Sunday, 28 July 2019

Teknik Rawatan Jantung Tersumbat


Assalamulaikum...teknik ini katanya telah menyelamatkan beribu ribu nyawa...tak salah kalau kita cuba amalkan.
Lakukan sebanyak 9 ke 11 kali
Waktu yang sesuai antara pukul 11am hingga 1pm...selamat mencuba

Thursday, 21 March 2019

5 Penyebab Anda Selalu Gagal dalam Hidup

Image result for merancang



1. Gagal dalam merancang
Jika memiliki perancangan yang baik, Anda akan punya kesempatan untuk sukses dalam hidup. Untuk mencapainya, Anda harus cerdas dan cergas merancangkan apa yang akan dilakukan dari awal hingga akhir.

Jangan membuat  perancangan yang tidak jelas. Siapkan keseluruhan proses perancangan hingga ke yang terperinci. Hindari penundaan dalam bentuk apapun. Sebabnya, kecenderungan seseorang itu menunda-nunda untuk merancang sesuatu akan mendekatkan anda kepada kegagalan yang lebih besar.

2. Takut sebelum mencuba
Perasaan takut sebelum mencuba seringkali menggoda pemikiran disaat kita merencanakan sesuatu. Padahal, hanya dengan mencuba Anda akan dapat mengetahui perkembangan sesuatu ...dari rencana yang telah dirancang.

Mulailah untuk melawan rasa takut Anda kerana hal tersebut merupakan permulaan langkah menuju kejayaan. Seperti yang diungkapkan motivator Tony Robbins.
"No matter how many mistakes you make, or how slow you progress, you are still way ahead of everyone who isn't trying." 

3. Menyerah terlalu cepat
Seberapa besar keinginan dan kemahuan Anda untuk menggapai mimpi dan cita-cita dalam hidup? Salah satu rahsia terbesar dari kejayaan adalah belajar untuk menakluki keraguan.

Sebahagian orang besar yang gagal dalam hidup mereka adalah kerana terlalu cepat menyerah. Setiap orang yang berjaya di dunia ini memiliki kisah perjuangan yang tidak mudah.

4. Tidak punya keyakinan
Jika Anda tidak memiliki keyakinan pada apa yang akan  dilakukan, maka Anda akan cenderung untuk cepat menyerah. Jika Anda sendiri tidak mempunyai alasan untuk percaya akan setiap kemungkinan dan keberhasilan, maka sukar rasanya untuk Anda meraih mimpi dan cita-cita.

Sebuah keyakinan sangat diperlukan saat Anda berjuang untuk mencapai kejayaan. Hal tersebut berkaitan dengan bagaimana pemikiran dan diri Anda yang akan tetap berusaha walaupun menghadapi banyak rintangan dihadapan .

5. Banyak pengecualian
Selalu ada alasan untuk mengungkapkan bahwa seseorang tidak atau enggan berusaha. Ketika Anda banyak melontarkan pengecualian, itu adalah awal dari kegagalan.

Kecenderungan seseorang untuk membuat pengecualian adalah dipengaruh oleh rasa takut yang berlebihan. Beberapa kecenderungan tersebut termasuk ketakutan akan perubahan, penolakan, dan rasa malu sehingga enggan untuk meninggalkan zon selesa.

Source : Business Insider

Sunday, 25 November 2018

Bukit 8888 Pokok Sena - Hiking Trail




Jumaat, 26/10/2018.....Dah lama dah dok dengar perihal Bukit 8888...tapi takda kesempatan. nak pergi mendaki...al maklumlah sibuk...anak2 nak exam lah dan macam-macam lagi alasan orang malas ni....haaa

 Akhirnya kawan2 pejabat ajak juga pergi . Saya pun dengan terujanya...dan semangat  pun pergilah.  Sebenarnya nak layan diaorang saja,....sebab dah janji.

Kami sampai dikaki Bukit lebih kurang pukul 8.00 pagi....tapi nampaknya dah ramai yang telah mendaki lebih awal sebab kat parking kereta penuh...begitu juga dengan motorsikal.

Okey juga la tak la seteruk Bukit Malau...tapi masih tercungap-cungap nak sampai atas....takpa pelan-pelan no.
Bawa anak lelaki saya Aniel Hakeem buat peneman.....padanya tak mencabar langsung...walaupun ayahnya suku nyawa nak sampai atas.

Yang penting dapat berpeluh tu.....rasa ringan badan.

Jom ...hiking ni boleh la buat aktiviti mingguan....seronok juga bila bersama kawan-kawan dan keluarga.

Jom kita jadikan hiking budaya kita ...untuk bersenam selain dari jogging, cycling dan lain-lain.

Biarlah gambar yang berbicara.










































Sunday, 9 September 2018

Bukit Malau Hiking Trail


Sabtu : 8/9/2018...Saya dan rakan-rakan pejabat plan nak pergi hiking kat Bukit Malau....sebab dengar cerita macam best ja....Pemandangan cantik katanya.  Walaupun dengan takda training dan jogging...saya rasa macam boleh ja nak pergi hiking.......perasan kuat

Mulanya ramai nak pergi...tapi disebabkan masalah kesihatan dan hal-hal lain....tinggallah kami beberapa orang ja yang bersemangat.  Anak-anak dan isteri saya memang nak ikut tapi diaorang pun ada hal.

Kami berkumpul di hadapan  Tasik Darul Aman dan bila semua sampai baru kami bertolak ke Bukit Malau....lebih kurang lima minit saja dari  Tasik Darul Aman.

Bila sampai nampak banyak grup dan bersedia untuk mendaki....dan kereta-kereta kat tempat parking tu boleh kata penuh juga la.....wau mesti best kan..







Memang la best....kalau dah buat persediaan serta badan dah fit....berat aku dah 90 kg lebih...nak bawa perut lagi....huaaaaaaaaa...
























Mula mendaki aku dah pun terasa.....tercungap-cungap....anak2 kecil dan kawan-kawan yang lain masih steady ja




Rupanya macam nak mendaki Bangunan 10 tingkat....nak naik tangga ke Pejabat saya yang 1 tingkat  pun malas....haaaaa....aduh















Kakak yang depan ni separuh jalan ja....lepas tu tak berdaya lagi....dia turun balik ke bawah...ye la kalau tak larat jangan di paksa.










Patah sayap bertongkatkan paruh...namun gunung tinggi ku daki jua








Keluarga Pn shahrom....dia steady ja anak beranak....banyak makan ulam katanya









Sempat juga sampai kat check point pertama dekat pencawang tu.....
































Saya dah tak mampu nak teruskan ke check point kedua... dah habis tenaga rasanya...nu dibelakang saya anak dara sorang Amalina pun tak larat juga...jadi kami tunggu kat situ ja la

Yang lain-lain dah meneruskan pendakian ke puncak kedua.





Di sinilah puncak kedua.....ruginya kami tak sampai




















































Mereka yng berjaya








Action saja lebih....haaaaa....tapi apa pun seronok buat aktiviti ini....berpeluh-peluh badan.
Sempat jumpa kawan yang sama kerja dari Hospital dulu...dia orang selalu pergi hiking sampai  ke Indonesia sana...katanya dulu berat badan dia 120 kilo....sekarang dah tinggal 80 kilo....hiking saja....wow
Saya pun  berazam nak habiskan pendakian di Bukit Malau ni ....nak kuruskan badan dan nak sihat...Jom.

p/s..nanti nak explore Bukit wang pulak....dulu pernah bawa student nurse pergi hiking kat situ....rasanya tak perlu mendaki teruk macam Bukit Malau....tapi view cantik.





Keajaiban Menderma

  Dalam 1 program TV di Amerika, pengacara siaran tersebut mengiklankan tentang seorang pesakit yang memerlukan pembedahan segera yang berha...