Hubungan seks yang kerap walaupun pada
kadar setiap hari, tidak akan menimbulkan apa-apa kemudaratan. Hubungan
seks dianggap satu proses pemulihan (healing) yang baik untuk minda dan
tubuh badan.
Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:
1. Sejenis senaman.
Berikut ialah beberapa kelebihan melakukan hubungan seks:
1. Sejenis senaman.
Hubungan seks ialah salah satu bentuk
aktiviti fizikal. Ketika hubungan berlaku, berlaku pelbagai perubahan
fisilogi yang berlaku dalam badan seolah-olah seperti seseorang lelaki
sedang menjalani aktiviti senaman.
Contohnya, semasa hubungan seks, tahap
kadar pernafasan akan meningkat. Peningkatan pernafasan dan pernafasan
yang dalam akan meningkatkan tahap oksigen dalam badan dan boleh
memperbaiki sel-sel yang rosak. Kapasiti paru-paru juga akan meningkat.
Begitu juga dengan degupan jantung, ia akan meningkat ketika hubungan
seks dan ini akan meningkatkan aliran darah dalam badan.
Ketika hubungan seks, pelbagai otot
mengalami kontraksi dan selepas hubungan seks, sering kali saudara
dapati saudara letih dan berpeluh. Ini bermakna ada aktiviti fizikal
yang membakar kalori berlaku semasa hubungan seks. Dianggarkan, jika
saudara melakukan hubungan seks tiga kali seminggu dan setiap kali
hubungan memakan masa 15 minit, saudara akan menggunakan 7,500 kalori
setahun. Ini umpama saudara berjoging sejauh 120 km. Hormon testosterone
yang dikeluarkan ketika hubungan seks juga akan meningkatkan kekuatan
otot dan menguatkan tulang.
2. Penawar kesakitan.
Semasa hubungan seksual, sejenis hormon
yang dipanggil ‘endophine’ akan dirembeskan. Hormon endophine ini
mempunyai fungsi melegakan kesakitan dan sejenis hormon penahan sakit.Satu
kajian dijalankan menunjukkan semasa hubungan seksual terutama semasa
orgasma, seseorang tidak akan merasa kesakitan dan selepas hubungan
seksual, kesakitan ringan akan berkurangan.
3. Perlindungan kepada kelenjar prostat.
Sebahagian besar dari cecair yang
dikeluarkan semasa ejakulasi datangnya dari kelenjar prostat. Hubungan
seks yang kerap dapat membantu meningkat produksi cecair yang baru serta
dapat mengeluarkan cecair yang berada dalam kelenjar. Jika ejakulasi
lama tidak berlaku, akan terjadi pengumpulan cecair dalam kelenjar dan
ini boleh menimbulkan inflamasi atau keradangan pada kelenjar prostat.
4. Pengurangan risiko mendapat masalah mati pucuk (ED)
Lima puluh peratus dari lelaki yang
berumur lebih dari 40 tahun akan mengalami masalah mati pucuk. Salah
satu langkah pencegahan ialah dengan kerap melakukan hubungan
seks.Semasa proses ereksi berlaku, banyak darah dari arteri akan
dipamkan ke batang zakar dan darah ini akan membawa oksigen dan nutrien
kepada tisu batang zakar.Proses ini akan mengekalkan kesihatan batang
zakar dan ketegangan batang zakar.
5. Mengurangkan stress.
Sudah terbukti dari segi kajian saintifik
bahawa hubungan seks yang kerap dapat mengurangkan stress. Ini adalah
kerana semasa hubungan seks, badan akan menghasilkan dopamine iaitu
sejenis kimia dalam badan yang boleh mengurangkan stress.Sejenis kimia
lagi yang dikenali sebagai oxytocin, juga dirembeskan dan hormon ini
bertindak sebagai hormon yang memberi kesan kelegaan serta kesan positif
terhadap keinginan dan nafsu seseorang lelaki.
6. Lain-lain kelebihan.
Kajian di negara Barat menunjukkan
hubungan seks yang dinikmati dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,
mengurangkan sakit kepala, mengurangkan kemurungan serta dapat memberi
kebaikan pada otot dan sendi. Selain itu, hubungan seks juga dapat
mengukuhkan hubungan dan mengeratkan kasih sayang antara pasangan
suami-isteri.
Oleh Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras.