Bab ini akan cuba menyelusuri perkembangan
aktiviti kaunseling di Singapura seawal tahun 1960an sehinggalah ia mencapai status professional dalam tahun
1980an. Selain dari berkongsi
hasil-hasil kajian yang telah membantu
dalam menyediakan maklumat serta memperbaiki amalan, bab ini juga akan memberi
perhatian yang khusus kepada usaha-usaha pengamal dan pendidik para kaunselor masa kini dalam mengadaptasikan dan memantapkan amalan
kaunseling Barat di Asia, dalam kontek silang budaya.
Republik Singapura merupakan sebuah
Negara pulau dengan jumlah keluasan tanah seluas 267 batu/persegi dan jumlah
penduduknya mencapai 4.8 juta orang, menjadkan ia sebagai salah sebuah negara yang berpenduduk padat di
dunia. Masyarakat di Singapura terdiri
dari pelagai kaum, pelbagai budaya dan pelbagai ugama Penduduknya terdiri dari 75% kaum Cina, 14%
kaum Melayu, 9% , kaum India, dan 2% terdiri dari kaum-kaum lain. Dari segi ugama, pula penduduk berugama
Buddha adalah sebanyak 43% dari pada jumlah penduduk, Muslim 15%, Taoists
9%, Hindu 4% dan Kristian 15%. Singapura juga merupakan sebuah kota kosmopolitan. Menurut statistik rasmi yang dikeluarkan oleh
kerajaan mendedahkan yang lebih daripada 25% penduduknya adalah orang asing yang datang dari latarbelakang
etnik yang berbeza. Orang Cina dari
China, Hong Kong dan Malaysia ; Orang India dari India; Orang Korea; Orang Jepun; Orang Indonesia; Orang
Filipina dan juga orang perseorangan dari Utara Amerika dan Negara-negara
Eropah (Jabatan Statistik Singapura, 2009).
Dengan wujudnya kepelbagaian etnik dan
kepelbagaian dalam beragama di Singapura, ia secara tidak langsung telah
memberikan cabaran yang hebat kepada kaunselor-kaunselor profesional yang bekerja
dengan klien yang berasal dari
latarbelakang yang berbeza dengan mereka.. Jadi, untuk memulakannya, kaunselor-kaunselor perlu lebih sensitif kepada perbezaan budaya antara
mereka dan klien mereka.
Sebagai contoh, Soong (1997) mengkaji
pelajar remaja dengan memberi keutamaan
melalui pendekatan kaunseling mendapati, pelajar –pelajar Hindu yang mengunakan bahasa India untuk perbualan dirumah menunjukkan kelebihan
kepada pendekatan Pemusantan Insan (Clien centred approaches), Pelajar-pelajar
berbangsa Cina yang menggunakan bahasa Inggeris untuk perbualan dirumah lebih
mengemari pendekatan kognitif, sementara pelajar-pelajar Muslim yang menggunakan
Bahasa melayu lebih mengemari pendekatan tingkah laku.
Keutamaan
perlu diberikan kepada pendekatan kaunseling,
tetapi perbezaan antara budaya
sebagai satu contoh. Klien dari etnik
yang berbeza latarbelakang juga memahami perbezaan tradisi dan amalan-amalan
budaya. Misalnya, ketika Muslim berpuasa
dalam bulan Ramadan, Orang Cina yang berugama Buddha juga berpuasa iaitu tidak memakan daging pada 1 dan 15 haribulan dalam bulan lunar. Dalam institusi perkahwinan, penjodohan
pasangan yang ditentukan oleh keluarga diamalkan secara meluas oleh kaum
India. Amalan itu tetap diterima
walaupun kepada golongan terpelajar dan profesional. Walaubagaimanapun dalam masyarakat Cina
terutamanya golongan lelaki yang bekerja cenderong mencari jodoh melalui agensi
yang menawarkan wanita-wanita dari negara Veitnam, Cambodia dan China apabila
mereka sukar mendapatkan jodoh dengan wanita tempatan. Dengan kata lain, perkahwinan pelbagai etnik
terus meningkat diantara golongan
profesional dari semua kaum. Malangnya
kadar penceraian juga meningkat dengan
tinggi diantara pelbagai etnik. (Jabatan
Statistik Singapura 2007). Kesemua
perbezaan kebudayaan telah memberi implikasi kepada kaunseling di Singpura
terutamanya dalam kaunseling keluarga dan perkahwinan.
Di
sebalik memahami kebudayaan dan norma-norma kumpulan etnik yang berbeza, kepekaan atau sensitiviti kepada perbezan budaya sangatlah
penting. Seorang Kaunselor yang
berhadapan dengan dua orang klien dari kumpulan etnik yang sama tidak boleh
mengandaikan yang mereka mempunyai atau berkongsi kepercayaan dan tradisi yang
sama. Pandangan dari sudut keagamaan
yang merupakan latarbelakang etnik juga perlukan pertimbangan. Orang Tamil yang beragama Kristiaan dan Orang
Cina yang beragama Kristian mungkin mempunyai persamaan berbeza dari Orang Tamil yang beragama Kristian dengan Orang
Tamil yang beragama Hindu. Pendidikan
juga memainkan peranan yang penting.
Satu kajian tempatan telah menunjukkan Orang Cina di Singapura dari
kumpulan berpendapatan rendah dan tidak mempunyai pendidikan lebih gemar
berjumpa bomoh daripada mendapatkan kaunseling yang lebih profesional. (Lee & Bishop, 2001;Ow,1998)
Terdapat dikotomi antara kepercayaan tradisional Asian dan
nilai-nilai yang dianggap sebagai kebaratan dan asing. Walaupun kaunseling profesional telah
mendapat penerimaan dan pengiktirafan di Singpura, namun masih ramai masyarakat
Cina yang dipengaruhi oleh etika
Confisious. Pada mereka, nilai-nilai
dalam kaunseling seperti penentuan sendiri, berdikari dan ekpresi diri adalah
bercanggah dengan tradisi orang Cina yang sangat patut pada ibubapa,
menghormati orang yang lebih tua, menahan emosi dan mengawal tingkah laku. Malah nilai kebangsaan yang dipromosikan
oleh kerajaan lebih mencerminkan nilai kebersamaan
daripada sikap individualistik sejak tahun 1989 lagi.(Chew 1990).
Dalam
kandungan pertama tahun 1988, lima nilai
kebangsaan yang dikongsi bersama mengabungkan elemen-elemen kebudayaan,
warisan, sikap dan kepercayaan di Singapura yang membantu meneruskan ‘survival’
bangsa Singapura. Perkara pokoknya ialah nilai ‘ kepentingan
negara mengatasi kepentingan masyarakat dan kepentingan masyarakat mengatasi
kepentingan sendiri. (nation before community and society above
self). Kemudian diikuti dengan
penekanan yang diberikan kepada keluarga sebagai unit asas masyarakat (the
family as the basic unit of the society) kesejahteraan barisan ketiga individu seperti
yang ditunjukkan dalam nilai yang
dikongsi 'sokongan masyarakat dan
menghormati individu. Nilai yang kedua akhir menekankan kepada
kepentingan konsensus, keharmonian dalam kehidupan masyarakat, dan pembinaan
negara-konsensus, bukan konflik dan keharmonian kaum dan agama.
(ExpatSingapura, 2008)
Seseorang
individu itu sudah boleh menduga dari tahap nilai, kebajikan masyarakat perlu
diutamakan sebelum keluarga, dan
keluarga dianggap lebih penting dari individu.
Sesetengah nilai itu ada bercanggah dengan nilai asas teori kaunseling Barat. Seperti yang ditunjukkan oleh Sue dan Sue
(1990), andaian terhadap teori kaunseling moden adalah berdasarkan cerminan
cita-cita demokratik dalam kontek
kebudayaan Amerika yang berkisar disekitar keunikkan dan maruah seseorang individu, kebebasan untuk meneroka potensi seseorang
terhadap penentuan matlamat dan hak persendirian yang menjanjikan kehidupan yang
lebih baik. Percanggahan terhadap
nilai-nilai ini mungkin menjadi penyebab kenapa rakyat Singapura terutamanya
bangsa Cina yang berpelajaran tidak berkeinginan untuk mencari kaunseling
profesional. Bekerja dengan pesakit mental
bangsa Cina, Ow (1998) mendapati yang tingkah laku untuk mendapatkan bantuan
termasuk berdikari, mendapatkan bantuan
dari keluarga, kawan-kawan, atau perubatan tradisi, dan akhirnya, dari
profesional kesihatan mental. Berdikari
bererti tinggal di rumah, mengambil minuman tonik, menyingkirkan ubat-ubatan
dan mengamalkan makanan seimbang.
Amalan perubatan tradisional yang mereka cari termasuklah
akupuntur, aromaterapi, urut kaki, tenung nasib, geomancy, ubat herba,
hipnosis, terapi urut, pawang dan nasihat
pengamal perubatan tradisional seperti bomoh dan sami di kuil
Ada sesetengan klien yang masih teragak-agak samada untuk
mendapatkan rawatan secara tradisional atau terapi moden, ada pula yang
mendapatkan rawatan tradisional ketika sedang menjalankan terapi moden. (Tan, Chee, & Long, 1980). Walaupun Singapura berada dalam era moden, ia
bukanlah sesuatu yang luarbiasa sekiranya seorang klien berbangsa Cina pergi ke
kuil untuk berdoa dan menderma selepas menjalani sesi dengan ahli terapi
bertujuan untuk mengembalikan keharmonian dan tuah dalam keluarga. Klien berbangsa India pula akan meminta nasihat dari ahli
astrologi dan kaunselor dalam masa yang sama.
Manakala dalam masyarakat melayu pula, sepertimana yang di lihat oleh
kaunselor-kaunselor di sekolah, ibubapa
mereka akan memaksa anak-anak mereka berjumpa dengan bomoh apabila anak-anak
mereka mengalami masalah gangguan emosi bukannya merujuk anak-anak mereka untuk
menjalani ujian psikologi.
Samion,
(1999), telah menemuduga kedua-dua pihak yang terlibat dalam menjalankan
perkhidmatan rawatan secara tridisional dan kaunselor profesional. Penemuan telah menunjukkan yang elemen
spiritual merupakan aspek penting pada klien dan hubungan dengan rawatan
traditional, tetapi elemen ini berkurangan dalam konteks kaunseling yang rasmi.
Aspek
spiritual merupakan salah satu sebab yang amat dihargai oleh klien kerana ia
dapat menolong klien meningkatkan keupayaan klien untuk menyelesaikan
masalah. Kajian itu juga menunjukkan
yang hubungan teraputik juga berkait rapat dan mempunyai persamaan terhadap
pandangan dunia. Oleh itu, dalam bekerja
dengan pelbagai kaum, budaya dan agama, para kaunselor profesional di Singapura mesti menyedari terhadap pandangan
klien-klien mereka, latarbelakang budaya, amalan agama demi untuk membina hubungan
dan menunjukkan rasa empati. Kaunselor
mesti lebih memahami bahawa pendekatan
kaunseling yang diamalkan hari ini berakar umbikan dari falsafah tradisi Amerika-
Eropah , dan mereka perlu mengadaptasikan pendekatan ini ke dalam konteks
budaya tempatan.
PEMBANGUNAN
KAUNSELING PROFESIONAL
Permulaannya
Di
Singapura, sejarah perkembangan
kaunseling profesional telah bermula sejak lima dekad yang lalu. Sebelum tahun 1960an, tidak ada satu pun
agensi kaunseling wujud di negara ini. Sementara itu setiap masalah sosial dan
peribadi individu hanya dikendalikan oleh pekerja-pekerja sosial, keperluan rawatan kesihatan mental
dikendalikan oleh beberapa orang ahli psikatri berbangsa asing di sebuah
hospital mental awam di negara ini. Bagi
pesakit yang mengalami masalah emosi dan psikologi yang ringan mereka masih
tiada tempat yang sesuai untuk dituju.
Kadang-kadang ahli keluarga mereka pergi mendapatkan rawatan secara
tradisional dengan berdoa di kuil atau berjumpa dengan bomoh. (Sim,1999;Tan,1996).
Kaunseling
profesional telah mula muncul pada tahun 1961 bila beberapa orang individu
seperti paderi, mubaligh dan doktor perubatan bergabung untuk menubuhkan
kaunseling di gereja. Khidmat mereka
ialah untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat
tempatan. Pada mulanya ia dikendalikan
oleh ekpatriat yang dilatih di luar negara.,
Pusat itu diberi nama Pusat Kaunseling
dan Penjagaan (Counselling and Care Centre)
dalam tahun 1975.
