Pasport Malaysia Antarabangsa
1. Pengenalan
Pasport Malaysia adalah suatu Dokumen Perjalanan yang sah yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia bagi maksud perjalanan keluar negara.
a. Kelayakan - Warganegara Malaysia.
b. Tempat Memohon - Permohonan boleh dikemukakan di semua Pejabat Imigresen Negeri di Malaysia dan di Pejabat Perwakilan Malaysia jika berada di luar negara.
c. Tempoh Sah Laku - Tempoh sah laku selama dua (2) tahun atau lima (5) tahun sahaja dari tarikh dikeluarkan.
2. Bayaran Pasport
a. RM100.00 untuk 2 Tahun
b. RM300.00 untuk 5 Tahun
3. Bayaran Bagi Warga Emas (berumur 60 tahun ke atas) dan Kanak-Kanak (berumur 12 tahun ke bawah)
a. RM80.00 untuk 2 Tahun
b. RM150.00 untuk 5 Tahun
4. Bayaran Separuh Harga
RM150.00 untuk 5 tahun
5. Kelayakan Bayaran Separuh Harga
a. Remaja
yang belum mencapai usia 21 tahun yang sedang belajar diluar negara atau
menerima serta dapat menunjukkan bukti telah menerima tawaran
melanjutkan pelajaran di Institusi Penggajian Tinggi di luar negara
semasa mengemukakan permohonan.
6. Pengecualian Bayaran / Percuma (Gratis)
a. Golongan orang kurang upaya (OKU) yang
berdaftar dengan Jabatan Kebajiikan Masyarakat dan mengemukakan Kad
Pendaftaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat sebagai
bukti.
7. Bentuk Bayaran
a. Tunai
b. Wang pos atau bank draf yang dipalang
i. Malaysia - Atas nama KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA atau PENGARAH IMIGRESEN NEGERI dimana permohonan dikemukakan.ii. Luar Negara - Atas nama SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/PENOLONG SURUHANJAYA TINGGI MALAYSIA/KEDUTAAN BESAR MALAYSIA/KONSULAT JENDERAL MALAYSIA (di mana berkaitan).
*Cek persendirian atau syarikat tidak diterima.
8. Cara Memohon Pasport Kali Pertama
Pemohon perlu mematuhi prosedur berikut:
a. Pemohon hadir sendiri di Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara
b. Melengkapkan borang Pasport Malaysia (IM.42-Pin.97)
yang boleh didapati di kaunter pejabat pasport atau dimuat turun
melalui Laman Web Imigresen secara percuma. Borang hendaklah dimuat
turun dan dicetak atas kertas A4 (depan dan belakang).
c. SEMUA permohonan kali pertama harus mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di bawah :
Pemohon | Jika | Syarat-syarat |
Pemohon yang berumur 18 tahun ke atas | Lahir dalam negara | MyKad pemohon Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) pemohon diperlukan. 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
Lahir luar negara | MyKad pemohon Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan. 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Pemohon warganegara Malaysia Sabah dan Sarawak yang mohon kali pertama di Pejabat Imigresen Semenanjung Malaysia. | MyKad pemohon Sekiranya tidak memiliki MyKad, Kad Pengenalan Sementara (JPN.KPPK 09 dan 11) dan Sijil Lahir pemohon diperlukan. 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) Catatan : Permohonan akan dirujuk ke Pajabat Imigresen Sabah dan Sarawak dan kelulusan akan dimaklumkan selepas 5 hari bekerja. |
|
Pegawai dan anggota tentera | Kad Tentera 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Pegawai dan anggota polis | Kad Polis 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Pemohon yang berumur 18 tahun ke bawah | Lahir dalam negara | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama). 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
Lahir luar negara | Borang W/Sijil Lahir/Sijil Perakuan Taraf Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan semasa balik ke Malaysia. Jika pasport tidak dapat dikesan kemukakan Surat Akuan Sumpah berhubung butir-butir kemasukan dan Dokumen Perjalanan/pasport yang digunakan. MyKad bapa/ibu (ibu atau bapa perlu hadir sama) 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Jika ibu dan bapa telah meninggal dunia | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Sijil kematian ibu/bapa Surat sumpah hak penjagaan anak / surat dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kad Pengenalan penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Jika ibu dan bapa bercerai | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Surat mahkamah memberi hak penjagaan anak kepada ibu/bapa. MyKad ibu/bapa yang diberi hak penjagaan yang sah. 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm) |
|
Jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan | MyKad pemohon Sijil lahir pemohon Surat Akuan Sumpah/Surat pengesahan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat/pengesahan dari Ketua Kampung/Penghulu yang mengesahkan ibu bapa tidak dapat dikesan dan hak penjagaan diberi kepada penjaga yang sah. Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm |
|
Jika pemohon adalah anak angkat | MyKad pemohon Sijil Anak Angkat Kad Pengenalan Penjaga/Pasport Penjaga (jika warga asing) 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm |
|
Jika pemohon telah berkahwin | MyKad pemohon Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm |
9. Permohonan Gantian Pasport Melalui Kaunter
Buku pasport baru akan dikeluarkan kepada permohonan gantian pasport.
Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
Jika pemohon ingin memohon Pasport baru menggantikan Pasport yang belum tamat tempoh sahlakunya , baki tempoh (had maksima 6 bulan sahaja) yang ada dalam Pasport lama akan dimasukkan ke dalam Pasport baru dengan syarat-syarat berikut:
a. Bukan kes hilang atau rosak
b. Bukan kes dalam siasatan
c. Bukan permohonan gantian pasport untuk tempoh sahlaku dua(2) tahun
Kategori | Dokumen yang diperlukan |
Pemohon bawah 18 tahun |
|
Pemohon atas 18 tahun |
|
10. Kes Kehilangan/Kerosakan Pasport Malaysia
a. Kes Kehilangan
i.
Permohonan gantian bagi Pasport yang telah hilang boleh dikemukakan di
mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan:
- Borang permohonan (IMM.42-Pin.1/97)
- Kad Pengenalan (KPT)
- Sijil Lahir
- Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm dan berlatar belakang warna biru muda.
- Borang Soal Selidik Kehilangan Pasport (IMM.42c) yang boleh dimuat turun dan didapati di mana-mana Pejabat Imigresen dan telah diperakui oleh Suruhanjaya Sumpah/Mahkamah.
ii. Kelulusan
permohonan gantian Pasport yang telah hilang adalah bergantung kepada
keputusan Ketua Pengarah Imigresen dan keputusan siasatan
dimaklumkan dalam tempoh lima (5) hari dari tarikh permohonan diterima.
iii. Kategori Kes Kehilangan
BIL | KATEGORI HILANG / ROSAK |
1 |
Kehilangan akibat bencana alam (tsunami, gempabumi, banjir dan seumpamanya)
* bukti bencana alam (surat Pegawai
Daerah / Penghulu / Ketua Kampung / Perwakilan Malaysia di luar Negara
atau Pihak Berkuasa Negara terlibat dan seumpamanya)
|
2 |
Kehilangan / rosak akibat kebakaran
*Perlu laporan pihak bomba
|
Bagi kes kehilangan pasport yang telah tamat tempoh sahlaku pemohon hanya perlu mengisi borang pasport (IMM.42-Pin.1/97) mengikut proses kerja permohonan biasa.
b. Kes Kerosakan Pasport Malaysia
Pasport Malaysia diistilahkan rosak jika :
i. Basah
ii. Diconteng / terconteng
iii. Dikoyak / Terkoyak
iv. Dibakar / terbakar
v. Dimakan anai-anai/serangga
vi. Gambar pudar / luntur
vii. Butiran dalam pasport dipinda
Permohonan gantian pasport yang rosak boleh dikemukakan di mana-mana Pejabat Imigresen yang berdekatan dengan mengemukakan
- Borang permohonan (IMM.42-Pin. 1/97)
- Dokumen-dokumen sokongan (asal beserta salinan) seperti Kad Pengenalan (KPT)
- Sijil Lahir dan
- Dua (2) keping gambar terbaru berukuran 3.5sm x 5.0sm berlatar belakang warna biru muda
Kelulusan permohonan
gantian Pasport yang telah rosak bergantung kepada keputusan Ketua
Pengarah Imigresen dan tempoh keputusan siasatan dimaklumkan dalam
tempoh lima(5) hari dari tarikh permohonan diterima.
