Wednesday, 11 December 2013

Penyakit Mental


Apa itu penyakit mental?

• Penyakit mental adalah penyakit yang melibatkan gangguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran, perasaan dan tingkah-laku seseorang yang mengakibatkan gangguan untuk menjalani aktiviti seharian dengan
baik.

• Kajian pemantauan penyakit yang dijalankan di Malaysia pada tahun 1996 mendapati hampir 11.1% daripada golongan dewasa Malaysia dikesan mengalami penyakitmental.

• Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penyakit mental adalah antara 5 penyakit utama yang menyebabkan hilang-upaya di seluruh dunia dan dijangkakan pada tahun 2020 penyakit ini akan menjadi penyebab kedua tertinggi.

Adakah semua penyakit mental serupa?

Penyakit mental bukanlah hanya sejenis penyakit sahaja. Ia terdiri dari berbagai kategori penyakit. Secara umumnya penyakit mental boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan utama:

1. Neurosis:
o Mereka yang tergolong di dalam kumpulan ini lazimnya mengalami perubahan dan gangguan di dalam pemikiran, perasaan dan kelakuan tanpa menjejaskan kewarasan mereka.

o Individu yang mengalami penyakit neurosis selalunya sedar akan keadaan kesihatan mereka.Fungsi harian mereka mungkin terganggu sedikit. Antara contoh penyakit neurosis adalah seperti berikut:

􀂃 Kemurungan
􀂃 Kemurungan adalah perasaan sedih yang melampau dan
berpanjangan. Sedih adalah perasaan yang sering kita alami.
Akan tetapi jika perasaan sedih itu terlalu berat untuk
ditanggung dan berpanjangan melebihi tempoh 2 minggu serta
menganggu fungsi kehidupan seharian maka ia bukanlah sedih
lazim tetapi penyakit kemurungan.

􀂃 Kebimbangan
􀂃 Penyakit ini digejalai oleh perasaan bimbang, resah dan gelisah.
Seseorang itu akan berasa tertekan, tegang, berpeluh, berdebar-debar dan berasa takut melampau akan bahaya yang mereka tidak ketahui puncanya

2. Psikosis:
Mereka yang mengalami penyakit psikosis mengalami perubahan yang amat ketara di dalam pemikiran, perasaan dan tingkahlaku mereka. Kewarasan mereka juga terjejas.

o Penderita akan berasa keliru dengan mengalami suara-suara ghaib
berkomunikasi dengan mereka. Ia dikenali sebagai halusinasi. Mereka juga mempunyai kepercayaan pelik yang tidak dikongsi oleh orang lain dan menyebabkan reaksi melampau dari pesakit berkenaan. Ia dipanggil delusi.

Antara contoh delusi ialah - ada orang mahu menganiaya atau berbuat jahat kepada mereka menyebabkan mereka bertindak menyerang orang yang disyakinya secara membahayakan

o Mereka mungkin bercakap dengan merapu / mengarut; berkelakuan aneh seperti bercakap seorang, ketawa atau marah dengan tiada bersebab.

Contoh psikosis yang sering dialami adalah:
􀂃 Schizophrenia :
􀂃 Antara ciri utama ialah: halusinasi; delusi; kecelaruan
pemikiran, kecelaruan pertuturan dan tingkahlaku. Prestasi
kerja mereka juga merosot dengan ketara.

􀂃 Kecelaruan manik-depresif (dwikutub):
􀂃 Penyakit ini mengakibatkan mereka mengalami perubahan
ketara dari segi emosi. Mereka sering hilang kawalan dan
menjadi terlalu gembira (fasa manik) atau terlalu sedih (fasa
kemurungan).

3. Kecelaruan Personaliti:
o Secara asasnya kecelaruan ini membuat seseorang itu mengalami kecacatan perwatakan atau karekter. Masalah yang dialami ini boleh menberi kesan kepada perhubungan interpersonal dengan orang di sekelilingnya.

Apa yang menyebabkan berlakunya penyakit mental?
Penyebabnya tidak diketahui dengan tepat. Kajian masih dijalankan untuk memperincikan punca sebenar penyakit ini. Namun terdapat beberapa faktor yang menyumbang terjadinya penyakit mental.

1. Faktor genetik/ keturunan:
o Ahli di dalam keluarga yang mempunyai sejarah penyakit mental berisiko lebih tinggi berbanding populasi yang tiada sejarah penyakit berkenaan.

2. Gangguan bahan kimia dalam otak:
o Bila bahan kimia dalam otak yang dikenali sebagai neurotransmitter tidak berfungsi dengan baik gejala penyakit mental akan muncul.

 Sebagai contohnya:
􀂃 Schizophrenia: Penghasilan dopamin secara berlebihan
􀂃 Kemurungan: Paras serotonin terlalu rendah
􀂃 Mania: Paras serotonin meningkat secara melampau
􀂃 Kebimbangan: terdapat gangguan di dalam pengeluaran dan fungsi noradrenalin

3. Jangkitan virus:
􀂃 Mengikut kajian ada penyakit akibat jangkitan virus telah dikaitkan dengan kemunculan penyakit mental.

4. Sejarah hidup yang getir:
􀂃 Sebagai contoh: mengalami proses kelahiran yang sukar, kehilangan ibubapa semasa kecil, terlalu banyak mengalami cabaran hidup yang sukar

5. Keadaan sosio-ekonomi yang rendah:
􀂃 Faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan di dalam masyarakat boleh meningkatkan masalah penyakit mental.

Bolehkah penyakit mental diubati?
• Ya
• Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubat yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental.

• Hampir semua ubat yang digunakan untuk merawat penyakit mental mengambil masa sebelum kesan positifnya boleh dilihat. Kesabaran meneruskan pengambilan ubat
secara konsisten amat digalakkan.

• Selain ubat psikotropik pendekatan sokongan seperti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, terapi keluarga, pendidikan psikologi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti sama pentingnya.

Di manakah bantuan boleh diperolehi?
Semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar psikiatri
akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit

Anxiety Disorder

Memahami Gangguan Kebimbangan

Kebimbangan berbanding gangguan kebimbangan

Kebimbangan adalah emosi biasa yang kita alami bila berdepan dengan keadaan yang tidak tentu atau berbahaya. Kita berasa bimbang bila kita mengalami situasi yang menekankan seperti kehilangan kerja, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, atau menjelang peperiksaan.
Rasa takut akan timbul bila ancaman tersebut lebih hampir dan lebih mudah dikenali. Contohnya, bila melihat ke bawah dari tebing tinggi atau bila diserang oleh anjing menderam yang besar. Takat kebimbangan yang tertentu ada baiknya kerana ia dapat meningkatkan prestasi kita dan membantu kita mengendalikan masalah yang sedang dihadapi.
Gangguan kebimbangan berlaku bilamana kebimbangan menjadi begitu teruk dan berpanjangan sehingga ianya mula mengganggu kebolehan kita untuk mengendalikan aktiviti seharian. Gangguan kebimbangan adalah jenis gangguan mental yang paling kerap berlaku. Kebanyakan orang tersalah tafsir gangguan ini dan berpendapat individu-individu yang terbabit boleh mengatasi gejala-gejala tersebut melalui tekad semata-mata. Mengharapkan gejala-gejala ini akan hilang begitu sahaja tidak akan menyelesaikan masalah tersebut tetapi rawatan dapat membantu.