Selepas
itu, kesemua staf ekspatriat tersebut telah digantikan dengan
kaunselor-kaunselor tempatan. (Yeo,1993b).
Pada masa yang sama kaunseling penagihan baru dimulakan dan ditubuhkan
pada tahun 1972 dengan Persatuan Anti Narkotik Singapura (SANA). Beberapa tahun kemudian, Pasukan Bersenjata
Singapura telah menubuhkan pusat kaunseling mereka sendiri pada tahun 1977
bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan kaunseling untuk anggota-anggota dan ahli
keluarga mereka.(Sim,1999).
Sejak
itu, kaunseling telah berkembang dengan baik sekali, ia dimulakan oleh
badan-badan agama, Organisasi kebajikan sukarela dan juga pihak kerajaan. Apa yang menarik perhatian ialah pusat
khidmat keluarga (Family Service Centres) tumbuh bagai cendawan di segenap
pelusuk negara pulau ini. Pergerakkan
ini bermula dalam tahun 1980an dan mengumpul momentum dalam tahun 1990an. Pusat Khidmat Keluarga merupakan
agensi khidmat sosial sehenti dan dikendalikan oleh kaunselor
profesional yang terlatih, ahli psikologi dan pekerja-pekerja sosial. Mereka biasanya ditempatkan di
kawasan-kawasan perumahan awam bagi memudahkan mereka menjalankan khidmat
secara menyeluruh seperti pengurusan kes
individu dan keluarga, kaunseling kelompok dan kaunseling keluarga dan
perkahwinan untuk masyarakat setempat.(Tan,2002). Institut Pendidikan Kebangsaan merupakan
institut latihan perguruan tunggal di negara itu yang menubuhan sekolah kaunseling. Ia menubuhkan klinik di kampus dalam tahun
1974 untuk memperkenalkan kaunseling kepada sekolah-sekolah dan menyediakan
pendidikan kaunselor kepada guru-guru.(Tan,1990a,1994b,2004). Hasilnya, program latihan yang intensif dan
meluas dijalankan di institut tersebut,
dan kerajaan berkeupayaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya seorang kaunselor
sekolah yang terlatih untuk setiap 400 buah sekolah di Republik itu sehingga
tahun 2007 bagi menyediakan bimbingan pendidikan, kaunseling peribadi dan
kaunseling kerjaya untuk pelajar. (Kementerian Pendidikan, 2007). Akhirnya bermulalah kaunseling sebagai
profesion untuk membantu.
MENCAPAI
STATUS PROFESIONAL
Pada
pendapat pengarang, empat
petunjuk disiplin menandakan status
profesional :- penubuhan persatuan profesional, perlesenan atau pendaftaran
pengamal-pengamal dalam bidang tersebut, latihan yang
bertauliah untuk profesion serta penyelidikan dan penerbitan yang khusus
untuk profesion. Tiga petunjuk yang pertama yang dinyatakan diatas
ditujukan kepada seksyen ini, dan penyelidikan dan penerbitan ditujukan pada
seksyen yang seterusnya.
Dalam
tahun 1982, Persatuan Kaunseling Singpura (SAC) telah ditubuhkan bagi
menyediakan asas bagi kemajuan kaunseling profesional di Singapura. Perkara ini menunjukkan bahawa negara Singapura sedang berusaha untuk mengenal pasti kaunseling sebagai satu profesion. SAC juga menerbitkakan kod etika untuk
pengamal-pengamal profesional bagi memastikan kaunselor-kaunselor di Singapura
mengekalkan amalan profesional yang sesuai.
Untuk memajukan status profesional
kepada kaunselor-kaunselor terlatih, SAC
memulakan dengan mendaftarkan kaunselor-kaunselor terlatih tersebut dan juga memberikan pentauliahan kepada
mereka dalam tahun 2004 bagi memastikan
standard dan kualiti program latihan di negara itu. Ini merupakan satu lagi langkah yang amat
ketara terhadap profesionalisma
kaunseling, (SAC,2007).
Sebagai agensi perintis dalam menyediakan kaunseling profesional di Singapura, Pusat Kaunseling dan Penjagaan merupakan organisasi yang menerajui latihan kaunseling
dengan memulakan kursus sijil jangka pendek dalam
kemahiran asas kaunseling pada 1980-an.
Diantara
empat buah universiti tempatan, Institut Pendidikan Kebangsaan merupakan
institusi yang pertama memperkenalkan pendidikan kepada kaunselor secara rasmi. Dalam tambahan kepada kursus diploma lepasan ijazah dalam kaunseling sekolah untuk guru, institut
juga melancarkan program MA
dalam bidang psikologi gunaan pada
tahun 1997 untuk melengkapkan
psikologi pendidikan bagi
sekolah-sekolah dan ahli
psikologi kaunseling ,(Tan,2004). Dalam bulan Januari tahun 2007, Universiti
SIM, (UniSIM) melancarkan program Sarjana Muda Kaunseling yang membawa kepada diploma pasca graduan
dalam kaunseling, yang ditauliahkan sepenuhnya oleh SAC. Bertindakbalas kepada peningkatan
permintaan untuk pendidikan
kaunseling, Institut Pendidikan
Kebangsaan memperkenalkan program kaunseling MA dalam bulan Julai 2008. Dalam masa yang sama, UniSIM bercadang untuk
melancarkan program peringkat Sarjana dalam kaunseling dalam bulan Julai 2010.
PENYELIDIKAN
DAN PENERBITAN
Dalam
pelbagai disiplin, satu petunjuk utama dalam profesionalisma bergantung kepada
kerja-kerja peyelidikan dan pembangunan yang dijalankan dalam bidang itu. Sejak pendidikan kaunseling diperkenalkan
secara rasmi dalam tahun 1990an, budaya penyelidikan telah dipupuk di
kalangan kaunselor pendidik, pelajar kaunseling,
dan pengamal dalam
bidang tersebut, yang mana ia menghasilkan penerbitan buku-buku dan artikel-artikel penyelidikan. Penulis adalah bebas untuk
mengkategorikan penyelidikan mereka ke dalam tiga kumpulan, termasuk penerokaan,
pengesahan, dan kajian penilaian.
Kumpulan pertama ialah kajian penerokaan bagi memahami
tingkahlaku untuk mendapatkan bantuan dan karektoristik kumpulan-kumpulan klien.
