"JOM! KITA DAULATKAN AL QURAN DAN SUNNAH"

" Sembahyang itu tiang agama. Barang siapa mendirikannya maka sesungguhnya ia telah mendirikan agama dan barangsiapa meninggalkannya maka sesungguhnya ia telah merobohkan agama." (Hadis riwayat Baihaki dari Ibnu Umar)

"Ya Allah Sekiranya Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Kami, Kau Akhirilah Kalimah Kami Dengan Kalimah لآ اِلَهَ اِلّا اللهُ

Sesungguhnya aku menasihati kamu bukan bererti akulah yang terbaik di kalangan kamu. Bukan juga paling soleh di kalangan kamu. Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya, seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna. Nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.

-Imam Hassan Basri-

ILMU ITU UMPAMA BARANG KESAYANGAN KITA YANG HILANG, IANYA PERLU DICARI KERANA IA ADALAH HAK KITA
Imam Al Ghazali

Monday, 7 November 2016

KISAH WANITA YANG BERANI MENASIHAT ULAMAK


Imam Malik telah meriwayatkan, dalam kitab Mawaththa' kisah seorang alim,faqih,abid di Zaman Bani Israel telah kematian isterinya yang sangat dikasihi.

Kesedihannya menyebabkan dia mengurung diri dalam rumah dan tidak mahu bertemu sesiapa pun.Hal ini telah didengar oleh seorang wanita lalu wanita itu pergi ke rumah alim itu dan meminta untuk berjumpanya kerana hendak bertanya fatwa.

Si alim ini mulanya tidak mahu membuka pintu tetapi setelah wanita itu berkeras untuk bertemu dan bertanya sendiri fatwanya, si alim itu pun membuka pintunya lalu dia bertanya soalannya.

Katanya,dia telah meminjam barang perhiasan dari jirannya.Setelah beberapa lama dipakai,jirannya ingin mengambil balik barang tersebut, tetapi dia keberatan untuk memberinya kembali.
Apakah dia boleh tidak memulangkan barang tersebut.

Si alim itu menjawab,dia kena pulangkan barang itu kepada pemiliknya.Lalu wanita itu pun berkata begitulah juga isteri yang dipinjam Allah kepadanya,maka Allah mengambilnya kembali bila dia ingin berbuat demikian.Kita tidak sepatutnya menghalang apalagi bersedih.

Si alim ini baru tersedar kekhilafannya lalu meninggalkan kesedihannya.

Jom kita ambil iktibar dari kisah ini.
Tentunya perlu bersabar pada takdir Allah itu yg jelas disini,tetapi terkadang bila menimpa sesuatu kpd sesorang,ia mungkin terlupa.Bahkan seorang yg berilmu dan mengajar ilmu juga mungkin terlalai dan terkhilaf bila musibah menimpa. Maka jangan dihina,tetapi dibetulkan, diperingatkan seperti firman Allah "Oleh sebab itu berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat," (Al A'laa 9)

Menjadi kewajipan kpd orang yg mengetahui dan memahami mengingatkan orang lain tentang sesuatu perkara yg terlalai atau menyimpang dari syariat.Tidak kira siapa dia,lelaki atau wanita,muda atau tua,wajib menegur dan membetulkan apa yg tidak betul. Dalam hal ini,wanita itu bertindak secara yg benar untuk mengingatkan.
Jangan rasa diri kita wanita,kita tidak boleh menegur,membetulkan.

Ilmu dan pemahaman bukan milik lelaki semata,tetapi boleh menjadi milik siapa shj.Wanita wajib juga memiliki ilmu dan pemahaman, apalagi ilmu mengenai khusus untuk wanita.Wanita juga jangan rendah diri untuk menjuarai ilmu,jangan hanya jadi tukang tadah telinga, jadi penonton,kerana terkadang berbicara sesama gender mungkin lebih mudah
difahami ,tidak ada rasa segan.

Dari kisah ini juga,kita dapat melihat pentingnya permisalan atau contoh dalam menghurai dan memahamkan. Menerang tanpa contoh tidak dapat mencapai tahap mengaplikasi ilmu yg diterangkan.Sebab itu saya selalu mengemukakan insiden pada suatu perkara yg hendak dihurai untuk mudah difaham.Tetapi ada pula orang memberi komen pada insiden sedangkan pokok perbicaraan adalah ilmu yg nak disampai,bukan peristiwa yg dicerita.

Seperti dlm kisah ini,bukan kisah meminjam barang kemas yg patut ditumpu,tetapi kisah kesedihan yg melampau yg menjadi inti dan pokok persoalan.Jangan hanya menyampai butiran ilmu,tetapi eloklah jika ilmu itu dicontohkan, diaplikasikan,dipadan dengan kehidupan.

Akhirnya,dlm menyampaikan ilmu, petiklah cerita dan contoh yang terjadi dalam sirah para nabi atau para ulamak terdahulu yg sarat dg pengajaran.Pilih yg bersesuaian untuk dijadikan nasihat dan pengajaran kerana kaedah ini lebih mudah merobek hati yg keras.Kaedah ini lebih utama dari membuat cerita supaya orang gelak, kononnya dengan itu ceramah dan kuliah jadi menarik, sedangkan majlis ilmu bukan seperi program lawak jenaka.

Sesetengah penceramah ibarat si badut yg berkopiah dan berserban.
Apa yg menjadi tujuan saya menulis kali ini ialah wanita juga patut menerajui ilmu,dakwah,memberi peringatan,menjadi penggerak masyarakat,penggerak kerja kebajikan dsbnya.Dimana anda berada,biarlah bagai jatuh ke laut menjadi pulau,jatuh ke darat menjadi gunung dlm erti kata memberi faedah kpd orang disekelilingnya. Biar menjadi garam yg boleh menyelamatkan ikan dari busuk, tetapi jangan menjadi lalat yg merosakkan ikan.

Wallahua'lam.

Source : C&P

No comments:

Post a Comment