11. Maklumat Am
a.
Penggunaan perkataan anak lelaki (A/L) dan anak perempuan (AP/) bagi
kaum India dan bukan Islam di mukasurat utama Pasport Malaysia telah
dimansuhkan tetapi dinyatakan pada mukasurat
'PEMERHATIAN'/'OBSERVATION'.
b. Jika pemohon dibawah usia 18 tahun, kad pengenalan ibu atau bapa diperlukan.
c. Pasport Malaysia yang tidak dituntut selepas tiga (3) bulan dari tarikh kutipan yang dinyatakan pada resit bayaran akan dibatalkan dan dilupuskan.
Pemohon yang pasportnya telah dibatalkan jika memerlukan pasport
hendaklah mengemukakan permohonan baru mengikut proses biasa beserta
bayaran.
d. Tiada
lagi kemudahan memasukkan butir-butir kanak-kanak dalam pasport ibu
atau bapa. Kanak-kanak (termasuk bayi yang baru dilahirkan) perlu
memohon secara berasingan dan ibu bapa boleh memohon untuk menukar
gambar setelah bayi meningkat usia 2 tahun ke atas dengan mengisi borang
Permohonan Pasport (Im.42 - Pin 1/97)
disertai dengan 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda
(berukuran 3.5 x 5 sm), Sijil Lahir dan hadir bersama-sama anak
berkenaan di Pejabat Imigresen.
e.
Berdasarkan Akta Penjagaan Kanak-Kanak (Guardianship Act 1961- Pind
1999), ibu kini boleh seperti bapa membuat pengesahan bagi permohonan
anak bawah 18 tahun.
- Telah Dikemaskini pada Selasa, 4 Februari 2014 11;17pm
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia
Hari tu Ahad 31/3/2013, saya pun pergilah ke Jabatan Imigresen Anak Bukit, Alor Setar untuk membuat passport. Lebih kurang pukul 2.15 pm saya telah sampai ke kaunter pendaftaran/permohonan.(Kaunter 1)
ReplyDeleteSaya bagitau saya nak buat passport baru, ada borang kena isi tak?saya bertanya.
Pegawai bertugas kata tak perlu cuma dia minta Kad pengenalan dan dua keping gambar berukuran passport. Kemudian saya diberi nombor giliran 2209. Orang agak ramai jugak.
Lebih kurang 30 minit kemudian nombor saya di panggil ke kaunter nombor 7. Pegawai bertugasminta kembali kad pengenalan dan dua keping gambar tadi dan kemudian perlukan pemeriksaan cap jari. dan cap cari keatas borang permohonan IM 42.
Setelah selesai proses tersebut saya disuruh tunggu panggilan seterusnya untuk membuat bayaran. Selepas 30 minit dalam jam 3.15pm baru nama saya dipanggil ke kaunter 11 untuk membuat bayaran mengikut tempoh passport(2 @ 5 thn).
Kemudian pegawai berkenaan ,memberi resit bayaran dan menyuruh saya tunggu lagi saju jam lebih kurang pukul 4.15 ptg baru datang ambil nombor di kaunter no 1 semula.
Sempatla saya pergi sembahyang, minum,cuci-cuci mata dan pekena rokok sebatang. Suraunya agak kemas dan selesa. Tepat jam 4.15pm saya terus kekaunter 1 ambil nombor dan lebih kurang 5 minit nombor saya dipanggil untuk mendapatkan passpot baru saya...
Komen saya ,sekarang urusan dgn Jabatan Imigresen lebih mudah dan cepat. kalau dalam musim cuti sekolah saya tak jamin. Tapi tempoh dua jam yang saya tunggu sebenarnya boleh dipercepatkan lagi....wallahuaklam.