Ya Allah ...benarkah mimpiku itu...benarkah baginda yang ku jumpa...
Aku berada di suatu tempat yang seakan kering kontang tiada pokok-pokok hijau, di mana di sebelah sana manusia sedang berlari/berasak-asak menuju ke satu tempat, sepertinya dikejar oleh sesuatu... ada yang tak berpakaian dan ada yang berpakaian yang kainnya sangat lusuh berwarna coklat keunguan.
Aku sendiri tak dapat melihat keadaan diriku....tetapi, di sebelah sini, aku hanya memerhati manusia disekelilingku seolah-olah berada di pasar malam, riuh rendah mereka berbicara,.. tapi aku tak dengar apa yang mereka perkatakan, mereka berpakaian serba putih dan mereka tidak bergerak kemana-mana hanya becakap-cakap sesama mereka
Tiba-tiba aku terdengar suara seorang lelaki memberitahu aku yang " Rasulullah memakai baju berwarna putih" katanya dalam kesibukan dan keriuhan manusia di situ...
Kemudian aku pandang dari arah sebelah hadapan kiri ku, datang seorang lelaki berjubah putih, jalannya tunduk sahaja, berbadan agak sederhana tidak tinggi, tidak rendah, berambut pendek , mata yang cantik dan tidak berjanggut....beliau menghampiri aku dan hanya tersenyum kepadaku. Pada waktu itu hati aku berdetik ketika melihat wajahnya yang kacak seakan-akan campuran Arab dan Pakistan.........aku tidak sempat berkata apa-apa...lalu aku terjaga dari tidurku...
Selepas terjaga dari mimpi itu....aku hanya terfikir yang mimpi itu hanya mainan tidur....tetapi yang peliknya aku tidak dapat melupakan setiap peristiwa yang berlaku dalam mimpi itu .......tidak seperti mimpi2 yang lain yang aku pernah alami.
Kemudian aku cuba mendapatkan maklumat dan pandangan ustaz2,.. paling mudah melalui internet dan kesimpulannya ...aku yakin yang syaitan tidak dapat menyerupai Rasulullah...lalu airmata aku jatuh berderai-derai....
Kali kedua aku bermimpi bertemu Baginda Rasulullah...
Aku berada di belakang Baginda dalam jarak 15 ke 20 kaki dan di hadapan Baginda aku dapat lihat dengan jelas Kaabah. Aku hanya dapat melihat susuk Baginda dari belakang. Baginda mengenakan serban berwarna putih dan berjubah hitam... Ya Allah apakah ini rahmat atau peringatan untuk ku...tunjukkanlah aku jalan yang benar dan yang Kau redai.
Kali ketiga aku bermimpi bertemu Baginda Rasulullah
Aku berada dalam Masjid Nabawi, aku ternampak baginda berdiri di satu sudut, berjubah putih sambil memandang tepat pada ku, wajah baginda agak serius, lalu aku menghampiri baginda dan menyatakan rindunya aku pada baginda, kemudian aku bersalam sambil wajahku kurapatkan ke bahu kanan baginda.
Sambil kami berjalan... baginda berbicara padaku, "Ana cuma risaukan anta yang kurang ilmu"..
Kemudian baginda membuka mulutku dengan tangannya mencengkam kedua-dua pipiku..lalu ku lihat keluar satu cahaya putih dari mulutku, kemudian baginda berbicara, "lihat ini mulut rahmat'...disekelilingku ketika itu ramai lelaki berjubah putih......Aku antara percaya dan tidak percaya dengan mimpi tersebut....siapalah aku....tapi aku nak ceritakan juga...semuga ia tidak menimbulkan fitnah..
ya Allah.....aku lemah... ya Allah....aku ...jahil..ya Allah...berilah petunjukMU
pada ku.

No comments:
Post a Comment