Apakah gangguan kebimbangan yang biasa?

Dalam risalah ini, kita akan fokus ke atas gangguan kebimbangan yang lebih umum, gangguan panik dan fobia, kerana ini adalah gangguan kebimbangan yang berbentuk lebih biasa.
1. Gangguan Kebimbangan Am
Gangguan Kebimbangan Am (GAD) adalah satu tekanan dan kegelisahan kronik yang diperbesarkan walaupun tiada apa yang mencetuskannya. Orang yang mengalami GAD akan sentiasa menunggu berlakunya bencana, gelisah secara berlebihan berkenaan kesihatan, wang, keluarga atau kerja. Mereka susah untuk berehat dan tidak dapat mengenepikan rasa ambil tahu mereka walaupun mereka sedar bahawa kebimbangan mereka tidak rasional. Kesusahan mereka akan diikuti oleh gejala-gejala fizikal terutamanya menggeletar, gerenyetan, ketegangan otot, sakit kepala, meragam, berpeluh atau berasa panas secara tiba-tiba.
Mereka akan berasa seperti hendak pitam atau sesak nafas dan mungkin rasa mual atau perlu pergi ke tandas dengan lebih kerap. Selalunya kerosakan yang dikaitkan dengan GAD adalah sederhana dan mereka yang mengalami gangguan ini tidak akan berasa begitu tersekat dalam persekitaran sosial atau semasa bekerja. Bagaimanapun jika ianya teruk, maka GAD boleh melesukan, yang mengakibatkan susah melakukan aktiviti-aktiviti harian yang mudah sekalipun.
2. Gangguan Panik
Orang yang mempunyai gangguan panik mempunyai perasaan gerun yang menimpa secara tiba-tiba dan secara berulangan tanpa sebarang amaran. Mereka tidak akan dapat menjangka bila sesuatu serangan akan berlaku dan mungkin akan mengalami satu kebimbangan yang tenat di antara setiap episod/kejadian. Mereka sentiasa khuatir dalam memikirkan bila dan di mana serangan yang seterusnya akan berlaku. Di selang serangan, terdapat satu perasaan khuatir yang sentiasa wujud secara berterusan berkenaan serangan berikut yang boleh datang pada bila-bila masa.
Bila serangan panik melanda, jantung muai berdebar dengan kuat dan pesakit akan berasa lemah, pitam, berpeluh atau rasa gayat. Tangan mereka mungkin berdenyut-denyut sedikit atau rasa kebas dan mereka akan berasa panas atau kesejukan. Ketidakselesaan dada, rasa seolah-olah muka ditekap, satu perasaan tidak realistik, ketakutan terhadap malapetaka yang akan datang atau kehilangan kawalan juga mungkin wujud. Orang yang mengalami gangguan ini benar-benar percaya bahawa beliau sedang diserang penyakit jantung atau strok, menjadi gila atau hampir maut. Walaupun kebanyakan serangan berlanjutan selama beberapa minit, kadang-kala ianya berlanjutan sehingga sepuluh minit. Dalam kes-kes tertentu walaupun yang jarang berlaku, serangan tersebut boleh berlanjutan sepanjang satu jam atau lebih.
Gangguan panik selalunya diikuti oleh keadaan-keadaan seperti kemurungan atau penagihan alkohol, dan akan berkembang menjadi satu fobia. Hidup sesetengah orang akan menjadi begitu tersekat. Mereka akan mengelak sebarang situasi yang boleh membuat mereka tidak berdaya jika satu serangan panik menimpa. Apabila hidup mereka menjadi begitu tersekat oleh gangguan tersebut iaitu yang terjadi kepada satu pertiga daripada orang yang mengalami gangguan panik, keadaan ini dikenali sebagai agorafobia (gerun lapang).
3. Fobia
Fobia menimpa dalam beberapa bentuk. Fobia bukan sahaja satu ketakutan yang keterlaluan; ianya adalah ketakutan yang tidak realistik. Jika sumber ketakutan itu mudah dielak, maka rang yang mengalami fobia mungkin berpendapat yang mereka tidak perlu mendapatkan rawatan.
Fobia spesifik merupakan ketakutan terhadap sesuatu objek atau keadaan. Ramai orang mengalami ketakutan spesifik yang tidak rasional dan begitu kuat terhadap barang-barang tertentu atau keadaan. Beberapa contoh yang biasa adalah anjing, tempat-tempat tertutup, ketinggian, eskalator, terowong, air, berterbang di udara dan kecederaan yang melibatkan pendarahan.
Fobia sosial adalah satu ketakutan besar terhadap dimalukan semasa situasi sosial, secara spesifiknya yang memalukan diri sendiri di hadapan orang lain. Kesilapan kecil mungkin akan nampak begitu besar daripada keadaan sebenarnya. Pipi yang tiba- tiba berubah menjadi merah juga nampaknya begitu memalukan dan si penghidap akan berasa seolah-olah semua mata memandang ke arahnya. Atau ketakutannya mungkin lebih spesifik, contohnya seperti berasa bimbang bila perlu memberi ucapan, semasa bercakap dengan bos atau dengan seorang yang berkuasa, atau semasa ‘dating’. Fobia sosial menjejas hidup biasa dan mengganggu perhubungan sosial atau kerjaya.
Agrofobia, yang selalunya menuruti gangguan panik, merupakan satu ketakutan terhadap dirinya berada dalam sebarang keadaan yang mungkin mencetuskan serangan panik, atau satu keadaan di mana beliau susah melepaskan diri sekiranya berlaku serangan tersebut. Mereka yang mengalami agrofobia akan takut untuk berkunjung jauh dari rumah atau untuk memasuki ruang-ruang terbatas seperti keretapi, lif, kapalterbang kerana begitu takut akan mendapati satu serangan panik dan tidak dapat melarikan diri dengan segera atau mendapatkan bantuan.

Gejala-gejala kebimbangan

Gejala-gejala kebimbangan
1. Psikologi
  • Perasaan gugup/gementar
  • Fikiran yang merungsingkan
  • Keresahan
  • Peka kepada bunyi
  • Rasa tidak selesa
  • Daya tumpu yang lemah
  • Meragam/cepat marah
2. Fizikal
  • Pening
  • Degupan jantung yang kuat
  • Sakit kepala
  • Gangguan usus
  • Sengal otot
  • Ketakcernaan
  • Kesusahan bernafas/terketar-ketar
  • Kencing secara kerap
  • Keadaan sejuk dan panas secara mendadak
  • Ketidakselesaan gaster
  • Najis cair
  • Kekebasan tangan dan kaki, ketidakselesaan dada
3. Gangguan tidur
  • Insomnia
  • Mimpi buruk
Gejala ini selalunya di salah takrif oleh orang-orang yang bimbang sebagai bukti adanya penyakit fizikal yang serius seperti penyakit jantung atau barah, yang seterusnya menyebabkan kebimbangan untuk bertambah lagi. Perbezaan di antara kebimbangan biasa dan gangguan kebimbangan adalah semasa berlakunya ketegangan yang besar sedangkan pada hakikatnya tiada bahaya pun, atau bilamana langkah berjaga-jaga yang keterlaluan diambil untuk mengelakkan sumber kebimbangan tersebut.

