Selfie merupakan trend yang popular di kalangan netizen pada zaman sekarang,
namun tabiat tersebut merupakan simbol narsisisme terhadap golongan yang
ketagih mengambil selfie yang berlebihan setiap hari dan mengagung-agungkan
diri sendiri di media sosial. Kami tahu perkara ini masih berlaku pada keliling
anda dalam kehidupan harian.
Apakah maksud narsisisme?
Menurut Kamus Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka
Edisi Keempat, definisi narsisisme (narcissism) ialah perihal
atau keadaan terlalu memuja atau mengagumi diri sendiri.
Selain melihat gelagat-gelagat contact anda di media sosial,
anda juga sedar mereka membuat posting tentang diri mereka
semata-mata untuk perhatian.
Narsisisme sebenarnya bukan sejenis personaliti biasa yang anda
sangkakan, namun ia merupakan masalah serius yang mempunyai
ciri-ciri tertentu yang telah dikaji dan dikategorikan oleh pakar-pakar psikologi.
Secara umumnya, narsisisme merupakan keadaan minda yang
membuatkan seseorang individu berasa kewujudan mereka lebih penting
dan berharga daripada orang lain. Dengar macam obses diri sendiri, kan?
Grandiose Narcissism
Jenis narsisisme ini mempunyai tanda-tanda yang berkait dengan
narsisisme, termasuk sikap extrovert, terdesak mahukan perhatian
dan kecenderungan untuk menjadi “berkuasa” dalam apa-apa perkara
yang dilakukan.
Seseorang yang mempunyai tanda-tanda tersebut lebih
cenderung untuk memilih kerjaya yang mempunyai kuasa seperti ahli
politik dan selebriti, namun mereka berkemungkinan besar untuk
memiliki status tinggi dan mendapat perhatian daripada semua orang.
Vulnerable Narcissism
Berbeza dengan grandiose narcissism, golongan vulnerable narcissism
merupakan golongan yang tidak banyak bercakap (atau pendiam),
namun golongan ini adalah manusia yang dianggap diam-diam
ubi berisi kerana mereka mudah terasa hina jika ada pihak menolak
pandangan mereka.
Ciri-ciri personaliti narsisistik
Selain ciri-ciri yang ada pada golongan grandiose narcissism
dan vulnerable narcissism, ada beberapa ciri lain yang anda
boleh lihat pada golongan-golongan tersebut:
- Tiada rasa empati terhadap perasaan dan keperluan orang lain.
- Terlalu sombong dan angkuh kerana diri mereka penting
- daripada orang lain.
- Sentiasa mengimpikan perkara-perkara yang mampu
- menyempurnakan hidup mereka seperti kuasa yang tidak terbatas,
- kecantikan yang menawan, memiliki barangan mewah (materialistik)
- dan sebagainya.
- Attention seeker kerana mereka dahagakan perhatian dan sanjungan
- dari orang ramai.
- Mahukan semua jangkaan dan permintaan dipenuhi disebabkan
- hak dan keistimewaan mereka yang tinggi.
- Sentiasa berasa cemburu dengan kelebihan dan keupayaan
- orang lain.
Berdasarkan ciri-ciri tersebut, budaya narsisisme akan membawa
kesan yang negatif terhadap kehidupan seseorang.
Mereka akan kehilangan percaya serta disisih oleh masyarakat
sekeliling disebabkan dahagakan perhatian dan akan mengakibatkan
gangguan psikologi yang membahayakan kesihatan mental.
Tambahan pula, golongan narsisistik juga akan mengalami kesulitan
hubungan mereka bersama pasangan dan perlu belajar menyesuaikan
diri secara sedar untuk memahami perasaan dan keperluan pasangan
serta orang sekeliling.
Kesimpulannya, narsisisme merupakan satu “penyakit” yang
merosakkan keperibadian diri dan pada masa yang sama membuat
masyarakat sekeliling merana disebabkan gelagat-gelagat golongan
yang dianggap “materialistik” “tidak berhati perut”.
Oleh itu, kami nasihatkan anda jauhkan diridari ciri-ciri narsisisme
dan golongan narsisitik yang cuba memerangkap
minda anda supaya anda fokuskan perkara-perkara yang baik dalam
kehidupan harian anda.
No comments:
Post a Comment