Dalam kajian Ang dan Yeo (2004) mendapati yang tingkahlaku mendapatkan
bantuan di kalangan pelajar remaja
mendapati walaupun 84.3% dari 488 orang
pelajar menyedari tentang adanya perkhidmatan kaunseling di sekolah mereka, namun hanya 6.7% sahaja telah mendapatkan
bantuan kaunselor. Majoriti pelajar mendapatkan bantuan daripada
rakan-rakan (57.4%) atau ibubapa (40.2%) bila mereka mengalami masalah. Kebanyakkan pelajar perempuan lebih selesa
mendapatkan kaumselor yang sama jantina dengan mereka, manakala pelajar lelaki
lebih suka kaunselor yang berlainan jantina dengan mereka.
Lim
dan Ang (2006) mengkaji hubungan antara
kepercayaan kawalan dan sikap mencari
bantuan pelajar-pelajar universiti dan mendapati bahawa mahasiswa yang percaya
dalam mengubah diri untuk menyesuaikan diri dengan realiti menunjukkan sikap
yang lebih positif ke arah mendapatkan bantuan profesional daripada mereka yang
mempunyai kepercayaan dalam mempengaruhi realiti yang sedia ada sebagai satu
cara untuk menangani. Perbezaan jantina
terhadap sikap untuk mendapatkan bantuan seperti yang dilaporkan oleh Ang,Lim,
Tan, and Yau (2004) mendapati yang
perempuan peringkat awal dewasa
mempunyai sikap yamg lebih positif terhadap mendapatkan bantuan
profesional daripada kaum lelaki.
Sementara itu, Ng dan
Lim (2006) mengkaji tingkah laku klien mendapatkan bantuan profesional. Dari
FSC (N=86) (Family Service Centre) dan mendapati halangan utama untuk
mendapatkan bantuan dari kumpulan
keluarga berpendapatan rendah adalah harga diri yang rendah, perasaan pengasingan daripada
masyarakat, kesedaran
keluarga sebagai bantuan yang mencukupi,
dan kebimbangan bahawa kerahsiaan tidak akan disimpan.
Kumpulan
kedua dari kajian penyelidikan bertujuan untuk memeriksa kesahan teori
pembangunan kerjaya Barat dan langkah-langkah dalam konteks tempatan.
Super(1983),Super, Savickas, & Super,1996) mengandaikan kematangan kerjaya remaja meningkat
dengan usia di samping
pembangunan perkembangan kognitif.
Untuk mengesahkan teori Super, Tan (1989) meninjau
pelajar-pelajar remaja (N=1,380) umur 12 hingga 18 tahun mengunakan Inventori
Pembangunan Kerjaya Super(CDI) versi Australia.
Keputusannya menunjukkan peningkatan yang teguh pada skor min dari semua
aspek pembangunan kerjaya yang mana, penerokaan kerjaya, perancangan kerjaya,
pengetahuan kerjaya, dan membuat
keputusan kerjaya, dan terdapat juga perbezaan umur yang ketara. Penemuan ini menyokong teori Super bahawa
kematangan kerjaya meningkat bersama peningkatan umur.
Tan
(1990b) mengkaji kesahan Teori Holland dalam minat kerjaya pada pelajar-pelajar
sekolah rendah di Singpura (N=1,500).
Holland (1985, 1997) mengandaikan
bahawa kebanyakkannya seseorang itu boleh dikategorikan kepada
salah satu daripada enam jenis
personaliti vokasional, iaitu realistik (R),
Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Konvensional
(K). Untuk menguji kesahan Teori Holland
dalam kontek Singapura, Self Directed Search (SDS)
digunakan pada sampel berjumlah 1,500 pelajar sekolah rendah seluruh pulau itu.
Korelasi item subskala dari SDS
menunjukkan kebanyakkan item menyumbang kepada subskala
masing-masing.. Dan juga faktor
analisis item menunjukkan enam faktor
yang tersendiri yang sepadan dengan enam jenis personaliti. Penemuan ini menyediakan bukti yang mencukupi
untuk menyokong Teori Holland.
Penyelidikan
sering membawa kepada pembangunan
penerbitan inventori kaunseling
yang tulen. Dalam hal ini, usaha yang
berterusan di kalangan para profesional dan ahli akademik telah membawa kepada pembangunan inventori minat dan
senarai semak diagnostik. Satu contoh
ialah OSCAR (Orientation System for Careers), satu sistem bantuan
komputer yang komprehensif dalam
membangunkan program bimbingan kerjaya di Institut Pendidikan Kebangsaan
(Tan, 1994a, 1995), yang mana digunakan
secara meluas di sekolah-sekolah di Singapura.
Terdapat juga usaha-usaha di kalangan profesional untuk menerbitkan
buku-buku dan sumber bahan-bahan dalam
kaunseling yang mana sesetengahnya telah menjadi bahan asas rujukan dan buku
teks untuk program pendidikan kaunselor tempatan dalam bidang kaunseling
individu.(Tan, 1984; Yeo 1981,1993a), sekolah kaunseling (Lui & Wong, 2006;
Tan, 2004), dan kaunseling gerontologi (Metha & Co,2003; Ko, Metha,
&Ko, 2007).
Kumpulan ketiga yang
menjalankan kajian
menyiasat amalan kaunseling
semasa dari segi pilihan
klien dan kaunselor. Soong (1997) menyiasat keutamaan bagi pendekatan kaunseling di kalangan pelajar
sekolah menengah (N= 970) dari perbezaan asal-usul etnik dan
latarbelakang agama. Pendekatan kognitif telah didapati menjadi
pendekatan yang paling digemari (49.7%),
diikuti oleh pendekatan Pemusatan insan
(34.5%), dan pendekatan tingkah laku (15.8%).
Dalam kajian yang sama, Soong
meninjau kaunselor Cina (82), Melayu (8), dan India (10) asal usul etnik (N-=
100) dan mengadakan temuduga yang lebih
mendalam dengan 30 orang peserta.
Penemuan telah mendedahkan ,
tanpa mengira kaum kaunselor-kaunselor tersebut lebih gemar
menggunakan pendekatan pemusatan insan untuk klien dewasa dan pendekatan
kognitif untuk pelajar-pelajar.
Bagi kaunselor yang bekerja FSC
(Pusat Khidmat Keluarga) mereka lebih cenderong mengunakan pendekatan sistem
keluarga. Banyak guru-guru
kaunselor dari sampel mendapati realiti
terapi adalah lebih efektif bila berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku.
