Sebab Jin merasuk manusia
WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.
Salah
seorang Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam,
Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh
manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi
kita mengikut telunjuk mereka.
Pendakwah bebas lulusan Universiti
Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk
mereka sentiasa menjadi perhatian jin.
"Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.
“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya," tambahnya.
Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.
“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut
Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan
berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau
tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat
jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.
Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:
1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah S.W.T.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan di dalam rumah.
3. Meninggikan suara dalam bilik air.
4. Menangis dan merintih sebelum tidur.
5. Membuang air panas ke dalam bilik air.
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah.
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan.
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan.
9. Selalu bertengkar antara suami isteri.
10. Terlampau marah.
11. Mengikut hawa nafsu.
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah.
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir.
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah S.W.T.
15. Perempuan suka bersolek.
16. Berlaku perjanjian sihir antara jin dan tukang sihir.
17. Jin jatuh cinta pada manusia.
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.
Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin :
1. Sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.
2.
Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing
hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke
tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.
3.
"Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat," katanya.
4. Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.
5.
Lain-lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja,
otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar
kata-kata suruhan tertentu.
Wallahuaklam.
ENAM KELEMAHAN JIN
Walaupun jin dan syaitan mempunyai
kemampuan-kemampuan yang tidak dimiliki oleh manusia, akan tetapi
al-Quran dengan tegas mengatakan bahawa hakikatnya syaitan dan tipu
dayanya itu adalah lemah. Berikut adalah beberapa contoh kelemahan jin,
di antaranya:
1. Tidak boleh mengalahkan orang-orang soleh.
Bukti bahawa syaitan atau jin tidak akan
dapat mengalahkan orang soleh adalah perkataan syaitan sendiri ketika
berdialog dengan Allah dalam surah al-Hijr ayat 39 -
“Iblis berkata:” Ya Tuhanku, oleh sebab
Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan
mereka memandang baik (perbuatan ma’siat) di muka bumi, dan pasti aku
akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba Engkau yang
mukhlis di antara mereka “. (Surah Al-Hijr 15: 39-40).
Dari ayat ini dapat difahami bahawa yang
menyebabkan syaitan itu dapat menguasai seseorang adalah kerana
perbuatan dosanya. Ketika seseorang itu dekat dengan Allah, maka syaitan
akan lari dan tidak akan berani mendekatinya apatah lagi menguasainya.
2. Syaitan takut dan lari oleh sebahagian hamba Allah
Apabila seseorang betul-betul memegang
ajaran agamanya dengan betul serta mengukuhkan keimanannya dengan teguh,
maka syaitan akan takut dan lari. Hal ini terdapat pada diri Umar bin
Khatab. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Turmu-dzi Rasulullah Shallallahu
‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Umar: “Sesungguhnya syaitan sangat
takut olehmu, wahai Umar” (HR. Turmudzi).
Bukan hanya kepada Umar, akan tetapi
syaitan (jin kafir) juga akan takut oleh orang-orang beriman yang
betul-betul dengan keimanannya. Dalam al-Bidayah wan Nihayah, Ibnu
Katsir pernah mengutip sebuah hadis berikut ini:
“Sesungguhnya orang mukminakan dapat
mengawal (mengalahkan) syaithannya sebagaimana salah seorang dari kalian
yang dapat mengawal untanya ketika perjalanan” (HR. Ahmad).
Bahkan, apabila seseorang betul-betul,
dan soleh, dia boleh membawa qarinnya (penyertanya, kerana setiap
manusia itu pasti disertai oleh syaitan (jin kafir) di sebelah kirinya
dan malaikat di sebelah kanan atau sering disebut dengan qarin) masuk
Islam. Hal ini sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Imam
Muslim ini juga:
“Rasulullah SAW bersabda:” Tidak ada seorang pun kecuali ia disertai oleh seorang
qarin (penyerta) dari jin dan seorang qarin (penyerta) dari malaikat “.
Para sahabat bertanya: “Apakah termasuk anda juga wahai Rasulullah?”
Rasulullah menjawab: “Ya termasuk saya, hanya saja Allah menolong saya
sehingga jin itu masuk Islam. Ia (jin tadi) tidak pernah menyuruh saya
kecuali untuk kebaikan “(HR. Muslim).
