Wednesday, 27 May 2015

Kisah Nabi Musa a.s dengan Iblis



Diriwayatkan bahawa nabi Musa a.s. bertemu dengan Iblis,lalu berkatalah Iblis kepada Nabi Musa a.s ,
"Wahai Musa!,Engkaulah orang yang dipilih oleh Allah Taala dengan risalahnya dan engkaulah orang yang menerima Kalam Allah Taala,sedangkan aku hanyalah makhluk Allah Taala.Aku berdosa dan aku hendak bertaubat.Mintakanlah aku syafaat Allah Taala agar Allah menerima taubatku
.Jawab Nabi Musa a.s,"Baiklah".


Nabi Musa a.s naik ke gunung untuk menerima Kalam Allah Azza Wa Jalla dan hendak turun,maka:
 Allah Taala berfirman kepadanya (maksudnya)"Wahai Musa! Sampaikanlah amanah!"Maka Nabi Musa a.s. berdoa,"Ya Rabb!Hambamu Iblis ingin Engkau terima taubatnya."Lalu Allah Taala pun berfirman kepada Nabi Musa a.s(maksudnya),"Telah aku perkenankan hajatmu.Perintahkan ia sujud di qubur Adam sehingga diterima taubatnya".

Nabi Musa a.s. memberitahu Iblis ,"Hajatmu telah diperkenankan .Engkau diperintahkan sujud di qubur Adam,supaya engkau diampuni.
"Dengan rasa marah dan sombong Iblis berkata,"Semasa Adam masih hidup,aku tidak sudi sujud kepadanya,masakan pula aku harus sujud sesudah dia jadi mayat!
"Kemudian dia berkata kepada Nabi Musa a.s.,"Ada kewajipan keatasku yang patut aku berikan kepadamu kerana telah memohonkan syafaat kepada Tuhanmu.Ingatlah aku dalam tiga keadaan yang dengannya aku tidak merosakkan engkau:


  1. Ingat aku ketika engkau marah,sebab pada waktu itu rohku berada di dalam hatimu dan mataku berada di matamu dan aku akan berjalan ditubuhmu sebagaimana darah mengalir.Ingatlah aku ketika marah,sebab apabila seseorang marah,akan aku tiup hidungnya sehingga dia tidak tahu lagi apa yang dibuatnya.
  2. Ingatlah aku ketika engkau berada di medan perang,sebab aku akan mendatangi oang yang sedang bertempur,lantas aku ingatkan orang itu akan isterinya,anak-anak dan keluarganya sehingga dia berpaling meninggalkan medan perang.
  3. Jauhilah duduk dengan perempuan yang bukan muhrim,sebab akulah yang menjadi suruhan perempuan itu kepadamu dan suruhanmu kepada perempuan itu.Aku sentiasa berbuat demekian sampai kamu dapat aku fitnah dengan wanita itu dan menfitnah wanita itu dengan kamu.                                                                                                                                                     Source : Permata Ilmu Islam.

Sunday, 10 May 2015

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Syaaban by Cahaya Purnama

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Syaaban

KELEBIHAN-BULAN-SYAABAN1

Syaaban membawa maksud berpecah-pecah. Ada yang berpendapat, ini kerana pada ketika itu, bangsa Quraisy terpaksa berpecah-pecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari air di padang pasir. Ada pula yang berpendapat ia membawa maksud pemisah kerana Syaaban adalah pemisah antara bulan Rejab dan Ramadhan.



  Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

 
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:
“Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Nisfu Syaaban

Di dalam bulan Syaaban juga terdapat satu malam yang penuh rahmat, iaitu Malam Nisfu Syaaban. Pada malam ke-15 bulan Syaaban ini, doa menjadi sangat mustajab.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam dua hari raya dan malam pertengahan bulan Syaaban, maka hatinya tidak mati biarpun semua hati mati ketika itu.”
Umat Islam disarankan untuk menghidupkan malam ini dengan membaca surah Yaasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib.

  • Bacaan pertama diniatkan mohon panjangkan umur dalam mentaati Allah, kemudian dibaca doa-doanya.
  • Bacaan kali keduanya dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkati-Nya, kemudian lalu dibacakan doa-doanya.
  • Kemudian bacaan ketiga pula serta diniatkan minta ditetapkan iman dan mati dalam iman, kemudian dibacakan doa-doanya.
  •  
Namun jangan lupa agar kita membaca dengan penuh tenang dan tidak terkejar-kejar.

Pada malam Nisfu Syaaban, telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya:

“Angkat kepalamu kelangit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus pintu rahmat dan diampunkan Allah sekalian orang yang tiada menyekutukan (syirik) dengan-Nya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal di dalam zina, kekal minum arak, durhaka terhadap ibubapa.” (Al-Hadis)

Puasa Sunat di bulan Syaaban

Pada bulan ini, digalakkan bagi kita untuk memperbanyak Puasa Sunat. Rasulullah s.a.w sendiri lebih gemar berpuasa sunat pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:

“Sesiapa yang berpuasa 3 hari pada permulaan Syaaban, 3 hari pertengahannya dan 3 hari pada akhir Syaaban, maka Allah swt mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti beribadat tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka matinya seperti orang mati syahid.”

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

“Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdal sesudah (selain) Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban” (Al-Hadis)

1 hari berpuasa di bulan Syaaban akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan nabi Yusof di dalam syurga, dan diberi pahala seperti pahala nabi Ayub dan Nabi Daud.

Sesiapa yang berpuasa sebulan pada bulan Syaaban, dipermudahkan Allah kepadanya Sakaratulmaut, dilepaskan kegelapan dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nangkir, ditutup keaibannya di akhirat nanti dan diwajibkan syurga baginya.

Sesiapa yang berpuasa pada awal Khamis di bulan Syaaban dan akhir Khamis di dalam Syaaban, dimasukkannya dalam syurga. (Hadis Rasulullah yang dipetik dari kitab al-Barokah)

Doa, Zikir & Selawat ke atas Rasulullah s.a.w
Bulan ini juga kita digalakkan untuk membanyakkan doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah s.a.w.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertakwa kepada Allah, taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah swt akan mengampuni segala dosanya dan menyelamatkannya pada tahun tersebut dari segala macam bencana dan penyakit.” (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa’izhin)

Bertaubat
Sangat digalakkan untuk mempernyak bertaubat pada bulan ini. Ini bagi memperbaiki diri dari segala cela, agar bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita.
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu.”

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani) (Al-Hadis)

Oleh itu, diharapkan agar kita dapat bersama-sama memperbanyakkan amalan yang baik ini di bulan Syaaban. Banyak fadhilat dan kelebihan yang dijanjikan oleh Allah kepada kita, insyaAllah :)

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...