Masa adalah intipati
dalam satu pencapaian yang berorientasikan, sistem sekolah yang sangat kompetitif, berstruktur,
penyelesaian fokus dan pendekatan
kognitif juga digemarI.
ADAPTASI
DAN KETULENAN TEORI DAN AMALAN
KAUNSELING
Satu
kebimbangan utama para kaunselor profesional di Singapura ialah bagaimana untuk
membangunkan kecekapan silang budaya
dalam kaunseling. Kecekapan silang
budaya biasanya ditakrifkan sebagai kaunselor yang mempunyai
tahap kesedaran diri yang sesuai, pengetahuan, dan kemahiran dalam bekerja dengan individu dari
pelbagai latarbelakang budaya (Constantine, Hage, Kindaichi, & Bryan,
2007). Kesedaran kepada kecekapan
termasuk sensitiviti seseorang terhadap warisan budayanya, menghormati
perbezaan, menghargai bagaimana nilai seseorang itu boleh memberi
kesan kepada klien, dan berasa selesa dengan keadaan perbezaan dan sensitiviti . Kecekapan dalam ilmu pengetahuan
melibatkan kefahaman terhadap sistem
sosio politik, maklumat yang lebih
spesifik tentang sesuatu kumpulan yang bekerja dengan kaunselor, dan kesedaran
terhadap halangan institusi. Dalam
bidang kemahiran dan kecekapan, kaunselor mesti berkebolehan untuk menghantar
dan menerima respon secara lisan dan bukan lisan dengan tepat dalam setiap
konteks budaya dan aplikasi strategi intervensi yang sesuai dengan konteks
budaya kaunselor.(Sue, Arrendondo, & Mc Davis, 1992). Axelson (1993) merumuskan kecekapan budaya dalam kaunseling sebagai kesedaran kaunselor dalam empat bidang: (1) kesedaran
budaya yang menyeluruh, (pembangunan dilakukan dalam masyarakat, dan konteks
budaya yang lebih spesifik), (2) kesedaran diri (kekuatan, nilai, andaian,
bias, sterotaip), (3) kesedaran klien
(pandangan dunia,nilai, bias, andaian, dan (4) kesedaran terhadap prosedur
kaunseling (amalan membantu yang sesuai, strategi intervensi).
Laungani
(2004) mengatakan walaupun model terapi
dari barat terus digunakan di kalangan klien barat di negara-negara Metropolitan Asia
yang besar. Ahli-ahli terapi berbudaya
timur pula telah mencipta semula amalan tradisi kuno mereka bagi mengembangkan pendekatan yang lebih asli
yang mana ia didasarkan daripada sistem nilai yang berbeza dengan pemikiran
barat. Seksyen ini akan menunjukkan
adaptasi dan integrasi budaya yang
dijalankan di Singapura.
Terpengaruh dengan kerja Jay Haley
(1987), Yeo (1993a), seorang veteran dan pelopor dalam bidang kaunseling
profesional, mencadangkan pendekatan
empat langkah penyelesaian masalah kepada kaunseling yang di panggil
PADI. Padi adalah perkataan melayu
untuk bendang/sawah, satu terma yang
mudah di fahami di Asia Tenggara di mana
bendang/sawah biasa dilihat didesa-desa.
PADI adalah bermaksud (1) Problem
Defination (Definasi masalah) ,(2) Attempted solution (Cadangan penyelesaian),
(3) Desired changes (perubahan yang di inginkan), (4) Intervention plan (pelan intervensi).
Menurut
Yeo (1993a), PADI menggunakan pendekatan
pemusatan insan dalam kaunseling. Fokus terapi adalah untuk membantu pelanggan membina wawasan ke dalam masalah dan kebimbangan mereka dengan membimbing mereka untuk
meneroka hubungan mereka dengan
orang lain dengan lebih jelas (contoh ahli keluarga dan rakan-rakan), peristiwa
dalam hidup (contoh, perkahwinan, kelahiran anak dan kenaikan pangkat), dan
persekitaran (contoh, di rumah dan tempat kerja). Yeo menekankan untuk lebih efektif kaunselor
perlu mengabungkan pendekatan pemusatan insan dengan orieantasi
keluarga. Pada awalnya, konsep mempunyai orientasi
keluarga dalam kaunseling peribadi nampaknya bercanggah.
Ia hanya satu pandangan, walau bagaimanapun ia telah di terima di Singapura
dimana ali keluarga mempunyai pengaruh yang kuat dalam membuat keputusan pada
kehidupan seseorang individu. Oleh itu,
apabila klien datang dengan masalah, seorang kaunselor perlu meneroka hubungan
klien dengan keluarganya dan sejauh mana keluarganya terlibat dalam masalahnya.
Dengan
bertambahnya penulisan-penulisan tentang kaunseling dan kepelbagaian pendekatan
kaunseling, terdapat keperluan terhadap gabungan teori kerana tiada satu teori
pun yang lengkap dalam menyelesaikan isu-isu manusia. Lazarus (1989, 1992) berpendapat bahawa,
apabila seseorang kaunselor berpegang kepada satu orientasi teori, mereka cenderung untuk mengamalkan gaya interpersonal
yang sama untuk semua pelanggan. Mempercayai bahawa pelanggan
mempunyai pelbagai keperluan untuk pelbagai
gaya interpersonal daripada kaunselor mereka, Lazarus mencadangkan pendekatan pelbagai
medel pada kaunseling yang mana gaya interpersonal kaunselor berbeza dari satu pelanggan
dengan pelanggan yang lain. Pendekatan yang fleksibel dalam terapi multimodal (MMT) adalah amat
relevan kepada persekitaran pelbagai budaya di Singapura, di mana
pelanggan dari latarbelakang budaya yang berbeza boleh mebuat jangkaan yang berbeza terhadap tingkah
laku kaunselor dan hubungan kaunseling.
Lee
dan Wong (2004) mengambil kira kepentingan dimensi
interpersonal dalam konteks Singapura disesuaikan dengan MMT
Lazarus, dan mencadangkan
satu pendekatan multimodal ekologi untuk kaunseling. Mereka berhujah bahawa walaupun
MMT mengambil kira aspek interpersonal fungsi
personaliti, dimensi ini tidak diberikan perhatian yang mencukupi berbanding dengan intra dimensi
individu seperti tingkah laku,
menjejaskan, imej, dan kognisi. Untuk menjadikan MMT budaya yang lebih
relavan di Singapura, di mana ia lebih berstruktur, menghuraikan hieraki sosial, luas rangkaian peribadi, Lee dan Wong
mencadangkan bagi melanjutkan dimensi interpersonal dalam
kerangka ekologi.
Sehubungan itu, ekologi terapi
multimodal (EMT) mengambil
pandangan holistik di mana masyarakat dan persekitaran mereka s entiasa berinteraksi dan
mempengaruhi antara satu sama lain.
Konsep, hubungan yang dinamik boleh digambarkan dalam profil ekologi
yang terdiri daripada enam sistem berikut:
1. Sistem ekologi semula
jadi, sebagai contoh, cuaca dan persekitaran fizikal.
2. Sistem makrososial, sebagai contoh,
nilai budaya dan sistem politik.
3. Sistem mikrososial, sebagai contoh,
rakan sebaya, jiran-jiran dan kawan-kawan.
4. Keluarga lain, sebagai contoh, datuk
dan nenek, ibubapa saudara dan sepupu-sepupu.
5. Keluarga terdekat, sebagai contoh,
ibubapa dan adik-beradik.
6. Sistem diri seseorang, sebagai
contoh, kognisi, pengaruh, tingkahlaku, biologi dan imej.
Terdapat dua konsep utama dalam EMT, struktur dan fungsi. Struktur merujuk kepada sifat-sifat yang membentuk enam sistem, sebagai contoh, persekitaran
fizikal di dalam sistem ekologi yang semulajadi merujuk kepada peranan dan
tujuan sifat dan interaksi mereka.
Perubahan dan gangguan di dalam salah satu sistem atau di antara sifat-sifat
didalam sistem akan membawa kepada perubahan yang sepadan dan gangguan
di dalam sistem yang lain. Lee dan Wong
(2004) menyatakan yang konsep sistem ekologi semulajadi merupakan pusat
pandangan orang Asia yang menganggap seseorang itu adalah sebahagian
daripada sifat. Profil ekologi boleh digunakan untuk memahami
dan menilai hubungan interpersonal dan juga kekuatan dan kelemahan sokongan
jaringan sosial. Soalan berikut adalah
dicadangankan oleh EMT untuk menilai profil ekologi klien. (Lee dan Wong,
2004).
1. Bagaimana masalah / kebimbangan mempengaruhi pemikiran, tingkahlaku dan
perasaan pelanggan?. (Sistem diri sendiri)
2. Kepada siapa (contohnya, keluarga,
ahli-ahli, saudara-mara, kawan-kawan, profesional, dan bomoh) akan mendapatkan
bantuan ketika dilanda krisis?. (Keluarga terdekat, keluarga lain, dan sistem
mikrososial)
3. Bagaimanakah masalah pelanggan yang disampaikan
dikaitkan dengan
orang lain dan institusi sosial.Contohnya, sekolah, tempat kerja, dan lain-lain.? (Sistem
makrososial)
4. Bagaimanakah penyampaian masalah
pelanggan dapat mempengaruhi persekitaran fizikal (contohnya, keadaan perumahan, perubahan iklim, kedudukan
geografi dan lain-lain?. (Sistem ekologi semulajadi).
Dalam
satu lagi cubaan untuk menyesuaikan
pendekatan kaunseling Barat kepada konteks
tempatan, Wong
(2002a) mencadangkan model temuduga klinikal multidimensi (Multidimensional Clinical
Interview) (MCI) bagi mengenalpasti keperluan klien dan para
penemuduga. Model MCI boleh
digunakan sebagai panduan dalam temuduga
pengambilan dan juga boleh digunakan untuk proses kaunseling peringkat lain,
termasuk proses penaksiran dan intervensi.
Model Wong mempunyai lapan dimensi:
1.
Aras : Ia merujuk kepada pemahaman klien yang menyeluruh
dari aras biologi, psikologi dan sosiologi.
2.
Modaliti: Ia
mengingretasikan pendekatan yang dicadangkan oleh Lazarus (1999), Wong (2002a)
modaliti cadangan penilaian seperti tingkahlaku, deria, dan pengarug pada
peringkat intrapersonal dan modaliti seperti ibubapa, adik-beradik, dan rakan
sebaya pada peringkat interpersonal.
3.
Domain: Ia melibatkan pentaksiran kepada kelaziman masalah pelanggan dari
pelbagai domain seperti rumah, sekolah, tempat kerja dan kejiranan.
4.
Metod: Ia merujuk kepada pelbagai metod pnetaksiran
seperti pemerhatian, ujian psikologi dan lain-lain.
5. Angkubah: Ia merujuk kepada koleksi
maklumat mengenai
pembinaan psikologi lain yang penting,
yang tidak dilindungi oleh dimensi lain seperti lokus kawalan, menangani gaya dan sebagainya.
6. Perkembangan tahap dan masalah klien: Ia merujuk kepada koleksi maklumat tentang
perkembangan cabaran-cabaran yang di hadapi oleh klien.
7. Masa: Ia
menunjukkan betapa pentingkan masa pada kaunselor, mengumpul hanya
maklumat yag releven tentang masa lalu dan sekarang klien.
8. Budaya: Ia
melibatkan koleksi maklumat dari pengaruh pelbagai budaya, (etnik, ugama dan
orientasi semangat, pengaruh generasi, status ekonomi dan asal-usul bangsa, dan
lain-lain).
9.
Wong (2002a) juga mencadangkan lapan peringkat proses
pentaksiran:
1. Perancangan
(membuat keputusan keatas aras
pentaksiran berdasarkan alasan rujukan)
2. Pratemuduga (persediaan untuk temuduga).
3. Permulaan (Membina ‘rapport’).
4. Bekerja (Mengumpul
maklumat)
5. Penutupan (Penamatan sesi temuduga).
6. Memproses data
7. Mengkonsepkan dan menganalisis
8. Membina matlamat intervensi
Wong
(2002a) mencadangkan model MCI sebagai pendekatan menyeluruh bagi membantu
kaunselor mengendalikan temuduga klinikal dengan lebih sistematik tanpa mengira
apakah orientasi teori mereka.
Sensiviti
terhadap pegangan agama seseorang klien merupakan satu lagi cabaran kepada kaunselor
profesional yang bekerja dalam dalam konteks
silang budaya. Diantara kumpulan
utama agama-agama yang terdapat di
Singapura (Katoliks, Protestans, Muslim, Buddha, Taoist, dan Hindu. Buddha merupakan kumpulan agama yang terbesar
dan ia semakin berkembang dari 27% dalam
tahun 1980 kepada 43% dalam tahun 2007.(Jabatan Statistik Singapura, 2007).