3. Jin takluk dan taat kepada Nabi Sulaiman.
Di antara mukjizat Nabi Sulaiman adalah
dapat menaklukan jin dan syaitan sehingga semuanya boleh bekerja atas
perintahnya. Hal ini sebagaimana ditegaskan dalam ayat al-Qur’an berikut
ini dalam surat Shad ayat 36-38:
“Kemudian Kami tundukkan kepadanya angin
yang berhembus dengan baik menurut ke mana saja yang dikehendakinya,
dan (Kami tundukkan pula kepadanya) syaitan-syaitan semuanya ahli
bangunan dan penyelam, dan syaitan yang lain yang terikat dalam
belenggu” (QS. Shad ayat 36-38 ).
Mukjijat ini diberikan kepada Nabi Sulaiman sebagai pengabulan atas doanya yang mengatakan:
“Dan berikanlah kepadaku kerajaan yang tidak diberikan kepada seseorang setalahku” (QS Shad 38:35).
Doa Nabi Sulaiman inilah yang
menyebabkan Rasulullah tidak jadi untuk mengikat jin yang datang dengan
melemparkan anak panah ke muka beliau. Dalam sebuah hadis Muslim
dikatakan:
“Dari Abu Darda berkata:” Suatu hari
Rasulullah SAW bangun, tiba-tiba kami
mendengar Rasulullah mengatakan: “Aku berlindung kepada Allah darimu”,
kemudian Rasulullah SAW juga berkata: “Allah
telah melaknatmu” sebanyak tiga kali. Rasulullah lalu menghamparkan
tangannya seolah-olah beliau sedang menerima sesuatu. Ketika Rasulullah
selesai solat, kami bertanya: “Wahai Rasulullah, kami mendengar anda
mengatakan sesuatu yang belum pernah kami dengar sebelum ini. Kami juga
melihat anda membukakan kedua tangan anda “. Rasulullah menjawab: “Baru
Iblis, musuh Allah datang membawa anak panah api untuk dipasang di muka
saya, lalu aku berkata:” Aku berlindung kepada Allah darimu “sebanyak
tiga kali, kemudian saya juga berkata:” Allah telah melaknatmu dengan
laknat yang sempurna “sebanyak tiga kali. Kemudian saya bermaksud untuk
mengambilnya. Seandainya saya tidak ingat doa saudara kami, Sulaiman,
tentu saya akan mengikatnya sehingga menjadi mainan anak-anak penduduk
Madinah “(HR. Muslim).
4. Jin atau syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah
Syaitan dan jin tidak dapat menyerupai
bentuk dan muka Rasulullah saw. Oleh kerana itu, apabila seseorang
bermimi melihat Rasulullah SAW, maka ia
sungguh telah melihatnya. Dalam hadis sahih dikatakan:
“Rasulullah SAW bersabda:” Sesiapa yang bermimpi melihatku, maka dia sungguh
telah melihatku, kerana syaitan tidak dapat menyerupaiku “(HR. Muslim).
5. Jin dan syaitan tidak boleh melewati batas-batas tertentu di langit
Sekalipun jin dan syaitan mempunyai
kelebihan dapat bergerak dengan cepat, akan tetapi mereka tidak akan
dapat melepasi batas-batas yang telah ditetapkan yang tidak dapat
dilalui selain oleh para malaikat. Kerana apabila mereka berani
melaluinya, maka mereka akan binasa dan hancur. Kerana itu pula, jin
tidak dapat mengetahui dan mencuri maklumat dari langit sehingga apa
yang dibisikkannya ke tukang-tukang ramal dan dukun adalah kebohongan
semata. Untuk lebih jelasnya akan hal ini, dapat dilihat dalam surah
al-Rahman ayat 33-35).
6. Jin tidak dapat membuka pintu yang sudah ditutup dengan menyebut nama Allah
Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Rasulullah SAW bersabda:” Tutuplah pintu-pintu, dan sebutlah nama Allah (ketika
menutupnya), kerana syaitan tidak akan membuka pintu yang sudah dikunci
dengan menyebut nama Allah. Tutup jugalah tempat air minum (qirab dalam
bahasa Arab adalah tempat menyimpan air minum yang diperbuat dari kuit
binatang) dan bekas-bekas kamu (untuk masa sekarang seperti almari,
bupet, peti sejuk dan lain) sambil menyebut nama Allah, meskipun kamu
hanya menyimpan sesuatu di dalamnya dan (ketika hendak tidur),
matikanlah lampu-lampu kalian “(HR. Muslim).