Wednesday, 12 October 2016

KONVOI SAINA TO SAKOM THAILAND

Pada tanggal 19 Ogos 2016...saya berpeluang untuk join konvoi ke Sakom Thailand, sebuah daerah dibawah jajahan Songkla di sebelah pantai timur Segenting Kra , 50 kilometer ke Pattani - Narathiwat dan seterusnya  boleh masuk  ke Kelantan.

 Konvoi tersebut si anjurkan oleh Guru-guru dan Staff Sek. Men Sains Pokok Sena (SAINA).
Pertama kali merasai pengalaman berkonvoi ke Thailand...saya dan keluarga agak teruja..........  Selama ini dok ikut bas rombongan/pelancungan sahaja....tak berani nak drive sendiri di Thailand.

Bila dah pergi dengan keluarga dan kenderaan sendiri ni banyaklah persediaan yang perlu dilakukan seperti urusan passport/border pass dengan Imigresen, geran dan Salinan road tax dari JPJ, Insuran Thai pihak penganjur dah uruskan. Kelulusan ketua jabatan bagi yang bekerja dengan kerajaan.

Urusan dengan pihak Imigresen yang sukar sikit sebab banyak borang yang perlu diisi untuk satu keluarga dan tak semua ahli keluarga boleh pergi sekali pada satu masa. Walau apapun perkhidmatan Imigresen di UTC Alor Setar terbaik!!!!. . Kami sekeluarga buat border pass walaupun semua dah ada passport.

7.00 am Kami dah sampai ke kawasan SAINA.....katanya 7.30am dah kena bertolak ke border Durian Burung / Ban Prakop....(biasa le....)






Ahli - ahli konvoi dah mula sampai rasa nya hamper 30 buah kenderaan




Semua persediaan telah dibuat oleh Guru-guru dan Staff SAINA..seperti barang-barang keperluan untuk makan minum semasa BBQ malam ni...barang-barang diagih-agihkan ke kereta masing-masing yang masih kosong. 


Dapat sticker dan nombor 16 untuk kenderaan...bermaksud kenderaan aku akan sentiasa berada di kedudukan no 16 dari 30 buah kenderaan...dan tak boleh memotong....bagus


Taklimat ringkas oleh Cikgu Nazir Chief De Mission dan Bacaan doa selamat oleh Ustaz Munajar
Setiap lima buah kenderaan ada seorang Marshall yang diberi walkie talkie...
Ada sebuah kenderaan yang di belakang sekali yang akan memastikan tiada kenderaan konvoi yang tertinggal.  Pukul  8.15 kami mula bergerak.....ke Durian Burung


Imigresen /Kastam Durian Burung.. keadaan agak lenggang di sebelah pagi ..hanya ada kenderaan kumpulan kami sahaja...jadi proses mengecop passport/border pass cepat sikit.
Kita tak perlu turun dari kenderaan.












Di Imigresen Ban Prakop...kena beratur untuk cop border pass, ambil gambar, borang kenderaan JPJ, borang pelepasan kastam dan bayaran setiap kepala RM2.00
Kena simpan boring kastam (white form) untuk pengesahan semasa balik.  Denda  1000 bath sekiranya kenderaan kita tinggal melebihi tempoh.

Masa ni sesiapa yang ada hutang dgn LHDN, PTPTN, KWSP...terpaksa balik...sebab tidak dibenarkan ke luar Negara.  Ada dua orang peserta konvoi yang terpaksa berpatah balik.





Dok tunggu kawan2 selesai urusan imigresen dan kastam




Kami mula bertolak dari Ban Prakop ke Nathawi




Nampak lori -lori membawa buah durian ke Malaysia...anehnya di sebelah Thailand takda pula yang jual buah durian. Sepanjang perjalanan...rasa seperti memandu di Malaysia sebab disini kawasan orang berugama Islam...Kena pula Hari Jumaat...ramailah orang hendak kemasjid...tetapi sebuah masjid pun saya tak Nampak.  Rupa-rupanya Masjid diaorang bukan masjid berkubah macam kita...cuma bangunan biasa seperti sekolah ....dijadikan masjid

Tanah perkuburan pula di tulis Taman Awam....


Pembesaran jalan


Kami singgah sebentar di Sekolah ni....apanama...biasala dah bawa Cikgu-cikgu.




Guru Bahasa Inggeris dari Filipina yang menyambut kedatangan kami.







Pesembahan dari pelajar-pelajar sekolah...tarian dan muzik nya agak kemelayuan sedikit.



Pengetua sekolah Thai...boleh cakap melayu sikit2

Pengetua SAINA


Selesai Majlis kami terus bertolak ke SAkom



Simpang masuk ke Armana Resort














Sebaik sampai... dari lobby kami dah nampak laut yang terbentang indah...semua kawan2  kami terus ke...sana.  Almaklumlah  ....dok Aloq Staq bukannya ada laut...bendang ada la...saya dan anak isteri pun teruja/terkesima....dan perasaan lain-lain yang sewaktu dengannya...Cantiknya bumi Allah..MasyaAllah.










Ni lah chalet untuk kami sekeluarga...ada 2 tingkat





Tuesday, 4 October 2016

ADA LELAKI TAK BERANI BAWA KERETA.......

 Image result for lelaki memandu



Assalamualaikum....saja nak sembang-sembang , topic ni agak lucu sikit  haaa... orang Kedah kata lawak la.  Rupa-rupanya ada ramai lelaki yang tak berani bawa kereta.  Kenapa ya...adakah kerana kurang keyakinan diri atau mereka ada symptom 'fobia, anxiety or panic disorder'..... pada saya agak  lucu juga.....kalau orang perempuan takut tu biasa la...(perasan bagus...keh..keh...keh)

Semalam, masa lunch break sementara nak tunggu anak keluar sekolah saya pergi la makan kat satu gerai yang biasa saya makan.  Selepas ambil makanan saya pun duduk lah dekat satu meja.  Sebelah meja saya ada satu keluarga suami isteri (umur dalam 30an) dan dua orang anak (perempuan 5 -6 tahun dan lelaki 3 tahun) sedang makan....yang si ayah ni sedang berleter kat anak perempuan  yang berumur 5 - 6 tahun ni.  'Kenapa tak makan nasi tu ..makan la cepat...kerja nak main saja'.  si ibu sedang menyuapkan si adik... hanya diam dan memerhati.  Saya jadi seronok pulak tengok mereka sambil saya  makan saya  teringat la zaman anak2 saya semasa masih kecil  dulu...macam tu la juga jadinya.

Kemudian lalu seorang pak cik tua (agak bongkok) yang baru lepas membeli makan (bungkus) lalu depan kami dan menuju ke keretanya....

Tiba-tiba terpacul dari mulut anak perempuan tadi....'ayah  tengok tok wan tua tu pun pandai bawa kereta...ayah takut bawa kereta...."kuang...kuang...kuang"

Si ayah melihat muka saya ...adooiiii...katanya....sambil ketawa....saya pun senyum kembali....dia malu agaknya

Si isteri pun terketawa....

Sah dah selama ni isteri dia yang memandu......takpalah asalkan bahagia sudah....hee

Saya teringat pada kawan pejabat lama...Kak Tun...suami dia tak berani bawa kereta juga.......setiap kali Kak Tun nak bersalin dia terpaksa bawa kereta sendiri ke Hospital...4 orang anak maka 4 kali lah Kak Tun drive sendiri ke hospital...dan suaminya hanya duduk disebelah dan berleter....Nasib baik Kak Tun kerja Nurse.  Suami kak tun hanya boleh bawa motor  saja......garang orangnya..
Saya berpeluang berbual dan mengenali dengan suami Kak Tun semasa kami dalam perjalanan ke Phuket Thailand....kalau dengar dia sembang...adoiii...kita ni jadi kecil ja..boleh bergegar bumi ni..tapi anehnya...takut nak bawa kereta....haaaa (defence mechanism).

Kes 2...Wani,  Nurse juga...Wani yang beli rumah lama saya...Di Taman XXXX. Suami dia pun tak berani bawa kereta hanya bawa motor. Tapi kalau sembang dengan dia semua benda dia boleh control....kira taraf Abang Long pun ada la....saya biasa la ...cuma jadi pendengar yang baik...nak tergelak pun ada. 

Kesian kan....sebenarnya dalam dunia sekarang ia dah jadi satu keperluan atau syarat wajib bagi lelaki...tak kirala samada dia mampu ka tak mampu ka beli kereta tapi lessen memandu kena ada, kebolehan dan keberanian memandu kena ada....bukan apa...takut2 waktu kecemasan...

Saya tak reti nak duduk sebelah isteri...sedang isteri memandu...kena waktu nak balik ke Johor pulak...eeeeii...tak macho langsung...bukan ego na.

Abang2, adik2 yang takut tu jom la berubah dan beranikan diri...sama ja macam bawa motor...risiko lagi tinggi untuk kemalangan...kereta pun ada juga tapi risiko kecederaan tu kurang la sikit...
Pertama perlu ada keyakinan diri atau kena memberanikan diri...pergi belajar dengan sekolah memandu atau upah orang, kawan atau sedara yang mahir temankan kita memandu sampai kita berani....jangan malu nak minta tolong, jangan malu nak belajar...

Kedua, setiap kali nak memandu cuba bayangkan jalan-jalan yang kita nak lalui sampailah ke destinasi yang nak kita tujui....buang rasa takut tu jauh-jauh...kita ganti dengan rasa terpaksa, paksa diri tu...kerana ia satu keperluan bukan pembaziran.
in sya Allah rasa takut akan hilang dan keyakinana diri akan datang

Ketiga nya, tanam dalam fikiran kita yang budak2 sekolah rendah pun boleh memandu...kacang ja...aku pun boleh la....takda hal..masa tinggal sorang2 cuba cakap kat diri sendiri..(selftalk) "AKU BOLEH MEMANDU LAH" ulang seberapa kerap yang mungkin tak kiralah depan cermin ka, dalam bilik air ka...atau dimana2 yang rasa boleh.