Untuk menjalankan amalan kaunseling
dengan klien yang berugama Buddha, Wong (2002b) mencadangkan penggunaan terapi
perubahan, yang mana ia adalah pendekatan integrasi kepada psikoterapi
berasaskan ajaran Buddha dari ajaran “Four Noble Truth”.
“Four Noble Truth” menghuraikan tentang
kesukaran yang kita hadapi di dalam hidup dan bagaimana kita mengatasi
kesukaran ini untuk menjadi lengkap,
bebas dan dibebaskan. Penyataan pertama dalam ajaran “Four Noble Truth”,ialah penderitaan di dunia ini tidak dapat
dielakkan. Penyataan Kedua dalam “Noble
Truth” menyifatkan punca wujudnya penderitaan adalah kerana keinginan nafsu, keinginan duniawi, dan pemikiran negatif. Penyataan yang ketiga dalam “Noble
Truth” mengekalkan penderitaan yang
tidak akan kekal selama-lamanya dan itu adalah pengakhiran, yang mungkin membawa kepada
kesejahteraan. Penyataan “Noble
Truth” yang keempat pula mengajar jalan Lapan Tahap yang mulia yang membawa kepada pemberhentian
penderitaan dan pencapaian kesejahteraan.
Matlmat utama
tranformasi terapi ialah untuk membantu klien dalam penderitaan mereka untuk
mecapai kepada kesejahteraan. Ini boleh
dilakukan melalui strategi teraputik lapan tahap iaitu:
1.
Mengubah persepri
2.
Mengubah pemikiran
3.
Mengubahsensasi dan emosi
4.
Mengubah bahasa dan ucapan
5.
Mengubah tingkahlaku
6.
Mengubah kerja
7.
Mengubah minda dan jasad
8.
Mengubah diri sendiri.
Wong,(2002b)
menyatakan yang teknik teraputik ini semakin meningkat kerana cantuman dan
penyatuan dari teknik yang digunakan oleh amalan Buddha dan psikologi moden.
Beliau
berkeyakinan yang terapi asli boleh wujud bersama atau berintegrasi dengan
amalan psikologi moden. Lee (2006) mencadangkan penggunaan model yang jelas
(Ems) dalam proses kaunseling. Ems merujuk
kepada interpretasi dan pemahaman klien
terhadap masalah, kaunselor, pengamal perubatan dan ahli terapi serta lain-lain
yang sangat ketara. (contoh ahli keluarga, guru dan rakan sebaya.) di dalam
jaringan social tempatan.(Kleinman, 1980).
Bagi kaunselor pula Ems mereka banyak dipengaruhi oleh orientasi teori
mereka. Seorang kaunselor yang
psikodinamik boleh mengenalpasti pengalaman klien sebagai kebimbangan dan ia disandarkan kepada beberapa konflik yang tidak
dapat diselesaikan intrapsikik dijalankan lebih dari hubungan lalu. Untuk menguruskan kebimbangan, kaunselor
perlu membantu klien supaya peka kepada bahagian tidak sedar melalui analisis
mimpi, analisis pemindahan. Biasanya,
kaunselor kognitif tingkah laku akan mengabungkan kebimbangan dengan disfunsi
pemikiran dan mengunakan teknik kognitif untuk mengubahsuai pemiliran. Persoalannya bukanlah model mana yang benar
atau model mana yang lebih bermakna kepada klien. Klien dan kaunselor akan berpegang kepada
sama atau berbeza Ems. Salah padanan
pada Ems boleh mengakibatkan hubungan kaunseling dan proses rawatan
terhalang. Pada sudut yang lain,
persamaan diantara Ems klien dan pendekatan rawatan yang ditawarkan oleh
kaunselor akan menghasilkan terapi yang lebih kukuh oleh gabungan dan meningkatkan motivasi untuk
perubahan diri klien.
Lee(2006) juga
menyokong yang dengan memahami klien Ems, satu asas dapat diwujudkan untuk
merundingkan cara yang boleh di terima antara kaunselor dan klien.(p.60). Lee mempersembahkan dua kes ilustrasi bagi menunjukkan cara bagaimana ianya
dilakukan. Dalam kes pertama, satu
pasangan muda mendapatpatkan kaunseling profesional kerana mereka mempunyai
masalah didalam hubungan keluarga.
Kedua-dua belah ibubapa pasangan tersebut menolak rancangan mereka untuk
berkahwin disebabkan percaya kepada kepercayaan karut, dan mereka menjadi serba salah smada hendak
menjaga hati ibubapa mereka atau mengikut kat hati mereka Semasa menjalankan sesi kaunseling
praperkahwinan, pasangan tersebut juga mendapatkan tukang tilik Cina untuk
menyakinkan ibubapa mereka yang mereka merupakan pasangan yang secocok. Selepas mereka berjaya menyakinkan ibubapa
mereka, perkahwinan mereka diteruskan sepertimana yang telah dirancang.
Dalam kes yang kedua,
seorang lelaki berbangsa Cina yang yang mempunyai perasaan bersalah terhadap
ibunya yang telah meninggal dunia dan dia berterusan rasa bersalah kerana mengamalkan amalan
lama. Mengikut tradisi kepercayaan orang
Cina , roh simati akan kembali ke bumi untuk mencari ketenangan dan
menyelesaikan apa yang belum ia selesaikan sebelum mati dalam bulan tujuh
mengikut kalender Lunar, juga dikenali sebagai “pesta Hantu”. Jadi, untuk menenangkan hantu si mati,
Penganut ugama Buddha dan Taoist akan membakar kertas yang berbentuk “ketulan
emas”, “duit” bersama-sama dengan
makanan dan buah-buahan. Dengan membakar
surat minta maaf bersama dengan kemenyan pada roh ibunya, klien akan merasa
tenang, kerana mempercayai yang beliau akhirnya telah berdamai dengan ibunya.
Di dalam kedua-dua kes, tindakan berdasarkan budaya klien sangat di sokong oleh
ahli terapi sepenuhnya yang mana mereka
sentiasa terbuka untuk menyatukan terapi moden dengan amalan traditional.
(Lee,2002).
KESIMPULANNYA
Singapura
merupakan sebuah negara yang unik yang mempunyai sejarah yang pendek dalam
pembinaan bangsa (selepas 44 tahun merdeka). Namun , kebudayaan lama, amalan
agama masih menurut cara yang lama.
Rakyatnya mewarisi lima tradisi utama, termasuk Hindu, Buddha, Confusious, Kristian, dan Islam yang
setiap satunya mempunyai sejarah ribuan tahun.
Singapura juga merupakan tempat pertembungan antara bangsa Barat dan
Timur.. Pendidikan bahasa dinegara ini
memastikan yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan dapat
menerima budaya Barat tetapi dalam masa
yang sama masih berpegang kepada akar
budaya mereka. Keunikan ini menimbulkan
pasca cabaran kepada perkembangan dan amalan kaunseling di negara ini. Bagi menghadapi masalah ini, kaunselor di
Singapura telah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mengembangkan
kompetensi silang budaya dan menggunakan kajian dan penyelidikan untuk
mempertingkatkan amalan kaunseling.
Apa yang
telah kita pelajari di Singapura, ialah kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan
profesional di satu bahagian dunia.
Mula-mula kita telah pelajari bahawa disebalik perkhidmatan kaunseling profesional, sesetengahnya rakyatnya masih kurang berminat
untuk mendapatkan bantuan, terutamanya golongan keluarga yang berpendapatan
rendah dan mereka yang berpegang dengan
budaya tradisi.(Ang & Yeo,2004; Ng & Lim, 2006). Disebabkan
perubahan minda merupakan satu proses yang panjang, waktu terbaik untuk
memulakannya adalah peringkat kanak-kanak.
Dengan memperkenalkan perkhidmatan kaunseling di semua sekolah, untuk
melihat stigma yang dikaitkan dengan kaunseling dapat diubah
seawal-awalnya. Dengan keupayaan beliau
sebagai penyelia kaunselor di sekolah, penulis telah melawat banyak sekolah dan
mengikuti sesi kaunseling secara langsung.
Kedua-duanya amat maenggalakkan dan
menggembirakan untuk melihat
kemudahan dan keterbukaan di kalangan kanak-kanak dan remaja yang telah tampil
ke hadapan untuk kaunseling. Adalah di
harapkan yang rakyat Singapura pada masa hadapan akan mengekalkan sikap terbuka yang sama
untuk kaunseling
apabila mereka
sampai usia dewasa dan memasuki dunia pekrerjaan. Hanya apabila sikap terbuka wujud
di kalangan orang
dewasa dalam masyarakat maka barulah anjakan paradigma boleh dicapai.
Keduanya,
kita telah pelajari yang teori dan
teknik kaunseling berasal dari dunia
Barat tidak semestinya serasi dengan nilai dan sistem orang Asia dan amalan
budaya orang Timur. Malah,
penyelidikan telah menghasilkan bukti empirikal bahawa beberapa teori-teori
barat dan instrumen asing yang digunakan sebagai alat dalam kaunseling
kedua-duanya adalah sah dan terpakai dalam konteks Asia. (Tan,
1989,1990b1994a,1995). Jadi, daripada kita membuang teori-teori dan amalan yang
tidak relevan dan tidak sesuai kita harus menerima pakai, mengubahsuai dan menyesuaikannya.
Ketiga,
.percubaan yang di lakukan pengamal dan pendidik kaunselor
di Singapura telah
menunjukkan bahawa amalan kaunseling
moden boleh wujud
bersama-sama dengan amalan kebudayaan
tradisional. (Lee,2002; Samion,1999;Tan et. Al.,1980). Terdapat juga usaha yang berhasil dan bersesuaian dalam menggunakan teori dan
teknik kaunseling
Barat seperti yang didokumenkan
dalam bab ini.(Ko et al.,2007; Lee, 2006; Lee &
Wong, 2004;Wong, 2002a,2002b; Yeo, 1993a).
Keempat,
kajian dan amalan telah mengesahkan
yang kebolehgunaan pendekatan multimodal
didalam konteks silang budaya (Lee & Wong, 2004;Soong,1997). Klien yang datang dari latar belakang yang
berbeza mungkin berbeza dari sudut kepercayaan peribadi dan tingkahlaku mencari
bantuan. Mereka mungkin juga
berbeza ekspektasi terhadap kaunselor
dan proses kaunseling. Untuk menjadi lebih berkesan dalam
menjalankan kaunseling dalam konteks
silang budayaseseorang kaunselor itu perlu lebih berpengetahuan dan
menggunakan model-model kaunseling yang berbeza dan menggunakan pendekatan yang
lebih fleksibel.
Akhir
sekali, kita telah mempelajari, dari
etnik atau budaya mana seseorang kaunselor atau klien itu datang adalah tidak
penting. Yang paling penting ialah
mereka berkongsi pandangan atau Ems yang
sama. Kesedaran diri kaunselor dan kesedaran
diri klien serta persamaan dalam halatuju merupakan kunci utama untuk membina ‘rapport’
dan memudahkan proses kaunseling
(Lee,2002;Samion,1999,Soong,1997).
Memperkenalkan dan memajukan bidang kaunseling merupakan
satu perjalanan yang panjang dan penuh
cabaran bagi kaunselor dan pendidik.
Banyak yang boleh dipelajari melalui perkongsian bersama dan pertukaran
idea di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Sementara itu para pengamal dan para pendidik
kaunselor di Singapuraperlu meneruskan usaha mengadaptasi amalan
kaunseling Barat dan terapi asli, adalah menjadi harapan kita bersama iaitu
dengan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan profesional dari bahagian dunia
lain boleh membawa kesinambungan pembelajaran dan faedah bersama.
Source : International Handbook Of Cross Cultural Counselling
Aslkm. Alhamdulillah. Tq 4 d writing. Saya Abd Razak dari Johor Bahru. Berminat juga untuk menulis Kaunseling Pelbagai Budaya di Malaysia. Mohon bantuan tuan untuk mendapatkan bahan-bahan berikut : 1. Fail Pdf, Soong(1997) Adaptation of Western counselling approaches to an Asian multicultural context.
ReplyDeleteDi dahului dgn Jazakallahu Khairan Kathira
Aslkm. TQ 4 d writing. Saya mohon jika dapat tuan kirimkan fail PDF : Soong(1997)Adaptation of Western counselling approaches to an Asian multicultural context. Saya dahului Jazakallah.
ReplyDeleteEmel saya : abdrazakipti@gmail.com