Tanda- Tanda Kematian Yang Baik
Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)
1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La
ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang
akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga-
Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita
mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat
mengucap.
2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis
riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang
hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari
fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah
bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri
wafat pada hari isnin.
3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)
4) Mati syahid di medan Jihad.
(Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati
syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati
syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin
susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin,
Iraq
5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang
menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan
perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia
mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman,
dibunuh hanya kerana dia bertudung.
6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman
dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat
banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan
sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya
termasuk dalam kesudahan yang baik
7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya
8) Mati kerana sakit zat al-janb
(paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak
nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn
pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan
oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.
9) Mati kerana komplikasi perut. Mati
kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines
(usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika
seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia
mendapat husnul khatimah, dapat syahid
10) Mati kerana kebakaran. Sering kita
membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau
kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi
kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita
gembira kepada keluarganya.
11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya
12) Perempuan yang mati disebabkan anak
yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan,
ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah
kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun
jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat
syahid.
13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy)
14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim)
15) Mati kerana mempertahankan agama.
Dari Said bin Zaid (Barangsiapa yg mati kerana mempertahankan agamanya,
maka dia syahid- Termizi).
16) Mati kerana mempertahankan diri dan
keluarga. (barangsiapa yang mati kerana mempertahankan darahnya
(nyawanya) dia syahid, juga yang mati kerana mempertahankan nyawa ahli
keluarganya- tarmizi). Perompak memecah masuk dan selepas melakukan
rompakan, mereka hendak memperkosa anak dan isterinya, maka ketika itu
dia melawan, lalu dibunuh, maka itu adalah tanda mati syahid atau mati
baik.
17) Mati ketika berkawal, menjaga
sempadan dan bertugas. Hal ini khusus utk tentera dan mujahidin.
(Berkawal sentri sehari semalam lebih baik daripada berpuasa sebulan dan
mendirikan malamnya. Sekiranya ia mati, mengalir kpdnya pahala amalan
yg telah dikerjakannya, berterusan rezki kepadanya dan aman dari fitan
(azab kubur-Muslim)
18) Mati ketika sedang mengerjakan amal
soleh. Dari Hudzaifah r.a, Nabi bersabda (Barangsiapa mengucap syahadah
dgn ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa yg berpuasa sehari dgn
ikhlas, lalu mati, dia masuk syurga. Sesiapa bersedeqah dgn satu sedeqah
dgn ikhlas lalu dia mati ketika itu, dia masuk syurga- Ahmad).
Seseorang yang meninggal ketika sedang mengerjakan amal soleh, maka dia
mati dengan petanda yang baik
19) Meninggal di kota Madinah. Ibnu Umar
r.a berkata bahawa Nabi SAW bersabda (barangsiapa yang mampou mati di
Madinah, hendaklah dia mati di situ kerana sesungguhnya aku akan memberi
syafaat terhadap sesiapa yang mati di situ- Ahmad, Termizi, Ibn Majah,
Ibn Hibban)
20) Mati dibunuh oleh pemerintah yang
zalim. Dari Jabir r.a (penghulu syuhada’ ialah Hamzah abdul Muttalib dan
lelaki yang berdiri kepada penguasa yang zalim, maka dia menyeru dan
menegah penguasa tersebut lalu dia dibunuh- al-Hakim)
MAKLUMAN
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
1) 20 perkara ini merupakan tanda-tanda mati yang baik, yang disebut oleh Nabi Muhammad SAW dalam hadis yang pelbagai. Timbul persoalan, apakah seorang yang kufur dan syirik juga mendapat syahid hanya kerana mati pada hari jumaat? Atau hanya kerana mati lemas? Sedangkan kufur dan syirik merupakan sebesar-besar dosa. Tanda-tanda ini diibaratkan seperti keuntungan yang berlipat ganda dan menggiurkan namun bagaimana kita inginkan keuntungan berkenaan jika kita tidak berniaga dan tidak mempunyai modal asas. Apa yang penting, kita hendaklah terlebih dahulu menyediakan tapak dengan mengerjakan solat, puasa, zakat dan perintah Allah yang lain serta meninggalkan larangaNYA. Kemudian sama-samalah kita berdoa semoga kita semua mendapat mati dalam keadaan yang baik.
2) para ulama telah membahagikan syahid
kepada syahid besar dan kecil. Syahid besar (ada juga menyebutnya
sebagai syahid dunia akhirat) ialah mereka yang mati di dalam peperangan
menegakkan agama Allah. Mereka tidak perlu dimandi dan dikapankan.
Sementara syahid kecil (disebut juga sebagai syahid akhirat) merujuk
kepada mereka yang mati dalam keadaan husnul khatimah selain daripada
kes mati dalam perang. Contohnya seperti mati kerana sakit perut, mati
kebakaran, mati lemas, wanita yang mati bersalin dan sebagainya
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment