Monday, 11 June 2012

CIRI - CIRI HATI YANG SIHAT:
 
Pertama:

Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:

Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.


Empat jenis racun hati


Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam mememandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul


Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment

FIDYAH

Fidyah  Fidyah adalah denda ke atas seseorang Islam yang telah Baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu...