Wednesday, 21 July 2021

Bahaya Tengking Anak

 Bahaya Tengking Anak..


💝 Terdapat juga segelintir orang dewasa iaitu ibu bapa menengking anak-anak especially di tempat awam seperti kedai/shopping mall..


💝 Anak-anak walaupun masih kecil, mereka mempunyai perasaan dan nilai diri.. mereka akan ingat hingga dewasa apa yang dilalui semasa zaman kanak-kanak..


🎀 Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.


🎀 Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.


🎀 Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.


Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.


🎀 Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.


🎀 Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.


Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :


✅ lebih berisiko kena penyakit jantung

✅ lebih mudah kena depression dan anxiety

✅ kacau sistem pencernaan kita

✅ kacau tidur kita

✅ badan makin cepat gemuk

✅ lebih cepat lupa

✅ mudah sakit kepala dan migrain


🌺 Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional'


🌺 Jadi ibubapa kena sentiasa upgrade ilmu parenting.. mendidik anak perlu dengan ilmu.. bukan hanya wang ringgit..


🌺 Mendidik anak bukan hanya memenuhi keperluan fizikal tetapi perlu merangkumi keperluan emosi, mental dan spiritual..

No comments:

Post a Comment

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...