Akhir sekali jangan la lupa berdoa pada yang Maha Kuat dan Maha Berani,...kita nak berani nak kuat tapi kita lupa kat Dia. In Sya Allah.

SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MEMANDU...

Atau kalau susah sangat nak berubah kalian perlu menghadiri sesi kaunseling kalau perlu...boleh hubungi saya atau mana2 kaunselor berdaftar berdekatan anda....keh..keh..keh
Bodoh sekali lebih baik dari bodoh selama-lamanya...

Sunday, 25 September 2016

" Cara Qada Solat Yang Tertinggal


Sebagai seorang Muslim kita semua tahu bahawa solat itu merupakan kewajipan yang Allah suruh seperti mana yang terdapat di dalam rukun Islam yang ke2. Selama kita hidup pernah tak kita tinggal solat? Kita manusia akhir zaman yang lemah imannya, sering kali lalai dalam kewajiban yang Allah suruh. Mungkin kita adalah dalam golongan orang yang pernah tinggal solat baik sengaja ataupun tidak sengaja. Sekarang rasa menyesal itu mungkin mula dirasai oleh kita semua disebabkan dahulunya jahil tentang agama dan sering tinggal solat walaupun sudah baligh dulu..

Alhamdulillah hari ini Allah masih lagi hidupkan kita, mungkin Dia tahu banyaknya dosa kita dan mahu memberi ruang kepada kita untuk bertaubat. Selagi ajal belum tiba eloklah kita semua qada solat kita yang kita tinggal dulu. Puasa yang ditinggalkan kena ganti, hutang dengan manusia pun kita kena bayar inikan hutang kita dengan Allah. Ok, apa yang mesti kita tahu tentang cara atau bagai mana mahu qada’ solat?


Ada pendapat yang mengatakan hanya perlu qada solat yang ditinggalkan kerana tidak sengaja terlupa atau tertidur dan tidak perlu qada solat yang sengaja ditinggalkan. Misalnya sembahyang yang ditinggalkan dengan sengaja kerana lalai semasa “muda-muda dulu”. Mereka mengatakan cukup dengan istighfar dan bertaubat sahaja. Sebenarnya pendapat ini tidak tepat kerana Rasulullah s.a.w. sendiri menqada solat yang ditinggalkan walaupun Baginda tidak tertidur atau terlupa.

Tidak ada qada dalam solat bukan bermaksud tidak perlu qada tapi tidak perlu sebut perkataan qadha semasa niat. Qadha ialah melakukan sesuatu ibadah di luar waktunya dan tunai ialah melakukan sesuatu ibadah di dalam waktunya. Secara mudahnya tunai “waktu Allah”, qadha “waktu kita”
Dari ‘Aisyah r.a katanya: ”Apabila Rasulullah s.a.w. lupa solat malam, umpamanya kerana tertidur dan sebagainya, maka baginda menggantinya pada siang hari dua belas rakaat.” (Muslim)


Cara niat Qada bagi solat fardu lima waktu pula ialah:


Solat Maghrib:
“Sahaja aku solat fardu maghrib tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Solat Isyak:
“Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
Solat Subuh:
“Sahaja aku Solat Fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

4. Solat Zuhur:
“Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

5. Solat Asar:
“Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qadha’ kerana Allah Ta’ala

Ada orang bertanya : Jika kita tertinggal solat (sengaja dan tidak sengaja) sejak akhil baligh sehingga sekarang (20-an; banyak waktu), perlukah di qada semua jumlah solat yang tertinggal itu atau cukup dengan melakukan solat taubat?

Jawabnya, Wajib qada solat yang telah tertinggal. Disini ada dua cara untuk qada, pertama jika seseorang yang tahu sebanyak mana dia telah tinggalkan solat fardhunya, maka qadakanlah mengikut bilangan yang telah ditinggalkannya.

Cara kedua adalah bagi yang tidak tahu secara detail berapa banyak yang telah ditinggalkannya, yakni semenjak akil baligh, buatlah anggaran berapa banyak solat yang perlu diqada dan berhentilah jika sudah yakin solat itu sudah diqada kesemuanya. Cara yang terbaik adalah selepas selesai solat fardhu lakukan solat qada, buatlah berterusan begitu moga-moga diterima Allah.

Selain itu ada juga orang bertanya, jika ditakdirkan meninggal sebelum sempat mengqada semua solat itu (tetapi sudah buat solat taubat) bagaimana?

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung pada Allah, akan tetapi jika kita telah benar2 insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, insyaAllah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, qada solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT.

Wallahualam…….

Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...