Assalamualaikum...dan salam sejahtera...Alhamdulillah...kami sekeluarga sempat juga pergi berjalan-jalan @ bercuti pada hujung Disember yang lalu. Mulanya tidak merancang hendak kemana-mana.... bajet pun agak terhad...biasala...kan.......tapi kesian tengok anak-anak...yang baru habis berperang dengan SPM dan STPM dok terperap kat rumah, isteri pula cuti sekolah panjang...dan saya pun ada ruang untuk saya mohon cuti rehat di sebalik kekalutan tugas harian.
Memang kami dok teringin lama dah nak pergi Gunung Jerai....last sekali...naik menginap diatas tahun 2008...kalau saya tak silap la....anak-anak pun masih kecil lagi.
Bila dapat cuti saya pun terus buat booking.....by phone ja..... Alhamdulillah kerana ada bilik kosong selama 3 hari dua malam (28/12/2017 - 30/12/2017). Katanya ramai dan penuh.
Pada 28 hb tu kami tunggu Abby (anak ketiga) balik dari sekolah sebab ada projek apa tah....
Dalam pukul 1.00 ptg kami bertolak dari rumah ke kaki Gunung Jerai ...ikut highway...keluar tol Gurun..lebih kurang 45 minit ja.
Sampai di Kaki Gunung Jerai kami makan dulu kat gerai makan di situ.......sbb nak makan kat atas....faham2 la
Kami terpaksa sewa Van penumpang untuk naik keatas....sebab brek kereta tak berapa elok...takut juga...kereta buat hal dalam perjalanan....hujan pulak tu. Maklumlah nak mendaki jalan gunung...ada beberapa corner 45 darjah....seram juga. Lagipun banyak van-van bersedia nak bawa penumpang ke atas...harga (kena pandai nego)
Tambang pergi balik RM100 sebiji van.....harga sebenar RM80 ja (pihak hotel dah bagi tau).....tapi biasa la kan orang kita ni.....kerana cuti sekolah depa ambil kesempatan, hari biasa RM60 sahaja untuk naik dan turun. Takpalah rezeki dia orang ...saya malas nak bising.
Lebih kurang 15 minit ja...kami sampailah ke Regency Jerai Hill Resort.
Disinilah 'front office' dia
Masa kami sampai kabus agak tebal.....kami anak beranak pun teruja.....cantiknya Masya Allah
Ramainya orang..... Ada rombongan (Orang Cina) juga berebut-rebut nak 'check in' masa kami sampai.....mula saya ingat dia orang dari Negeri China ....tapi boleh cakap melayu dan very friendly.......mungkin dia orang datang Ipoh atau Penang . Riuh rendah la tempat tu .
Kami dapat bilik lebih kurang macam ni la...Bilik Premier selepas diskaun...RM350 semalam
Saya ambil dua bilik...maklumlah anak2 dah besar. Ada bilik Superior, Executive dan Deluxe....
Bilik Premier macam di atas....dapat tengok view kat luar....boleh muat untuk anak-anak 4 orang...selesa.
Lepas masuk bilik....masing-masing buat acara bebas...jalan-jalan sekitar kawasan Resort/Hotel.
Cantiknya......dengan kabus dan flora...serta pokok-pokok hijau...Subhanallah.
Maaflah gambar-gambar di ambil pakai handphone saja...oleh saya dan anak2. Biar gambar saja yang berbicara...
Maaflah gambar-gambar di ambil pakai handphone saja...oleh saya dan anak2. Biar gambar saja yang berbicara...
Kami pakat-pakat tunggu 'sunset'...
Dinner Day 1....maaf la hujan ...restoran pula penuh dengan rombongan dari IPoh/Penang...
Koteaw Kung Fu
Nasi ayam black pepper
Day 2 - morning
Day 2...lunch time
Nasi goreng ala Thai
Nasi Ayam Black Pepper
Oren/Manggo juice
Menu ...makanan agak terhad...semua disediakan secara 'ala carte' . Untuk group yang besar saja disediakan hidangan 'ala buffet'. Sekali sekala apa salahnya..makan ja...sejuk2 lagi cepat lapar...
Day 2 - evening
Ada pool yang agak luas dan selesa...budak2 seronok la...tak kira sejuk ka panas...asal boleh main kolam ja....lupa dunia.
Penang Charkoteaw
Nagi goreng Ala Thai
Beef Stew dgn Garlic bread....yang ni sedap, saya order 2 set sebab semua nak rasa...haaa.....makan
Day 3 - morning
Bila isteri ku ketawa....
Nak balik dah....bye...bye
Keseluruhannya memang best la....cuti kat sini...tapi tak boleh tinggal lama-lama setakat 3 hari 2 malam tu ok la....... Pemandangan memang cantik baik siang mahupun malam. sebelah malam kalau cuaca elok....kita akan dapat lihat lampu-lampu dari Pekan yan hinggalah ke Bandaraya Alor Setar serta lampu - lampu bot di laut yng sedang mencandat sotong ....cantiknya mabeles.
Pada peminat photografi....inilah tempatnya...ada juga pengantin buat photoshoot kat sini.
Saya dan family pun bercadang nak datang lagi....bila ntah la...haaa. kalau datang dengan family kawan-kawan ramai-ramai lagi meriah. Jom....
p/s tolong kempen produk negeri ku yg tercinta.