Monday, 4 March 2013

PETUA BAGI ORANG SUKA PADA KITA


1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Ini kerana kebanyakan manusia (yang normal) tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap.

2. Adaptasi tingkah laku orang yang kita mahu dekati. Ini kerana persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologkal. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya.

3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama juga boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut.

4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Maka, banyakkan memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang!

5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa tuan-tuan/puan-puan sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga. Tapi awas! Jika takut syok sendiri, binalah hubungan secara beransur-ansur. Kata orang, ‘Slow and steady win the race’.

6. Kajian juga mendapati bahawa apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya.

7. Akhir sekali, elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.
Selamat mencuba!
Source : Blog personaliti unggul

1 comment:

  1. Kalau pandangan saya secara peribadi, kita mestilah rajin melakukan Solat Tahajud kerana Allah amat menyayangi orang yang selalu menunaikan Solat Tahajud. Apabila Allah dah sayang pada kita Dia akan buat seluruh manusia dan makhluk sayang pada kita...Masya Allah.

    ReplyDelete

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...