Apakah sebab-sebab gangguan kebimbangan?

Peristiwa-peristiwa hidup yang menekankan boleh mencetuskan gangguan kebimbangan. Kebimbangan selalunya akan hilang selepas puncanya disingkirkan tetapi ada kalanya gejala-gejala itu akan berlanjutan untuk tempoh yang lama walaupun selepas keadaan yang menekankan telah berakhir.
Kebarangkalian anda mendapat gangguan kebimbangan adalah lebih besar sekiranya salah seorang daripada ibubapa atau adik beradik anda mempunyai keadaan tersebut. Oleh itu, pembentukan genetik anda dan pengalaman hidup anda akan menentukan sama ada anda akan menghidapi gangguan kebimbangan. Faktor alam sekitar juga memainkan peranan. Selalunya agak sukar untuk mengenalpasti punca sebenar gangguan kebimbangan. Pesakit selalunya lebih lemah terhadap satu kombinasi tekanan seperti pembawaan peribadi, perubahan dalam hidup dan keadaan-keadaan khas.

Bagaimana gangguan kebimbangan dapat dirawati?

Orang-orang yang bimbang atau dalam ketakutan boleh dibantu dalam berbagai cara:
1. Bercakap mengenai masalah tersebut
Adakalanya perbualan bersama seorang kawan yang dipercayai atau seorang ahli keluarga yang kita sanjungi pendapat-pendapatnya dapat mengurangkan keresahan kita dengan begitu efektif. Mereka mungkin telah menghadapi masalah tersebut secara sendiri dan dapat berkongsi pengalaman. Terdapat juga ramai para profesional yang boleh kita temui, contohnya doktor keluarga, ahli psikiatri, pakar sakit jiwa, pekerja sosial, jururawat atau kaunselor.
2. Belajar berehat
Mempelajari suatu teknik merehatkan diri boleh membantu anda untuk bersantai dan dapat mengawal tegangan dan kebimbangan anda. Teknik berehat termasuk senaman bernafas, bertafakur dan imejan. Terdapat berbagai buku dan pita audio yang boleh diperolehi oleh anda untuk melatih diri anda berkenaan teknik-teknik tersebut.
3. Psikoterapi
Ini merupakan rawatan perbualan yang lebih intensif, yang boleh membantu pasakit mengenali, memahami dan menerima sebab berlakunya kebimbangan yang kemungkinannya tidak kelihatan begitu jelas. Pendekatan melalui terapi tingkah laku kognitif yang tertentu juga dapat membantu kebanyakan daripada gangguan kebimbangan, sama ada secara bergabungan dengan perubatan ataupun ataupun secara sendirinya. Teknik ini melibatkan para individu untuk menghadapi situasi yang paling ditakuti oleh mereka dan pada masa yang sama memberikan mereka strategi kognitif.
4. Perubatan
Berbagai perubatan boleh didapati untuk merawati gangguan kebimbangan. Ianya selalunya digunakan bersama dengan kaedah yang diterangkan di atas. Ubat pententeram dan antidepresan adalah dua daripada ubat yang paling kerap digunakan.
Ubat pententeram yang paling kerap digunakan adalah benzodiazepine. Ianya berguna bukan sekadar untuk gejala kebimbangan siang hari tetapi juga di waktu malam untuk membantu tidur. Walaupun mujarab, benzodiazepine mungkin menyebabkan berlakunya pergantungan terhadapnya selepas penggunaan yang berpanjangan. Gejala-gejala penguduran akan berlaku jika ubat ini dihentikan atau dikurangkan dosnya. Oleh itu, benzodiazepine. seharusnya digunakan hanya untuk pengurusan gejala kebimbangan jangka pendek dan bukannya untuk rawatan jangka panjang.
Antidepresan diguna untuk merawat kebimbangan dan juga gejala-gejala kemurungan. Tidak seperti benzodiazepines, ianya tidak menyebabkan pergantungan terhadapnya. Ubat antidepresan yang selalu digunakan termasuk antidepresan trikitaran (TCAs), penyekat kadar penyerapan semula serotonin yang terpilih (SSRIs), dan penyekat kadar penyerapan semula serotonergik noradrenergik (SNRIs) dan penyekat monoamina oksidas. Ini mesti diambil secara tetap untuk dua hingga empat minggu sebelum sebarang peningkatan ketara dalam kesihatan berlaku.

Adakah terdapat sebarang komplikasi akibat daripada gangguan kebimbangan?

Gangguan kebimbangan mempunyai beberapa komplikasi. Komplikasi pertama adalah kebolehan berfungsi yang berkurangan. Dalam kes-kes yang teruk, ini boleh membawa kepada keadaan ketidakmampuan yang menyeluruh di mana seseorang itu tidak boleh lagi bersekolah atau berkerja.
Kemurungan juga merupakan satu komplikasi yang sering berlaku, yang menjadikan keadaan lebih teruk dan menambah risiko terhadap perasaan bunuh diri. Penyalahgunaan bahan (dadah) juga merupakan satu komplikasi yang sering berlaku, terutamanya apabila pesakit mencuba untuk mengubati diri sendiri dengan sedatif atau alkohol. Ini berkemungkinan memerlukan rawatan selari yang melibatkan program penyalahgunaan bahan.
Langkah pertama dalam mendapatkan rawatan adalah untuk mengenal pasti gejala-gejala yang diterangkan tadi. Ramai pesakit akan terus sengsara menghadapi gejala-gejala tersebut kerana mereka takut berjumpa dengan ahli profesional berkenaan masalah mereka. Ini kerana mereka takut dianggap sebagai “gila”. Pada hakikatnya, kebanyakan orang yang mengalami kebimbangan atau ketakutan jarang sekali menghidapi penyakit mental yang teruk, dan masalah mereka selalunya boleh dikurangkan atau mendapat kelegaan melalui rawatan.

Monday, 28 October 2013

Tips Menurunkan Berat Badan


 

Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan, sudah tentu sentiasa memasang azam mahu menurunkan berat badan.
Memang bagus untuk anda memasang azam tersebut agar badan menjadi langsing semula. Bukan semata-mata kerana cantik tetapi juga untuk faktor kesihatan dan psikologi kerana masalah ini turut menjejaskan rasa percaya terhadap diri sendiri.
Berikut adalah 15 tips mudah yang boleh anda terapkan dalam azam anda untuk menurunkan berat badan.




