Pada tanggal 19 Ogos 2016...saya berpeluang untuk join konvoi ke Sakom Thailand, sebuah daerah dibawah jajahan Songkla di sebelah pantai timur Segenting Kra , 50 kilometer ke Pattani - Narathiwat dan seterusnya boleh masuk ke Kelantan.
Konvoi tersebut si anjurkan oleh Guru-guru dan Staff Sek. Men Sains Pokok Sena (SAINA).
Pertama kali merasai pengalaman berkonvoi ke Thailand...saya dan keluarga agak teruja.......... Selama ini dok ikut bas rombongan/pelancungan sahaja....tak berani nak drive sendiri di Thailand.
Bila dah pergi dengan keluarga dan kenderaan sendiri ni banyaklah persediaan yang perlu dilakukan seperti urusan passport/border pass dengan Imigresen, geran dan Salinan road tax dari JPJ, Insuran Thai pihak penganjur dah uruskan. Kelulusan ketua jabatan bagi yang bekerja dengan kerajaan.
Urusan dengan pihak Imigresen yang sukar sikit sebab banyak borang yang perlu diisi untuk satu keluarga dan tak semua ahli keluarga boleh pergi sekali pada satu masa. Walau apapun perkhidmatan Imigresen di UTC Alor Setar terbaik!!!!. . Kami sekeluarga buat border pass walaupun semua dah ada passport.
7.00 am Kami dah sampai ke kawasan SAINA.....katanya 7.30am dah kena bertolak ke border Durian Burung / Ban Prakop....(biasa le....)
Ahli - ahli konvoi dah mula sampai rasa nya hamper 30 buah kenderaan
Semua persediaan telah dibuat oleh Guru-guru dan Staff SAINA..seperti barang-barang keperluan untuk makan minum semasa BBQ malam ni...barang-barang diagih-agihkan ke kereta masing-masing yang masih kosong.
Dapat sticker dan nombor 16 untuk kenderaan...bermaksud kenderaan aku akan sentiasa berada di kedudukan no 16 dari 30 buah kenderaan...dan tak boleh memotong....bagus
Taklimat ringkas oleh Cikgu Nazir Chief De Mission dan Bacaan doa selamat oleh Ustaz Munajar
Setiap lima buah kenderaan ada seorang Marshall yang diberi walkie talkie...
Ada sebuah kenderaan yang di belakang sekali yang akan memastikan tiada kenderaan konvoi yang tertinggal. Pukul 8.15 kami mula bergerak.....ke Durian Burung
Imigresen /Kastam Durian Burung.. keadaan agak lenggang di sebelah pagi ..hanya ada kenderaan kumpulan kami sahaja...jadi proses mengecop passport/border pass cepat sikit.
Kita tak perlu turun dari kenderaan.
Di Imigresen Ban Prakop...kena beratur untuk cop border pass, ambil gambar, borang kenderaan JPJ, borang pelepasan kastam dan bayaran setiap kepala RM2.00
Kena simpan boring kastam (white form) untuk pengesahan semasa balik. Denda 1000 bath sekiranya kenderaan kita tinggal melebihi tempoh.
Masa ni sesiapa yang ada hutang dgn LHDN, PTPTN, KWSP...terpaksa balik...sebab tidak dibenarkan ke luar Negara. Ada dua orang peserta konvoi yang terpaksa berpatah balik.
Dok tunggu kawan2 selesai urusan imigresen dan kastam
Kami mula bertolak dari Ban Prakop ke Nathawi
Nampak lori -lori membawa buah durian ke Malaysia...anehnya di sebelah Thailand takda pula yang jual buah durian. Sepanjang perjalanan...rasa seperti memandu di Malaysia sebab disini kawasan orang berugama Islam...Kena pula Hari Jumaat...ramailah orang hendak kemasjid...tetapi sebuah masjid pun saya tak Nampak. Rupa-rupanya Masjid diaorang bukan masjid berkubah macam kita...cuma bangunan biasa seperti sekolah ....dijadikan masjid
Tanah perkuburan pula di tulis Taman Awam....
Pembesaran jalan
Kami singgah sebentar di Sekolah ni....apanama...biasala dah bawa Cikgu-cikgu.
Guru Bahasa Inggeris dari Filipina yang menyambut kedatangan kami.
Pesembahan dari pelajar-pelajar sekolah...tarian dan muzik nya agak kemelayuan sedikit.
Pengetua sekolah Thai...boleh cakap melayu sikit2
Pengetua SAINA
Selesai Majlis kami terus bertolak ke SAkom
Simpang masuk ke Armana Resort
Sebaik sampai... dari lobby kami dah nampak laut yang terbentang indah...semua kawan2 kami terus ke...sana. Almaklumlah ....dok Aloq Staq bukannya ada laut...bendang ada la...saya dan anak isteri pun teruja/terkesima....dan perasaan lain-lain yang sewaktu dengannya...Cantiknya bumi Allah..MasyaAllah.
Ni lah chalet untuk kami sekeluarga...ada 2 tingkat