hilang kawalan diri dan semasa serangan panik juga mereka merasakan seperti  mereka mengalami serangan jantung. Ada yang melaporkan mereka merasa seperti  mengalami serangan strok.
Serangan panik amat menakutkan dan boleh menyerang anda dengan cepat. 
Berikut adalah 11 strategi yang dapat anda gunakan untuk mencuba menghentikan serangan panik ketika anda mengalami atau ketika anda merasakannya:
1. Gunakan pernafasan dalam

Latihan Pernafasan Dalam

Pernafasan dalam hanya memerlukan persekitaran yang tenang dan beberapa minit masa anda. Berikut adalah langkah-langkah untuk senaman pernafasan dalam yang sederhana:

  1. Mulailah dalam kedudukan yang selesa dengan tulang belakang yang lurus, seperti duduk tegak di kerusi atau berbaring di belakang anda.
  2. Tutup mata anda atau melihat ke bawah untuk membantu mencerminkan ke dalam dan memberi tumpuan.
  3. Mula semata-mata melihat nafas anda. Adakah anda bernafas masuk dan keluar dari dada? Adakah anda bernafas dengan pantas atau perlahan?
  4. Menjaga bahu anda santai dan masih, mula bernafas dengan niat. Menghirup dengan mendalam dan perlahan melalui hidung anda, merasakan pusat anda berkembang apabila anda mengisi badan anda dengan nafas. Secara beransur-ansur keluar mulut anda, biarkan semua udara basi keluar.
  5. Teruskan fokus pada nafas anda, melihat bagaimana pusat anda naik dan jatuh dengan setiap nafas yang anda ambil. Ulang selama lima hingga sepuluh lagi kitaran nafas.
  1. Semasa anda bernafas secara mendalam, perhatikan bagaimana perasaan anda sepanjang badan anda. Adakah terdapat kawasan yang merasa tegang daripada yang lain? Dengan setiap pernafasan bayangkan bahawa tubuh anda melepaskan tekanan dan ketegangan.
  2. Sebelum menamatkan latihan anda, ambil beberapa saat untuk melihat bagaimana anda merasakan secara fizikal, mental, dan emosi.
  3. 2. Kenali Dan Fahami bahawa anda sedang mengalami serangan panik
Dengan menyedari bahawa anda sedang mengalami serangan panik dan bukannya serangan jantung, anda dapat mengingatkan diri anda bahawa ini adalah sementara, ianya akan segera berlalu, dan anda akan baik-baik saja.
Singkirkan ketakutan bahawa anda mungkin akan mati atau malapetaka yang akan datang, kedua-dua gejala serangan panik. Ini membolehkan anda memberi tumpuan kepada teknik lain untuk mengurangkan gejala anda.

3. Tutup mata anda
Beberapa serangan panik datang dari pencetus yang mana ia datang dari sesuatu peristiwa pernah menimpa anda. Sekiranya anda berada dalam atau di  persekitaran tersebut ia akan merangsangkan lagi serangan panik anda.
Untuk mengurangkan rangsangan tersebut,  anda boleh tutup mata semasa serangan panik berlaku. Ini akan dapat menyekat rangsangan tambahan dan menjadikan anda lebih mudah untuk fokus kepada teknik pernafasan anda.
4. Amalkan kesedaran
Kesedaran dapat menolong anda dalam realiti apa yang ada di sekeliling anda. Oleh kerana serangan panik boleh menyebabkan suatu perasaan terpisah atau berpisah dari kenyataan, Kesedaran ini dapat mengatasi serangan panik anda ketika ia semakin hampir atau sedang berlaku.
Fokus pada sensasi fizikal yang anda kenal, seperti dimana anda berada, siapa di sekeliling anda, apa tujuan anda berada di situ atau lihat atau sentuh pakaian apa yang anda pakai. Warna-warna menarik yang ada di sekeliling anda dan sebagainya. Sensasi spesifik ini menjadikan anda berada dalam realiti dan memberi anda sesuatu objektif untuk difokuskan.

5. Cari objek fokus
Sebilangan orang merasa berguna untuk mencari satu objek untuk memusatkan perhatian mereka semasa serangan panik. Pilih satu objek dengan pandangan yang jelas dan perhatikan semua perkara yang mungkin.
Sebagai contoh, anda boleh fokus pada jam tangan anda, nombor-nombor atau bentuk di dlam jam tersebut dan bagaimana jarum-jarum jam berdetik.  Huraikan corak, warna, bentuk, dan ukuran objek pada diri anda. Tumpukan seluruh tenaga anda pada objek ini, dan gejala panik anda akan reda.
6. Gunakan teknik relaksasi otot / Mengeliat
Sama seperti pernafasan dalam, teknik relaksasi otot dapat membantu menghentikan serangan panik and dengan mengawal tindak balas badan anda sebanyak mungkin.
 Bersantai secara sedar satu otot pada satu masa, bermula dengan sesuatu yang sederhana seperti jari di tangan anda, dan gerakkan ke atas badan anda.
 Teknik relaksasi otot akan paling berkesan apabila anda mempraktikkannya terlebih dahulu.
7. Bayangkan tempat yang menggembirakan anda
Apa tempat paling santai di dunia yang boleh anda fikirkan? Pantai yang cerah dengan ombak yang menghempas pantai dengan lembut? Sebuah Kabin di pergunungan? Air Terjun,  Apa saja.....
Bayangkan diri anda di sana, dan cuba memfokus pada perincian persekitaran di sana sebanyak mungkin. Bayangkan anda berlari-lari si pantai dan bermain ombak di gigi pantai...atau anda sedang mencium aroma bunga-bunga di taman dan sebagainya.  
Tempat ini semestinya tenang, tenang, dan santai - tidak ada jalan-jalan sibuk dan sesak seperti di New York atau Hong Kong, tidak kira betapa anda suka kehidupan di bandar-bandar dalam hakikat sebenar.
8. Terlibat dalam senaman ringan
Pilihlah senaman ringan yang lembut, seperti berjalan atau berenang dan sebagainya..... jika anda masih merasa sukar untuk bernafas. Lakukan apa yang anda mampu untuk menarik nafas terlebih dahulu.
9. Simpan dan bawa bersama haruman atau wangian lavender  
Lavender terkenal kerana ia dapat melegakan dan menghilangkan tekanan. Ia dapat membantu badan anda berehat. Sekiranya anda tahu anda terdedah kepada serangan panik, simpan sedikit minyak pati lavender dan letakkan di lengan bawah anda ketika anda mengalami serangan panik. Hiruplah aroma.
Anda juga boleh mencuba minum teh lavender atau chamomile. Kedua-duanya santai dan menenangkan.
Lavender tidak boleh digabungkan dengan benzodiazepin. Gabungan ini boleh menyebabkan rasa mengantuk .
10. Banyak berzikir/selawat
Berzikir dan berelawat dapat menjauhkan kita dari gangguan syaitan. Mengulangi zikir dan selawat dapat menenangkan diri secara dalaman dan anda boleh menjadi relek dan  berkeyakinkan. anda boleh bercakap dengan diri anda sendiri bahawa "ini semua akan pergi" "ia datang sekejap saja", "aku boleh mengatasnya", "aku kuat"..ulang2 sehingga serangan  reda
11. Ambil benzodiazepin
Benzodiazepin boleh membantu merawat serangan panik jika anda mengambilnya sebaik sahaja anda merasakan serangan itu berlaku.
Walaupun pendekatan lain untuk rawatan panik mungkin lebih baik, bidang psikiatri telah mengakui bahawa ada segelintir orang yang tidak akan bertindak balas sepenuhnya (atau sama sekali dalam beberapa kes) terhadap pendekatan lain yang disenaraikan di atas, dan dengan demikian, akan bergantung pada pendekatan farmakologi untuk terapi.
Pendekatan ini selalunya merangkumi benzodiazepin, beberapa di antaranya membawa kelulusan FDA untuk rawatan keadaan ini, seperti alprazolam (Xanax).
Oleh kerana benzodiazepin adalah ubat preskripsi, anda mungkin memerlukan diagnosis gangguan panik untuk mendapatkan ubat tersebut.
Ubat ini boleh menjadi sangat ketagihan, dan badan dapat menyesuaikannya dari masa ke masa. Ia hanya boleh digunakan dengan berhati-hati dan dalam kes sangat memerlukan.


Wednesday, 6 November 2019

Good Bosses APPRECIATE their Employees!




  • There’s a lot of truth behind the saying, “People don't leave bad jobs. They leave bad bosses." More often than not, it’s not because they are underpaid, rather it’s because they feel undervalued and unappreciated. Sadly many managers think that they've fulfilled their duty by providing a paycheck, but that's not enough if you want engaged and productive employees.

All great bosses know that employees need to feel appreciated. Nothing works better than positive reinforcement. Research suggests you need to praise at least three times as much as you criticize to keep employees happy. Instead of being quick to criticize, be quick to point out some of the great things you see your employees doing. This will not only reinforce these positive actions with the employees that performed them, but also encourage other employees to do the same. Appreciation coupled with incentive rewards is a great morale and productivity booster. Even the slowest employee will work to the best of their ability if they know their efforts are appreciated.

It does not cost much to show employees how much you appreciate them:

– Punish in private; praise in public. Make the public praise timely and specific.
– A personalized thank you giving specifics on how the employee has helped.
– Recognition in meetings.
–Remember to cc people’s supervisors. “Don’t tell me. Tell my boss.”
– A random breakfast or lunch.
– A relevant gift. Even something that can help them do their job better.
– Time off
Actions speak louder than words. Saying, "Thank You" can only have real meaning if employees know you are an authentic person. 
Be a leader who genuinely cares about employees. 
Other great phrases that go hand in hand with "Thank You" are:
  •       Great job.
  •       Well done.
  •        I'm sorry.
  •        How can I help you?
  •       What are your thoughts?
"People work for money but go the extra mile for recognition, praise and rewards." -Dale Carnegie
Two of the most basic human desires are validation and appreciation — we need to feel like we matter. People want to feel appreciated, respected and included. Sometimes it's the little things we do that counts the most. 
Waiting too long to appreciate employees could result in those you lead feeling resentful.
Not only do underappreciated employees cost more when they (inevitably) leave but they cost a lot more if they stay. (faulty work, poor customer service, reduced productivity)
Choose to see the best in others. Choose to see what makes them amazing. Let them know the amazing things you see. Play to your team's strengths and everyone wins.
Brigette HyacinthBriggett Hyacint.


Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...