1.    Saya Boleh!
Tanamkan azam itu dalam diri anda. Yakin anda boleh melakukannya. Apa saja godaan yang datang, sentiasa ingat azam anda itu. Sentiasa terapkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh menurunkan berat badan. Jadikan mereka yang telah berjaya menurunkan berat badan sebagai motivasi anda untuk berjaya seperti mereka juga. Sentiasala berfikiran positif.

2.    Sarapan Adalah Wajib
Jangan sesekali meninggalkan sarapan pagi. Sebelum keluar rumah, jamahlah sedikit makanan kerana sarapanlah yang akan memberikan anda tenaga untuk meneruskan aktiviti harian. Tidak perlu makan sarapan yang berat. Cukup sekadar roti, telur atau jika tiada masa, anda boleh makan pisang, yogurt atau makanan yang mengandungi serat dan protein. Ia akan membuatkan anda berasa kenyang sehingga tengahari.

3.    Baca Dan Semak Kandungan Nutrisi
Jangan terburu-buru sebaliknya ambil masa untuk anda membaca atau memerhatikan kandungan nutrisi pada makanan yang anda pilih sebelum anda mengambilnya. Perkara ini amat penting kerana jumlah kalori dan zat inilah yang berperanan untuk menambah berat badan anda jika diambil secara berlebihan. Belajarlah untuk menyesuaikan keperluan tenaga atau kalori anda dalam seharian.  Anda juga boleh membuat catatan yang boleh mengingatkan anda terhadap keperluan nutrisi anda agar pengambilannya sentiasa terkawal.

4.    Elak Diet Sementara
Kebanyakan orang mahu berdiet kerana mahukan keputusan dalam waktu yang singkat. Mungkin diet yang sangat ketat boleh menurunkan berat badan dalam jangka masa yang cepat namun selalunya ia akan bertambah semula dalam masa yang singkat. Berlapar semata-mata tidak akan membuat berat anda turun malah cara berlapar ini akan menurunkan metabolisme badan untuk membakar lemak. Paling penting adalah memilih makanan yang seimbang nilai gizinya mengikut keperluan tubuh anda agar kalori yang masuk akan dimanfaatkan tanpa disimpan menjadi lemak terkumpul dalam tubuh.

5.    Makan Dengan Teratur
Amalkan makan secara teratur dan jadikan ia sebagai rutin. Kadar metabolisme anda akan menurun apabila sedang lapar dan keadaan ini tidak begitu elok jika anda sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Bagi menghindari keadaan tersebut, sediakan pola/menu pemakanan yang anda boleh ikuti dan jadikan rutin setiap hari.

6.    Banyakkan Pengambilan Serat.
Serat amat penting untuk membantu menurunkan paras kolesterol selain melancarkan proses pada saluran pencernaan. Malah, serat juga membantu mempercepatkan rasa kenyang dan ini akan membantu anda untuk mengurangkan kuantiti makanan yang diambil. Sebahagian besar serat mempunyai kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah yang amat sesuai dalam menu pemakanan anda untuk membantu menurunkan berat badan.

7.    Pilih Makanan Yang Menyihatkan
Pemilihan makanan penting dalam usaha untuk menurunkan berat badan seperti yang anda mahukan. Pilih makanan yang mengandungi omega 3 (lemak baik) seperti ikan salmon dan tuna. Elakkan makanan mengandungi banyak lemak tepu. Pilih minyak sayuran sebagai sumber lemak kerana jumlah kalorinya yang sedikit. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.

8.    Lakukan Senaman Dan Bersukan
Salah satu senaman yang paling mudah, menjimatkan dan boleh dilakukan bila-bila masa adalah berjalan kaki. Sentiasalah berjalan kaki setiap hari sekurang-kurangnya untuk tempoh 15 minit. Anda juga boleh pilih senaman bersukan yang sesuai dengan keadaan tubuh anda. Bersukan bukan sekadar membantu menurunkan berat badan tetapi juga menjadikan tubuh lebih sihat dan fit.

9.    Buang Kebiasaan Mengunyah Pada Waktu Malam
Inilah tabiat yang mudah mendorong kepada kenaikan berat badan. Hentikan tabiat ini kerana ia hanya akan emnghancurkan impian anda untuk kembali langsing. Kalori yang anda ambil pada waktu malam akan bertimbun dan tersimpan sebagai lemak di dalam tubuh.

10.    Banyakkan Pengambilan Protein
Makanlah makanan yang mengandungi protein yang tinggi kerana ia akan membuat perut anda berasa kenyang hingga beberapa jam dan ini akan membantu mengurangkan keinginan anda untuk makan sebelum sampai waktunya.

11.    Buang Kebiasaan/Tabiat Buruk
Buang kebiasaan atau tabiat buruk yang mudah mengundang kenaikan berat badan dalam gaya hidup anda sebelum ini. Gantikan dengan kebiasaan yang lebih baik. Contohnya, gantikan penggunaan gula biasa dengan gula yang rendah kalori serta elakkan memasak makanan dengan menggunakan minyak yang banyak.

12.    Jadikan Teman Sekeliling Sebagai Pendorong Semangat
Jadikan orang sekeliling anda sebagai pendorong semangat anda untuk kembali langsing. Sekiranya anda putus asa atau patah semangat untuk meneruskan usaha menurunkan berat badan, teman-teman rapat anda akan menjadi pendorong semangat supaya jangan mengalah.

13.    Catat Setiap Perkembangan
Sediakan catatan untuk mencatit setiap perkembangan dari masa ke semasa. Lebih baik jika anda mempunyai teman untuk sama-sama menurunkan berat badan. Dengan ini anda boleh membandingkan catatan anda dengannya. Ini akan membuat anda lebih bersemangat untuk mencapai tahap penurunan berat yang anda inginkan. Anggaplah ini sebagai satu persaingan yang sihat.

14.    Minum Air Yang Cukup
Pendapat pakar kesihatan mengesahkan apabila anda minum air kosong/putih yang mencukupi, ia membantu anda menghindarkan diri daripada makan secara berlebihan. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih sehari.

15.    Turunkan Berat Badan Untuk Kesihatan.
Anda inginkan tubuh sihat dan terhindar dari penyakit? Oleh itu, jangan berputus asa dalam usaha anda untuk menurunkan berat badan. Ia bukan sekadar untuk kelihatan langsing dan cantik tetapi juga untuk menjaga tahap kesihatan anda.
 
 
Sumber :copy&paste  

Wednesday, 23 October 2013

Fadhilat Kebaikan Dan Keistimewaan Solat Tahajjud




Fadhilat kebaikan dan keistimewaan solat malam.
Solat malam atau Solat Tahajud adalah satu peluang keemasan ditawarkan kepada manusia untuk mengeratkan perhubungan kita dengan Allah.
Kesusahan hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, tetapi bagi mereka yang biasa, ia menjadi satu kenikmatan pula. Malah, bagi yang dapat menghayatinya mereka akan berasa kerugian besar jika tertinggal daripada mengerjakan solat berkenaan.
Pada sepertiga malam pintu langit terbuka luas menerima taubat hamba-Nya. Malaikat membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti untuk membakar tubuh manusia di akhirat nanti.
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat malam bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan solat tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-
* Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)
Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”
Solat malam adalah solat yang penting antara solat-solat sunat yang lain. Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).
Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).

2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).

3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).

4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).

5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).
Beberapa petikan hadis berikut menyebut beberapa fadilat dan keindahan lain solat malam. Antaranya adalah hadis daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash yang berbunyi, Rasulullah S.A.W berkata kepadaku, “Abdullah, jangan jadi seperti polan yang pernah mendirikan solat malam kemudian meninggalkannya,” (Hadis Riwayat Bukhari-Muslim).
Salman al-Farisi menceritakan, Rasulullah S.A.W berkata, “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.”
Salim bin Abdullah bin Umar bercerita kepada Hafshah, isteri Rasulullah S.A.W, “Ketika Rasulullah S.A.W masih hidup, biasanya apabila seseorang bermimpi, dia menceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah S.A.W. Saya berharap mendapat mimpi supaya dapat menceritakannya kepada beliau. Semasa masih muda, biasanya saya tidur di masjid. Suatu ketika, saya bermimpi seakan-akan dua malaikat memegang dan membawaku ke neraka yang dibina seperti perigi dan memiliki tanduk. Di dalam perigi itu ada beberapa orang yang saya kenal. Saya lalu berkata, “Saya berlindung kepada Allah dari neraka.” Saya bertemu dengan malaikat lain yang berkata padaku, “Jangan takut.” Mimpi ini disampaikan oleh Hafshah kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau berkata, “Sebaik-baik lelaki adalah Abdullah ketika mahu solat malam.” Selepas itu, dia hanya tidur sebentar sahaja di malam hari.
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Syaitan mengikat tengkuk kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Syaitan menepuk pada setiap ikatan, ‘Bagimu malam yang panjang, maka tidurlah.’ Apabila kamu bangun dan berzikir mengingat Allah, maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk, terbuka satu lagi ikatan. Apabila kamu solat, terbukalah satu ikatan lagi. Maka di pagi hari, kamu segar dan bersemangat. Sekiranya tidak, di pagi hari tentu kamu berasa lesu dan malas.”
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Tuhan kita turun setiap malam ke langit dunia pada sepertiga malam terakhir, dan menyatakan, ‘Siapa yang berdoa kepadaku, pasti aku kabulkan. Sesiapa yang memohon kepadaku, pasti aku beri, dan sesiapa yang memohon ampun kepadaku, pasti aku ampuni.’” (Hadis Riwayat Al-Jama’ah).
‘Amr bin Al-‘Ash meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Sedekat-dekat hamba kepada Allah adalah pada tengah malam yang terakhir. Apabila kamu dapat menyertai golongan orang yang berzikir mengingat Allah pada saat itu, maka lakukanlah.” (Hadis Riwayat Al-Hakim).
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah S.A.W berkata, “Apabila seseorang membangunkan isterinya pada waktu malam, lalu kedua-duanya solat dua rakaat, maka mereka tercatat dalam golongan orang yang selalu berzikir.” (Hadis Riwayat Abu Daud).
Wassalam.

Saturday, 19 October 2013

PERSAUDARAAN DALAM ISLAM





"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

SURAH AL-Hujuraat ayat 13

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

surah al-Hujurat – 10

Bismillah dengan nama Allah Maha pemurah lagi Amat Pengasih

Islam adalah agama rahmah.Ketika Baginda saw datang ke Madinah ,kaum dari Mekah digelar Muhajirin ,manakala penduduk Madinah digelar Ansar.Mereka disatupadukan walaupun mereka tidak pernah kenal.Itulah ukhuwah Islam yang dipupuk Baginda saw.

Islam itu agama ukhuwah,namun manusia moden tidak mengambil pengajaran kisah Muhajirin dan Ansar. Mereka tidak menghayati sirah Nabi saw dan para sahabat.

Islam itu satu agama yang menyatukan semua jenis manusia walaupun berlainan warna kulit,bangsa dan bahasa.Itulah ajaibnya Islam.

Salman al-Farsi adalah sahabat saw dan berasal dari Iran. Bilal bin Rabbah adalah juga sahabat saw dan berasal dari Afrika.Sahabat Baginda Nabi saw terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum.Baginda saw melayan mereka sama –rata tanpa membezakan arab atau bukan arab.

Suatu hari Bilal bin Rabbah berkelahi dengan seorang temannya.Temannya mengejek "Hei anak perempuan kulit hitam!".Bilal yang kecewa mengadu kepada Baginda saw dan amat marah dengan penghinaan tersebut.Baginda saw tahu Bilal adalah manusia beriman dan salah seorang dari sepuluh orang yang dijamin syurga ketika masih hidup.

Teman Bilal yang amat takutkan kemarahan Baginda saw menungkup mukanya ke tanah dan berkata "Jika Bilal tak maafkan aku,aku akan terus begini…".Lantas Bilal memaafkan temannya.

Itulah kasih sayang yang diajar Baginda saw.Baginda saw juga pernah bersabda " Tiada bangsa arab lebih mulia dari bukan arab dan tiadalah bukan arab lebih mulia dari arab,melainkan takwa".Ia jelas menunjukkan Islam tidak memandang bangsa,Islam memandang iman dan takwa.

Persaudaraan dalam Islam bukan terbatas kepada manusia seislam,namun melangkaui semua manusia walaupun bukan Islam. Baginda saw sendiri tidak pernah menzalimi bukan Islam sepanjang hayatnya.  Baginda saw hanya membunuh bukan Islam dalam peperangan demi menyebarkan dakwah kepada bukan Islam.

Suatu hari seorang Yahudi ditangkap kerana mencuri.Ia dibawa ke pengadilan dan dalam Islam,hukum Quran hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja,manakala Yahudi dan Nasrani mengikut kitab mereka.

Yahudi tersebut diminta membaca kitabnya.Yahudi tersebut membaca melangkau kerna tidak mahu membaca ayat pencuri dipotong tangan.  Omar al-Khattab r.a yang perasan,menjerkah Yahudi tersebut dan akhirnya Yahudi itu mengulangi bacaannya.  Kemudian Yahudi itu dipotong tangannya kerna itulah hukuman dalam kitab Yahudi.

Itulah keadilan Islam…

Secara umumnya persaudaraan dalam Islam adalah antara sesama manusia :

1.Teman persekolahan.

2.Teman Universiti.

3.Teman sekerja.

4.Jiran.

5.Guru.

6.Orang alim atau guru mengajar di masjid.

7.Adik beradik.

8.Sepupu dan saudara mara.

9.Bapa saudara dan ibu saudara.

10.Manusia yang kita kenal sepanjang hayat kita.

Sejak kita kanak-kanak hinggalah dewasa,kita dilingkungi pelbagai jenis manusia dalam hidup kita.Ada teman yang kita kenal sejak kecil dan hubungan berterusan hingga kini.Ada pula terpisah.Begitu juga teman belajar di kolej atau Universiti.Kita juga bekerja di pelbagai tempat dan kenal ramai teman sekerja.Kita juga berjiran dan pindah randah.Berapa ramai manusia yang kita kenal?Amat ramai….namun adakah kita menunaikan ukhuwwah dalam Islam sama ada ketika masih berhubung atau berjauhan?

Ramai tidak memahami apa itu ukhuwah. Ukhuwah adalah hak dan kewajipan sebagai orang Islam sebagaimana sebuah hadis :

حق المسلم على المسلم خمس رد السلام وعيادة المريض واتباع الجنائز وإجابة الدعوة وتشميت العاطس

رواه البخاري ومسلم

Maksudnya " Hak muslim ke atas muslim itu lima : menjawab salam,menziarahi sakit,mengikut jenazah,menunaikan jemputan dan menjawab bersin".Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Imam Muslim pula merekodkan sebuah hadis :

Rasulullah SAW telah bersabda:

"Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya."

Itulah hak asas sebagai orang Islam.Namun berapa ramai manusia lupa hak sebagai orang Islam?Kita hidup senang lenang dan ramai teman,jiran kita dalam kesusahan dan kemiskinan,kita tidak ambil tahu dan tidak mahu membantu walaupun kita mampu.Itulah manusia moden,kehidupan mereka lu lu gua gua…

Memang menyedihkan kehidupan manusia moden.Mereka tidak mengambil tahu teman dan jiran.Malah guru dan ustaz yang mengajar mereka sejak tadika,sekolah rendah,Universiti tidak pernah diambil tahu .Mereka sibuk dengan dunia mereka dan melupakan ukhuwwah islamiah.

Baginda saw bersabda

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,

memutuskan hubungan silaturahim dan ber sikap yang buruk dengan jiran.”

(Hadis riwayat Ahmad dan Hakim)

Hadis tersebut jelas memberitahu apa yang berlaku zaman ini. Seorang abang yang kaya tidak peduli adiknya yang miskin.  Hubungan silaturrahim antara manusia putus, jiran saling bermusuhan dan berlomba-lomba mengejar kekayaan hingga mengabaikan hak jiran.  Manusia hari ini hilang ukhuwah Islam walaupun ukhuwah adalah sifat mulia diajar Quran dan hadis.

Punca manusia melupakah ukhuwah Islam adalah :

1.Mereka lupa jasa guru memberikan ilmu.

2.Mereka sibuk dengan kerjaya dan mencari harta.

3.Mereka mementingkan diri sendiri.

4.Mereka tidak pernah memikirkan kesusahan dan kepayahan orang lain walaupun teman, jiran dan saudara sendiri.

5.Mereka dilalaikan dengan keseronokan dunia seperti hiburan dan sebagainya.

6.Mereka sentiasa mengatakan sibuk namun mempunyai masa berjam-jam melayan filem Hindi dan Astro.

7.Mereka tidak pernah berusaha memahami Quran.

8.Mereka tidak menambahkan ilmu agama.

9.Mereka jarang ke masjid mendengar kuliah agama.

10.Mereka membiarkan syaitan bersarang dalam jiwa menyanyikan lagu palsu.

11.Mereka jahil tetapi tidak sedar diri jahil.

12.Mereka menganggap ziarah bukan aktiviti penting dalam kehidupan.

13.Mereka tahu apa yang diajar Quran dan hadis namun tidak mahu mengamalkannya kerana menganggap ianya menyusahkan.

14.Mereka hanyut dalam kejahilan dan kesesatan.

15.Mereka menganggap wang sebagai Tuhan.

Demikianlah beberapa punca manusia tidak mengamalkan ukhuwwah Islam dalam kehidupan.Mereka lupa teman persekolahan,mereka lupakan guru,mereka tidak ambil tahu jiran.Mereka lupakan saudara mara,mereka hanya mencari harta bertimbun..

Kehidupan ini amat pantas dan hanya sementara.Jangan abaikan ukhuwwah islamiyyah dalam kehidupan.Ziarahilah guru dan saudara mara.Ziarahilah teman dan jiran.Jangan hidup pentingkan diri sendiri,manfaatkan FB untuk mencari semua teman kita yang telah lama terpisah…

Seorang guru amat gembira bila kita menziarahi mereka.Teman sepermainan ketika kanak-kanak tentu gembira dapat bertemu kembali.Jiran yang kesempitan wang girang dapat bantuan walaupun mereka tidak pernah meminta.Hiduplah mengamalkan ukhuwwah dan kita akan berkasih sayang hinggalah akhir hayat..

Jangan menganggap Syurga itu mudah.Syurga disediakan buat manusia yang menghayati ukhuwwah dalam kehidupan,bukan mementingkan diri sendiri.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta diguncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."

surah al-Baqarah ayat 214

Kehidupan ini sementara,manfaatkan masa kita sebaiknya.Amalkan ukhuwwah Islam dalam kehidupan…

Segala kelebihan dan kemuliaan hanyalah milik Allah swt Maha Kekal dan Amat Pengasih,manakala diri ini bernama Saat amat naif dan kerdil………


SUMBER : BLOG KISAHTELADAN

RASULULLAH SAW MENANGIS KETIKA DI PADANG MAHSYAR





Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra, bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda, yang bermaksud:



“Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi-nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur, mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: “Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul.” Ibnu Abbas ra berkata: “Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian-pakaian syurga.”



Jibril as akan menyeru: “Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?”



Bumi akan berkata: “Sesungguhnya, Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran, tanda dan gunung-ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW.”



Rasulullah SAW bersabda: “Lalu diangkatkan tiang-tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka, empat malaikat berada di atas kubur.”



Israfil bersuara: “Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!”



Maka, kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula, kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga, ketika Rasulullah SAW berdiri, baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri. Baginda SAW dapati, tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.



Jibril as berkata kepadanya: “Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas.”



Baginda SAW bertanya, “Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?”



Jibril as menjawab: “Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala.”



Baginda SAW bersabda: “Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!”



Jibril as berkata: “Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?”



Baginda SAW bersabda: “Bukan seperti itu pertanyaanku.”



Jibril as berkata: “Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?”



Baginda SAW bersabda: “Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?”



Jibril as berkata: “Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia, sebelummu?”



Baginda SAW bersabda: “Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku.”



Jibril as berkata kepada baginda SAW: “Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!”



Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta-ronta. Jibril as berkata kepadanya: “Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?”



Buraq berkata: “Aku tahu semua itu. Akan tetapi, aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya, Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini.”



Baginda SAW bersabda kepada Buraq: “Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku, nescaya aku memberi syafaat kepadamu.”



Setelah berpuas hati, Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih, malaikat Israfil as menyeru: “Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.



Roh-roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh, akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya, terbinalah tulang-tulang. Urat-urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.



Allah Taala berfirman: “Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita.”



Malaikat Israfil as menjerit: “Wahai roh-roh yang telah hancur! Kembalilah kamu kepada tubuh-tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam.”



Allah Taala berfirman: “Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh-tubuhnya!”



Apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka, kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya sedia, masing-masing melihat.



Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kumpulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.



Jibril as menyeru: “Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala.”



Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”



Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir.”



Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!” Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.



Nabi Muhammad SAW berkata: “Mengapa kamu berdua menangis.”



Jibril as berkata: “Bagaimana keadaan umatmu, Muhammad?”



Nabi Muhammad bertanya: “Di mana umatku?”



Jibril as berkata: “Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan.”



Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: “Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?”



Jibril as berkata: “Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!”



Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka, mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: “Wahai Muhammad!”



Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai umatku.” Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.



Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: “Di mana Jibril?” Jibril as berkata: “Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam.”



Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: “Di mana umat Muhammad SAW?”



Jibril as berkata: “Mereka adalah sebaik umat.”



Allah Taala berfirman: “Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu.”



Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala.”



Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”



Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!”



Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: “Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”



Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”



Malik bertanya: “Apakah hari ini?”



Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”



Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?”



Jibril menjawab: “Ya!”



Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”



Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”



Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”



Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”



Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya. Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).



Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.


(dipetik dari kisah Nabi dan Rasul)



Sumber :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001466439716

CARA RINGKAS SOLAT JENAZAH

Cara ringkas untuk solat jenazah ... Belajar lah wahai lelaki..apakah kau x malu bila x pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih2 lagi untuk mak atau ayah meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...
Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.
++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala"
++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar"
++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad
++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar"
++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni :
++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)
++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)
++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. ada doa lain di link bawa (al azkar)

4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar"
++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri
++ Selesai

Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah ..

~1001 Sirah Nabi Muhammad

Lagi di @[168262259902698:274:Peace Yawr!!~]

-faizal-


 



Cara ringkas untuk solat jenazah ...

 Belajar lah wahai lelaki..apakah kau  tak malu bila tak pandai nak solat untuk ahli keluarga lebih-lebih lagi untuk mak atau ayah yang meninggal .. Itu sahaja lah penghormatan yg terakhir buat insan yg membesarkan dan menjaga kita ...

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Jenazah :

 1. Angkat Takbir "Allahuakbar" & Niat dalam hati : ++ Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala. ++ Jadi makmum? tambah "sebagai makmum kerana Allah Taala" ++ Baca Alfatihah hingga akhir

2. Angkat Takbir Kedua "Allahuakbar" ++ Baca : Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la ali Muhammad ++ Pendek pun takpa, paling elok selawat ibrahimiah macam dalam tahiyyat akhir

3. Angkat Takbir Ketiga "Allahuakabar" ++ Baca doa (pendek pun takpa, panjang lagi bagus) contoh dibawah ni : ++ Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki) ++ Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan) ++ Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih tidak dikira dosa pahala oleh malaikat. 

 4. Angkat Takbir Ke Empat "Allahuakbar" ++ "Assalamualaikum warahmatullah " Beri Salam kanan n kiri ++ Selesai Jika jadi makmum, ikutlah di belakang imam, berdiri rapat rapat. dan ikutlah jugalah rukun di atas. Cukup rukun makalah sah lah solat tersebut. Semoga ia jadi penghormatan terbaik buat jenazah .

Selamat Beramal

Akan disambung

Wednesday, 9 October 2013

Memelihara Diri Daripada Kejahatan Syaitan

Memelihara Diri Daripada Kejahatan Syaitan

Larangan dan Suruhan bagi Memelihara Diri Daripada Kejahatan Syaitan
1. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama-kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah صلى الله عليه وسلم  telah bersabda, ertinya:
“Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.”(Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik).

2. Menyebut nama Allah apabila masuk ke rumah dan apabila makan
Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم 
bersabda, maksudnya:
“Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, ‘Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.’ Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), ‘Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.’ Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, ‘Kalian boleh ikut menyantap makan malam.’”

3. Membaca doa perlindungan apabila masuk ke tandas
Daripada Anas bin Malik r.a., berkata, apabila Rasullullah saw 
memasuki tandas, baginda mengucapkan:
Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jin kafir (syaitan) betina dan syaitan jantan.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berwuduk sebelum tidur 
Disebutkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم 
bersabda kepada Bara` bin Azib RA, maksudnya:
“Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur
Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi.
Untuk kali ke tiganya, dia berkata “Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini.” Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, “Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya.
Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya. Lalu baginda bersabda, “Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?” Beliau menjawab, “Tidak“. Baginda bersabda, “Ia adalah syaitan. ” (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta’liq)
6. Membaca Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas kemudian sapu seluruh badan sebelum tidur
Satu hadith daripada Aishah RA, mengatakan, bahawa apabila Rasulullah صلى الله عليه وسلم berbaring di perbaringan baginda pada malam hari, baginda menyatukan kedua telapak tangan baginda lalu baginda meniup keduanya dan membacakan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas. Kemudian baginda mengusap tubuh baginda yang mampu diusap dengan kedua tangannya. Baginda mulai dari kepala, wajah, dan bahagian muka tubuhnya. Baginda melakukan hal itu tiga kali. (Hadith sahih Bukhari, riwayat Aishah RA)
7. Tutup mulut apabila menguap
Dalam satu hadith, Abu Said Al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda, maksudnya:
“Apabila salah seorang di antara kamu menguap, hendaklah dia menutup mulutnya dengan tangan, kerana syaiton akan masuk.” (Hadith Riwayat Imam Muslim dan Ad-Damiri)

8. Bersihkan hidung jika terjaga tengah malam
Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم 
bersabda, maksudnya:
“Apabila salah seorang di antara kamu terbangun dari mimpinya, hendaklah dia melakukan istintsar tiga kali, kerana syaitan bermalam pada hidungnya.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Istintsar ialah perbuatan menyedut air ke dalam hidung, kemudian menghembusnya keluar, seperti ketika berwuduk. Hikmah lain istintsar ialah ia merupakan satu penawar bagi penyakit resdung. Amalkanlah selalu, contohnya selepas keluar ke kawasan kotor berdebu seperti di jalan raya.
9. Mendirikan Solat Tahajjud
Apabila seseorang tidur, lalu bangun di pagi harinya tanpa sedikit pun qiyamullail, syaitan akan semakin dekat menguasainya. Dari Abdullah bin Masud RA, dia berkata,
“Pernah disebutkan kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم  seorang lelaki yang tidur semalam penuh hingga bangun di pagi harinya, maka baginda bersabda: ‘Itu adalah orang yang kedua telinganya (atau satu telinganya) telah dikencingi syaitan.’” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

10. Tutup rumah dan tahan anak-anak menjelang Maghrib
Dalam satu hadith marfu’ yang meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah RA, katanya;
“Janganlah kalian biarkan unta, lembu, kambing dan yang sejenisnya, serta anak-anak kalian masih berkeliaran di luar rumah ketika matahari terbenam hingga kabut malam (waktu Isya’) menghilang; kerana syaitan-syaitan bertebaran ketika matahari terbenam, hingga kabut malam menghilang.”(Hadith Riwayat Muslim)
11. Jangan kencing pada lubang-lubangImam Nasa’i meriwayatkan dari Qatadah, dari Abdullah bin Sirjis, katanya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم  bersabda, maksudnya;
“Janganlah salah seorang di antara kaluan kencing pada lubang-lubang.” Mereka bertanya kepada Qatadah, “Mengapa kita dimakhruhkan untuk kencing pada lubang-lubang?” Dia menjawab, “Kerana lubang-lubang merupakan tempat tinggal jin.” (Hadith Riwayat Abu Dawud, An-Nasa’i dan Imam Ahmad)
12. Membaca Surah Al-Baqarah di dalam Rumah
Imam Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم  bersabda yang maksudnya: “ Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah.”
13. Mengingat Allah setiap waktu dan keadaan
Dalam satu hadith, Rasulullah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang maksudnya;
“Dan aku memerintahkan kalian untuk mengingat Allah kerana perumpamaan mengenai hal itu seperti seorang lelaki yang dikejar oleh musuh-musuhnya hingga ia sampai di sebuah benteng kukuh yang melindungi dirinya dari mereka. Sama halnya dengan seorang hamba tidak akan dapat menjaga dirinya dari syaitan kecuali dengan mengingat Allah (berzikir kepada Allah).” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)
14. Mengingat Allah ketika bangun tidur
Dari Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya;
“Jika seseorang dari kalian tidur, maka syaitan membuat tiga ikatan pada lehernya yang dilakukan padamu sepanjang malam tidurmu. Maka tidurlah, dan jika kamu terbangun, sebutlah/ingatlah Allah, maka satu ikatan akan terlepas. Kemudian jika kamu berwuduk, maka akan terlepas satu ikatan, dan kemudian jika kamu melaksanakan solat, maka akan terlepas satu ikatan lagi hingga ia memulakan paginya dengan semangat dan jiwa yang bersih. Jika tidak, maka jiwanya akan kotor dan dalam keadaan malas.”(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

15. Mengingat Allah ketika keluar rumah
Dari Anas bin Malik RA, beliau berkata, Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم bersabda, maksudnya;
“Barangsiapa yang ketika akan keluar rumah mengucapkan; bismillahi tawakkaltu alalloh la haula wa la quwwata illa billah (dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah, tidak ada daya dan kekuatan kecuali kekuatan Allah), maka kepadanya akan dikatakan cukuplah bagimu, kamu telah dijaga dan syaitan telah menjauh darimu.” (Hadith Riwayat At-Tirmidzi)

16. Mengingat Allah ketika masuk masjid
Diriwayatkan dari Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA, dari Nabi Muhammad 
صلى الله عليه وسلم bahawa ketika akan masuk masjid, baginda mengucapkan, “A’udzu billahil-azhim wa bi wajhihil-karim wa sultonihil-qodimminassyaithonirrojim (Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah-Nya yang mulia dan dengan kekuasaan-Nya yang qodim dari syaitan yang terkutuk.” Beliau berkata, “Itu saja?” Baginda berkata, “Ya, jika seseorang mengucapkan ini, maka syaitan akan berkata ‘Ia telah dijaga dariku sepanjang hari’. ” (Hadith Riwayat Abu Dawud)
17. Merapatkan saf solat berjemaah
Ibnu Umar berkata, bahawa Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda maksudnya;
“Luruskan barisan dan rapatkan bahu-bahu di antara kamu, dan lembutkan badan kamu untuk saudara yang di sebelah kamu. Jangan tinggalkan ruang kosong untuk syaitan mengambil tempat. Sesiapa yang merapatkan saf, maka Allah akan bersama dengannya dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan putuskan hubungan dengannya.” (Hadith Riwayat Abu Dawud)

18. Mengingat Allah ketika menanggalkan pakaian
Dari Anas RA, beliau berkata bahawa Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم bersabda maksudnya;
“Penghalang antara pandangan syaitan dan aurat anak cucu Adam adalah, apabila ia menanggalkan pakaiannya, mereka mengucapkan bismillah.” (Hadith Riwayat At-Thabarani)

Adalah penting membaca doa menanggalkan pakaian kerana banyak kes terjadi di mana jin telah tergoda dengan manusia dan menaruh cintanya kepada manusia itu hingga membawa mudarat kepadanya. Doa menanggalkan pakaian:
Ertinya: Dengan nama Allah yang tiada tuhan selain dari Dia.

19. Mengingat Allah ketika akan berhubungan suami isteri
Dari Abdullah bin Abbas RA, ia mengatakan, bahawa Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم bersabda maksudnya;
“Jika salah seorang dari kalian ingin menggauli isterinya, hendaklah ia mengucapkan ‘Allahumma janibnassyaiton wa jannibissyaiton ma rozaqtana’ (Ya Allah ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang telah Engkau berkan kepada kami). Jika Allah menakdirkan kepada keduanya seorang anak (dari hubungan itu), maka anak tersebut akan terhindar dari syaitan selamanya.”(Hadith Riwayat Bukhari)

20. Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah
Buah Tamar atau Kurma mempunyai pelbagai khasiat. Bagi Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah, Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang maksudnya;
“Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.” (Hadith Riwayat Bukhari)
21. Mengelakkan pintu-pintu kemasukan jin dan syaitan
Daripada penceritaan para pengamal perubatan Islam, terdapat empat pintu utama yang ditunggu-tunggu oleh jin dan syaiton untuk merasuki manusia. Empat pintu itu ialah:
  • Terlalu marah
  • Terlalu gembira/ seronok/ leka
  • Terlalu dukacita
  • Terlalu syahwat
Selain itu, syaitan mudah menghasut manusia apabila ia dalam keadaan kenyang, terlalu sayangkan harta dunia, melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, terdetik di dalam hati perasaan hasad dengki dan lain-lain lagi. Sebenarnya banyak lagi pintu masuknya syaitan jika dikaji secara terperinci. Untuk itu, adalah lebih baik untuk sentiasa membentengi diri dengan dzikrullah (mengingati Allah) setiap masa dan jauhilah sifat-sifat tercela.
Zikir terbaik melemahkan kejahatan syaitan
Disebut dalam Sahih Muslim, diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda (maksudnya): Sesiapa yang membaca:
(“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan segala pujian. Dia-lah yang berkuasa atas segala sesuatu.”)
dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata: (“Maha Suci Allah, aku memujiNya”) dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan.
Zikir juga sebenarnya adalah satu latihan untuk memupuk diri sentiasa mengingati Allah s.wt dalam setiap ketika. Apabila mulut sentiasa mengucapkan zikir, hati lebih mudah mengingati Allah s.w.t di saat seseorang itu sendang marah, kecewa, sedih dan ketakutan. Cubalah menjadikan zikir sebagai ‘makanan’ kepada rohani kita setiap ketika. Contohnya, ketika memandu ke tempat kerja, ketika makan, berjalan, menggosok baju, memasak dan sebagainya. Jika ketika itu ada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan hati kita mempunyai perasaan negatif, insyaAllah zikir itu dapat menundukkannya. Contohnya dalam keadaan kesesakan jalanraya..hiburkanlah hati kita dengan melagukan zikir di bibir. Sama-samalah kita membudayakan zikrulloh di dalam kehidupan seharian kita…
        Source : Blog Penwar Kalbu.

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...