Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam yang ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang
yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan
pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat
daripada seretan malaikat maut”.
Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu: “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.
Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta
mengafani kepalanya karena ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak,
isteri atau suami buat kali terakhir kaena tidak dapat melihat lagi
sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah
lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan
isteriku menjadi janda. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku
telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat
selama-lamanya”.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung,
sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan
mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak
saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga
langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku
dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia
memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia
melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku
kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mau menanggung
kesalahanku”. “Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa
senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mau mendoakan aku”.
Ada
satu riwayat dari Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur
masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda
memperolehi nur di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat
melihat tetangganya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya
kepada mayat tetangganya mengenai ketiadaan nur itu.
Maka
mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur
adalah karena petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya
aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku”. Setelah mendengar jawaban mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak tetangganya dan menceritakan apa
yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapak mereka.
Mendengar
keadaan itu, anak-anak tetangga itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk bapaknya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat tetangganya.
Bagaimanapun kali ini tetangganya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan
lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila
telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke
lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya
mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan
menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu
kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Sambung
Rasullullah S.A.W. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang
beriman, maka malaikat Jibrail A.S. Akan menebarkan sayapnya yang di
sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya
di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan
lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah karena
sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap
Jibril A.S.”
Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan
sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya di neraka dan dalam masa
itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
karena terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya. Dari sebuah hadis bahwa apabila Allah S.W.T. menghendaki
seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.
Apabila
malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka
keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada
jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.” Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada
AllahS.W.T .dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin
itu.
Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu
cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang
mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis ilmu pengetahuan.” Oleh karena malaikat maut gagal untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki.
Malangnya
malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini karena kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu.” Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut coba pula dari arah telinga.
Sebaik
saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini karena telinga ini senantiasa mendengar
bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut
orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
senantiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini
senantiasa menangis karena takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat
maut kembali kepada Allah S.W.T.
Kemudian
AllahS.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.”
Sebaik saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri
roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari
arah mulut dengan tenang. Abu Bakar R.A.telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh
itu menuju ketujuh tempat:
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para syuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah
bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Source : http://www.tranungkite.net/
No comments:
Post a Comment